Tapi sebelum beli, ada baiknya kalau kornang tahu punca dan jenis batuk yang dialami supaya senang nak cari ubat yang sesuai.
Korang boleh rujuk entrée yang dibuat oleh page Farmasi Sabak Bernam ini untuk mengetahui jenis-jenis batuk serta rawatan dan ubat yang sesuai untuk dapatkan.
Jenis batuk
1. Batuk kering
Tanda-tanda: Tiada kahak, gatal tekak, suara bertukar jadi garau dan boleh buat hilang suara
Punca: Jangkitan virus di tekak, asma/lelah, habuk/jerebu/bahan kimia/asap rokok dan kesan sampingan ubat
2. Batuk basah
Tanda-tanda: Berkahak, rasa sesak dada bila batuk
Punca: Jangkitan bakteria di tekak, pneumonia atau post-nasal drip
Jenis ubat untuk rawat batuk
1. Expectorant (penyingkir kahak)
Sesuai untuk batuk berkahak
Contoh ubat: DCM Expectorant, Mucolix
Ads
2. Antitussive (penghenti batuk)
Sesuai untuk batuk kering tanpa kahak
Contoh ubat: Copastin, Rasitin
3. Anti-asthmatics (batuk lelah)
Sesuai untuk korang yang mengalami batuk lelah, terutamanya batuk pada sebelah malam
Contoh ubat: Ventolin, Salmodil
Ads
4. Mucolytics (cair kahak)
Untuk mencairkan kahak pekat supaya senang dikeluarkan dan melegakan batuk
Contoh ubat: Bromhexine, Stenac
5. Decongestant (ubat selesema)
Sesuai untuk melegakan batuk yang disebabkan oleh hingus yang mengalir ke belakang tekak (post-nasal drip), melegakan batuk, selesema dan hidung tersumbat
Sekiranya batuk melebihi tiga hari beserta kahak hijau/kuning (perlu slip doktor jika ingin mendapatkan antibiotik di farmasi luar)
7. Lozenge
Untuk menghilangkan kegatalan tekak yang menyebabkan batuk
Contoh ubat: Difflam, Strepsils, Sobenz
Selain daripada ubat-ubat batuk yang terkawal seperti ini, terdapat juga ubat batuk herba atau tradisional yang boleh menghilangkan batuk. Korang mesti familiar dengan Prospan, Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika, Ubat Batuk Cap Ibu & Anak, Ubat Batuk Hurix’s dan macam-macam lagi kan, jadi ubat-ubat ini juga boleh digunakan untuk merawat gejala batuk yang dihadapi.
Kalau dah habis sebotol tapi masih tak okay, terus jumpa doktor untuk rawatan susulan. Manalah tahu ada masalah lain. Sebaiknya, dapatkan juga nasihat daripada pakar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon jelita, Nora Danish sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas memuat naik video dan foto berimej baharu iaitu dengan potongan berambut pendek.
Penampilan tersebut sekali gus membuatkan pelakon karya popular Polis Evo itu kelihatan lebih muda daripada usia sebenarnya iaitu 41 tahun.
Menjengah di ruangan komen, imej terbaharu ibu kepada dua cahaya mata itu telah meraih pujian ramai.
“Nora nampak muda berbanding usia… cantik boleh tahan,” komen seorang peminat.
“Dari belum kahwin sampai dah kahwin tetap cantik.. love sangat dengan kak Nora ini,” komen peminat yang lain.
Selain itu, sehinggakan ada juga yang menggelar pelakon cantik itu sebagai ‘vampire’ dan seperti masih remaja dek kerana kecantikannya yang tidak dimamah usia.
“Potong rambut pendek nampak muda, cantik sangat-sangat,” komen seorang pengikutnya.
“Macam gadis remaja, suci murni sis…” komen pengikutnya yang lain.
Sekadar informasi, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang cahaya kata iaitu Rayqal. Pasangan itu bagaimanapun berpisah pada 10 Julai 2008.
Nora kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia lima tahun.
Selepas berhenti melibatkan diri daripada program realiti terkenal Running Man pada tahun 2021, Lee Kwangsoo semakin dilihat fokus untuk beberapa projek lakonan.
Terbaru, menerusi satu temu bual khas, susulan tayangan drama Korea terbaru No Way Out: The Roulette, pelakon senior Yoo Jae Myung telah berkongsi pengalamannya bekerjasama dengan Kwang Soo menerusi drama tersebut.
Katanya, “Kwang Soo adalah seorang lelaki muda luar biasa. Dia buat segalanya dengan ikhlas. Sejujurnya, saya kurang tahu tentang dia sebelum ini dan saya hampir tidak pernah tonton Running Man sebab saya hanya tonton sekilas saja, jadi tak perasan ada Kwang Soo dalam tu”.
“Selepas bekerja dengannya menerusi drama No Way Out: The Roulette. Saya sedar Kwang Soo adalah seorang pelakon yang luar biasa. Ia lebih bagus kalau dia kurang muncul dalam rancangan hiburan dan fokus kepada lakonan. Saya harap drama ini akan jadi projek yang kukuhkan lagi kedudukannya sebagai pelakon”
Menurut laporan, pelakon tinggi lampai itu akan memainkan watak sebagai Yoon Chang-jae dalam drama No Way Out: The Roulette. Di mana dia menyelami skim pembunuhan sengit di luar negara yang menyasarkan hadiah 20 bilion won ke atas hidup orang lain.
Sekadar info, Lee Kwang Soo memulakan kerjayanya sebagai seorang model pada tahun 2007 sebelum debut sebagai seorang pelakon menerusi sitkom berjudul Here He Comes pada tahun 2008. Kemudian, meraih populariti menerusi rancangan Running Man sehingga mendapat gelaran Prince of Asia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi rap terkenal, Lil Nas X, baru-baru ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada 25 Ogos lalu terhadap empat pertuduhan feloni yang dikenakan ke atasnya. Pertuduhan tersebut termasuk menyerang pegawai polis serta menghalang tugas pihak berkuasa, susulan penahanannya minggu lalu.
Difahamkan, insiden yang dilaporkan berlaku di Ventura Boulevard, Los Angeles, di mana Lil Nas X didakwa berjalan dalam keadaan separuh bogel sekitar jam 5.30 pagi sambil hanya memakai seluar dalam dan kasut but koboi putih. Kemudian, bintang pop berkenaan mula bertindak agresif sebelum ditahan pihak polis yang tiba di lokasi kejadian.
Menurut laporan media antarabangsa, pihak polis mendakwa Lil Nas X atau nama sebenarnya Montero Lamar Hill (26) menyerang mereka ketika cuba ditahan. Akibatnya, beliau dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan sebelum dihantar ke pusat tahanan bagi proses seterusnya.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Industry Baby’ berkenaan turut berdepan tiga pertuduhan menyerang pegawai polis dengan kecederaan dan satu pertuduhan menghalang pegawai eksekutif menjalankan tugas. Jika disabitkan kesalahan, Lil Nas X berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun serta denda sehingga AS$10,000 (RM42,000) bagi setiap pertuduhan.
Selain itu, hakim menetapkan ikat jamin sebanyak AS$75,000 (RM316,000) dengan syarat tambahan bahawa penyanyi itu perlu menghadiri sesi ‘Narcotics Anonymous’ sepanjang tempoh pembebasannya. Pada masa yang sama, peguam bela, Christy O’Connor, bagaimanapun menegaskan bahawa insiden itu hanyalah “episod luar biasa” dalam hidup anak guamnya serta menafikan penglibatan sebarang bahan terlarang.
“Insiden ini adalah episod luar biasa dalam hidup Lil Nas X dan tiada sebarang bukti menunjukkan beliau berada di bawah pengaruh dadah terlarang ketika kejadian,” jelas Christy.
Sekadar info, Lil Nas X mula mencipta fenomena global selepas kejayaan lagu ‘Old Town Road’ pada tahun 2019. Lagu tersebut bukan sahaja memenangi dua trofi Grammy, malah mencatat rekod sebagai lagu paling lama berada di tangga teratas carta Billboard Hot 100 selama 17 minggu berturut-turut.
Walaupun sering menerima pencapaian dan anugerah berprestij. Namun, sepanjang kerjayanya, Lil Nas X sering terpalit kontroversi sehingga salah satu video muzik untuk lagu hitnya Montero (Call Me By Your Name) pernah dikecam golongan konservatif di Amerika Syarikat kerana dianggap ‘melampau’ dan ‘tidak bermoral’.
Tahun ini, beliau kembali dengan album baru berjudul Days Before Dreamboy yang dilancarkan pada Mac lalu, dan dijangka mengeluarkan album penuh Dreamboy menjelang hujung tahun ini. Walaupun berdepan isu perundangan, kerjaya seni Lil Nas X dilihat masih kukuh dengan sokongan padu daripada peminatnya di seluruh dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!