Hari ini, 1 Julai 2022 bermulalah permulaan bulan Zulhijjah 1443H. Selain Zulkaedah, Muharam dan Rejab, Zulhijjah antara empat bulan yang dihormati dalam kalendar Islam.

ARTIKEL BERKAITAN : Rebut Peluang Puasa Hari Terakhir Zulhijjah ESOK & Baca Doa Ini

Tidak seperti bulan Ramadan yang merupakan bulan keampunan dan penyucian jiwa, bulan Zulhijjah juga mempunyai kelebihan yang begitu istimewa di sisi Allah SWT. Bila tiba Zulhijjah,  umat Islam dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan  dalam menambah pahala dan bekalan buat alam akhirat kelak.

Ganda Ibadah Pada 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah, Pahalanya Sangat Besar

Jika Ramadan Allah kurniakan malam  Lailatulqadar sebagai malam 1000 bulan, dalam banyak hadis turut menyebut betapa istimewanya 10 hari pertama Zulhijjah ini. Dalam 10 hari pertama itu, kita disaran berbuat kebaikan, solat, puasa, sedekah, menunaikan haji yang mana kebaikan ini tidak terdapat dalam bulan lain.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud, “Tiada amalan soleh pada mana-mana hari yang lebih afdal daripada hari-hari ini iaitu 10 hari pertama Zulhijjah. Para sahabat bertanya, Hatta jihad di jalan Allah? Baginda menjawab : Ya, hatta jihad di jalan Allah. Kecuali orang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya, dan tidak kembali dengan sesuatupun yakni mati syahid.” (Riwayat Al-Bukhari)

Memandangkan hari ini bermulalah hari pertama bulan Zulhijjah yang merupakan bulan terakhir takwim Islam, apa kata kita perbuat banyak amal soleh. Ini kerana kesemua amal soleh yang dikerjakan pada hari itu kelak lebih dicintai Allah daripada hari-hari yang lain.

IKLAN

Ganda Ibadah Pada 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah, Pahalanya Sangat Besar

7 AMALAN YANG DIGALAKKAN PADA 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH

1. AL-QURAN

  • Selalu membaca Al-Quran
  • Mendengar alunan ayat suci Al-Quran daripada pelbagai Qari dan Qariah
  • Menghafal dan mengulangkaji surah-surah yang dihafal
  • Membaca atau mendengar terjemahan dan tafsir
  • Muhasabah diri dari terjemahan dan maksud ayat-ayat Al-Quran

2. SOLAT

IKLAN
  • Mengerjakan solat di awal waktu
  • Mengerjakan solat dengan peuh rasa rendah diri dan khusyu’
  • Membaca surah-surah yang berlainan di setiap rakaat
  • Mengerjakan Solat Sunat Ishraq /Dhuha
  • Memanjangkan bacaan dalam solat sunat Tahajud

3. AMALAN KEBAJIKAN

  • Mengeluarkan zakat bagi yang cukup syarat
  • Memberikan sumbangan barangan yang disukai dan yang berlebihan
  • Berbelanja untuk ibu bapa, pasangan, anak-anak, saudara mara, rakan taulan dan mereka yang memerlukan

4. BERPUASA

  • Berpuasa sekerap yang mampu pada 9 hari pertama terutamanya Hari Isnin-Khamis dan pada hari 9 Zulhijjah (Hari Arafah). Dengan penuh pengharapan puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang (HR Muslim)
  • Qada’ puasa bagi puasa yang tertinggal (jika ada).

5. HARI RAYA AIDIL ADHA & IBADAH QURBAN

  • Tidak memotong kuku dan rambut sehingga selesai penyembelihan binatang qurban.
  • Mengikuti semua amalan-amalan sunnah Aidil Adha.
  • Mengerjakan Solat Sunat Aidil Adha dengan penuh rasa semangat.
  • Mengerjakan ibadah qurban dengan hati yang ikhlas.
  • Makan daging qurban dan memberi makan daging qurban kepada orang lain.
  • Menziarahi saudara mara dan rakan taulan. (*Pengecualian pada musim wabak COVID-19)
  • aqiqah untuk bayi

6. ZIKIR & DOA

IKLAN
  • Mempertingkatkan bacaan zikir – Tahlil, Takbir dan Tahmid.
  • Membaca zikir pagi, petang dan doa-doa mengikut sunnah.
  • Membaca selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
  • Memperbanyakkan doa ketika waktu mustajab doa terutamanya pada Hari Arafah.

7. HUBUNGAN KEMASYARAKATAN

  • Memperkukuhkan hubungan dengan saudara-mara.
  • Menjaga kebajikan jiran tetangga.
  • Membantu orang yang memerlukan.
  • Menyertai program-program sukarelawan komuniti.

Tapi awas ya, kita diharamkan berpuasa pada 10 Zulhijjah bersamaan 10 Julai 2022 iaitu Hari Raya Korban/Aidiladha selama 4 hari 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu empat hari berturut-turut.

Moga kita sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian artikel ini.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI