Menjadi buah mulut ramai pada 1 Syawal lalu, aktor terkenal Zul Ariffin memaklumkan kehadiran penerbit, Gayatri Su-Lin adalah perkara biasa setiap kali menjelang hari raya Aidilfitri.
Berkata kepada Remaja, keluarga terutama arwah ibunda tercintanya, Allahyarham Robiah Nasir juga sudah menganggap Gayatri seperti darah dagingnya sendiri.
“Dia setiap tahun akan beraya bersama keluarga saya, sudah menjadi sebahagian daripada kami.
“Sejak dulu memang mak saya sayang dia walau macam mana sekalipun. Sudah anggap seperti anaknya sendiri.
Ads
“Sebenarnya setiap tahun ada (foto raya bersama),” katanya selepas tayangan perdana filem Sheriff, semalam.
Selain itu, bagi meleraikan persoalan ramai yang mendakwa Gayatri merupakan bakal isterinya, Zul memberitahu ‘hari bersejarah’ yang pernah dinyatakan sebelum ini, dianggap masih belum berjaya direalisasikannya sehingga ke hari ini.
Ads
Pada masa sama, pelakon filem hit Sangkar itu hanya meminta orang ramai memberinya ruang untuk kehidupan peribadinya.
Zul bagaimanapun memberi jaminan akan berkongsi tentang hari bahagianya yang sememangnya dinanti-nantikan ramai sehingga kini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Para peminat kumpulan K-pop, BTS terutamanya di Malaysia telah memenuhi ruangan media sosial semalam bagi meluahkan rasa dukacita mereka terhadap perkhabaran tiga daripada tujuh orang ahli kumpulan tersebut yang disahkan positif COVID-19.
Setelah peminat dimaklumkan mengenai situasi tersebut menerusi pltaform Weverse, pelbagai ucapan yang mendoakan agar mereka segera pulih, kuatkan diri serta ucapan memberitahu bahawa ARMY (gelaran kepada peminat BTS) sentiasa ada bersama mereka pada waktu senang dan sukar.
Menariknya pada hari ini, BTS dilaporkan masih dijadualkan untuk membuat kemunculan di acara Golden Disc Awards (GDA) 2022 pada 8 Januari kelak!
BTS
GDA yang bakal memasuki edisi ke-36 ini merupakan acara anugerah yang sekian lama diakui prestijnya kerana keputusan bagi setiap kategori yang dipertandingkan kebanyakannya ditentukan menerusi rekod jualan album penyanyi dan kekerapan penstriman di platform digital.
Buat masa ini, REMAJA difahamkan bahawa BTS akan berada di pentas tersebut dan mungkin sekali melakukan persembahan. Melihat kepada trek kejayaan BTS yang menggondol pelbagai anugerah sepanjang tahun 2021, tidak mustahil mereka juga akan ‘menang besar’ pada malam tersebut.
Turut tidak ketinggalan bakal membuat kemunculan ialah Aespa, ENHYPEN, Brave Girls, Lim Young Woong dan Lee Mujin.
AESPAENHYPENLEE MU JIN.
Selain itu, The Boyz dan Jeon Somi juga telah disenaraikan bagi GDA 2022! Ini bukanlah senarai penuhnya apabila lebih ramai artis K-pop lain yang dijadualkan terlibat sama dan nama-nama mereka bakal diumumkan tidak lama lagi.
THE BOYZJEON SOMI
Bagi penonton di Malaysia, korang boleh tune in dan menonton BTS serta artis-artis kegemaran korang yang lain di GDA 2022 pada 8 Januari 2022 bermula jam 2 petang menerusi saluran penyiar rasminya di Malaysia iaitu di aplikasi Astro Go dan di saluran Astro On Demand.
Sebelum itu, mereka turut akan menayangkan acara karpet merah selama sejam untuk korang menonton (dan mengadili ala fashion police) persalinan yang disarungkan oleh bintang K-pop di sana.
Golden Disc Awards 2022 bakal diacarakan oleh Sung Si Kyung, Lee Da Hee dan Lee Seung Gi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ya, kehadiran grup K-pop popular ini telahpun disahkan.
Pertunjukan fesyen Louis Vuitton oleh Kim Jones pada minggu lalu sedikit sebanyak telah mengecewakan peminat kumpulan Bangtan Boys (BTS).
Ini kerana sepanjang acara itu yang ditayangkan secara langsung di saluran YouTube Louis Vuitton, kelibat BTS tidak dapat disaksikan.
Kita seharusnya faham bahawa (a) ia ada pertunjukan fesyen musim bunga/panas 2022. Oleh itu, fokus seharusnya terarah kepada koleksi pakaian yang dipertontonkan. Dan (b) ia merupakan pertunjukan fesyen yang diadakan di Paris.
Negara Korea Selatan pula buat masa ini masih mengekalkan sekatan perjalanan ke luar negara. Oleh itu, BTS tidak dapat menyertai Travis Scott di barisan hadapan pentas peragaan.
Tapi jangan terus kecewa... kerana Louis Vuitton akan ‘terbang’ sendiri ke negara tersebut untuk bertemu duta globalnya itu!
Menerusi akaun Twitter rasmi BTS, mereka mengesahkan kehadiran ketujuh-tujuh ahlinya ke pertunjukan fesyen Louis Vuitton (Men) bagi koleksi musim luruh/sejuk 2021 di Seoul, Korea Selatan.
Koleksi yang dipimpin oleh Virgil Abloh itu bakal berlangsung pada 7 Julai ini bermula jam 7 petang waktu Korea Selatan. Ada juga ura-ura yang mengatakan bahawa BTS bukan sekadar akan menyertai barisan tetamu tetapi turut akan berjalan sebagai model acara tersebut!
Penglibatan BTS pada hari Rabu ini juga dipercayai merupakan sebahagian daripada rangka promosi BTS sebelum melancarkan single baru berjudul Permission To Dance yang ditulis bersama penyanyi Inggeris, Ed Sheeran.
Rata-rata para ARMY tidak sabar menantikannya, apatah lagi selepas klip acah pendek featuring kesemua ahli BTS dimuat naik sebentar tadi sempena acara ini. Malah, di sebahagian bangunan di sekitar Seoul, iklan Louis Vuittin bersama BTS itu sudah ditayangkan secara besar-besaran.
Baru-baru ini, tular mengenai kisah anak kepada penyanyi kumpulan Spider, Tam (51) yang menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama.
Menurut Tam atau nama sebenar, Rustam Mustafah (51), beliau kecewa dengan pihak sekolah yang masih belum membuang enam pelajar pembuli terbabit walaupun sudah bersetuju untuk melakukannya ketika sesi perjumpaan dengan ibu bapa, Sabtu lalu.
Menerusi laporan Harian Metro, Tam berkata pihak sekolah membuat ‘u-turn’ apabila membenarkan pembuli itu masuk semula dan tinggal di dalam bilik warden asrama pada Ahad.
“Alasannya mereka akan menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Alasan ini macam tiada kena mengena. Mereka boleh saja belajar di rumah. Saya nampak ada pihak yang main wayang. Isu ini tiada kesudahan. Kalau begini cara sekolah, baik tutup saja.”
Sumber: Tam Spider
“Perkara ini selalu terjadi pada kita. Dah jadi baru nak bertindak. Hari itu mesyuarat, ada keluarga cakap takkanlah nak tunggu sampai anak kami jadi mayat baru nak bertindak?” ujarnya lagi.
Tambahnya, walaupun Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan polis sudah bercakap mengenai masalah di sekolah itu, tetapi pihak sekolah masih tidak menemukan jalan penyelesaian. Selain itu, Tam juga difahamkan keluarga pembuli tidak tahu anak mereka ada masalah di sekolah.
Katanya, “mereka terkejut apabila anak-anak dikeluarkan dari asrama. Saya lihat pihak sekolah ada masalah dan cuba sembunyikan perkara sebenar sebelum ini. Malah, ada guru menasihatkan pelajar yang menjadi mangsa buli jangan memberitahu keluarga mengenai perkara itu.”
“Sebaliknya dia sendiri yang akan sampaikan aduan itu kepada pembuli. Jadi, pengadu (mangsa buli) akhirnya menjadi sasaran pembuli untuk balas dendam,” kata penyanyi lagu ‘Relaku Pujuk’ itu.
Sumber: Harian Metro
Tam turut menjelaskan, jika setakat mereka pecahkan gitar anaknya atau mencuri kasut, itu perkara kecil kerana tidak membabitkan sentuhan atau memukul tetapi jika sudah sampai tahap memukul mangsa sehingga mendatangkan kecederaan dan trauma atau lebih teruk jika kehilangan nyawa, adakah nyawa boleh dicari ganti soalnya.
“Anak saya dan Khir Rahman (pelakon) memang tak teruk kena sentuh berbanding anak orang lain. Memandangkan saya dan Khir selebriti, kami secara tak langsung mewakili mangsa yang lain kerana mereka kawan anak-anak kami. Walaupun saya mulanya keberatan nak ke depan tapi saya tak kisah apabila dipetik nama demi keselamatan anak-anak. Percayalah perkara ini serius,” katanya.
Tam percaya, enam pembuli ini pasti berdendam apabila perbuatan mereka dilaporkan kepada pelbagai pihak.
Susulan itu, Tam juga mengambil keputusan untuk tidak menghantar anaknya ke asrama buat masa ini sehingga ada perkembangan baru yang berlaku. Menurutnya lagi, beliau mengambil keputusan ini sehingga perjumpaan kedua ibu bapa dan pihak sekolah pada 14 Oktober ini.
Sumber: Harian Metro
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!