Seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat bertindak untuk berkawan dengan seorang wanita di Facebook dan mengajaknya untuk keluar bertemu janji; SELEPAS dia cuba merompak wanita berkenaan!
Memetik laporan WRTV Indianapolis, lelaki yang dikenali sebagai Damien Boyce itu difahamkan telah mengacukan sepucuk pistol kepada seorang wanita bernama Amber Beraun. Sambil itu, dia memaksa mangsa membenarkannya masuk ke rumah bagi tujuan merompak.
Damien Boyce
Amber bagaimanapun bertindak berani dan menangkis hasrat Damien itu (sambil pistol masih dituju ke arahnya!). Sebaliknya, dia menyerahkan wang tunai bernilai USD100 (kira-kira RM469) sebelum memintanya pergi.
Secara tiba-tiba, Damien pula bertanya jika Amber sudah berpunya dan memaksanya berhubung dengannya menerusi platform media sosial, Facebook. Amber mendakwa Damien sempat menunjukkan profil Facebook dan meminta wanita itu menekan butang ‘Follow’.
Amber Beraun.
Amber tidak berfikir panjang dan terus melakukan apa yang diminta oleh Damien agar dia beredar pergi.
Ads
Siapa sangka, tidak lama kemudian Damien mula menghantar mesej kepadanya menerusi Facebook!
Salah satu mesej berkenaan berbunyi, “Saya akan memulangkan wang kamu. Itu bukanlah cara terbaik untuk bertemu seseorang, tetapi kamu terlalu cantik untuk dirompak.”
Tambah mengejutkan apabila Amber membalas mesej-mesej Damien selepas itu, Katanya, dia mempercayai lelaki itu tidak berniat untuk berbuat buruk padanya dan keadaan hidup yang sukar memaksanya untuk merompak.
Ads
WRTV Indianapolis melaporkan Damien telahpun diberkas pada 21 Jun 2023 atas kesalahan meropak dan memiliki senjata api.
Malah, seminggu sebelum Amber menjadi mangsanya, Damien telahpun cuba menembak dua orang mangsa lain dan memukul seorang lagi mangsa dengan bata.
Pelik-pelik ya kisah cinta zaman moden! Well, perompak pun ada perasaan, betul tak? Hehe..
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula semalam, Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga 31 Mac akan datang. Namun mulai malam tadi, PM menyeru rakyat Malaysia agar duduk di rumah sahaja dan bukannya balik kampung seperti dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia yang degil.
Dalam pada itu, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan juga, ramai pekerja melontarkan pendapat kerana mereka dipaksa oleh majikan untuk datang bekerja biar bukan terlibat dalam 26 sektor yang diberi kebenaran bekerja. Dalam hal ini, pekerja boleh membuat laporan polis.
Namun disebabkan wabak COVID -19 ini juga ada sektor yang menerima kesan apabila majikan terpaksa mengurangkan pekerja dan memberi cuti kepada mereka. Bagi pekerja yang terpaksa bercuti tanpa gaji disebabkan COVID-19 bermula 1 Mac, pekerja layak menerima RM600 yang akan diberi dalam tempoh 7 hari dari permohonan dibuat.
Baca saranan dari Menteri Kanan, YB Datuk Seri Azmin Ali mengenai hal ini seperti dikongsi di fbnya.
COVID-19: BAYARAN TERUS KE AKAUN PENERIMA UNTUK BANTUAN CUTI TANPA GAJI
Saya menerima banyak pertanyaan berkenaan cara memohon bantuan cuti tanpa gaji ini.
Disini dijelaskan untuk pengetahuan rakyat bahawa anda yang diberi notis cuti tanpa gaji oleh majikan TIDAK PERLU MEMOHON kerana bantuan tersebut akan disalurkan terus ke akaun bank anda oleh majikan masing-masing.
Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memohon bagi pihak pekerja mereka. Majikan akan menerima bayaran dari PERKESO dan WAJIB mengkreditkan RM600 tersebut kedalam akaun pekerja mereka dalam tempoh 7 hari.
Juga diingatkan lagi, mereka yang layak menerima bantuan ini adalah pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020. Ianya juga layak kepada pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan.
Anda boleh membuat pertanyaan lanjut di talian 1-300-22-8000 atau emel kepada perkeso@perkeso.gov.my ATAU menyalurkan aduan/pertanyaan melalui https://www.facebook.com/PERKESO.Official/
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula malam tadi, sekatan jalan raya rentas negeri di seluruh negara dihentikan selepas kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini.
Menurut tinjauan Bernama yang telah dibuat di Plaza Tol Gombak tengah malam tadi mendapati anggota polis dan tentera yang bertugas di sekatan jalan raya mula mengalihkan kon serta khemah yang terletak di sekatan jalan raya rentas negeri di lokasi tersebut.
Berikut adalah antara gambar-gambar frontliners yang telah dirakamkan dalam momen berakhirnya sekatan jalan raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di negara kita.
Rata-rata daripada masyarakat Malaysia mengucapkan terima kasih buat petugas barisan hadapan, selain turut mendoakan kesejahteraan mereka setelah berkorban demi menjaga keselamatan negara.
Semoga wabak COVID-19 ini tidak lagi menular dan diharap agar seluruh rakyat Malaysia masih mempraktikkan norma baru bagi mengelakkan segala kemungkinan yang tidak diingini.
Tanpa disedari, pengguna akaun yang dipilih olehnya merupakan seorang pesakit positif wabak Covid-19.
Sepanjang waktu perintah kawalan pergerakan (PKP), jelas ramai yang memilih saluran Live Instagram untuk berinteraksi dengan rakan, keluarga dan followers. Bagi para selebriti pula, mereka menggunakan Live Instagram sebagai cara untuk berinteraksi dengan peminat masing-masing.
Salah satu sesi live yang berlangsung pada malam ini menarik perhatian penulis.
Ia dikendalikan oleh penyanyi remaja, Kucaimars bersama beberapa peminat yang menghantar request untuk muncul berinteraksi.
Tanpa disedari oleh Kucai sendiri, salah seorang pengguna akuan yang dipilih olehnya merupakan seorang pesakit positif wabak Covid-19.
Remaja berusia 19 tahun itu memperkenalkan dirinya sebagai Talha Taufiq dan menjawab pertanyaan Kucai mengenai keberadaan dirinya di dalam jubah hospital.
“Saya dalam wad disebabkan positif Covid-19. Tetapi sekarang saya ditempatkan dalam bahagian wad jururawat kerana kondisi telah lebih stabil,” katanya yang turut meminta sekiranya Kucai tidak keberatan untuk menghasilkan video cover untuk lagu Titip Rindu Buat Ayah nyanyian semula Betrand Peto.
Kucai kemudiannya bertanya sekiranya Talha rindukan ayahnya memandangkan dia sedang menetap di wad.
Kucai bersama-sama penonton terkedu apabila Talha menyatakan ayahnya telahpun meninggal dunia disebabkan oleh wabak Covid-19.
Penyanyi tersebut mengambil masa beberapa saat untuk kembali memberikan semangat kepada Talha dan berjanji untuk belajar chord serta lirik lagu tersebut.
Allahu, inilah yang dikatakan sebagai petunjuk yang Esa, barangkali. Tanpa disedari, Kucaimars memilih insan yang amat memerlukan dorongan untuk pulih dari segi fizikal dan emosi.
Bagi korang yang nak mendengar 5 lagu cinta pilihan Kucai, klik video di bawah: