Bintang K-Pop generasi kelima, CORTIS, terus mencuri perhatian apabila secara rasmi mencipta rekod sebagai kumpulan terpantas mencecah 10 juta pengikut di Instagram, hanya dalam tempoh enam bulan selepas memuat naik hantaran pertama pada Ogos tahun lalu.
Difahamkan, pencapaian ini sekaligus menjadikan CORTIS sebagai kumpulan K-Pop pertama yang debut dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini berjaya melepasi tanda aras 10 juta pengikut dalam tempoh yang begitu singkat. Lonjakan drastik itu juga mencerminkan kekuatan fandom mereka yang semakin berkembang di peringkat global.
Bukan sekadar dominan di Instagram, CORTIS yang dianggotai oleh James, Juhoon, Martin, Seonghyeon, dan Keonho ini turut mencatat jumlah pengikut tertinggi dalam kalangan boy group yang debut dalam tempoh sama di platform utama lain. Di TikTok, mereka mengumpul sebanyak 9.5 juta pengikut, manakala saluran YouTube rasmi mencecah 3.12 juta pelanggan dan komuniti peminat global Weverse pula merekodkan 3.07 juta pengikut.
Ads
Menariknya, momentum ini kekal konsisten walaupun kumpulan tersebut telah menamatkan promosi rasmi untuk album debut mereka, ‘Color Outside the Lines’, pada September tahun lalu. Persembahan mereka di pelbagai acara anugerah dalam dan luar negara berjaya mencetuskan gelombang perbualan di media sosial, sekaligus meningkatkan ‘engagement’ serta pertambahan pengikut secara berterusan.
Pada masa yang sama, kadar pertumbuhan itu dilihat semakin melonjak susulan sambutan luar biasa dari pasaran Amerika Utara. CORTIS turut mencipta sejarah sebagai artis Korea pertama yang menjadi tajuk utama ‘NBA Crossover Concert Series’, selain membuat persembahan separuh masa bagi ‘2026 Ruffles® NBA All-Star Celebrity Game’ yang membuka ruang kepada kemasukan peminat antarabangsa baharu.
Di samping itu, populariti digital mereka turut mengukuhkan kedudukan CORTIS sebagai ikon budaya Gen Z, khususnya dari segi fesyen dan estetika visual yang sering menjadi tren global. Pengaruh ini membawa kepada kolaborasi berprofil tinggi bersama jenama dan organisasi ternama seperti Apple, NBA, MLB, Red Bull dan Acuvue.
Selain itu, sayap pengaruh CORTIS turut berkembang ke industri permainan video dan filem menerusi kerjasama dengan ‘NBA 2K26’ dan ‘Fortnite’, selain merakamkan lagu ‘Mention Me’ untuk filem animasi Sony Pictures Animation berjudul ‘Goat’ membuktikan lagi strategi mereka dalam menggabungkan muzik dan kandungan gaya hidup semakin kukuh di pentas antarabangsa.
Sementara itu, di media sosial, rata-rata peminat meluahkan keterujaan terhadap kejayaan tersebut dan menyifatkan setiap kandungan CORTIS sebagai spontan, lucu, ikonik serta menghiburkan. Ada juga yang menggalakkan orang ramai menonton dokumentari mereka di YouTube bagi memahami penglibatan kumpulan itu dalam proses kreatif, selain mengakui CORTIS memiliki aura tersendiri yang meletakkan mereka pada tahap kualiti tersendiri dalam industri muzik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau bercakap soal pekerjaan profesional yang mencabar dan paling stress, rasanya rata-rata daripada kita sudah tahu dan sedia maklum. Tapi korang pernah terfikir tak tentang pekerjaan pelik yang melibatkan pelbagai skill juga sebenarnya wujud?
Agak-agak apa pekerjaan pelik yang pernah korang dengar? Kumpul sperma kuda atau mencium ketiak orang? Jom kita tengok antara senarai pekerjaan pelik yang mungkin korang tak pernah tahu.
1. Tukang tidur profesional
Kalau di Malaysia orang yang banyak sangat tidur selalu dikecam dan disifatkan sebagai pemalas, tapi di luar negara kerja tidur sahaja pun dibayar. Kerjaya penyelidik atau pun doktor memerlukan orang untuk tidur bagi melengkapkan kajian mereka.
Apa yang paling menarik, hotel-hotel mewah di seluruh dunia memberi bayaran kepada mereka untuk tidur di katil empuk. Macam nak buat uji kaji la kot. Best kan?
2. Penolak profesional
Siapa yang pernah menjejakkan kaki ke Jepun pastinya sudah biasa melihat pergerakan mereka yang sentiasa pantas. Disebabkan itu, mereka mempunyai profesional pusher yang akan menolak masuk setiap orang ke dalam kereta api supaya tidak ada sesiapa yang akan terlambat ke pejabat.
3. Dog food tester
_ Gambar hiasan
Pekerjaan ini memerlukan tukang tester untuk menikmati makanan anjing sama ada makanan tersebut mempunyai cita rasa yang sesuai dan sihat untuk anjing. Pekerjaan pelik ini hanya terdapat di Jepun dan mereka akan dibayar sekitar 10 ribu hingga 20 ribu yen setiap hari. Hmm, selera ke? Hiks!
4. Penguji deodorant
Tak sanggup rasanya nak bau ketiak orang kan? Tapi daj jadi tanggungjawab si penguji deodorant untuk menghidu ketiak manusia bagi menguji keberkesanan deodorant tersebut. Betul-betul menguji kesabaran tahap pekerjaan mereka ni. Haha!
5. Seharian masuk dubur gajah
Gambar hiasan
Hey biar betul? Jangan tak tahu ada pekerjaan yang memerlukan korang masuk ke dalam dubur gajah. Doktor haiwan yang ingin memasukkan sejenis ubat pada gajah haruslah melalui dubur dan mereka juga perlu untuk masuk ke dalam dubur gajah tersebut. Fuhh..
6. Kaji jantina ayam
Memang rare tapi pekerjaan ini sememangnya wujud. Individu ini perlu mengkaji jantina anak ayam. Hmm agak-agak macam mana nak tahu ya?
Rasanya banyak lagi pekerjaan-pekerjaan yang pelik wujud di seluruh dunia. Sama ada korang nak atau tak, ingatlah mereka juga bekerja semata-mata ingin mencari sesuap nasi. Apa yang pasti, jika pekerjaan itu halal tak salah kan kalau kita buat kan?
Jadi, bersyukurlah dengan kerja korang sekarang. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Arabella Ellen secara rasmi diumumkan sebagai Duta Gen Z 2026 jenama tekstil popular, Jakel; sekaligus meletakkan pelakon tersebut sebaris dengan nama-nama besar yang dilantik sebagai duta Jakel lain pada tahun ini termasuklah Kamal Adli, Que Haidar, Elly Mazlein, kumpulan Senario, Cik Epal dan Lorenzo Irmann.
Menerusi hantaran di media sosial, Jakel Textile mengumumkan naib juara pencarian Dewi Remaja 2023 itu sebagai duta terbarunya bagi mendekati jiwa para pembeli dalam kalangan generasi muda.
“Bold. Elegant. Berani lain dari yang lain. Selamat datang, Arabella,” catat Jaket Textile.
Difahamkan juga, Arabella besar kemungkinan akan tampil dalam kempen-kempen Jakel yang lain sepanjang tahun 2026.
Baru-baru ini, Arabella telah tercalon dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular (ABPBH) ke-3.
Bukan itu sahaja, naskah lakonannya sepanjang tahun 2025 termasuklah drama Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup, Astro Orginals Generasi: Perfect 10 dan Mitos Cinta Akira turut mendapat tempat di hati penonton tempatan.
Tambah manis lagi, Arabella dijulang sebagai pemenang kategori Favourite Actress di acara Content Asia Awards 2025 menerusi drama Dari Mata Turun Ke Hati; sekaligus menjadi kayu pengukur penerimaan orang ramai terhadap skil lakonannya.
Terdahulu pada tahun 2025, Arabella dilantik sebagai duta jenama Silkygirl. Menerusi kolaborasi tersebut, pemilihannya bertepatan untuk mengajak pengguna produk kosmetik dan wangian Silkygirl untuk tampil yakin pada setiap masa tanpa mengira situasi.
Dengan pelantikan terbaharu sebagai Duta Gen Z Jakel 2026 pula, ia jelas menunjukkan rezeki Arabella Ellen semakin mencurah-curah dan namanya kian kukuh sebagai ikon muda yang berpengaruh dalam dunia hiburan serta komersial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengarah filem terkenal, Azhari Zain, 50, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas 9 bulan terlantar sakit akibat serangan angin ahmar. Allahyarham disahkan meninggal kira-kira jam 12 tengah malam tadi di kediamannya yang terletak di Sunway Suria, Shah Alam.
Pemergian Azhari disahkan sendiri oleh isterinya, Wahizatul Nureen Azmi yang lebih mesra dipanggil Nureen.
Mengimbau kembali ketika allahyarham mula-mula terlantar sakit , dia mengalami pendarahan kepala kritikal pada Februari lalu sehingga sukar menggerakkan kedua-dua belah tangannya.
Dua bulan kemudian setelah menunjukkan perkembangan positif dia dibenarkan pulang. Sepanjang tempoh itu allahyarham ada menerima rawatan alternatif seperti akupuntur dan urutan untuk memulihkan dirinya.
Azhari merupakan seorang pensyarah kanan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara Puncak Perdana telah mengerah puluhan dilem dan drama. Antara filem arahannya yang popular seperti Tangkai Jering, Potret Mistik dan Nana Tanjung.
Selain bergelar pengarah allahyarham juga merupakan seorang pelakon dan penulis. Beliau pernah berlakon dalam filem Situ & Tongga, Cicakman: Planet Hitam dan Magika.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Program MamaKerja Selangor menerima tambahan peruntukan RM5 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM10 juta bagi membantu 10,000 ibu bekerja menampung kos penjagaan anak.