Pelantun lagu Sumpah ini berkongsi di akaun Instagram miliknya yang beliau telah membuka bank makanan di Petronas Taman Pelangi Semenyih, Selangor. Selain daripada bekalan makanan, Naim juga memberi sabun dan tuala wanita seperti yang telah dicadang oleh seorang pengikut di akaun Instagram miliknya.
Naim, seorang yang lantang dalam bersuara tentang kepincangan pemimpin di negara ini ketika lockdown, dan juga banyak bersuara bagi pihak rakyat yang mengalami kesusahan buat waktu sebegini, telah tampil untuk menghulurkan bantuan.
Menurut sumber, Naim terlebih dahulu telah meminta izin daripada pihak pengurusan stesen minyak berkenaan untuk membuka bank makanan.
Ads
Naim juga berkata yang beliau telah pergi membeli barang-barang tersebut sebelum meletakkannya di stesen minyak itu. Target beliau adalah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 10 beg barang dapur.
Foto Instagram @naimdanielx
Antara barangan yang disumbangkan olehnya ialah beras, mi segera, tepung, garam, gula, biskut, lampin pakai buang bayi, susu, dan juga sardin. Pada masa yang sama juga, Naim turut terbuka untuk menerima cadangan daripada pengikutnya untuk menambah dua lagi jenis barang keperluan iaitu sabun basuh dan juga tuala wanita.
Ads
Beliau mengucapkan terima kasih buat pengikutnya di Instagram kerana memberi cadangan untuk membeli sabun dan juga tuala wanita tersebut.
Foto Instagram: @naimdanielx
Sementara itu, Naim juga telah menyebarkan videonya melalui akaun Instagram miliknya dan menguar-uarkan kepada penduduk di sekitar Semenyih untuk datang mengambil barang keperluan jika mereka memerlukan.
Ads
“Tidak kira agama dan bangsa, sila datang dan ambil. Jangan malu-malu dan jangan segan. Ambil mana yang perlu untuk kelangsungan hidup.” Ujar penyanyi dan pelakon berusia 24 tahun itu.
Sesungguhnya ini adalah inisiatif terbaik yang diambil oleh seorang anak seni yang berbakat ini. Semoga usahanya ini dapat membantu mereka yang memerlukan, dan juga secara tidak sengaja telah membuka hati ramai anak muda diluar sana untuk turut juga tampil kehadapan memberi bantuan.
Dua graduan OKU penglihatan dari Universiti Malaya (UM), Partiban A/L Perumal dan Nur Izhan Fathi bin Saipul Anuwar, berjaya menamatkan pengajian mereka dalam Istiadat Konvokesyen UM Ke-64.
Nur Izhan, yang merupakan graduan dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi, meluahkan rasa bangga dan terharu dapat hadir ke majlis konvokesyen bersama keluarga.
“Sokongan keluarga, rakan-rakan, dan pensyarah menjadi tonggak kejayaan saya, walaupun saya mempunyai kekurangan. Hari ini, saya berasa sangat bangga dapat bergraduasi di dewan bersejarah ini, tempat yang sama di mana ibu saya juga pernah bergraduasi,” kata Nur Izhan.
Nur Izhan, yang minat dalam seni dan kreatif, bercita-cita untuk meneruskan kerjaya dalam bidang tersebut.
Menurut Partiban pula, graduan dari Jabatan Pengajian Asia Tenggara, pula berkongsi bahawa hari konvokesyen ini adalah detik yang dinanti-nantikan. Beliau menganggap sokongan daripada adik-adik dan keluarga sebagai pendorong utama sepanjang pengajian.
“Kenangan yang paling tidak dapat dilupakan ialah semasa tahun pertama saya di Universiti Malaya pada tahun 2020, iaitu ketika kemuncak pandemik Covid-19.
“Saya memilih untuk menginap di Kolej Kediaman dan belajar untuk berdikari sepanjang pengajian,” kata Partiban dengan penuh kebanggaan.
Pada tahun ini, Istiadat Konvokesyen UM Ke-64 menyaksikan seramai 9,253 graduan diarak dalam 16 sidang, yang berlangsung dari 30 November hingga 8 Disember 2024. Istiadat pembukaan sidang pertama telah disempurnakan oleh Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Canselor Universiti Malaya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UM News Portal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang berkongsi informasi tentang peristiwa Isra’ Mikraj dan disunatkan untuk berpuasa bagi mendapatkan ganjaran pahala yang besar. Dikatakan siapa yang berpuasa pada 27 Rejab akan mendapat pahala seperti berpuasa selama 60 hari.
Namun begitu, persoalan ini pernah dinyatakan di dalam laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan bagi menjelaskan kesahihannya.
Terdapat satu soalan yang bertanyakan apakah hukum dan fadilat puasa sunat 27 Rejab sempena Isra’ Mikraj?
Dan jawapan yang diberikan adalah seperti berikut..
Sebarang bentuk, puasa sunat tidak dianggap sunat melainkan terdapatnya nas sama ada daripada al-Quran atau hadis yang menggalakkan puasa sunat tersebut. Kami kemukakan di sini dari kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/114-117) berkenaan dengan puasa sunat yang terdapat dalam Islam.
Sunat berpuasa pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan ibadat haji. Ini berdasarkan hadis, daripada Abu Qatadah RA katanya: “Rasulullah SAW ditanya tentang puasa pada hari Arafah. Baginda bersabda:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Maksudnya: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” (Riwayat Muslim:1162)
Hari Arafah adalah hari yang afdhal antara hari yang lainnya. Ini berdasarkan hadis, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiada hari lain yang lebih banyak Allah membebaskan hamba-hamba-Nya daripada api neraka selain hari Arafah.” (Riwayat Muslim:1338)
• Puasa pada hari Asyura’ dan Tasu’aa’
Asyura’ adalah hari yang kesepuluh bulan Muharam, manakala Tasu’aa’ pula adalah hari yang kesembilan pada bulan tersebut. Ini berdasarkan hadith, daripada Ibn Abbas RA, katanya:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَامَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura’ dan Baginda menyuruh puasa pada hari tersebut.” (Riwayat al-Bukhrari: 1900 dan Muslim: 1130)
Hadis yang lain pula, daripada Abu Qatadah RA, Rasulullah SAW ditanya tentang puasa pada hari Asyura’. Baginda bersabda:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
Maksudnya: “Ia menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Muslim: 1162)
Maksudnya: “Semua amalan dipersembahkan pada hari Isnin dan Khamis. Justeru, aku ingin amalanku dipersembahkan ketika aku sedang berpuasa.” (Riwayat al-Tirmizi: 747)
• Puasa selama tiga hari pada setiap bulan
Hari yang afdal untuk melakukan puasa tersebut ialah pada malam bulan mengambang, iaitu pada hari yang ke-13, 14 dan 15 setiap bulan Islam yang dikenali juga sebagai hari-hari putih (الأيام البيض). Ini kerana malam hari tersebut terang benderang kerana cahaya bulan. Ini berdasarkan hadis, daripada Abu Hurairah RA, katanya:
Maksudnya: “Rasulullah SAW meminta aku melakukan tiga perkara, iaitu puasa selama tiga hari pada setiap bulan, solat Dhuha dua rakaat dan solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat al-Bukhari: 1124 dan Muslim: 721)
Hadis yang lain pula, daripada Abu Dzar RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sekiranya engkau berpuasa tiga hari dalam sebulan, puasalah pada 13, 14, dan 15 haribulan.” (Riwayat al-Tirmizi: 761)
• Puasa selama enam hari pada bulan Syawal
Cara yang afdal adalah puasa berturut-turut sebaik sahaja selepas Hari Raya Aidilfitri. Namun, cara demikian tidaklah menjadi syarat. Malah, sunatnya tetap didapati, sekalipun dilakukan secara berselang-selang hari. Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Ayub RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.” (Riwayat Muslim: 1164)
Jadi, dijelaskan bahawa dalil-dalil yang dikemukakan tidak menganggap puasa 27 Rejab termasuk dalam puasa-puasa sunat yang dituntut kecuali ia berlaku pada hari Isnin atau Khamis. Begitu juga sebagaimana yang dibahaskan bahawa penentuan Isra’ Mikraj pada 27 Rejab juga menjadi khilaf dikalangan ulamak tarikh.
Semoga penjelasan ini dapat memberikan pencerahan kepada masyarakat. Wallahualam!
Siapa yang tidak stres sekiranya terdapat kesan calar pada kenderaan mereka, tidak kiralah sama ada kereta baharu atau pun lama. Betul tak?
Kalau nak pergi hantar kedai cat untuk ‘menutup’ kesan calar itu harganya boleh tahan mahal juga. Nak dibiarkan sahaja sakit mata pula melihatkan kesan calar tersebut.
Jadi apa yang korang boleh buat?
Ha, bagi yang belum tahu lagi, magic sponge yang pernah tular sebelum ini kerana keberkesanannya menghilangkan contengan pada dinding rumah juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan calar pada kereta.
Tak percaya?
Perkara ini telah pun dikongsi sendiri pengalamannya menggunakan magic sponge dan ternyata ia memang sangat berkesan.
Sebelum
Sumpah berbaloi gila guna Magic Sponge yang bermodalkan RM2.10 je. Kesan calar ni dah lamaa sental siap hantar polish kereta lagi tapi still tak boleh hilang. Guna sponge ni letak air sikit, gosok2 terus hilangggggggggg calarnyaaaaa . Perghhh nak meloncat happy tau.
SebelumSelepas
Jelasnya magic sponge ini ada empat ketul dalam satu paket dan boleh didapati di kedai Eco. Bukan calar sahaja boleh hilang, malah kotoran degil yang lain pun boleh hilang juga.
Berbaloi-baloi kan? Bolehlah cuba nanti.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.