Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman dilihat kekal tenang berdepan kecaman yang diterimanya di media sosial, khususnya selepas tampil dengan imej tidak bertudung sejak kebelakangan ini.
Bagi Norreen, setiap komen yang diterima adalah lumrah dunia digital, malah dia mengakui kandungan yang dikongsikan di media sosial turut membuka ruang kepada orang ramai untuk memberikan pelbagai pandangan terhadap dirinya.
Akui media sosial buka ruang untuk netizen beri pandangan
Menerusi satu perkongsian di Threads hari ini, Norreen berkata dia sentiasa mengikuti reaksi orang ramai dan menyedari pelbagai komen yang dilemparkan mengenai dirinya.
“Saya sudah melihat dan tahu apa yang orang sedang perkatakan tentang saya. Ada yang kelakar dan ada juga saya rasa agak keterlaluan tetapi tidak tersinggung.
Ads
“Sebab perjalanan saya dalam industri ini bermula melalui media sosial. Ada yang suka, ketawa, menyampah dan terdapat juga yang menganggap konten saya terlalu mengada-ngada.
“Saya faham, sebab saya sendiri siarkan konten yang membuka ruang untuk orang berkata-kata. Jadi, saya tidak terkilan apabila orang mengecam atau membuli kerana orang akan terus bercakap berdasarkan hal yang mereka lihat dan dengar,” katanya dalam Threads hari ini.
Pilih memaafkan selagi bukan fitnah
Dalam masa sama, pelakon itu menjelaskan dia tidak menyimpan rasa marah terhadap kecaman yang diterima, malah memilih untuk memaafkan selagi ia tidak melibatkan fitnah atau perkara yang boleh memudaratkannya.
Ads
“Selagi perkara itu bukan fitnah, saya maafkan sahaja kalian semua.
“Threads hanyalah satu lagi platform untuk orang bercakap, melepaskan kemarahan, menghabiskan masa, selain menjadi tempat untuk hiburan, mendapatkan maklumat dan ilmu. Jadi, bertenang sebab saya tidak marah.
“Kelakar juga tengok diri sendiri sampai menjadi ‘meme’ tetapi begitulah kehidupan. Kita semua sudah melalui pelbagai perkara dalam hidup, saya juga begitu,” katanya lagi.
Meskipun terus menjadi perhatian dan perbualan netizen, Norreen memilih untuk melihat setiap kritikan dengan hati yang terbuka serta menganggap ia sebagai sebahagian daripada asam garam kehidupan, lebih-lebih lagi sebagai figura yang membina kerjaya menerusi media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya, gelaran orang terkaya dunia tahun 2017, kekal milik Bill Gates. Dalam laporan terbaru Forbes, pengasas Microsoft ini kekal berada di tangga pertama untuk empat tahun berturut.
Hartanya meningkat dari USD75 bilion tahun lalu kepada USD 86 bilion dan kekal tersenarai antara konglemerat dunia sebanyak 18 kali sejak 23 tahun lalu.
Kalau Bill Gates kekal orang terkaya dunia, siapa pula remaja yang jadi jutawan di usia muda? Tiada petunjuk jelas tetapi cerita remaja ini boleh dijadikan inspirasi kerana berjaya mengaut keuntungan berjuta-juta pada usia muda.
Jual kasut terpakai (reseller)
Pernah dengar “The Sneaker Don”? Bisnesnya sangat mudah iaitu menjual semula kasut pelbagai jenama dunia dan bertindak sebagai “reseller”.
Inilah Sneaker Don, hanya bisnes kasut reseller saja
Pemiliknya, Benjamin Kapelushnik, baru berusia 17 tahun. Kata orang baru habis SPM. Tapi sebab bijak dan tahu mengambil peluang, dia mampu kaut USD1 juta dalam tempoh singkat.
Namanya mula meletup bila dia menjual kasut-kasut terpakai diberikan oleh ibunya sebagai hadiah. Bila ramai bertanya, dia mula terfikir, harga kasutnya boleh dijadikan jualan. Sejak itu dia mula beli dan jual kepada sesiapa yang berminat. Memang untung besarlah sebab adakalanya kasutnya edisi terhad.
Namanya mula top bila dj terkenal dunia Dj Khaled yang ketika itu mencari tiga pasang kasut jenama Nike ‘Pantone’ pek Air Jordan XI dan dia berjaya mencarinya.
Sebab sekolah, ada ketika dia upah rakannya beratur belikan kasut yang mendapat permintaan tinggi.
Sebagai pelajar, dia akui masa tidak cukup tetapi dia sendiri harus bijak.
“Saya tidak akan menjual kasut di Instagram untuk jangka masa panjang kerana saya akan melanjutkan pengajian ke kolej, selain mahu memberi tumpuan kepada kehidupan sebagai remaja,” jelasnya.
Cipta aplikasi permainan Imposible Rush
usianya baru 16 tahun tapi otaknya memang cerdik. Dah jadi pun CEO kepada syarikatnya sendiri, Flogg Inc.. Ben Pasternak mula mencipta nama sebagai jutawan muda apabila aplikasi permainan ciptaannya, Imposible Rush menjadi salah satu aplikasi yang paling banyak dimuat turun di dunia melalui Apple App Store dan menjadi kesukaan ramai.
Dia mula menciptanya ketika bosan semasa berada di dalam kelas sains. Sejak itu, Ben menjadi terkenal, serta mendapat jemputan melawat syarikat-syarikat besar seperti Google dan Facebook. Beliau juga ditawarkan biasiswa daripada Apple’s Worldwide Developers Conference.
Dalam masa setahun sahaja, beliau telah mendapat dana daripada pelabur Silicon Valley. Terbaru dia telah mencipta aplikasi ‘Monkey’. Aplikasi video chat ini mensasarkan untuk membantu remaja mencari dan membina persahabatan dalam suasana yang selamat. Ia mempunyai ciri-ciri yang tidak bertoleransikan pembulian siber dan ugutan, dan juga mengambil langkah luar biasa untuk mengekalkan suasana yang selamat kepada komuniti aplikasi tersebut.
Jual jem pun boleh kaya
Pada usianya 14 tahun, Fraser Doherty mencipta jem buatannya sendiri menggunakan resipi neneknya. Dia kemudiannya menjual jem itu kepada jiran-jirannya di sekitar Edinburgh, Scotland.
Ternyata, resipi jem neneknya memang enak dan mula menjadi viral. Jemnya mendapat permintaan tinggi. Dua tahun selepas itu, Fraser menjenamakan produknya, SuperJam. Pada usianya 16 tahun dia berhenti sekolah dan meneruskan bisnesnya hingga kini.
Pemilik SuperJam yang meletup kerana terlalu sedap jemnya
Pada tahun 2009, dengan bantuan sambungan rangkaian pasar raya termasuk menjadi stokis utama kepada ‘Asda Wal-Mart’, jualan bisnes Fraser berjaya mencecah 1.2 juta pound. Beliau juga menerbitkan sebuah buku yang berjudul “The SuperJam Cookbook”.
Kini, Fraser berusia 28 tahun. Kurang dari 10 tahun terlibat dalam perniagaan jem dia telah menerima pelbagai anugerah. Antaranya :
Enterprising Young Brit Award (2004)
The Independent’s `Top 40 Children’ (2005)
Outstanding Young Person of The World Award (2007)
Biggart Baillie Innovation Award (2007)
Young Entrepreneur of The Year (2007) dan lebih 20 anugerah dia terimanya.
Satu ungkapan Fraser yang perlu dihadamkan ialah “saya tidak boleh leka dengan wang, saya membuat jem kerana saya seronok melakukannya dan kejayaan saya adalah cukup manis”.
Design laman web Mac Box Bundle
Seorang remaja sekolah di Britain, Christian Owens mencipta sejarah apabila dia berjaya memperoleh kekayaan £1 juta (RM4.9 juta) dalam usia 16 tahun selepas memulakan perniagaannya dua tahun lalu.
Dia yang berasal dari Corby, Northamptonshire di sini mula menjalankan bisnes dengan duit poket sendiri pada usia 14 tahun apabila melancarkan laman web Mac Box Bundle yang menjana perolehan £700,000 (RM3.5 juta).
Owens kemudian menubuhkan syarikat iklan menerusi Internet, Branchr pada 2009 yang memperoleh £500,000 (RM2.5 juta) tahun lalu dan kini turut dilanggani firma bidaan ternama, William Hill serta laman sosial MySpace.
Siapa lagi orang kaya dunia?
Selepas Bill Gates, Forbes menyenaraikan, pemilik Amazon, Jeff Bezos sebagai orang kedua terkaya dunia.
Kekayaannya bertambah sebanyak 27.6 bilion menjadikan harta terkininya, 72.8 bilion. Tahun lalu, Bezoz menduduki carta kelima.
Tempat ketiga terkaya dunia diungguli oleh Warren Buffet. Dalam masa setahun selepas Trump dilantik presiden US, hartanya melonjak naik sebanyak 14.8 bilion. Pemilik Zara, Amancio Ortega yang menduduki tempat ketiga jatuh ke tangga ke 4 dengan peningkatan harta 4.3 bilion dari tahun lalu.
Dari orang bercerita ekonomi akan terus merudum kerana pelbagai krisis dan harga minyak yang tidak menentu, Forbes melaporkan jumlah jutawan dunia melonjak naik sebanyak 13 peratus daripada 1810 orang pada tahun lalu kepada 2043 konglemerat pada tahun 2017. Nilai bersih jutawan meningkat 18 peratus atau kiri-kira 7.67 trilion dolar AS.
Jadi, apa lagi alasan untuk kita gagal berubah kerana orang kaya bukan terus-terus lahir sebagai orang kaya. Usaha mesti lebih!
Berkahwin di usia muda merupakan salah satu rezeki yang tidak semua orang miliki. Ada yang habis saja sekolah dah terus dapat jodoh. Kata orang, dah memang sampai seru.
Namun, terbukti usia bukan penghalang untuk menamatkan zaman bujang, asalkan mampu untuk memikul tanggungjawab dan mempunyai persefahaman bersama pasangan hidup.
Lapan artis wanita ini dah pun buktikan umur tidak menjadi kayu ukur untuk bergelar seorang isteri.
1. Rosma AF
Sumber foto: mstaronline.com
Salah satu pasangan yang dilahirkan daripada program realiti TV, Rosma dan Khai menamatkan zaman bujang pada 2008 dan ketika itu, Rosma baru berusia 23 tahun.
2. Elyana
Sumber foto: Beautifulnara
Masih ingat lagi dengan penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu? Ya, Elyana juga berkahwin pada usia 23 tahun kira-kira tujuh tahun yang lalu.
3. Wawa Zainal
Sumber foto: sensasimalaysia.com
Aeril Zafril telah pun melamar Wawa pada usianya 20 tahun. Ternyata usia tak menghalang Wawa untuk menjadi seorang ibu yang penyayang. Mereka telah melangsungkan perkahwinan pada 25 Feb 2012.
4. Diana Danielle
Sumber foto: Mynewshub
Pelakon dan model, Diana Danielle berkahwin dengan actor kacak, Farid Kamil, pada usia 21 tahun.
5. Eina Azman
Sumber foto: Rotikaya
Berkahwin di usia 19 tahun, Eina Azman telah memilih Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden untuk menjadi pasangan hidupnya. Perkahwinan mereka dilangsung gilang-gemilang di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 2014.
6. Fiffy Natasya
Sumber foto: Beautifulnara
Pelakon dan penyanyi remaja, Fiffy Natasya mengambil keputusan untuk menikah pada usia 21 tahun.
7. Erin Malek
Sumber foto: mstaronline.com
Erin Malek atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek sah bergelar isteri kepada Farriz Fauzy ketika umurnya 20 tahun. Pasangan ini telah pun dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel, Mohamed Faliq dan Nur Aisha.
Remaja juga ingin mengucapkan tahniah in advance kepada Mawar Rashid yang juga bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Mawar pun baru saja berusia 22 tahun. Semoga Mawar dan pasangan, Raf Yaakob dapat melayari bahtera rumah tangga dengan penuh kasih sayang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semua pelajar jurusan fesyen mesti inginkan slot di pentas pertunjukan fesyen atau runway, kan?
Ada caranya guys. Sempena sambutan ulang tahun ke-90 Mickey Mouse, The Walt Disney Company Asia Tenggara bersama-sama institusi The One Academy Malaysia telah melancarkan cabaran rekaan fesyen bertajuk ‘Project Mickey’.
Sejak diperkenalkan pada 18 November 1928, Mickey Mouse telah dikenali oleh SEMUA orang menerusi siri televisyen, video, filem, taman tema, merchandise dan macam-macam lagi. Dah layak dipanggil ikon pop culture kerana Mickey Mouse dikenali dan diingati tanpa mengira peringkat umur.
Happy Birthday Mickey!
Jadi untuk menyambut hari jadi ke 90nya ini, mestilah ada sesuatu yang istimewa.
Bermula sekarang sehinggalah 30 September ini, pihak penganjur sendang menantikan pereka fesyen dari seluruh negara terutamanya daripada pelajar seperti korang untuk menghantar lakaran atau sketch pakaian yang diinspirasikan daripada Mickey Mouse.
Project Mickey.
Here is the catch. Rekaan Ready-to-Wear korang perlu mempunyai elemen ‘Quintessential Malaysian Flavors and Heritage’ ataupun elemen kebudayaan di Malaysia. Keep it fun tetapi but with a uniquely Malaysian twist.
10 pereka fesyen terpilih akan disenarai pendek dan menerima elaun wang tunai untuk menghasilkan rekaan mereka di pertunjukan runway yang akan dikelolakan oleh The One Academy pada November, tahun ini. Pada acara itu nanti, pemenang utama akan diumumkan dan rekaan pakaiannya akan dihasil serta dijual seluruh negara oleh GL Design.
Selain itu, pemenang juga akan menerima peluang melakukan internship di The Walt Disney Company. Whoa, best tu. Jom tengok syarat penyertaan yang diseraikan oleh penganjur.
1 – Berusia 18 tahun ke atas.
2 – Perlu menghantar 2 lakaran (sketch), penerangan pendek mengenai rekaan dan idea pakaian.
3 – Peserta perlu memuat turun borang ini, tanda tangan, skan dan hantarkan bersama dengan item syarat kedua.
Ingat, sehingga 30 September je tau, good luck!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas peserta Dewi Remaja 2025, Fittri Muzdalifah Ibrahim, 25, selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya, Muhamad Fikri, hari ini.
Pada majlis akad nikah tersebut, pasangan berkenaan...