back to top
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Home Hiburan Olivia Rodrigo & V BTS Bikin Internet ‘Meletup’ Dengan Skit Mesra Di...

Olivia Rodrigo & V BTS Bikin Internet ‘Meletup’ Dengan Skit Mesra Di GRAMMYs

 

Dua tahun menjejakkan kaki ke anugerah Grammy, dua tahun jugalah grup dari Korea Selatan, BTS mencipta sensasi menerusi persembahan mereka.

Jika pada tahun lalu, persembahan lagu Dynamite oleh BTS telah disiarkan secara langsung dari bangunan Hanwha Life 63 di Seoul, Korea Selatan. Tahun ini, BTS mencipta sejarah apabila diberikan penghormatan melakukan persembahan untuk sebuah lagi lagu hit, Butter di pentas Grammy yang sebenar pula.

ARTIKEL BERKAITAN : V BTS, Finneas & Japanese Breakfast Tampil Unik Dengan Fesyen ‘Bunga Gergasi’ – REMAJA

Olivia Rodrigo & V BTS Bikin Internet ‘Meletup’ Dengan Skit Mesra Di GRAMMYs
Sumber Foto : Otaku Art
Olivia Rodrigo & V BTS Bikin Internet ‘Meletup’ Dengan Skit Mesra Di GRAMMYs
Sumber Foto : Billboard

Bermula dengan alunan muzik jazz sambil memperkenalkan seorang demi seorang ahlinya yang duduk sama ada di atas pentas mahupun di antara penonton selebriti, momen tersebut telahpun hangat diperkatakan oleh peminat BTS di seluruh dunia.

Ia setelah salah seorang ahlinya, Kim Tae-hyung aka V berkongsi momen mesra ketika duduk bersebelahan penyanyi Sour, Olivia Rodrigo.

IKLAN
Olivia Rodrigo & V BTS Bikin Internet ‘Meletup’ Dengan Skit Mesra Di GRAMMYs
Sumber Foto : PopSugar

Perbualan biasa di antara mereka bertukar menjadi bisikan ke telinga Olivia sehingga membuatkan penonton di rumah tidak keruan ingin mengetahui apa sebenarnya yang dibisikkan oleh V.

Kemudian, barulah ketujuh-tujuh ahli BTS naik ke atas pentas untuk meneruskan persembahan mereka.

 

Olivia Rodrigo & V BTS Bikin Internet ‘Meletup’ Dengan Skit Mesra Di GRAMMYs

IKLAN

Terdahulu di karpet merah Grammys, sewaktu diajukan soalan siapakah artis impian untuk mereka berkolaborasi pada masa akan datang; V telah menjawab, “Olivia.”

Walaupun Olivia hanya melakukan cameo dalam persembahan BTS dan belum lagi – secara teknikalnya – berduet dengan BTS, apa yang berlaku di antaranya dan V pada hari ini mungkin adalah signal kepada ARMY di seluruh dunia bahawa ada sesuatu yang istimewa bakal dirancang oleh dua nama besar muzik itu.

IKLAN

Tidak kurang juga, ada peminat yang merasakan skit mesra mereka ini bertujuan untuk meredakan ketegangan yang pernah tercetus di antara peminat BTS dan peminat Olivia. Ini susulan lagu nyanyian Olivia good 4 u mendapat penstriman melebihi Butter pada minggu pertama kedua-dua lagu itu diluncurkan sehingga mengakibatkan Olivia menerima keceman tidak masuk akal oleh sebahagian daripada ARMY.

REMAJA sendiri teruja untuk mengetahui apa sebenarnya yang dibisikkan oleh V sebentar tadi. Korang rasa..?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI