Episod duka yang melanda kem terjun negara baru-baru setelah 13 penerjun beraksi hambar di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha nyata memberi kesan; bukan hanya kepada para atlet tetapi juga menimbulkan persepsi kecewa daripada pelbagai pihak.
Ini setelah penerjun bertaraf antarabangsa seperti Datuk Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri, Ooi Tze Liang dan Wendy Ng gagal beraksi cemerlang sekaligus tidak melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris menerusi kejohanan itu.
Ditambah pula dengan ‘drama salah faham’ yang tercetus di antara Pandelela dengan Setiausaha Agung Persekutuan Malaysia (MAS), Andy Low dan rakan pemberita baru-baru ini, tiada pihak yang mendapat apa-apa impak positif daripadanya.
Di pihak Pandelela, penerjun berusia 30 tahun itu enggan memerangkap diri dalam ‘drama’ berkenaan untuk jangka masa panjang. Sebaliknya, setelah menenangkan diri terutamanya dari segi mental selama beberapa hari, beliau pada minggu ini memaklumkan dirinya telah kembali menjalani latihan seperti biasa.
Ads
Sambil menitipkan enam nasihat ini untuk remaja di luar sana yang ingin kekal fokus untuk berjaya, kata-kata ini juga Pandelela tujukan kepada diri sendiri agar tidak mudah ‘koyak’ dengan tekanan yang datang dari pelbagai sudut.
Utamakan mereka yang selalu ada bersama-sama dengan anda.
Usah membiarkan emosi mengambil alih kebijaksaan minda anda.
Jangan terlalu mengharapkan daripada orang lain.
Setiap orang mempunyai berbeza-beza pendapat. Berhenti daripada cuba memuaskan hati semua orang.
Usah bercita-cita untuk menjadi sempurna.
Ketahui nilai kejujuran dalam diri anda (dan terimalah sekiranya ada orang yang tidak percaya walaupun anda bersikap jujur).
Pandelela turut menyertaikan tanda pagar ‘Never Give Up’ bagi memberi gambaran dirinya tidak akan mengalah selepas berdepan kegagalan kali ini.
Ads
Jelas, harapan tinggi diletakkan di bahu Pandelela untuk mengulangi kejayaannya menempah tiket ke Sukan Olimpik sebanyak empat kali berturut-turut bermula di Olimpik London (2012), Rio (2016) dan Tokyo (2021).
Untuk pengetahuan, hanya Bertrand Rhodict Lises setakat ini yang menjadi penerjun tunggal negara yang berjaya menempah tiket ke Paris 2024 menerusi acara platform 10 meter individu lelaki setelah cemerlang di Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun pada tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peningkatan suhu panas ketika ini menyebabkan beberapa haiwan, termasuk haiwan berbisa seperti ular mencari tempat perlindungan di kawasan lembap sehingga boleh mengancam keselamatan manusia.
Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di Facebook miliknya berkongsi, tempat yang berisiko adalah di tandas, dalam stor yang gelap, bilir tidur, almari baju, rak kasut serta dalam kasut.
Selain itu, ular yang bersaiz kecil akan memilih kasut sebagai tempat berlindung.
Oleh itu, masyarakat di luar sana haruslah sentiasa berwaspada dan:
Pastikan lubang dan ruang bawah pintu di tutup rapat
Sentiasa berjaga jaga, ketuk kasut sebelum pakai
Kemas rumah, buang longgokan barang yang tidak digunakan
Sumber: PHM
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pasukan Debat Bahasa Inggeris Universiti Teknologi MARA (UiTM) membuktikan bahawa mereka merupakan pasukan yang berdaya saing dengan daya intelek tinggi apabila menjuarai pertandingan The Australasian Intervarsity Debating Championships (Australs) 2023.
Diadakan pada 2 sehingga 9 Julai 2023 bertempat di Krabi, Thailand. Pasukan debat Bahasa Inggeris UiTM Diwakili oleh Wan Amirul Syakir bin Wan Ahmad Rafidi, Sarah Yasmin Aston binti Sofian dan Haikal Daniel bin Mohamad Hasli yang merupakan pelajar Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam.
Dalam pertandingan tersebut, mereka telah berjaya mengalahkan pasukan dari Indira Gandhi National Open University dalam kategori Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (ESL). Terdahulu, pada peringkat separuh akhir, pasukan Debat Bahasa Inggeris UiTM telah berjaya menewaskan pasukan debat senegara dari Universiti Malaya.
Membuatkan kemenangan mereka lebih manis, pendebat dari UiTM, Haikel Daniel turut diiktiraf sebagai pendebat terbaik pada pusingan akhir. Tajuk yang diperdebatkan pada pusingan akhir berbunyi, That we prefer religious teachings that emphasise the belief that human beings are born good instead of born evil.
Bertemu Naib Canselor UiTM sebaik pulang ke Malaysia.
Pertandingan ini disertai oleh 46 buah universiti luar negara termasuk Australia, New Zealand, Singapore, Indonesia, Thailand, Japan, Korea Selatan, Bangladesh, India, Pakistan, Hong kong dan China.
Antara universiti yang mengambil bahagian termasuklah Universiti Sydney Australia, Universiti Beihang China, Universiti Otago New Zealand, Universiti Kebangsaan Seoul Korea Selatan, Universiti Kebangsaan Singapura dan Universiti Melbourne Australia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjadi sebahagian dari tanggungjawab kita untuk membantu golongan memerlukan. Tidak kira siapa pun, apa pekerjaan kita, kita dituntut untuk saling membantu mengikut kemampuan diri.
Terima kasih buat para doktor dan mereka yang bertugas di Kementerian Kesihatan kerana sentiasa membantu pesakit yang sebarang keadaan yang memerlukan khidmat mereka diperlukan. Tertarik dengan perkongsian seorang doktor gigi, Dr Mohd Khairul Izwan yang bertugas dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, REMAJA kongsikan pengalaman yang beliau kongsikan ketika merawat seorang remaja lumpuh dan menurutnya, kes ini agak istimewa kerana mungkin amat jarang didapati.
Bacalah perkongsiannya. Jadi selepas ini kalau ada di kalangan ahli keluarga kita yang lumpuh, ilmu ini mungkin amat berguna untuk penjagaan kepada pesakit khususnya bagi bahagian mulut yang mungkin selama ini kurang di beri perhatian.
Dr Khairul Izwan yang berkongsi kisah merawat remaja yang alami kelumpuhan Spastic Quadreplegia Cerebral Palsy. Gambar dari FBnya
Sedikit perkongsian dari saya yang berkesempatan untuk merawat seorang pesakit pada minggu lepas. Kes pesakit ini agak “istimewa” sedikit berbanding kes-kes lain yang biasa saya temui di klinik sebelum ini.
Pada minggu lepas, seorang ibu membawa anak perempuannya yang kurang upaya ke klinik gigi. Ibunya bimbang kerana bibir atas anaknya bengkak sejak beberapa hari dan keluar “ulat” daripada bibirnya yang bengkak.
Anaknya baru berumur 15 tahun dan menghidap Spastic Quadreplegia Cerebral Palsy disebabkan oleh masalah perkembangan saraf yang terganggu menyebabkannya menjadi lumpuh seluruh badan serta tidak mampu bergerak.
Luka di atas bibirnya akibat cuaca kering menjadi punca pembiakan ulat lalat
Setelah pemeriksaan lengkap dijalankan, didapati terdapat luka pada bibir atas adik ini yang bengkak dan terlihat seolah-olah ada sesuatu “benda lembut yang bersarang” di dalamnya. Rupa-rupanya benda lembut tersebut adalah larva lalat yang membiak pada luka di bibirnya.
Kalau nak tahu larva lalat ini bentuk dia macam ulat berwana putih yang bergerak laju tu. Biasa kita jumpa ulat macamtu pada benda-benda yang kotor atau dekat tong sampah yang sisa buangannya dibiarkan dalam tempoh waktu yang lama.
Larva lalat ini boleh membiak pada tisu/kulit manusia atau haiwan yang masih hidup ataupun yang telah mati.
Beginilah rupa ulat sampah yang banyak ditemui pada sampah sarap yang dibiarkan beberapa hari tanpa dipungut. Gambar dari FB beliau.Bayangkan kesakitan dirasai remaja ini akibat larva lalat yang sudah membiak di bahagian atas bibirnya. Gambar dari fb beliau.
Keadaan begini disebut sebagai “maggot infestation” ataupun “oral myiasis”. Asalnya bibir atas adik ini cuma mengalami luka kecil disebabkan oleh kekeringan (mungkin kerana cuaca sekarang yang panas). Oh ya adik ini tidak dapat makan atau minum seperti orang biasa kerana ketidakmampuannya untuk menelan. Jadi beliau cuma mampu makan melalui “nasogastric tube/Ryles tube” sahaja yang disambungkan melalui hidungnya.
Disebabkan ketidakmampuannya untuk bergerak, jadi mungkin ada lalat yang kebetulan hinggap pada bibirnya yang kering serta luka dan kemudian bertelur di dalamnya. Jangan salah faham pula kerana ibunya memang menjaganya di rumah secara sepenuh masa, cuma mungkin pada waktu tersebut ibunya tidak perasan ada lalat yang hinggap pada bibir adik ini dan bertelur di dalamnya.
Ditambah pula dengan kebersihan mulut serta gigi adik ini yang kurang baik kerana ketidakmampuannya untuk memberus gigi sendiri menyebabkan telur lalat tersebut dapat membiak dengan cepat membentuk larva dan mengakibatkan bibir atasnya menjadi bengkak.
Kes adik ini terpaksa dirujuk segera kepada klinik pakar bedah mulut di hospital besar yang jaraknya lebih kurang 50km dari klinik pergigian tempat saya bertugas. Di sana, doktor pakar membuat prosedur membuang larva lalat tersebut yang jumlah kesemuanya adalah sebanyak 16 ekor.
Kemudian adik ini dirujuk kembali kepada kami dan beliau diarahkan untuk ditahan di wad di hospital daerah yang berdekatan dengan klinik saya bertugas bagi memudahkan kami melakukan pencucian rutin terhadap luka adik tersebut.
Pada hari kedua, masih ditemukan larva lalat sebanyak 3 ekor semasa kami mencuci luka adik tersebut di wad. Luka tersebut terpaksa dicuci menggunakan gauze yang dibasahkan dengan Turpentine Oil selama 30 minit bagi menyukarkan larva lalat tersebut bernafas seterusnya memudahkan kami untuk menangkapnya dan memasukkannya ke dalam air panas. Larva lalat ini akan mati pada suhu yang tinggi.
Sepanjang 3 hari kami mencuci luka adik ini di wad, perasaan sayu dan sedih sentiasa menyelubungi hati kami kerana kasihan melihat keadaannya yang lumpuh dan tidak mampu bergerak. Sesekali air matanya mengalir seolah-olah menahan sakit walaupun kami telah memberikan ubat bius setempat pada kawasan luka sebelum melakukan prosedur pencucian tersebut.
Alhamdulillah setelah 3 hari kami mencuci lukanya, larva lalat tersebut telah berjaya dikeluarkan sepenuhnya dan lukanya juga menunjukkan tahap penyembuhan yang baik.
Lukanya dijahit dan ubat-ubatan dibekalkan.
Beliau dibenarkan keluar dari wad semalam dan kami meminta ibunya untuk menjaga kebersihan mulutnya dengan baik di rumah bagi membolehkan luka tersebut sembuh sepenuhnya dan bagi mengelakkan keadaan tersebut berulang kembali.
In sha Allah minggu depan kami akan review lagi adik ini di klinik bagi membuka benang jahitan dan melihat tahap kesembuhannya.
Walaupun kes myiasis begini jarang-jarang berlaku, namun ianya boleh terjadi kepada kita ataupun orang disekeliling kita. Jika anda mempunyai ibu bapa atau saudara mara yang tidak lagi berupaya bergerak disebabkan kerana lumpuh akibat sakit ataupun kerana telah tua, sering-seringlah lihat keadaan mulut mereka dan bantulah mereka menjaga kebersihan mulut mereka bagi mengurangkan risiko terjadinya keadaan begini.
Lalat boleh hinggap pada luka yang terdedah pada tubuh badan anda termasuk di bahagian mulut dan bertelur di dalamnya. Keadaan mulut yang tidak bersih boleh menggalakkan lagi pembiakan telur lalat ini. Oleh itu bantulah mereka memberus gigi atau sekurang-kurangnya membersihkan mulut mereka dengan menggunakan tuala basah yang bersih.
Sesungguhnya syurgalah tempat adik ini dan kami tahu Allah meminjamkannya ke dunia ini sebagai tempat untuk kami juga mengumpul pahala dengan membantunya sedaya upaya kami. Terima kasih Allah kerana memberikan kesempatan buat kami untuk berbakti kepadanya.
Semoga ada sesuatu yang anda semua boleh ambil sebagai iktibar daripada kisah ini.
Menjelang penganjuran konsert solo berskala mega tidak lama lagi, Ratu Rock Negara, Ella menegaskan dirinya tidak berasa tertekan walaupun konsert Majlis Tertinggi Rockqueen yang...