Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd telah melabur RM50 juta sebagai permulaan dalam usaha menjalin usaha sama dengan sebuah syarikat dari Korea Selatan, Shinsegae Food bagi menghasilkan produk makanan korea halal untuk dipasarkan ke peringkat global.
Bangunan baru Mamee di Ayer Keroh, Melaka
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mamee, Tan Sri Pang Tee Chew berkata, jumlah itu merangkumi kos pelaburan, pengiklanan dan sebagainya demi memastikan, produk makanan halal dari Korea dapat diperkembangkan di negara ini.
“Usaha sama bersama yang dinamakana Shinsagae Mamee Sdn Bhd merupakan platform terbaik bagi kedua-dua syarikat untuk memperkukuh dan mengembangkan operasi kedua-duanya di rantau Asia Pasific di samping berkongsi kepakaran dalam pembuatan dan perkhidmatan makanan serta minuman halal.
““Mamee dapat lihat populariti makanan Korea yang semakin meningkat dan permintaan yang lebih tinggi untuk makanan halal dalam pasaran makanan global di mana kedua-dua pasaran dijangka akan mengalami pertumbuhan yang pesat bagi beberapa tahun yang akan datang.
“Usaha sama ini membolehkan kedua-dua syarikat dapat berkongsi dan memanfaatkan kekuatan masing-masing. Shinsegae Food adalah sebagai peneraju dalam perkhidmatan dan pembuatan makanan, manakala Mamee-Double Decker menjadi jenama isi rumah yang terkenal dengan lebih daripada 40 tahun pengalaman dalam menghasilkan kualiti makanan dan minuman halal. Diharap dengan usaha sama ini, sedikit sebanyak dapat membantu melonjakkan aspirasi Mamee ke arah menjadi pembekal makanan halal secara global,” katanya sambil menambah, pasaran makanan halal merupakan salah satu pasaran makanan yang berkembang pesat di seluruh dunia.
Ads
“Banyak produk-produk makanan halal dari Korea mendapat permintaan bagi rakyat negara ini. Malaysia pula dikenali sebagai perintis makanan halal bagi rantau ini. Justeru itu, kerjasama ini adalah satu platform terbaik untuk Mamee Double Decker merintis ke arah perkembangan syarikat.
“Dengan pasaran makanan halal yang kini menjadi salah satu pasaran makanan yang berkembang pesat di seluruh dunia, secara tidak langsung akan meningkatkan lagi permintaan makanan halal Korea yang kini semakin berkembang memandangkan Malaysia merupakan perintis makanan halal di rantau ini,” katanya kepada pemberita pada majlis permeterian perjanjian usaha sama di Melakai yang turut dihadiri Presiden Shinsegae Food, Choi Sung-Jei.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mamee, Tan Sri Pang Tee Chew dalam majlis menandatangani usahasama bersama Presiden Shinsegae Food, Choi Sung-Jei
Dalam pada itu Presiden Shinsegae Food, Choi Sung-Jei berkata, Mamee-Double Decker merupakan jenama isi rumah yang terkenal dengan lebih daripada 40 tahun pengalaman dalam perkilangan dan memiliki rangkaian pengedaran global yang kukuh. Manakala, Shinsegae Food, sebahagian daripada Shinsegae Group pula mempunyai pengalaman dan kepakaran meluas dalam pembuatan makanan dan mengendalikan perniagaan makanan berbentuk restoran dan kedai roti sepanjang tempoh 20 tahun dalam bidang ini. Kedua-dua syarikat pada hari ini telah membangunkan syarikat usaha sama ini bagi mempromosikan makanan Korea yang asli dan untuk memudahkan pertumbuhan makanan Korea yang halal di Malaysia dan di Asia Tenggara,’ katanya.
Ads
Dalam satu pernyataan lain, Tan Sri Pang berkata dengan usaha sama itu beliau menjangkakan kedua-dua pasaran akan mengalami pertumbuhan yang pesat berikutan populariti makanan Korea dan permintaan yang lebih tinggi bagi makanan halal dalam pasaran makanan global.
“Justeru, saya berharap dengan usaha sama ini sedikit sebanyak dapat membantu melonjakkan lagi aspirasi Mamee ke arah menjadi pembekal makanan halal secara global,” katanya.
Menurutnya lagi, usaha sama ini juga merupakan batu loncatan kepada Mamee untuk meneroka dan menceburi cabang perniagaan yang baharu seperti bidang perkhidmatan makanan dan pembuatan produk makanan halal Korea yang menyediakan servis perniagaan kepada pengguna serta pasaran.
Ads
Lebih banyak makanan halal Korea akan dibawa masuk ke Malaysia menerusi kerjasama ini
Shinsegae Mamee Foodservice bermatlamat untuk menjadi pembekal sehenti makanan dan minuman halal di mana produk-produk berkualiti tinggi dan konsisten dengan rasa dan perkhidmatan yang tulen ditawarkan untuk semua pengendali perniagaan makanan.
Syarikat ini komited ke arah menjadi peneraju pembekal solusi masakan tempatan yang menyeluruh untuk pengendali perkhidmatan makanan sekitar rantau Asia Tenggara. Untuk kejohanan Winter Olympics 2018 yang bakal berlangsung di Pyeongchang, South Korea di mana Shinsegae Food merupakan pembekal perkhidmatan katering makanan rasmi, Mamee akan diwakili oleh Chef Faizul yang akan menjadi rakyat Malaysia pertama yang menyediakan dan memasak makanan Halal untuk kesemua peserta Muslim dan akan dibantu oleh duta Mamee Chef, Dato’ Chef Ismail.
Bersempena dengan majlis menandatangani perjanjian usaha sama ini, Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd juga telah menaik taraf bangunan ibu pejabat yang terletak di Ayer Keroh, Melaka yang berkonsepkan moden di samping memastikan keselesaan pihak pengurusan dan staf-staf dalam urusan kerja seharian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Limau Kasturi dimakan begitu sahaja rasanya memang masam. Sebab itu buah ini biasanya digunakan sebagai bahan penambah rasa dan penyedap dalam minuman dan makanan.
Namun kegunaan limau Kasturi tidak terhenti begitu sahaja. Buah yang dikenali dengan nama calamansi ini juga banyak manfaat dari segi perubatan dan baik untuk kesihatan.
Lebih menarik amalan minum air limau kasturi ini mampu hilangkan kedut dan menjadikan wajah awet mudah serta singkir kolesterol jahat dalam tubuh. Mudah je nak buat air limau kasturi, jadikan amalan setiap hari dan rasai kebekesanannya.
Ini resepi simple tapi superpower untuk badan kita. Kalau kita baca dari wall FB DrRizal Abu Bakar, beliau selalu tegaskan tentang pemakanan dan cara hidup yang sihat akan membawa kepada kesihatan yang hebat.Kak Eli dah lama set see first beliau sebab sangat banyak yang kita boleh belajar tentang otak manusia, tidur yang cukup, pemakanan dan vitamin semulajadi.
Limau kasturi boleh jadi energy booster untuk badan kita. Dan beliau bagitahu cara mudah buat air limau kasturi. Setelah Kak Eli cuba selama seminggu, tadaa sungguh luar biasa kesannya pada tubuh.
Tak ada lagi rasa lemau, biasanya kalau tengahari mulalah rasa mengantuk dan rasa malas tapi sekarang Kak Eli dah berubah, buat kerja dengan bertenaga dan gembira. Limau kasturi penuh dengan vitamin C, boleh menjadikan kita awet muda dan mengikis kolestrol jahat dalam badan.Yang paling penting boleh hilangkan kedut pada kulit.
Jom tengok resepi air energy booster penghilang lesu dari Doktor Rizal (Kak Eli ubah suai sedikit resepi untuk lebih ummphh).
Bahan-Bahan:
Bahannya ialah cuma limau kasturi. Iya, cuma limau kasturi, sudahlah murah, mudah pula nak cari.
Cara Membuat:
1.Belah dan buang biji. Blend halus dengan kulit sekali bersama sedikit air kemudian tapis. Tak mahu tapis pun tak apa.
2.Nak lagi sedap, tambah sedikit madu asli. Tak ada pun tak apa. No problem.
3.Masukkan dalam bekas kiub (mold) kemudian simpan dalam peti ais bahagian beku.
Cara Penggunaan:
Setiap kali kita nak minum, cuma ambil satu kiub dari peti ais dan curah air panas. Pati limau kasturi ini walaupun dah ditapis masih banyak serat didalamnya. Sangat berkhasiat walaupun hanya satu kiub.
Setiap pagi sebelum subuh Kak Eli akan ambil satu kiub dan curah air panas kedalam cawan. Biarkan. Siap solat, air tadi dah sedikit suam jadi boleh terus minum. Jangan tambah gula ya.
Aroma kasturi yang memenuhi ruang akan menghidupkan rasa nyaman. Melayan hening subuh rasa sangat bahagia dan tenang.
Boleh ulang secawan lagi waktu tengahari atau malam. Wajib cuba dan kita akan rasa perbezaan pada tubuh. Rasa sangat segar dan energetik, kurang rasa sakit badan (maklumlah penuaan – menangis)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biasalah, remaja seperti korang selalu memandang rendah keperluan untuk menjaga kulit wajah pada usia semuda belasan tahun. (Eh, eh we know you that well)
Namun dengan keadaan cuaca semasa yang bahang dan kurang sihat, suka atau tak korang kena jaga kulit wajah dan badan.
Ramai sebenarnya yang sudah menyesal kerana tak mengambil langkah pencegahan awal. Akhirnya kulit wajah dan badan pun bertukat kusam, tak bermaya dan hhm, ya sedikit gelap.
Jangan risau sis, ia tak adalah akan kekal sebegitu. Untuk mempercepatkan proses repair pada kulit korang, ini 5 langkah yang boleh korang praktikkan.
01
Dapatkan tidur cukup (dan berkualiti)
Haipp, kenapa tak tidur lagi ni?
Paling kurang, remaja kena dapatkan waktu tidur dalam 6 ke 8 jam sehari. Jika tak, bukan hanya metabolisma terganggu malah kulit wajah juga akan kelihatan kusam, lesu dan nampak kepenatan.
02
Kurangkan stres
Jangan stres-stres Sissy..
Muka dan badan kita tidak akan menipu, percayalah. Jika seseorang itu stres ia akan memberi kesan pada kesihatan, wajah dan mengakibatkan hormon menjadi tidak stabil
03
Minum air secukupnya
Bagus Wani bawa air mineral pergi ke mana-mana.
Tubuh badan manusia terdiri daripada 75% air. Dan disebabkan itulah kita sering disuruh untuk meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air putih sehari atau kirakira 2.5 liter. Dengan meminum air yang mencukupi maka metabolisma dalam tubuh bekerja secara optima, kulit wajah pun terjaga.
04
Baiki peredaran darah
Kadangkala, pergilah ke tepi pantai untuk jadikan diri korang aktif.
Peredaran darah yang baik akan memastikan oksigen mencukupi ke bahagian wajah. Ini sekali gus membantu sel-sel kulit melakukan proses regenerasi. Jadi, jangan takut untuk bergiat aktif untuk membaiki peredaran darah.
05
Langkah Terakhir..
Betul tu sis, it is so hot!
Sudah tentu, untuk memperbaiki kulit kusam kita perlu menggunakan produk. Tapi bukan sebarang produk, kena guna yang memberi kelebihan betul kepada kulit wajah dan badan korang. Seperti yang disyorkan oleh penyanyi remaja dalam rancangan The House (hyperlink) musim kelima iaitu Wani Kayrie, Sissy Iman dan Sarah Suhairi.
Pertama, bersihkan muka dengan NIVEA Pearl White Whip Foam. Whip Foam ini adalah yang pertama diperkaya dengan serum mutiara dalam buih ultra halus untuk membersih dari dalam dan melembap. Jadi, kulit akan rasa lebih segar dan berseri bak mutiara dalam satu cucian!
Segala kotoran yang tersembunyi pun dapat dihapuskan.
Kemudian, sapukan NIVEA Extra White Repair & Protect SPF30 untuk mengembalikan rasa kulit segar walaupun ketika berdepan bahang cuaca seperti sekarang.
Bukan saja ia mempunyai kandungan Deep White Essence, SPF30 dan 50 kali Vitamin C, kulit bukan saja dilindungi daripada pencemaran udara dan matahari tetapi juga memperbaiki bahagian dalam kulit agar kelihatan cerah semula.
Untuk efek tip top, korang boleh melembapkan muka dengan NIVEA Pearl White Whip Foam yang diperkaya dengan serum mutiara dan likuoris.
Info lanjut, layari je Facebook NIVEA. Dah flawless kembali wajah nanti, jangan lupa pula upload selfie korang dengan hashtag #mynivea #nivea3xmoisturizingfoam #pembersihbuihnivea3xmelembap
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertandingan Miss Universe merupakan pertandingan ratu cantik paling berprestij di dunia. Semua pesertanya mengimpikan untuk memegang takhta tersebut kerana ia mampu mengubah kehidupan mereka. Namun bukan semua yang bernasib baik.
Ahad lalu, Miss Universe telahpun memahkotakan pemenang yang ke 71 dan ia menjadi milik wakil Amerika Syarikat (USA), R’Bonney Gabriel. Kemenangannya itu menjadikan negara tersebut memiliki sembilan wakil bergelar Miss Universe.
Sejak tahun 1952, wakil USA sentiasa berjaya menjadi salah seorang peserta semifinalis. Namun tahukah anda, dalam kejayaan yang diraih itu terdapat empat wakil USA yang tidak mendapat sebarang tempat sekaligus tidak bergelar semifinalis.
BARBARA PETERSON
Merupakan Miss USA 1976, Barbara Peterson gagal bergelar semifinalis dan dia menjadi peserta pertama dari negara tersebut yang gagal mara ke peringkat yang seterusnya. Kini pada usia 70 tahun dia mengabdikan dirinya kepada kerja-kerja amal.
KIMBERLEY PRESSLER
Memenangi gelaran Miss USA pada usia 22 tahun, Kimberley menjadi Miss USA kedua yang gagal mara sebagai semifinalis. Kini dia merupakan seorang pengacara dan juga wartawan sukan untuk saluran televisyen FOX.
Kemenangan Shauntay pada tahun 2002 menjadikan dia sebagai Miss USA ke 50 dan wakil USA ketiga yang gagal mendapat sebarang tempat. Dalam pertandingan Miss Universe yang diadakan di Puerto Rico, dia kalah kepada Oksana Federova yang sehingga kini dianggap sebagai Miss Uniiverse paling cantik dalam sejarah pertandingan itu. Selepas pertandingan dia aktif sebagai pelakon.
RIMA FAKIH
Wanita berketurunan Lebanon ini ketika kemenangannya menjadi individu beragama Islam pertama yang memenangi gelaran Miss USA. Kemenangannya ketika itu mencipta pelbagai reaksi. Walaupun begitu nasib Rima tidak terlalu cerah apabila dia menjadi wakil keempat Amerika Syarikat yang gagal mendapat tempat di pentas Miss Universe. Rima kini sudah berkahwin dengan jutawan dan memiliki tiga orang cahaya mata.
Kenapa agaknya mereka tidak berjaya ya? Sedangkan pertandingan itu sering dikaitkan dengan USA kerana pemilik pertandingan ketika itu sebelum ini merupakan warganegara Amerika Syarikat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.