Pelakon dan jelitawan, Rozita Che Wan menyangkal stereotaip seorang ibu mertua inginkan seorang menantu yang sempurna dari segala segi.
Rozita yang mesra dengan sapaan Che Ta berkata, majlis perkahwinan anak sulungnya, Ammar Effendy dan bakal isteri bakal berlangsung pada 26 Jun hadapan.
Sebagai bakal mertua, Rozita lebih selesa membiarkan apa-apa keputusan dalam soal persiapan majlis sehinggalah ke fasa selepas berkahwin terletak di tangan pasangan tersebut.
Selebriti, Rozita Che Wan.
Bukanlah bermaksud Rozita enggan masuk campur langsung untuk membantu mereka berdua. Namun sebagai seseorang yang lebih mengetahui asam garam rumah tangga, pelakon filem Anak Mami Jarum: Dalca Cinta Kerabu itu mengambil pendekatan untuk menyokong cara mereka menentukan hala tuju kehidupan berdua selepas ini.
“Dia (bakal menantu) seorang yang pendiam, tak macam saya. (Ketawa)
“Ammar kata (bakal menantu) pun ingin berhenti kerja selepas kahwin. (Bagi saya) okay sahaja, tempat seorang isteri pun di sisi suami.”
“Ikutlah, nak kerja dia boleh kerja. Tak nak kerja pun tiada masalah. Tiada apa-apa halangan (daripada saya),” jelasnya ketika ditemui di acara fesyen koleksi raya ArunSayfullDesiree.
Ads
Pendek kata, Rozita Che Wan tak kisah jika bakal menantu berhenti kerja asalkan keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dan demi kebahagiaan rumah tangga yang bakal dibina.
Rozita Che Wan bersama kedua-dua peneraju jenama ArunSayfullDesiree
Persiapan Majlis Perkahwinan Ammar Effendy
Menurutnya, persiapan majlis kahwin yang akan bermula selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tetap akan dibantu olehnya. Namun apa-apa keputusan akan mengikut keselesaan Ammar dan bakal isterinya.
“Anak saya tak tahu apa-apalah (mengenai persediaan majlis kahwin) sebab dia lelaki kan. Cuma, saya akan nasihatkannya seperti senarai hantaran… belah lelaki, belah perempuan. Kadang-kadang saya bagi saja dua-dua, tak ada masalah. Saya realisasikan impian mereka,” kongsinya sambil tersenyum.
Konsep Tradisional Jadi Pilihan
Dalam bab pemilihan busana perkahwinan pula, Rozita berkongsi bahawa pasangan itu memilik konsep tradisional dan dari situ, Rozita membawa mereka bertemu pereka fesyen yang juga merupakan rakan baiknya, Man Kajang.
Ads
Bagaimana jua cara Ammar dan bakal menantunya akan membawa diri selepas mendirikan rumah tangga, bagi Rozita yang penting hubungan kekeluaarga tetap utuh dijaga.
“Ammar kata lepas kahwin mereka ingin duduk sendiri tetapi waktu makan nak balik rumah (ke rumah Rozita). Iyalah, mak lebih tahu selera anak sendiri.”
“Kalau dia nak suruh saya masak, saya masak. Kalau bini nak masak, silakan. Tak payah berebut. Kalau bini nak masak, biarlah bini pula take over. Saya pun ada dua orang anak bujang lagi, boleh masakkan untuk mereka,” katanya yang kekal anggun pada usia 52 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lebih dua minggu membiarkan masyarakat berspekulasi pramatang mengenai status perkahwinan, pelakon cantik manis, Nynaa Harizal telah ditemui hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru untuk menfailkan permohonan penceraian daripada suaminya, Fahmi Ilyas, 29.
Sepanjang dua minggu, ura-ura pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 itu kononnya diculik oleh ibu bapanya sendiri telah hangat diperkatakan warganet. Namun Nynaa memilih untuk berdiam diri dan sekadar memuat naik beberapa foto serta video di akaun Instagram bagi mengesahkan dirinya kini selamat di sisi keluarga tercinta.
Tindakan berdiam diri itu juga baginya adalah terbaik demi menjaga hati ramai pihak yang terlibat dalam perkahwinan mereka yang berusia kira-kira dua bulan lebih saja.
Sewaktu ditemui sebentar tadi, Nynaa telah menafikan ura-ura diculik dan dipaksa untuk mengikut ibu bapanya sewaktu berada di set penggambaran sebuah drama.
“Untuk mengatakan bahawa ibu bapa menculik dan memaksa saya adalah satu telahan yang tidak tepat.
“Sejak 2 November lalu, saya pada setiap masa berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarga saya di Johor Bahru.
“Saya melalui peguam syarie menfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 pada 10 November lalu.
“Salinan diserahkan kepada suami pada keesokan harinya (11 November 2021), jam 3.16 petang,” ulasnya menerusi kenyataan selepas hadir untuk sebutan permohonan penceraian di sana, hari ini. Bagaimanapun, punca sebenar di sebalik permohonan penceraian tidak dikongsikan oleh Nynaa demi menghormati prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.
“Sementara proses Mahkamah Syariah ini berjalan dan selagi mana ia tidak menjejaskan prosiding, syaa membuka ruang untuk perbincangan dengan suami. Ini dinyatakan kepada suami melalui perbualan telefon pada 12 November lalu,” katanya lagi.
Suaminya, Fahmi Ilyas tidak berada di sana dan hanya diwakili oleh peguam.
Terdahulu, Nynaa dan Fahmi melangsungkan acara pertunangan kecil-kecilan pada 21 Ogos 2021 dan mendirikan rumah tangga seminggu kemudian pada 28 Ogos 2021. Semasa ditemuramah oleh REMAJA, Nynaa pernah berkongsi tentang perancangannya untuk mengadakan majlis resepsi pada akhir tahun ini.
Itulah ungkapan ringkas pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah yang lebih dikenali sebagai Bella Astillah menerusi sebuah hantaran video di aplikasi TikTok miliknya.
Menerusi klip video yang sama, ibu kepada sepasang cahaya mata itu kemudiannya menyanyikan sebuah lagu yang berjudul Mati Matian yang dipopularkan oleh penyanyi dari negara seberang, Mahalini.
“Perempuan kalau cinta, cinta mati. Tuhan ini cinta atau…” coretnya ringkas di ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengguna mengatakan lagu yang dinyanyikan itu sangat tepat dengan situasi yang sedang dihadapi oleh penyanyi yang berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah itu.
Pada masa sama, mereka memberikan kata-kata semangat buat Bella dalam mengharungi polemik rumah tangga bersama penyanyi terkenal, Aliff Aziz.
“Bella… istikharah minta Allah tunjuk… kalau boleh dah lepaskan.. mintak lupakan semuanya,” komen seorang pengguna.
“Related lagu ini dengan dia,” komen juga pengguna lain.
“No turning back Bella… please… stay strong Bella,” tulis seorang lagi.
Terdahulu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.
Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dalam hidup ini setiap apa yang berlaku pasti ada yang pertama. Memori atau kenangan kita terhadap apa jua yang berlaku buat pertama kali dalam hidup biasanya sangat istimewa dan diingati sampai bila-bila. Contohnya bila kali pertama ke sekolah, masuk universiti, mula bekerja atau kali pertama jatuh cinta.
Kejadian yang melibatkan emosi terutamanya cinta mempunyai kesan yang cukup mendalam buat semua orang. Disebabkan itulah cinta pertama akan kita kenang sampai bila-bila. Bila memikirkannya pelbagai perasaan atau emosi bercampur-baur akan kita alami.
Mengapa? Sebab cinta pertama itu memang cukup istimewa. Nak tahu mengapa ia istimewa, ikuti 5 sebab yang REMAJA nyatakan di bawah.
IMPAK YANG KUAT
Ingat tak bila korang jatuh cinta buat kali pertama. Tiba-tiba korang tidak tahu bagaimana nak beri reaksi dan entah mengapa perasaan itu membuak-buak sekali. Korang tak faham mengapa ia berlaku tapi dalam masayang sama cukup menghayatinya.
PATAH HATI YANG HEBAT
Satu-satunya perkara yang dapat menyamai impak jatuh cinta ialah ketika korang patah hati. Segalanya bagi korang cukup malap dan membuatkan diri tak bermaya. Korang bingung dan tak tahu bagaimana nak berdepan dengan rasa sedih dan terkilan. Dan inilah perasaan yang selamanya akan korang ingat.
Seumur hidup korang tak pernah bercinta dan tiba-tiba ada seseorang yang sangat ambil berat. Apa yang lahir dari diri korang dan si dia cukup jujur dan naif. Masing-masing cuba kenal hati budi dengan cara yang tak pernah dilakukan oleh korang berdua selama ini.
BERAKHIR KERANA KEADAAN
Lebih memeritkan serta memberi impak buat korang jika putus cinta disebabkan oleh situasi atau keadaan. Ada sesetengah kes berlaku kerana kedua-duanya terpisah kerana melanjutkan pelajaran. Berdepan dengan situasi cinta jarak jauh memang menyukarkan dan kebanyakannya akan terputus di tengah jalan. Ada juga terpaksa berpisah kerana masing-masing mempunyai hala tuju hidup yang cukup jauh berbeza.
HANYA BERLAKU SEKALI
Dialah yang pertama dan tak mungkin ada yang lain. Itulah sebab utama mengapa cinta pertama sukar untuk kita lupakan. Ia mengajar kita bagaimana erti patah hati, mencintai seseorang dan juga merasai pengalaman yang hanya muncul sekali seumur hidup.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biarpun berdepan keadaan kesihatan yang belum pulih sepenuhnya, seorang bapa dari Terengganu tetap menggagahkan diri mengiringi anaknya mendaftar pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Kisah...