Fenomena yang dicetuskan oleh naskah Astro Originals, Projek: High COuncil sepanjang tayangan sepuluh episod masih dapat dirasai hasil sokongan para penonton di Malaysia dan negara luar.
Impak drama lakonan pelakon muda berbakat seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Daiyan Trisha, Naim Daniel, Hazeeq Dean dan Fazziq Muqris itu cukup dirasai tatkala ruang legar Suria KLCC penuh dengan kehadiran para peminat drama tersebut.
Dalam pada ramai memuji lakonan, jalan cerita dan keunikan Projek: High Council, tidak kurang juga sesetengah pihak yang merasakan populariti yang diterima oleh naskah tersebut boleh bertukar negatif memandangkan adanya beberapa babak yang menayangkan adegan pergaduhan, buli dan beberapa lagi babak yang dikategorikan di bawah jenayah.
REMAJA menemui peneraju drama tersebut, Nadhir Nasar di majlis tayangan perdana Ramadan Raya Astro bagi mendapatkan pandangannya mengenai dakwaan di media sosial ini.
Nadhir Nasar
“Sebagai manusia, kita selalu lebih rela ‘comfortablize’ rather than uncomfortable truth. Kita tidak boleh lari daripada realiti. Apa yang kita bincangkan itu ada kebenaran dan realitinya, ada moral di sebalik apa yang kita cerita itu (merujuk kepada jalan cerita melibatkan kes buli dalam drama Projek High Council).
“Untuk memperoleh kandungan moral drama itu, you kena meneliti kandungan seluruh 10 buah episod itu.”
“Biasa je jika ada sesetengah ibu bapa takut menghantar anak mereka ke sekolah berasrama penuh sebabkan ada kes pergaduhan dan buli. Sebabkan ada cerita seperti inilah, sekolah akan memperketatkan lagi kawalan warden dan sebagainya.
Ads
“Orang tidak akan exposed (kepadanya) jika orang tidak tahu-menahu mengenainya. Dan jika ia tidak diketahui masyarakat umum, maka kita tidaklah dapat melihat apa-apa perubahan berlaku (merujuk kepada perubahan pada kawalan keselamatan sekolah),” ulas Nadhir yang sekali lagi dipilih sebagai wajah kempen Ramadan Raya Astro untuk tahun kedua berturut-turut.
Jadi Diri Sendiri
Timbul juga kegusaran dalam kalangan warganet apabila melihat kepada populariti pelakon-pelakon muda seperti Amir Ahnaf dan Hazeeq Dean yang diangkat seiring dengan watak yang dimainkan dalam drama Projek: High Council.
Ads
Bagi segelintir penonton, mereka merasakan ada kemungkinan karakter-karakter pembuli akan terus berleluasa di sekolah-sekolah di Malaysia terutamanya melibatkan sekolah berasrama penuh kerana para pelajar terpengaruh dengan lakonan mereka menerusi drama ini.
Menjawab persoalan ini, Nadhir dengan tenang mengingatkan bahawa Projek: High Council ialah sebuah naskah hiburan yang diselitkan dengan beberapa kes yang diinspirasikan daripada realiti sebenar yang berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh. Namun bagi menjadikannya lebih menarik, sebahagian babak ‘ekstrem’ tersebut perlu didramakan demi memberi penangan yang lebih padu kepada para penonton.
“When it comes to a story, there must be a fairytale side. Perlu ada elemen gimik demi mengangkat seorang antagonis dalam sesebuah penceritaan itu dan agar wataknya disukai orang ramai. Tetapi itu hanyalah cerita.”
Ads
“Watak-watak ini tidak melambangkan seseorang yang berkelakuan sebegitu dalam kehidupan sebenar akan popular dan disukai rakan-rakan sekolah atau masyarakat,” katanya sambil menyifatkan bahawa para pelajar terutamanya di peringkat sekolah menengah perlu meniru aksi atau karakter seperti Fakhri, Kahar, Naim atau Ariz demi bertukar popular i di sekolah.
“Oh tidak, no no. Kamu hanya perlu menjadi diri sendiri. Tidak perlu berkelakuan sebagai pembuli atau macho tidak bertempat hanya untuk popular seperti watak dalam Projek High Council. Harus jadi diri sendiri saja, tak perlu jadi orang lain atau puaskan hati orang lain. InsyaAllah kamu akan jadi orang yang baik,” tuntas juara Hero Remaja 2020 itu.
Sementara itu, Nadhir Nasar juga memaklumkan kini sedang terlibat dalam penggambaran sebuah filem epik yang juga merupakan projek filem pertamanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan pelakon terkenal, Minho daripada kumpulan SHINee sekali lagi mencuri perhatian peminat baru-baru ini apabila menyertai pertandingan kecergasan Hyrox di Taiwan. Kehadiran beliau dalam acara sukan berprestij bertaraf global itu sekaligus membuktikan komitmennya terhadap gaya hidup aktif dan disiplin latihan yang konsisten.
Menerusi beberapa perkongsian di Instagram miliknya, Minho atau nama sebenarnya Choi Minho dan pasangannya Beomseok berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 54 minit 42 saat dalam kategori ‘HYROX Doubles’ pada 1 Mac lalu. Keputusan tersebut melayakkan mereka menduduki tempat pertama selepas mengatasi peserta lain dalam saingan yang cukup sengit.
Dalam pada itu, Minho juga dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa puas dan gembira selepas berjaya menamatkan cabaran berintensiti tinggi itu. Riak wajahnya jelas memancarkan kepuasan terhadap usaha keras yang telah dicurahkan sepanjang tempoh persediaan.
Untuk rekod, Minho bergandingan bersama Hong Beomseok yang sebelum ini dikenali sebagai personaliti sukan di media sosial juga merupakan naib juara program realiti kecergasan popular Netflix ‘Physical: 100’ Musim 2. Gabungan stamina, kekuatan fizikal dan strategi mereka nyata membuahkan hasil apabila keduanya tampil sebagai juara dalam kategori berpasukan tersebut.
HYROX merupakan pertandingan kecergasan global yang menggabungkan larian jarak tertentu bersama beberapa stesen latihan berintensiti tinggi seperti sled push, rowing dan burpee broad jump. Format pertandingan yang mencabar ini menuntut ketahanan mental serta fizikal yang optimum daripada setiap peserta.
Kejayaan di Taiwan bukanlah penyertaan pertamanya dalam pertandingan berkenaan. Sebelum ini, Minho turut menyertai HYROX di Osaka dan Yokohama, Jepun selain Singapura, menunjukkan minatnya yang mendalam terhadap arena kecergasan kompetitif.
Sebagai selebriti yang dikenali dengan disiplin dan semangat daya saing tinggi, Minho sering berkongsi rutin senaman serta perkembangan latihannya kepada peminat. Malah, penglibatannya dalam acara seperti ini turut menjadi inspirasi kepada peminat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Terdahulu, Minho turut pernah mencuri tumpuan apabila menyertai HYROX di Osaka dan berkongsi rutin kecergasan beliau ketika berada di Jakarta, sekaligus membuktikan bahawa minatnya terhadap dunia fitness bukan sekadar tren sementara, sebaliknya satu komitmen jangka panjang yang serius.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah rambut gugur tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia boleh menyebabkan rambut menjadi botak dan tidak terurus. Setiap individu tidak kiralah perempuan mahu pun lelaki pasti mengimpikan rambut yang sihat dan bermaya.
Namun, kita tidak lari dari berhadapan dengan masalah rambut gugur. Ia adalah satu perkara yang normal tetapi jika gugur terlalu banyak, maka korang perlu cari cara untuk mengatasi masalah ini.
Ada satu cara yang menjimatkan untuk korang merawat masalah rambut gugur iaitu dengan menggunakan buah keras. Buah ini terkenal dengan fungsi melebat dan mengurangkan rambut gugur. Dengan hanya menggunakan satu bahan sahaja, mudah-mudahan petua ini sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk mengatasi masalah rambut gugur.
Bahan:
Buah keras
Cara menyediakan:
1. Tumbuk buah keras sehingga hancur
2. Goreng buah keras yang telah ditumbuk tadi sehingga keperangan tanpa minyak
3. Tumbuk sekali lagi sampai pecah minyak
4. Jadikan pes buah keras sebagai masker rambut
5. Kemudian, basahkan rambut, lumur pada kulit kepala selama 10 minit
6. Bilas sehingga bersih
7. Amalkan petua ini dua kali seminggu
Hasilnya, rambut korang akan jadi lebih kuat dari akar rambut dan kurang gugur. Selamat mencuba!
Sumber: Bella Shabudin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Itu kata-kata yang terkeluar dari mulut penulis bila melihat aktor Taiwan Jerry Yan sekarang. Remaja pasti anda mengenalnya sebagai Dao Ming Si dari drama hit ‘Meteor Garden’, pernah jadi fenomena di Malaysia.
Penampilan Barbie Hsu, Jerry Yan, Vic Chou, Ken Chu dan Vanness Wu saat membintangi drama Meteor Garden pada tahun 2000.
Drama Taiwan Meteor Garden sememangnya tidak asing dikalangan generasi 2000-an. Ini kerana drama tersebut begitu popular pada era itu. Drama ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang kaya raya dilakonkan oleh Jerry Yan yang jatuh cinta dengan wanita dari keluarga sederhana dilakonkan oleh Barbie Shu.
Baru-baru ini, Jerry Yan kembali menjadi perhatian netizen selepas membuat penampilan yang jarang berlaku di khalayak ramai mempromosikan jenama barangan rumah. Netizen memanggil Jerry yang berusia 46 tahun lebih kacak.
Kecoh seketika kerana apa yang menarik perhatian adalah fizikalnya yang luar biasa, bikin warga net jatuh cinta. Bila tengok fizikal Jerry Yan, kita tertanya-tanya berapa usia dia sekarang? Kenapa dia makin hot dan nampak muda? Tengok dia terus terasa nak layan drama Meteor Garden.
Rahsia Awet Muda
Ternyata aktor yang berusia pertengahan 40-an itu menjalani kehidupan yang simple untuk memastikan dirinya kelihatan seperti ini. Kata Jerry bergurau, dia memerlukan mekap untuk kelihatan hebat sekarang. Tapi aktor itu mengakui lifestyle yang dijalani simple, sentiasa gembira dan bahagia serta tidak terlalu memikir tekanan hidup.
Di dunia sekarang di mana selebriti sering tunduk pada tekanan, Jerry selesa untuk tidak obses akan media sosial, malah dia juga bukan jenis yang selalu dengan perantinya. Tak ada media sosial, tak ada hal! Hidup lagi bahagia!
Jerry Yan mempunyai akaun Instagram rasmi (@jerry_yan_official), tetapi jarang dikemas kini, dan hanya digunakan untuk hal kerja sahaja.
Cara Jerry Yan untuk mendapatkan six packs pula ialah dengan menjalani kehidupan dengan positif, bersenam secara teratur dan jaga pemakanan agar tetap sihat dan cergas.
Nampak macam mudah kan tip awet muda dari Jerry Yan ni!
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!