Baru-baru ini asyik muncul di FYP (For You Page) Tiktok mengenai filem ini. “20th Century Girl” telah tular dan menjadi topik hangat di media sosial. Jadi kami memang tak sabar nak berkongsi mengenai filem ini!
20th Century Girl ialah sebuah filem romantik Korea Selatan yang diarahkan dan ditulis oleh Bang Woo-ri. Kalau korang nak tahu, filem original Netflix yang bertajuk “20th Century Girl” ini telah dikeluarkan pada 21 Oktober 2022 yang lalu.
Filem inimengingatkankorangpadazamanremaja;apabilabertemucintapertamadulu…Ha, korang ingat lagi tak perasaan tu?
Berlatarkan pada tahun 1999, 20th Century Girl mengisahkan tentang Na Bora (Kim Yoo Jung) bertemu cinta pertamanya di sekolah menengah. Filem ini bertemakan cinta dan juga persahabatan.
Ads
Na Bo Ra pada awalnya hanya ingin membantu kawan baiknya iaitu Yeon Doo (Noh Yoon Seo) untuk mencari maklumat tentang cinta pertamanya, Baek Hyun Jin (Park Jung Woo). Apabila dia sedang mengumpul beberapa maklumat tentang crush Yeon Doo ini, dia mula mengenali rakan Baek Hyun Jin iaitu Poong Woon Ho (Byun Woo Seok). Setelah itu, Poong Woon Ho sering mencuri perhatiannya dan bibit-bibit cinta mulai tumbuh dalam hati Na Bo Ra. Ceh! Memang sweet tau!
KimYoo-jung,pelakonutama20thCenturyGirl, berjaya memikatpenontondengandayatarikannyayangmenawansebagaiNaBo-rayang berperwatakanceria.Pelakonberusia23tahuniniterkenaldenganwataknyadalamdramaKorea“RedSkyLovers”dan“RookieoftheBackstreet.”
Ads
Bintangbersama dalam filem ini iaitu ByunWoo-seoktelahmenjaditopikhangatdenganlakonannya sebelum ini dalamdramaKorea“RecordofYouth”dan“FlowerGroup JoseonMarriageAgency”.Pelakonkacakinimemainkanwatak Poong Woon Ho iaitu cinta pertama Na Bo-ra.
Ending “20thCenturyGirl”…
Pengakhiranfilem“20thCenturyGirl”menjadibualanhangatdimediasosial. Ha… kami tak nak bagi spoiler. Ujar pengarah filem ini iaitu Bang Woo Ri, dia mengaku agak sukar untuk menentukan hala tuju antara keduanya(berpisah atau bertemu kembali)… dia sempat bertanya kepada rakan-rakannya jika mereka mahu melihat ‘cinta pertama’ sekali lagi dalam versi semasa. Setelah mengambil kira pendapat rakan-rakannya, dia telah membuat keputusan untuk menghabiskan ending filem ini seperti sekarang.
Kalau korang nak tahu ending filem ini, jangan lupa untuk tonton di Netflix okay? Mesti korang susah nak move on daripada filem ini. Yang penting kena sediakan tisu siap-siap!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salah satu telenovela tahun 90-an yang popular ialah ‘Yo Soy Betty, La Fea’. Pasti ramai yang mengikuti telenovela ini kerana watak utamanya, Betty sangat menghiburkan. “Yo Soy Betty, La Fea” yang mengisahkan tentang gadis bernama Betty ini sering dipandang hina kerana wajahnya yang kurang cantik. Signature look Betty adalah kaca mata tebal, rambut bang, pakaian oversized dan braces.
Bintang utama telenovela yang pernah mencetuskan fenomena ini dibintangi oleh Ana Maria Orozco, aktres Colombia yang memiliki kecantikan yang luar biasa!
Mencecah usia 49 tahun, dalam diam ramai yang kagum dan terpesona dengan kecantikannya. Bukannya makin meningkat usia, makin nampak tua. Tetapi makin lama makin nampak muda, langsung tak menua!
Aktres dan juga ibu kepada dua anak ini sering tampil bergaya seperti orang muda. Dengan rambut panjangnya yang hitam lebat itu, naikkan lagi seri dan kecantikan semula jadinya.
Cantik betul Ana Maria Orozco ni. Betul-betul tak dimakan usia.
Tapi memang tidak dinafikan ketika zaman kegemilangan telenovela di Malaysia, pendek kata, memang tak pernah missed la setiap episod. Apa yang kami faham, telenovela Amerika Latin ni sarat dengan drama dan konflik keluarga atau percintaan, itu yang membuatkan peminat tegar drama ini ‘melekat’ depan tv.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali tibanya akhir tahun, semua orang pasti teringatkan akan musim perayaan dan percutian.
Seperti biasa pada setiap tahun, produk jenama Korea Selatan, innifree kembali 'memanjakan' kita dengan koleksi Holidays mereka. Bukan saja ia istimewa kerana hadir dalam saiz berbeza, malah ia juga mempunyai rekaan packaging dan botol comel untuk tahun 2019!
Jom tengok 5 produk kegemaran REMAJA.
01
Green Holidays Jumbo-sized Green Tea Seed Serum (160ml)
Produk kegemaran ramai ini datang dalam saiz dua kali ganda untuk kamu yang tidak pernah gagal memakainya pada setiap hari. Semua tahu Green Tea Seed Serum ini merupakan produk berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit. RM152
02
2019 Green Holidays Mood Up Party Palette
Terlalu sibuk untuk mencari palet eyeshadow dan blusher untuk akhir tahun ini? Apa kata korang beli saja produk yang digabungkan ini! Terdapat 12 warna solekan mata dan 4 pemerah pipi yang sesuai untuk solekan glitter, pastel dan matte. RM155
03
2019 Green Holidays Perfumed Hand Cream Set (x3)
3 botol krim tangan 30ml ini adalah produk terbaik jika kamu dan BFF teringin mendapatkan seorang satu. Telapak tangan dan lengan akan kekal wangi dan lembap sepanjang hari. Just one thing, kenalah rebut rekaan tube kegemaran kamu bertiga! RM51
04
2019 Green Holidays Jumbo-sized Green Tea Seed Cream (100ml)
Mengapa dapatkan versi saiz normal sekiranya korang boleh dapat saiz – uh – JUMBO dan dalam tub comel seperti ini, Tekstur gel kegemaran ramai ini dapat memelihara warna kulit kamu agar ia kekal sekata dan sihat sepanjang akhir tahun ini. RM142
05
2019 Green Holidays Bright Music Notes Scented Candle (60g)
Akhir sekali, kita tak boleh melupakan produk wajib innisfree pada setiap musim akhir tahun ini. Setiap kali mereka mengumumkan koleksi Holidays, pastinya kami akan mendapatkan item lilin yang dijual oleh innisfree.
Tahun ini, ia mempunyai aroma spicy, woody dan musky yang cukup istimewa untuk dinyalakan pada waktu malam. Ia juga datang bersama kotak muzik! RM105
Yang manakah produk kegemaran kamu dari innisfree pada musim Holidays ini? Koleksi Green Holidays ini kini boleh didapati di stor innisfree seluruh negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang dah PUAS muat naik gambar jari di Instagram dan Facebook? Jadi sekarang tiba masa untuk hilangkan dakwat kekal pada jari telunjuk.
Cukuplah seharian jari rasa kering kerana dakwat ini, we want our finger back!
Apa yang korang perlu sediakan adalah mangkuk kecil, serbuk atau cecair Clorox, air suam, buah lemon dan krim pelembab atau moisturizer.
01
Bancuh Clorox dan air suam di dalam mangkuk. Masukkan jari telunjuk ke dalam bancuhan itu dan ratakan pada jari.
02
Ambil sedikit potongan buah lemon dan gosok pada jari. Sambil gosok, sambil bilas jari. Kemudian, ulang kembali langkah sebelumnya.
03
By now, jari mesti dah kurang dengan kesan dakwat kekal. Nak hilang semua tu, belum lagi lah. Tapi sekurang-kurangnya, jari dah tak nampak seperti memakai inai!
Ambil moisturizer dan apply pada jari tersebut kerana kandungan asid pada Clorox dan buah lemon membuat kulit jari terasa kering. Rasa kering je, apply moisturizer okay.
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.