Datuk Pandelela Rinong memang layak jadi ikon dan inspirasi generasi muda. Bukan hanya terkenal dalam kalangan peminat sukan negara, dia juga dikenali sebagai atlet renang bertaraf dunia yang sering menggentarkan pihak lawan dengan kemampuan luar jangkaan setiap kali beraksi dalam sesebuah pertandingan.

ARTIKEL BERKAITAN : Aira Azman Ada Aura Datuk Nicol David! Tamatkan Kemarau 22 Tahun Malaysia Mara Ke Final

Sering mengharumkan nama Malaysia, beliau antara 17 penerima darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran ‘Datuk’ oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sempena sambutan hari jadi yang ke-85.

Tahniah Pandelela Rinong! Usia 28 Tahun Bergelar Datuk

Pandelela Rinong Inspirasi Generasi Muda, Usia 28 Tahun Sudah Bergelar Datuk

Paling membahagiakan, atlet wanita ini beranggapan anugerah yang diberikan sebagai pembakar semangat buat diri dan inspirasi untuknya terus berjuang dalam bidang sukan terjun.

Anak kelahiran Sarawak ini merupakan atlet wanita negara pertama yang meraih pingat dalam Sukan Olimpik pada Temasya London 2012 bagi acara terjunan 10 meter platform wanita.

Malah dirinya juga pernah meraih pingat perak dalam acara 10m papan anjal seirama bergandingan dengan Cheong Jun Hoong pada Temasya Rio 2016. Manakala pada peringkat sukan SEA pula kecemerlangan Pandalela sememangnya tiada tandingan dalam acara terjun.

IKLAN

Janggal Bila Bergelar Datuk

Wanita ini juga berasa cukup janggal apabila bergelar ‘Datuk’. Namun Pandelela mencipta sejarah apabila muncul sebagai atlet pertama dari Sarawak yang dikurniakan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran datuk, pada usia semuda 28 tahun.

Malah Pandelela juga sangat menghargai anugerah yang diberikan dan beranggapan anugerah berkenaan merupakan sebuah memori yang terindah. Penganugerahan itu juga sebagai pembakar semangat buat diri dan inspirasi untuknya terus berjuang dalam bidang sukan terjun.

Motivasi Kepada Diri

Dilahirkan di sebuah perkampungan Bidayuh, Kupuo Jugan di Bau, Sarawak, Dato’ Pandelela Rinong Anak Pamg mempunyai tiga adik-beradik iaitu seorang abang dan dua adik perempuan.

Difahamkan bapa Datuk Pandelela pernah bekerja sebagai buruh kontrak manakala ibunya seorang suri rumah. Ketika kecil, atlet ini bercita-cita menjadi pramugari kerana mahu mengembara ke seluruh dunia.

IKLAN

Pandelela berkata, gelaran yang diterima memberi motivasi kepada dirinya untuk lebih bersungguh dalam membawa nama negeri dan juga negara.

Untuk rekod Pandelela juga pernah menerima pingat Ahli Mangku Negara dan Jasa Bakti Sarawak setelah mencapai kejayaan pingat perak di Sukan Olimpik Rio De Jeinero, pada 2016.

Pandelela Rinong Inspirasi Generasi Muda, Usia 28 Tahun Sudah Bergelar Datuk Pandelela Rinong Inspirasi Generasi Muda, Usia 28 Tahun Sudah Bergelar Datuk

IKLAN

Semoga segala kejayaan Datuk Pandelela dapat menyuntik semangat buat seluruh rakyat Malaysia dan kaum wanita khususnya untuk terus berjaya!

BACA LAGI : Datuk Abdul Latif Romly Selamat Bergelar Suami Kepada Nabila Farhana Musaidi

Sumber : SinarPlus

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI