Hawa Rizwana Redzuan satu sama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia yang mengorak langkah sebagai seorang wartawan penyiaran dan kemudiannya bergelar pembaca berita dan hos kepada pelbagai rancangan ternama menjadi contoh yang baik kepada masyarakat di luar sana.

Satu perkara tentang gadis ini, dia sentiasa dahagakan ilmu. Anak kelahiran Illinois, Amerika Syarikat ini memberanikan diri menyambung pengajian ke peringkat sarjana biarpun dia tahu jadualnya sentiasa padat.

#GirlPower: Teruja Hadiri Konvokesyen, Hawa Rizwana Tamat Pengajian Sarjana Dengan CGPA 3.78. Berhasrat Sambung PhD

Berkongsi kepada REMAJA, Hawa berkata, “Sebab saya memang sangat-sangat minat belajar, memang hasrat selepas tamat ijazah sarjana muda saya mahu menyambung terus. Tetapi waktu itu telah bermula sebagai wartawan penyiaran dan pengacara. Lebih kurang setahun setengah kemudian baru saya menyambung pengajian ke peringkat sarjana.”

Berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Gadis cantik yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.78 ini berkongsi keterujaan apabila dia bakal naik ke pentas utama bagi menerima sijilnya sempena konvokesyen UiTM ke-95 hari ini.

IKLAN

“Saya berasa teruja, ini umpama big day saya. Kalau orang lain wedding adalah big day mereka. Bagi saya konvokesyen ini merupakan big day saya setelah berhempas pulas belajar selama dua tahun. Saya mula belajar sejak Mac 2019 dan tamat pengajian pada Januari 2021. Hampir dua tahun menunggu majlis konvokesyen,” ujarnya penuh teruja.

ARTIKEL BERKAITAN: Beauty With Brains, Hawa Rizwana Dapat Keputusan 4.00 Dalam Semester Pertama

#GirlPower: Teruja Hadiri Konvokesyen, Hawa Rizwana Tamat Pengajian Sarjana Dengan CGPA 3.78. Berhasrat Sambung PhD

IKLAN

Melalui fasa pengajian dengan dua mode yang berbeza disebabkan pandemik Covid-19, pengacara rancangan MeleTOP ini berkongsi kisah, “Disebabkan pandemik saya sempat ke kelas lebih kurang dua semester sahaja, kemudiannya dua semester lagi pengajian dilakukan secara online. Alhamdulillah dapat lalui pengalaman berbeza secara fizikal dan juga online.”

Tidak mahu perjalanan akademiknya terhenti diperingkat sarjana sahaja. Hawa turut memasang impian untuk ke peringkat lebih tinggi. “InsyaAllah kalau ada rezeki saya mahu sambung pengajian ke peringkat PhD pula,” ujarnya mengakhiri bicara.

IKLAN

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI