Merentas pergunungan salji di bawah paras 30 darjah Celsius  menggunakan bantuan peluncur sled anjing enam hari  berturut bukan perkara mudah. Ditambah Malaysia mengalami iklim khatulistiwa iaitu hujan dan panas sepanjang tahun.

Namun ia bukan halangan bagi seorang anak muda, Muhammad Syazwan bin Mohd Khazir, 26 tahun yang juga seorang jurutera awam untuk menyertai ekspedisi Fjallraven Polar, yang bakal diadakan 9-14 April  2018 akan datang.

Saya Lakukan Demi Malaysia, Pemuda Ini Perlukan Undian Bagi Sertai XPDC Fjallraven Polar 2018
XPDC ini sangat lasak dan mencabar fizikal peserta

Penggembaraan sejauh 300km itu akan bermula dari Signaldalen, Norway. Perjalanan bakal diteruskan ke Paltsa, Rastojaure, Kattyvuoma, Sejujarvi dan berakhir di Vakkarajarvi, Sweden yang mana sepanjang enam hari itu, peserta akan bermalam  di tanah sentiasa bersalji serta melalui laluan mencabar.

Namun sebelum impiannya itu bakal terlaksana dan membawa nama Malaysia ke peta dunia, Muhammad Syazwan memerlukan undian dari rakyat negara ini. Ayuh, undian rakyat Malaysia sangat diperlukan!

“Saya lakukan untuk Malaysia. Demi negara yang saya sayangi selain menguji ketahanan mental dan fizikal kerana saya sukakan aktiviti lasak,” katanya yang telah melakukan pendakian ke lebih 20 buah gunung. Ini termasuklah Gunung Kinabalu, Gunung Rinjani, Gunung Yong Belar, Gunung Datok, Gunung Stong, Gunung Nuang serta banyak lagi serta pernah menyertai ekspedisi berbasikal UiTM Malaysia – Thailand Internasional Cycling Tour  mengayuh sejauh 413 km pada tahun 2015 yang lalu.

Saya Lakukan Demi Malaysia, Pemuda Ini Perlukan Undian Bagi Sertai XPDC Fjallraven Polar 2018
Syazwan aktif dalam sukan lasak sejak dulu
Menurut Syazwan yang berasal dari Klang, dia memerlukan sekurang-kurangnya 5000 undian bagi mewakili Asia/ Ocenia dan setakat ini dia baru memperoleh 1900 undian setakat petang ini. Dia memerlukan sekurangnya 3100 lagi undi  untuk terpilih sebagai wakil negara Asia/ Ocenia (Malaysia/ Singapura/ Australia/ China) juga turut disenaraikan dalam  kategori ini.
“Undian ini akan ditutup pada 14 Disember ini. Saya kini berada dalam kedudukan ke empat dari 93 peserta dengan undian sebanyak 1900. Memandangkan penyertaan ekspedisi ini berdasarkan kedudukan, saya sangat berharap terpiliih,” katanya memaklumkan setakat hari ini peserta berada pada kedudukan pertama  sudah mendapat 3000 undian dan beliau mengharapkan jumlah undiannya melebihi peserta pertama.
Saya Lakukan Demi Malaysia, Pemuda Ini Perlukan Undian Bagi Sertai XPDC Fjallraven Polar 2018
Sudah mendaki lebih 20 gunung dalam dan luar negara

Dalam pada itu, anak muda ini memaklumkan, hanya peserta dari Filipina pernah terpilih mewakili Asia/ Ocenia tahun lalu dan penyertaan ini terbuka kepada seluruh dunia.

Demi Malaysia, apa kata kita bersatu hati melakukan vote untuk pemuda ini. Semangat anda sebagai warga negara amat diperlukan. Layari pautan ini demi negara yang sangat kita kasihi.

Difahamkan, pemilihan calon adalah berdasarkan jumlah undian dan kriteria setiap peserta. Jika terpilih, mereka secara automatik akan ditaja oleh Fjallraven dalam ekspedisi tersebut.

Saya Lakukan Demi Malaysia, Pemuda Ini Perlukan Undian Bagi Sertai XPDC Fjallraven Polar 2018

Untuk makluman, sukan lasak tajaan Fjallraven ini mula diperkenalkan pada tahun 1997. Fjallraven Kanken adalah syarikat pengeluar barangan outdoor yang begitu terkenal buat pencinta aktiviti lasak di seluruh dunia. Biar sudah lebih 20 tahun sukan ini diperkenalkan  iaitu bermula pada 1997, belum ada lagi rakyat Malaysia dipilih menyertai pengembaraan lasak dan mencabar fizikal ini.

Ayuh, rakyat Malaysia, semoga nama negara ini terpahat di mata dunia di mana kita boleh melakukan apa sahaja. Malaysia Boleh.

Tonton video di bawah mengenai XPDC ini

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI