Kecoh satu Malaysia baru-baru ini apabila satu babak  ‘panas’ yang dilakonkan oleh pelakon kacak Zul Ariffin dan Siti Hariesa telah tular dan mendapat reaksi dari pelbagai pihak.

ARTIKEL BERKAITAN : Nama Siti Hariesa Tular Selepas Zul Ariffin Muat Naik Klip Panas

Terpalit Kontroversi, Drama ‘Perempuan Itu’ Mungkin Tidak Ditayangkan Di Kaca Televisyen

Terbaru menurut laporan, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa tampil berkata bahawa kemungkinan drama ‘Perempuan Itu’ mungkin tidak akan ditayangkan di kaca televisyen sekiranya pihak produksi gagal memberikan laporan bertulis berkenaan insiden yang berlaku.

Tambahnya, kerajaan tidak akan membenarkan tayangan tersebut yang dijangka bersiaran pada bulan Ramadan sekiranya laporan yang diberikan tidak munasabah. Malah, kesemua stesen televisyen perlu menghormati bulan Ramadan dan tidak boleh menyiarkan kandungan yang kurang bersesuaian dengan bulan mulia itu.

IKLAN
Terpalit Kontroversi, Drama ‘Perempuan Itu’ Mungkin Tidak Ditayangkan Di Kaca Televisyen
Foto Via Astro Awani

“Kita sudah meminta produksi berkenaan mengemukakan laporan bertulis berhubung perkara berkenaan. Mereka juga telah diberikan masa yang cukup untuk menyediakan laporan tersebut.” kata Tan Sri Annuar Musa

Tambahan lagi, isu ini juga mendapat reaksi dari Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bakal memanggil produksi dan pelakon terlibat.

Ia susulan babak tersebut dikatakan bercanggah dengan tuntutan agama dan budaya hidup masyarakat di negara ini.

IKLAN

Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menyatakan bahawa pihaknya akan turut mengadakan pertemuan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bagi membincangkan isu tersebut dengan lebih lanjut.

“Cuma dari sudut panduan agama (Islam) budaya seperti itu tidak sepatutnya dibawa masuk ke negara ini yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan budaya Timur”-  katanya

Sebelum ini, secara tiba-tiba, pelakon lelaki popular Zul Ariffin mencetuskan kontroversi hari ini setelah memuat naik klip ‘trailer’ bagi drama lakonan terbarunya berjudul Perempuan Itu yang akan menemui penonton tidak lama lagi.

BACA LAGI : TV3 Dedah Adegan Panas ‘Perempuan Itu..’ Tidak Mendapat Kelulusan Stesen

IKLAN

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Diharap semua semua crew drama tersebut tabah menerima dugaan ini.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=gboUm1B8Sm4

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI