Kegilaan terhadap pelakon Korea bukan hanya dikalangan para remaja, malah ada juga ‘mak’mak’ orang yang turut menggilai kecantikan dan kekacakan pelakon mereka. Jika tidak, masa kan ramai yang sanggup duduk berjam-jam lamanya di hadapan skrin menonton K-Drama favorite mereka kan?
Tidak dinafikan selebriti lelaki Korea mempunyai wajah tampan dan kulit yang cantik untuk menarik perhatian para peminat. Namun, pada asalnya mereka tetap seperti orang-orang biasa yang memiliki ketidaksempurnaan.
Sekali lagi, dunia hiburan Korea Selatan baru-baru ini digemparkan dengan pendedahan sebuah video yang didakwa menunjukkan hubungan romantik antara pelakon terkenal, Kim Soo Hyun dan mendiang Kim Sae Ron di kediamannya telah mencuri perhatian warga internet.
Menerusi saluran Youtube, Garo Sero Institute baru-baru ini memuat naik sebuah video terbaru Sae Ron sedang berbual dengan pelakon yang digelar sebagai ‘pelakon termahal di Korea’ sambil menggunakan alat urut di belakangnya.
Dalam pada itu, pihak Garosero Research Institute turut memberitahu bahawa mereka mengambil langkah berkenaan kerana agensi Soo Hyun, Gold Medalist berulang kali menafikan dakwaan mengenai hubungan masa lalunya dengan pelakon wanita itu, termasuk ketika mendiang masih di bawah umur.
Selain itu, mereka juga memberi amaran bahawa jika Kim Soo Hyun tidak tampil memohon maaf kepada keluarga Kim Sae Ron yang sedang berduka, pihaknya mungkin akan mengeluarkan lebih banyak video yang didakwa jelas menunjukkan wajah Kim Soo Hyun.
Sementara itu, kontrak penajaan beberapa jenama fesyen mewah, kewangan, kosmetik, dan runcit terkenal yang bekerjasama dengan pelakon lelaki itu juga memilih untuk menamatkan kontrak bersama selepas isu ini hangat diperkatakan.
Ini berikutan ramai yang berpendapat bahawa imejnya tidak lagi sejajar dengan nilai-nilai jenama ini terutama dalam sektor kewangan yang sering mengutamakan imej positif.
Kredit: ABS-CBNAntara jenama yang telah menamatkan kontrak kerjasama bersama Kim Soo Hyun
Pada masa yang sama, jenama perkakas rumah, CUCKOO turut merasai tempias apabila peminat tempatan meminta pihak mereka untuk membuang Soo Hyun sebagai duta.
Terdahulu, keluarga mendiang Kim Sae Ron mendakwa bahawa Soo Hyun pernah menjalin hubungan selama enam tahun, dari 19 November 2015 hingga 7 Julai 2021 namun pihak pengurusan, Gold Medalist tampil menafikan dakwaan tersebut.
Tumpuan juga terarah kepada ‘Knock-Off’ iaitu drama terbaru Kim Soo Hyun yang bakal ditayangkan di Disney+ pada tahun 2025 membuatkan orang ramai mempersoalkan apakah ia akan menerima kesan negatif yang sama dari isu ini selain menjejaskan nama Soo Hyun sebagai salah seorang pelakon Korea paling berpengaruh?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi rap terkenal, G-Dragon baru-baru ini meraih perhatian sekali lagi apabila laporan mengenai album penuh barunya yang dinantikan oleh para peminat dijadual bakal dilancarkan pada bulan Februari ini.
Menurut TenAsia, pada tahun lalu, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong (37) telah mengeluarkan dua buah lagu pre-release berjudul ‘POWER’ pada 31 Oktober dan ‘HOME SWEET HOME’ dengan penampilan istimewa anggota BIGBANG, Taeyang dan Daesung pada 22 November yang juga akan dimasukkan dalam album akan datang.
Dalam pada itu, wakil syarikat pengurusan G-Dragon, Galaxy Corporation dalam satu kenyataan menjawab mengenai khabar angin tersebut berbunyi,
Kredit: Vogue Korea
“Memang benar pada saat ini agensi sedang menyusun rancangan untuk pelancaran album solo G-Dragon pada bulan Februari. Namun, keputusan paling muktamad masih belum diputuskan lagi”
Wah! Nampaknya, jika album baru G-Dragon betul-betul sudah disahkan akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Ini akan menjadi full album pertama G-Dragon selepas lebih kurang satu dekad sejak pelancaran album ‘COUP D’ETAT’ pada September 2013. Album berisi 12 lagu itu menampilkan lagu popular kegemaran peminat seperti Who You?, Crooked, GO, dan juga Black iaitu lagu dengan penampilan khas Jennie BLACKPINK.
G-Dragon ketika membuat persembahan di acara MAMA Music Awards 2024
Sementara itu, mengikut perkembangan terkini, G-Dragon turut meraih dua penghargaan ‘Top 10 Singles of The Year’ serta ‘ Top Korean Songs of The Year’ menerusi lagu ‘POWER’ dan ‘HOME SWEET HOME’ dalam QQ Music 2024 Dianfeng Awards iaitu salah satu anugerah berprestij di China.
Tahniah kami ucapkan dan kami di REMAJA pun sudah tak sabar nak mendengar full album release terbaru dari G-Dragon!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari lagu kegemaran mereka, apa yang mereka akan bawa kalau hilang di angkasa, hingga pandangan mereka tentang DURIAN—semuanya ada dalam video ni! 🌟CRAVITY adalah kumpulan K-pop yang terdiri daripada 9 ahli berbakat: Serim, Allen, Jungmo, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, Seongmin, dan Kangmin. Mereka dikenali dengan konsep yang penuh tenaga dan muzik yang catchy.
Jangan lupa tonton temubual penuh semangat bersama CRAVITY! 💥
Pelakon baharu, Farihin Arnia mengakui bukan sesuatu yang mudah untuk melepaskan gelaran sebagai pencipta kandungan yang sudah lama melekat pada dirinya.
Anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah yang dikenali menerusi watak rekaan ‘Zubaidah’ dalam kandungan TikTok itu berkata, meskipun kini semakin aktif dalam dunia lakonan dan bakal tampil menerusi filem pertamanya berjudul Sumpahan Nilam Utama, dirinya masih lagi sering dilabel sebagai pencipta kandungan.
Menurut pemuda berusia 25 tahun itu, proses peralihan identiti daripada pencipta kandungan kepada pelakon memerlukan masa dan bukan sesuatu yang boleh berlaku dalam sekelip mata.
“Bukan senang orang nak terima saya sebagai pelakon, sebab mereka dah kenal saya sebagai pencipta kandungan. Itu satu cabaran besar dan tak mudah nak mengikis panggilan itu sekalipun dah diiktiraf sebagai pelakon.
“Saya yakin proses itu akan makan masa dan apa yang boleh saya buat hanyalah ikut arus dan terokai banyak lagi perkara baru dalam lakonan. Insya-Allah perlahan-lahan saya akan diterima sebagai pelakon,” katanya kepada Remaja.
Dalam masa sama, Farihin turut meluahkan rasa terkejut dan teruja apabila diberi peluang membintangi filem arahan pengarah terkenal, Hyrul Anuar, yang sebelum ini dikenali menerusi karya Tiga Janda Melawan Dunia.
“Saya rasa terkejut dan tak percaya sebab bukan semua orang dapat peluang ini. Jadi saya tak boleh sia-siakan kepercayaan diberikan Infinitus Productions. Banyak yang perlu saya belajar kerana apa yang saya lakukan sebelum ini (TikTok) berbeza dengan layar lebar.
“Jurang antara ciptaan kandungan dengan dunia filem sangat besar, maka saya kena kaji watak yang dibawakan kerana setiap sudut akan dinilai penonton,” katanya.
Farihin memulakan langkah awal dalam dunia lakonan menerusi drama bersiri untuk platform Viu, berjudul Putri & Phrince, arahan Liyana Jasmay. Graduan Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sabah itu mengakui dirinya semakin jatuh cinta dengan dunia seni lakonan.
“Sejujurnya saya masih cuba menyesuaikan diri dengan sepak terajang dunia seni, termasuk berdepan gosip cinta. Insya-Allah saya percaya pada proses, lama-kelamaan saya akan lebih mahir tangani cabaran dunia seni,” katanya.
Mengulas lanjut, Farihin berkata minatnya terhadap bidang lakonan sudah wujud sejak kecil, manakala penglibatannya dalam dunia pencipta kandungan hanyalah sebagai medium awal untuk mengekspresikan bakat.
“Memang daripada kecil lagi saya minat berlakon, tapi ketika itu belum dapat peluang. Jadi saya gunakan media sosial untuk salurkan bakat. Saya pacak kamera sendiri, buat jalan cerita, sunting, dan kongsikan.
“Itu hasil titik peluh sendiri yang tak sangka diterima. Tapi sekarang, semakin sibuk dengan lakonan, saya perlu perlahan aktiviti mencipta kandungan. Bukan berhenti, cuma kekerapan dah kurang seperti dulu,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.