Lepas ini, korang mungkin tak boleh lepak di warung mamak lagi untuk menonton perlawanan bola sepak lewat malam.
Kerajaan menerusi kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ingin menggubal polisi melarang remaja berusia bawah 18 tahun daripada berada di luar rumah selepas jam tertentu pada waktu malam tanpa penjaga.
Hal ini telah dipersetuju oleh komiti kabinet kerana rekod menunjukkan peratusan remaja yang terpalit dengan isu menghidu gam kebelakangan ini berada pada tahap membimbangkan.
“Kami sedang mempertimbangkan polisi sama yang telah dipraktik di negara asing seperti Iceland.
Ads
“Ia mungkin tidak mudah untuk dikenakan, namun kami merasa ia wajar dan sekurang-kurangnya boleh menghalang remaja daripada terlibat dalam sebarang aktiviti negatif,” tambah beliau.
Di Iceland, kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan berada di luar melebihi jam 8 malam kecuali jika ditemani penjaga.
Remaja antara usia 13 – 16 tahun pula tak dibenarkan melebihi jam 10 malam kecuali mereka sedang dalam perjalan pulang ke rumah daripada aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.
Ads
Sesiapa yang melanggar peraturan boleh dibawa terus ke balai polis dan ibu bapa perlu mengambil mereka ke sana.
“Polisi ini masih pada peringkat perbincangan. Kami belum menetapkan hukuman. Apa yang penting sekarang adalah untuk menghalang ketagihan hidu gam dan mengambil dadah.
Apa pendapat korang? Rasa macam kebebasan ditarik ataupun korang setuju?
Ads
Bagi kami di REMAJA, polisi ini mempunyai pro dan kontranya.
Mungkin niat yang ada di kalangan ibu bapa dan penjaga baik kerana mereka gentar anak remaja mereka mendekati kehidupan sosial seperti ke kelab dan mengambil dadah. Tetapi pada masa yang sama, kebebasan remaja untuk melakukan lebih baik aktiviti sosial yang berfaedah pada lewat malam seakan ditarik secara serta-merta.
Bagaimana nasib remaja yang ingin bermain futsal dan badminton pada waktu malam terutamanya pada hujung minggu. Bagaimana dengan remaja yang terpaksa keluar malam untuk sesuatu hal kecemasan. Bagaimana dengan remaja yang perlu ke pusat tusyen dan hanya pulang selepas jam 10 malam.
Mungkin polisi ini perlu digubal secara teliti dan terperinci, kemudian barulah dikhabarkan kepada remaja di Malaysia. Barulah tiada salah faham yang berlaku sehingga menyebabkan remaja meroyan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Serangan Rusia ke atas Ukraine memaksa ratusan ribu penduduk mencari perlindungan. Ramai yang menuju ke sempadan negara-negara berdekatan demi keselamatan diri.
Dalam suasana yang tidak menentu dan roket tentera Rusia mula mengebom beberapa tempat di Ukraine, semestinya keberadaan warganegara Malaysia yang berada di sana menjadi tanda tanya.
Khabar terbaharu yang telah dikemaskini, sembilan warganegara Malaysia bersama dua tanggungan mereka yang disertai seorang warganegara Singapura telah selamat tiba di Korczowa-Krakovets sebuah bandar kecil terletak di sempadan Ukraine dan Poland pada jam 5.45 pagi (waktu Malaysia). Ketibaan mereka telah disambut oleh wakil kedutaan Malaysia di Poland.
Dalam satu ciapan oleh Menteri Luar Negeri, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, beliau berkata, “Alhamdulillah, konvoi yang memindahkan 9 rakyat Malaysia & 2 tanggungan mereka serta seorang warga Singapura dari Kyiv yang diketuai oleh Kuasa Usaha Sementara @MYEmbKyiv, Cik Fadhilah Daud telah selamat tiba di Korczowa-Krakovets, sempadan Ukraine dengan Poland.
“Konvoi tersebut telah disambut oleh dua pegawai dari Kedutaan Malaysia di Poland @EmbMy. Mereka sedang menuju ke Warsaw pada waktu ini dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur dalam masa yang terdekat.”
Dalam laporan Malay Mail, sebelum ini konvoi tersebut yang diketuai oleh Setiausaha Pertama kedutaan Malaysia di Kyiv, Cik Fadhilah Daud telah memulakan perjalanan lebih 782km menggunakan empat kenderaan menuju ke sempadan Poland bagi memastikan keselamatan warganegara Malaysia.
Difahamkan, Fadhilah merupakan pegawai tertinggi kedutaan Malaysia di Kyiv kerana jawatan duta tidak diisi. Sebelum ini 13 warganegara Malaysia telah terlebih dahulu meninggalkan negara tersebut ketika ketegangan di antara Rusia dan Ukraine mula-mula terjadi.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang masih ingat pada bulan lalu, seorang remaja berusia 20 tahun bernama Shah Hairil Izman Dave telah ditangkap selepas kantoi menyamar menjadi seorang doktor di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak.
Insiden yang berlaku di Hospital Umum Sarawak itu sebenarnya bukanlah percubaan kali pertama oleh remaja yang berasal dari Bandar Bau Semariang ini. Amat memeranjatkan apabila siasatan mendapati dia pernah melakukannya sekerap 32 kali dari 16 Jun hingga 1 Julai lalu.
Dari luaran, Shah Hairel memiliki kesemua perkakas dan peralatan yang diperlukan untuk kelihatan seperti seorang doktor sebenar seperti kad nama, peralatan perubatan, cop, pas palsu sebagai kakitangan di hospital berkenaan dan kelengkapan lain yang dibawanya sendiri.
Sumber Foto : PDRM
Biarpun ‘berpengalaman’ menjadi seorang doktor sehingga 32 kali, penipuannya berakhir setelah dia didapati hanya berusia 20 tahun semasa sibuk berbual dengan doktor lain; lantas menimbulkan keraguan di kalangan kakitangan di sana. Setelah siasatan dijalankan, dia rupanya mempunyai minat mendalam dalam bidang perubatan malah telah mempelajari ilmu perubatan secara dalam talian.
Oleh sebab ini dianggap sebagai satu bentuk kesalahan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai seorang penjawat awam, maka kes ini perlu dirujuk ke Mahkamah Kuching pada hari ini dalam sebuah prosiding.
Hasilnya, Shah Hairil pada hari ini telah diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani program khidmat masyarakat selama 120 jam selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan di atasnya. Perintah ini dibuat di bawah Seksyen 293(1)(e) Kanun Prosedur Jenayah.
Dia bernasib baik kerana terlepas daripada hukuman maksimum dua tahuun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Penulis sebenarnya masih keliru bagaimana tertuduh boleh bertahan menjadi doktor sekerap 32 kali tanpa ‘terkantoi’ oleh pihak pengurusan mahupun para doktor lain? Namun orang kata, sepandai-pandai tupai melompat (sebanyak 32 kali dalam kes ini) akhirnya jatuh ke tanah juga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 minggu lalu, Perdana Menteri Malaysia sebelum ini ada mengumumkan satu bantuan yang dikenali sebagai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang akan diperkenalkan bagi membantu rakyat dan ekonomi.
Bantuan ini termasuk bagi peminjam PTPTN yang terjejas akibat wabak COVID-19 dan bencana banjir, keputusan moratorium ini tentunya sedikit sebanyak membantu mengurangkan bebanan mereka.
Buat anda yang layak, berikut merupakan cara untuk mohon penangguhan bayaran bagi tahun 2021.
CARA MOHON PENANGGUHAN KHAS BAYARAN PINJAMAN PTPTN
1. Semak penyata pinjaman dengan login masuk di link di bawah.
Senang je kan nak isi permohonan ni, tapi kalau korang malas nak login semua korang juga boleh terus message di FB SSPN-i Plus PTPTN dan bertanyakan terus No Pinjaman kepada pihak pengurusan. Mereka akan bantu secepat mungkin: https://sspniplus.com.my/hubungi-kami/
So, diharap berita ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan korang, lagi-lagi yang bercuti tanpa gaji tu. Harap cepat lah wabar ini hilang…huhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!