
Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama sebagai pasangan, pelakon dan pengacara Zulin Aziz memberi bayangan seolah-olah rumah tangga bersama suaminya Farhan Norzaini, menemui titik noktah.
Menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya, Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Genap Setahun Perkahwinan, Zulin Aziz Mohon Doa Dikurniakan Zuriat

“Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman.
“Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang, Insya-Allah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk semuanya. Jaga diri,” coretnya ringkas.
Pelantun lagu Rahsia itu menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya berserta gambar hari pernikahan mereka.

Menerusi ruangan komen ramai yang memberi reaksi terkejut dengan berita tersebut lantaran mereka selalu menunjukkan kebahagiaan mereka bersama.
Pemerhatian Remaja mendapati, Zulin turut memadam kesemua gambar suaminya di Instagram. Hanya gambar akad nikah mereka beserta kapsyen penjelasan sahaja yang dapat dilihat buat masa ini.

Sekadar informasi, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Februari 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Zulin Aziz
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelanduk Dua Serupa? Penyanyi Asal Penang Ini Saling Tak Tumpah Dengan Lisa BLACKPINK!

“Orang kata dalam dunia ini terdapat 7 orang berkongsi muka yang sama. Betul ke eh?”
Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila penyanyi tanah air, Jeryl Lee didapati mempunyai rupa paras yang saling tidak tumpah seakan penyanyi tersohor, Lisa BLACKPINK!
ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink Pecah Rekod Penyanyi K-Pop Pertama Capai 1 Billion Penstriman Muzik Global

Untuk makluman, Jeryl kebelakangan ini telah mendapat perhatian warganet selepas muncul sebagai juara rancangan pertandingan nyanyian TV realiti China, The Next 2023, bulan lepas.
Dia juga merupakan salah seorang daripada enam finalis dalam Sing! China dan merangkul gelaran tempat pertama pada 2014 untuk Water Cube Cup, pertandingan nyanyian untuk belia berbangsa Cina di seluruh dunia.

Wanita berusia 23 tahun dari Pulau Pinang itu baru-baru ini berkongsi foto Instagram dirinya yang kemudian mendapat perhatian ramai kerana persamaan luar biasa dengan bintang K-pop itu.

Malah beliau mendapat jolokan ‘Lisa Malaysia’ dari waganet, meski dirinya sendiri sukar untuk menerima hakikat tersebut.

Menurut portal berita Singapura, 8days, penyanyi muda tersebut tidak begitu bersetuju dengan dakwaan persamaan tersebut dan pada yang sama mengakui bahawa dirinya rasa terpuji.

“Saya menganggapnya sebagai pujian… tetapi saya dan kawan rapat yang lain tidak pernah terfikir bahawa rupa paras kami serupa. Tetapi sesetengah orang yang baru bertemu saya mungkin merasakan terdapat persamaan ketara antara saya dan Lisa,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Koreaboo, Instagram Jeryl Lee
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya Bangga Dia Nyanyi Dalam Key Original..” Bunga Pertahan Amsyar Lee Ganti Kak Ani

Bukan perkara baharu untuk melihat penyanyi lain menggantikan kedudukan penyanyi asal dalam pertandingan berprestij seperti Separuh Akhir Muzik-Muzik mahupun di pentas Anugerah Juara Lagu 36.
Kalau korang masih ingat, ia telahpun dilakukan (atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ataupun atas permintaan penyanyi asal, of course) sejak era 90-an lagi. Kebelakangan ini pun, kita dapat melihat penyanyi baharu menggantikan penyanyi asal terutamanya menerusi penyertaan lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza seperti Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), 7 Nasihat (Shiha Zikir) dan Anta Permana (Bob Yusof).
Lantas, apabila pempengaruh versatil Amsyar Lee dipilih bagi menggantikan kedudukan penyanyi lagenda Irama Malaysia, Noraniza Idris menerusi lagu Intan Payung nyanyian bersama Bunga, seharusnya orang ramai sudahpun dapat menerima kehadiran penyanyi baharu seperti Amsyar ini.
Siapa tidak kenal Amsyar yang popular dengan kebolehannya meniru suara penyanyi wanita tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Dayang Nurfaizah.

Malangnya ramai pantas menjatuhkan kecaman ke atas Amsyar di atas persembahannya yang dikatakan ‘tidak sampai’. Malah ada yang mempersoalkan mengapa tidak tempat Noraniza itu digantikan dengan penyanyi yang lebih berpengalaman dalam genre Irama Malaysia seperti Haiza dan Asmidar.
Untuk pengetahuan, Noraniza Idris kini sedang berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Amsyar tidak mudah melatah dengan kecaman yang menghujaninya kerana menyifatkan dirinya pernah lebih teruk dikecam sebelum ini. Bagaimanapun, dia mengakui merasa gementar setelah mendapat tahu dia perlu mengambil tempat Noraniza dua minggu sebelum peringkat separuh akhir Muzik Muzik 36 berlangsung.
Akuinya juga, dia ada melakukan sedikit kesalahan di atas pentas sewaktu persembahan tersebut namun tidak terlalu mengendahkannya dan terus memberikan yang terbaik. Tuah nyata menyebelahi kekuatan lagu Intan Payung dan gandingan Amsyar bersama Bunga apabila ia melayakkan diri ke acara Anugerah Juara Lagu 36 di samping 11 buah lagu lain.
ARTIKEL BERKAITAN : Aina Abdul, Naim Daniel & Haqiem Rusli Pertaruh 2 Lagu Di Pentas AJL-36 – REMAJA
“Pendapat Saya Sendiri..”
Sekiranya Amsyar seakan ‘tidak kisah’ dengan kecaman yang menerpa, Bunga pula merasakan tidak adil untuk penonton menjatuhkan seorang penyanyi baharu seperti Amsyar terutamanya setelah dia menunjukkan keberanian dan daya profesionalisme sewaktu membawakan lagu Intan Payung tempoh hari.
Menerusi ciapan di akaun Twitter, Bunga berkata, “Ramai ‘terkejut’ sebab kami memilih Amsyar. Bagi saya, saya berbangga dengan Amsyar sebab beliau berjaya nyanyi dalam key original. Dan key tersebut agak tinggi untuk lelaki.
“(Pada) pendapat saya sendiri, Amsyar dah buat yang terbaik.”

Pada korang, adakah pemilihan Amsyar ini tepat ataupun korang setuju dengan pendapat bahawa ada penyanyi yang lebih layak berada di pentas tersebut di samping Bunga?
BACA LAGI : 10 Gaya Fesyen Yang Mendominasi Pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“20th Century Girl” Filem Terbaru Netflix Tentang Cinta Pertama, Wajib Tonton!

Baru-baru ini asyik muncul di FYP (For You Page) Tiktok mengenai filem ini. “20th Century Girl” telah tular dan menjadi topik hangat di media sosial. Jadi kami memang tak sabar nak berkongsi mengenai filem ini!
20th Century Girl ialah sebuah filem romantik Korea Selatan yang diarahkan dan ditulis oleh Bang Woo-ri. Kalau korang nak tahu, filem original Netflix yang bertajuk “20th Century Girl” ini telah dikeluarkan pada 21 Oktober 2022 yang lalu.
Filem ini mampu membangkitkan emosi, membuatkan korang tersenyum sampailah menangis (huhu spoiler alert!).
Sinopsis 20th Century Girl
Filem ini mengingatkan korang pada zaman remaja; apabila bertemu cinta pertama dulu…Ha, korang ingat lagi tak perasaan tu?
Berlatarkan pada tahun 1999, 20th Century Girl mengisahkan tentang Na Bora (Kim Yoo Jung) bertemu cinta pertamanya di sekolah menengah. Filem ini bertemakan cinta dan juga persahabatan.
Na Bo Ra pada awalnya hanya ingin membantu kawan baiknya iaitu Yeon Doo (Noh Yoon Seo) untuk mencari maklumat tentang cinta pertamanya, Baek Hyun Jin (Park Jung Woo). Apabila dia sedang mengumpul beberapa maklumat tentang crush Yeon Doo ini, dia mula mengenali rakan Baek Hyun Jin iaitu Poong Woon Ho (Byun Woo Seok). Setelah itu, Poong Woon Ho sering mencuri perhatiannya dan bibit-bibit cinta mulai tumbuh dalam hati Na Bo Ra. Ceh! Memang sweet tau!
BACA LAGI : 4 Fakta Tentang Filem “Seoul Vibe” Terbaru Di Netflix, Dipenuhi Konsep ‘Newtro’
Pelakon Utama 20th Century Girl
Selain daripada jalan cerita yang menarik, filem ini juga mempunyai pelakon utama yang luar biasa.
Kim Yoo-jung, pelakon utama 20th Century Girl, berjaya memikat penonton dengan daya tarikannya yang menawan sebagai Na Bo-ra yang berperwatakan ceria. Pelakon berusia 23 tahun ini terkenal dengan wataknya dalam drama Korea “Red Sky Lovers” dan “Rookie of the Backstreet.”
Bintang bersama dalam filem ini iaitu Byun Woo-seok telah menjadi topik hangat dengan lakonannya sebelum ini dalam drama Korea “Record of Youth” dan “Flower Group Joseon Marriage Agency”. Pelakon kacak ini memainkan watak Poong Woon Ho iaitu cinta pertama Na Bo-ra.
Ending “20th Century Girl”…
Pengakhiran filem “20th Century Girl” menjadi bualan hangat di media sosial. Ha… kami tak nak bagi spoiler. Ujar pengarah filem ini iaitu Bang Woo Ri, dia mengaku agak sukar untuk menentukan hala tuju antara keduanya(berpisah atau bertemu kembali)… dia sempat bertanya kepada rakan-rakannya jika mereka mahu melihat ‘cinta pertama’ sekali lagi dalam versi semasa. Setelah mengambil kira pendapat rakan-rakannya, dia telah membuat keputusan untuk menghabiskan ending filem ini seperti sekarang.
ARTIKEL BERKAITAN: 10 K-Drama Trending Dan Jadi Carian Popular, Wajib Tonton!
Kalau korang nak tahu ending filem ini, jangan lupa untuk tonton di Netflix okay? Mesti korang susah nak move on daripada filem ini. Yang penting kena sediakan tisu siap-siap!
Sumber: (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

