Tiada angin, tiada ribut. Secara tiba-tiba, pelakon lelaki popular Zul Ariffin mencetuskan kontroversi hari ini setelah memuat naik klip ‘trailer’ bagi drama lakonan terbarunya berjudul Perempuan Itu yang akan menemui penonton tidak lama lagi.
Dengan jelas, kandungan klip pendek yang dipilih bagi mempromosikan drama itu memaparkan beberapa babak panas yang menyebabkan warganet merasa terkejut.
Tidak kurang juga ada yang keliru mengapa babak tersebut dibenarkan untuk dilakonkan; apatah lagi ditayangkan untuk tontonan khalayak.
Dalam klip yang kini sudah mencatatkan 393,000 tontonan dan 6,3999 komen, Zul Ariffin tampil bersama pelakon baharu, Siti Hariesa.
Lakonan mereka membuatkan warganet merasa tidak selesa terutamanya ketika Zul menggendong Hariesa yang menyarungkan persalinan alauniform pembantu rumah.
Tidak cukup dengan itu, Zul juga melakonkan babak menanggalkan baju dari pandangan belakang manakala Hariesa menyuapkan whipped cream ke dalam mulut Zul sebelum menghabiskannya.
Ads
Biarpun ada yang mempertahankan di ruangan komen dengan berkata watak wanita itu telah dilakonkan oleh seorang lelaki ketika penggambaran babak panas terbabit, ramai masih merasakan babak sebegitu rupa hanya mendatangkan kesan negatif kepada kanak-kanak dan remaja yang bakal menontonnya.
*
Bukan hanya Zul yang menjadi mangsa kecaman, malah nama Siti Hariesa juga terpalit dalam ruangan komen.
Ads
“Masa berlakon dua dua tak rasa pape ke. Takde rasa bersalah ke adoi lahai.”
“Serius la malaysia buat cerita macam ni?”
“Payah ibu bapa sekarang nak didik anak..sana sini pengaruh.”
Untuk pengetahuan, Hariesa dicungkil menerusi DFKL 2019 dan mula mendapat perhatian menerusi drama Life Lila dan Pink Smile; kedua-duanya ditayangkan di saluran TV3. Menariknya, raut wajah Hariesa selalu dikatakan mirip seorang lagi pendatang baharu, Siti Khadijah Halim oleh peminatnya.
Ads
Terdahulu, drama Perempuan Itu yang turut menampilkan Mimi Lana pernah menjadi bualan ramai setelah salah satu watak dalam drama itu ditawarkan kepada usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak selamanya kita akan berasa bahagia, punya banyak duit, sentiasa penuh dengan kasih sayang dan faktor-faktor penenang jiwa lain. Ada masa manusia akan diuji dengan seribu kepayahan dan kesulitan hingga tidak nampak jalan keluar.
Namun sehebat mana pun kita diuji tetapi masih ada jalan keluar yang diajar oleh agama Islam. Salah satu etika yang dianjurkan ialah berdoa, apatah lagi ketika itu kita berada dalam kesusahan.
Dalam buku Kumpulan Doa Berdasarkan Alquran dan Sunah karya Sa'id Ali bin Wahf al-Qahthoni, terdapat doa yang dianjurkan baca ketika kita ditimpa kesulitan. Doa ini bersumber dari hadis Rasulullah SAW.
Hadis tersebut berbunyi: اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
"Allahumma la sahla illa maa ja'altahu sahlan, wa anta taj'alul hazna idza syi'ta sahlan,".
Ertinya: "Ya Allah tidak ada kemudahan kecuali apa yang engkau mudahkan. Sedang yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakiNya,".
Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan Ibnu Hibban dalam kitab Shahih-nya. Doa ini boleh dibaca oleh seorang muslim saat ditimpa kesusahan. Sentiasa ingat dan jangan rasa khuatir kerana Allah sentiasa bersama hamba-hamba yang meminta kepadaNya.
Jika masih di dalam kesulitan ucapkanlah,
"La Ilaha Illallahul Azhimul Halim, La Ilaha Illallahu Rabbul Arsyil Azhim, La Ilaha Illallahu Rabbus Samawati wa Rabbul Ardhi wa Rabbul Arsyil Karim
Ertinya, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah Yang Maha Agung lagi Lemah-Lembut, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah Tuhan Pemilik Arsy yang agung, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah Tuhan pemilik langit dan bumi, dan pemilik Arsy yang mulia)."
Ingatlah, setiap kesusahan atau kesulitan ada jalan keluar dan mudah-mudahan ia membentuk peribadi kita untuk tunduk sebagai hambaNya, di dunia mahu pun di akhirat. Ingat, jangan mengadu pada manusia yang salah sebaliknya teruslah mengadu pada Allah SWT kerana dialah segala-galaNya yang mencipta langit dan bumi, gunung dan lautan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru melalui posting di instagramnya, Elfira Loy meluahkan perasaan gembira apabila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram selepas 30 hari melahirkan anak lelakinya pada 1 Oktober lalu.
Wow, hebatnya sebulan je dah boleh kurangkan 12kg.
Elfira atau nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkata demikian setelah selesai membawa anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf melakukan pemeriksaan kesihatan yang pertama di sebuah pusat perubatan hari ini.
Menurut pelakon berusia 25 tahun itu, dia mengakui agak mencabar dalam usaha bagi mendapatkan bentuk badan yang diimpikan malah mahu mengurangkan beratnya lagi sebanyak 10 kilogram.
“His first checkup went well and mommy pun happy 12kg gone, 10 more kgs to go okayyyyy. Fuhhh 😅 . Mencabar betul,” tulisnya.
Rakan Artis Turut Tinggal Komen
Rata-rata Elfira di laman Instagram memberikan pelbagai reaksi dengan memuji kecomelan anak-beranak itu yang tidak ubah kelihatan seperti kakak dan adik. Tidak ketingalan rakan-rakan selebriti yang turut meninggalkan komen.
Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya siri filem popular kanak-kanak yang diadaptasi daripada novel nukilan J.K Rowling telahpun berusia 20 tahun sejak filem pertamanya, Harry Potter & the Sorcerer’s Stone ditayangkan.
Sempena ulang tahun istimewa dua dekad ini, saluran Cartoon Network (Astro ch 615) dan platform penstriman HBO GO bakal membawa korang untuk kembali menonton empat daripada lapan buah filem Harry Potter sepanjang bulan November dan Disember ini. Ini termasuklah filem Harry Potter & the Sorcerer’s Stone (13 November), Harry Potter & the Chamber of Secrets (27 November), Harry Potter & the Prisoner of Azkaban (11 Disember) dan Harry Potter & the Goblet of Fire (25 Disember). Kesemua akan disiarkan di saluran tersebut.
Manakala 4 lagi baki filem Harry Potter yang lain dijangka akan ditayangkan pada awal 2022 di Cartoon Network.
Sempena sambutan ulang tahun ke-20 ini juga, sebuah pertandingan Wizarding World secara maya berjudul Harry Potter : Hogwarts Tournament of Houses juga akan menemui korang secara eksklusif pada Isinin, 29 November di HBO GO.
Acara yang akan dihoskan oleh Dame Helen Mieern itu adalah sesuatu yang sama sekali tidak pernah dilihat oleh peminat Harry Potter sebelum ini. Dengan menampilkan beratus soalan trivia dan kemunculan tetamu istimewa semasa rangan tersebut, hanya peminat Harry Potter yang memiliki pengetahuan paling handal mengenai siri itu saja yang layak untuk membawa pulang trofi istimewa ‘Tournament of Houses’.
Korang boleh mencuba juga filter terbaru ‘Catch The Snitch’ di Instagram.
Korang juga boleh melayari laman web Harry Potter Movie 20 untuk menyaksikan kandungan eksklusif seperti momen-momen ikonik filem tersebut. Di sana korang boleh mengimbau semula kenangan daripada filem pertama, menonton babak di belakang tabir bersama kru produksi, mengetahui lagi lebih banyak pengetahuan mengenai wizard kesayangan korang, info binatang menggerunkan dalam Harry Potter dan banyak lagi.
Miliki Koleksi Hogwarts
Di samping itu, korang juga tidak harus terlepas peluang untuk memiliki barangan koleksi istimewa sempena ulang tahun ke-20 Harry Potter seperti aksesori, permainan dan kit DIY untuk mengubah dekor rumah. Peminat di Malaysia juga bertuah kerana mereka boleh memiliki permainan papan Harry Potter Scrabble dan Harry Potter Pictionary Air yang dilancarkan oleh Mattel.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!