Apa? Korang baru nak duduki PT3 dan rasakan macam berada di neraka dunia?
Relaks lah bruh, itu baru tingkatan tiga. REMAJA senaraikan 12 perkara yang hanya pelajar tingkatan enam saja akan faham.
1 “Kenapa aku kena pakai uniform lagi ni?”
Setelah 11 tahun dipaksa memakai uniform sekolah, korang rasa dah tiba masa untuk menjadi diri sendiri selepas tinggalkan sekolah akhir tahun lalu. Dah mula bela rambut panjang, dah mula bela jambang dan sebagainya.
Tengok-tengok, kena berimej innocent balik dengan uniform sekolah. *Cue sad-face emoji.
2 Ingatkan dah cukup senior dah..
Baru hari pertama sekolah, dah nak tunjuk senioriti. Sekarang inilah masa untuk tunjuk kerek sikit dengan pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima. Tapi..
Korang lupa eh di atas pelajar Lower Six ada pelajar Upper Six? Daripada misi nak buli, dah jadi mangsa buli bawakan buku berat senior.
3 Tak puas hati dengan keputusan
Ingat, memasuki tingkatan enam tidak sesekali bermaksud keputusan SPM korang teruk sangat. Ramai yang suka sangat spekulasi mengatakan pelajar tingkatan enam ini tidak bijak, sebab itulah mereka tak dapat memasuki universiti, kolej dan matrikulasi.
Haip, sedap mulut je cakap. Sebenarnya, kebanyakan daripada pelajar tingkatan enam mempunyai keputusan SPM yang okay (jika tidak, mereka pun tidak akan diterima masuk). Cuma, ramai yang tidak mencapai keputusan yang mereka inginkan semasa mengambil SPM. Kira macam proses tebus semula lah ni.
Ads
4 “Kamu semua akan dilayan seperti orang dewasa”
Tipu.
5 Bakal wakil pelajar mula tunjuk taring
Inilah tahun pertama korang layak untuk bertanding bagi merebut jawatan di dalam Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti (MPPPU).
Walaupun, on the surface, semua calon nampak cool je semasa berhimpun dan berkempen ibarat kalau kalah pun tak mengapa. Tetapi dekat belakang, inilah ‘masa terbaik’ untuk semua calon belajar cara-cara nak tangani masalah tikam belakang, calon ‘berdrama’ dan macam-macam lagi lah.
Jangan terkejut kalau ada juga calon yang menangis semasa berkempen. Hehe.
6 Cukup-cukup makan
Ads
Dulu semasa nak duduki PT3 atau SPM, kalau boleh nak dapat A untuk semua subjek. Namun sekarang di tingkatan 6, ramai yang sekadar nak lulus je. Dapat 50 markah? Sujud syukur!
7. Nak balik ‘on time’?
Harapan! Guarantee korang akan ada kelas ekstra SETIAP HARI.
8. Tingkatan enam susah?
Ya. Ramai yang takut untuk ke tingkatan enam disebabkan alasan ini. Parents pun fobia untuk menghantar anak mereka setelah mendengar pelbagai cerita daripada jiran dan ahli keluarga.
Namun sekarang persepsi itu semakin berkurangan. Especially selepas sistem pengajian STPM sudah beralih kepada sistem STPM Baharu (Modular) iaitu pengajian yang terbahagi kepada 3 penggal berbeza.
Tak ada maknanya korang boleh relaks hehe. Apapun, disebabkan sistem peperiksaan untuk pelajar tingkatan enam kini mengikut penggal pertama, kedua dan ketiga, pelajar akan menduduki ujian penggal hanya SEKALI dalam tempoh lima bulan berbanding pelajar lain di sekolah itu.
Jika ada keputusan subjek yang tidak memuaskan, pelajar pun boleh ulang semula kertas peperiksaan tersebut pada penggal seterusnya. Tapi janganlah ulang sampai tiga tahun pula.
10 Korang sebenarnya tak pergi sekolah. ‘Kolej’ korang yang kebetulan ada di dalam pekarangan sekolah.
Sejak tahun 2015, Kementerian Pendidikan telah menjenamakan semula sistem pendidikan tingkatan enam. Kini, sebanyak 10 buah sekolah seluruh negara mempunyai Pusat Tingkatan Enam (PTE) Mod 1 dikenali sebagai Kolej Tingkatan Enam.
Di sini, mereka akan belajar secara berpenggal (semester) dan diberikan kelonggaran memakai pakaian kasual ke sekolah. Tak ada beza sangat dah dengan budak Matrikulasi dan Diploma. Perubahan ini akan dilakukan secara berperingkat kepada sekolah-sekolah lain.
11 Tak ada masa untuk cinta monyet
Siapalah yang ada masa itu cinta monyet. Bila dah masuk tingkatan enam, semua pelajar hendakkan hubungan yang serius! Patutlah dulu senior tingkatan enam ramai yang berjerawat dan berkerut je. Banyak sangat fikirkan hubungan serius masing-masing.
12 Tapi kalau ada yang masih single lagi..
Jangan risau kalau korang tak berjaya nak tackle crush. Apa yang paling penting, sepanjang berada di tingkatan enam, korang akan mengenali lebih ramai kawan-kawan sekepala dan setia. Buktinya, kebanyakan pelajar tingkatan enam yang bekerja masih lagi keep-in-touch dengan kawan seperjuangan mereka.
So, ada tak antara korang yang memilih untuk belajar di tingkatan enam pada tahun 2018?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa je yang tak suka bergambar kan? Kebanyakan daripada kita memang suka merakamkan foto di tempat yang mereka rasakan cantik untuk bergambar.
Lebih-lebih lagi kalau dapat kawan yang 'gila' bergambar juga, memang semua tempat nak dijadikan port OOTD. Tapi ada baiknya juga, sekurang-kurangnya bila ada gambar bersama bolehlah dijadikan memori untuk hari tua nanti.
Tapi bila dah selalu sangat bergambar, mungkin korang pun buntu nak fikir bagaimana cara lagi untuk mendapatkan gambar dan pose yang menarik.
Betul tak?
Berikut kami sertakan koleksi gambar viral di media sosial tentang sekumpulan anak muda yang memberikan pose-pose menarik untuk bergambar yang boleh dijadikan sebagai reference.
Pose atas tangga
Freestyle
Berdiri tegak pun boleh
Pose kena kreatif
Lepas ni tak ada la korang asyik nak pose tunjuk peace je kan? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memasuki minggu akhir Ramadan iaitu bulan penuh keampunan dan keberkatan ini, pastinya waktu berbuka adalah yang paling dinantikan selain melakukan pecutan amal ibadah.
Berbuka merupakan nikmat sebenar bagi orang yang berpuasa. Sementara menunggu waktu berbuka, ramai di kalangan kita yang rajin untuk menyediakan resipi-resipi mudah.
Bukan saja jimat duit, korang juga boleh dapat dalam kuantiti banyak. Ditambah pula dengan musim PKPB yang mengenakan sekatan perjalanan, jadi resipi DIY sememangnya digalakkan.
Jom kita cuba siapkan resipi sos cili thai yang dikongsi oleh Siti Zubaidah Ibrahim ini. Senang je untuk dapatkan bahannya di dalam dapur.
Inilah sos cicah ThaiYummy, sotong sumbat untuk menu berbukaSedap tu buat cicah sotong sumbat
Ini saya sempat kongsikan untuk semua. Saya siapakan ini untuk kuantiti yang banyak agar senang dimasukkan ke dalam botol dan disimpan dalam peti sejuk.
SOS PENCICAH THAI
Bahan-bahannya:-
1) Bawang putih: 7-8 ulas
2) Cili bergantung kepada tahap kepedasan masing-masing
3) Akar pakchi ataupun ketumbar
Semua bahan di atas ditumbuk. Saya gunakan chopper kerana kuantiti yang banyak.
4) 6-7 biji limau nipis
5) 2 1/2 sudu besar sos ikan
Kemudian perah limau nipis. Masukkan sos ikan, letakkan gula, garam sedikit saja kerana sos ikan sudah masin dan mempunyai perasa.
Potongkan daun ketumbar dan gaulkan saja. Tak nak potong pun tak apa. Nak lagi senang chopper-kan sekali daun ketumbar.
Jika sos pencicah tu terlalu pekat, bolehlah tambahkan sedikit air suam. Siap!
Sos pencicah thai ini sesuai untuk dinikmati dengan menu kerang, udang, sotong, ikan dan ayam; sama ada yang telah direbus atau dubakar.
Selamat mencuba!
Kredit : Siti Zubaidah Ibrahim
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal, Zul Ariffin baru-baru ini memohon maaf kepada orang ramai berikutan kontroversi sebuah video yang menunjukkan dirinya sedang merokok sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga media sosial.
Menurut Zul atau pemilik nama sebenar Zulkifli Ariffin (40), beliau tidak berniat untuk mempromosi apatah lagi mengajak khalayak ramai melakukan tabiat tidak sihat itu serta mengakui perbuatan tersebut sememangnya tidak wajar dicontohi.
Zul ketika ditemui pihak media selepas majlis tayangan perdana filem ‘The Furious: Pertaruhan Maruah’ di Kuala Lumpur berkata, beliau menerima setiap teguran yang disampaikan secara baik malah menganggap perkara tersebut sebagai satu pengajaran buat dirinya.
“Saya nak ambil kesempatan untuk mohon maaf kepada semua yang tegur saya secara baik mengenai tabiat buruk itu sepanjang saya menggunakan media sosial. Kepada pihak KKM juga saya mohon maaf atas kandungan tersebut dan saya berjanji perkara sama tidak akan berulang lagi,” katanya.
Pada masa yang sama, pelakon filem ‘Tarung: Unforgiven’ tersebut bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada individu yang menurutnya sengaja menunggang isu dan meninggalkan komen melampau di media sosial. Jelasnya, setiap komen negatif yang dilemparkan sebenarnya lebih menggambarkan peribadi individu tersebut dan bukannya dirinya.
“Apa yang berlaku ketika itu hanyalah satu tabiat buruk yang saya sendiri tidak pernah berniat untuk menggalakkan atau mempromosikannya kepada orang ramai. Ketika itu saya cuma duduk menikmati angin, minum kopi dan secara spontan minta dirakam kerana suasana sangat cantik,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Zul mencuri perhatian selepas memuat naik video memaparkan dirinya sedang merokok menerima pelbagai reaksi warga media sosial termasuk komen daripada akaun tular Public Health Malaysia (PHM) yang mengucapkan tahniah kepada pelakon itu kerana sudah mempromosikan tabiat berkenaan kepada umum.
Untuk perkembangan terkini, Zul Ariffin bakal tampil dalam filem ‘The Furious: Pertaruhan Maruah’ yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 28 Mei ini. Antara barisan pelakon yang turut membintangi filem tersebut termasuk Sky Iskandar, Ikmal Amry, Marisa Yasmin dan Zamarul Hisham.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!