Sebuah perkahwinan bagaikan tidak lengkap tanpa kehadiran cahaya mata, namun rezeki itu datang sama ada cepat mahupun lambat sahaja.
Sama seperti pasangan lain, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz mengimpikan untuk memiliki cahaya mata sendiri selepas genap setahun mendirikan ruman tangga bersama suami tercinta, Farhan Norzaini.
Luahan tersebut diungkap pelakon drama Ramadan Yang Hilang itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya sempena menyambut ulang tahun perkahwinan pertama bersama suami.
“Jika tak keberatan, doakan semoga kami dikurniakan zuriat. Semoga doa-doa kita diperkenankan, amin Ya Rabb,” tulisnya.
Dalam coretan itu juga, Zulin sempat mendedikasikan ucapan teristimewa buat pasangan, setelah genap setahun melayari fasa perkahwinan bersama.
Ads
“Setahun usia perkahwinan mengajar kita tentang mengenali satu sama lain. Menerima kurang lebin setiap dari kita. Memahami, terbiasa.
“Bawa ke tahun-tahun seterusnya. Makin lama makin cinta. Kita sederhana tapi bahagia. Syukur Ya Allah,” titipnya sambil meluahkan rasa cinta dan berdoa agar kekal selamanya bersama suami tersayang.
Luahan penyanyi lagu Dan Ketika Itu tersebut sekali gus itu mengundang pelbagai reaksi daripada para peminat dan rakan artis selain mereka dilihat memberi sokongan agar doanya dimakbulkan kelak.
Ads
“Amin, semoga Zulin dan suami dikurniakan zuriat secepat mungkin. Jangan penat berdoa,” komen seorang pengikutnya.
“Buat pejuang garis dua (golongan wanita yang berusaha mendapatkan zuriat), semoga dikurniakan zuriat pada tahun ini, amin,” komen pengikut lain.
Ads
“Selamat ulang tahun perkahwinan babe. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga dan saya doakan awak dikurniakan rezeki anak yang ramai selepas ini, amin,” titip rakan penyanyi, Idayu.
Sekitar hujung September tahun lalu, Zulin mendedahkan dia sebenarnya baru sahaja mengalami keguguran sebulan sebelum itu, iaitu pada bulan Ogos.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga dengan sekali lafaz pada tanggal 20 Februri tahun lalu, selepas dua tahun mengenali hati budi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Boleh dikatakan ayam goreng mamak merupakan antara menu favorite rakyat Malaysia yang confirm oleh buat orang ketagih.
Kalau nak beli di restoran mamak, harganya mungkin boleh mencapai sehingga RM4.50 untuk seketul ayam.
Berita baik untuk peminat ayam goreng, lepas ni korang dah boleh try sendiri buat menu ini berdasarkan resipi resipi viral yang dikongsi di laman Facebook.
Bahan-bahan:
– 1 ekor ayam
– 6 sudu besar tepung jagung
– 6 sudu besar tepung beras
– 3 tangkai daun kari
Bahan-bahan untuk dikisar:
– 6 ulas bawang putih
– 2 inci halia
– 5 tangkai cili kering
– 2 sudu besar rempah kari
– 1 biji telur
– Garam secukup rasa
– 1 sudu besar serbuk lada sulah
Cara memasak:
1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Lagi lama perap, lagi sedap
2. Panaskan minyak dan goreng hingga masak
Rupa-rupanya tak ada la susah sangat pun. Boleh la cuba sendiri lepas ni kan?
Selamat mencuba!
Resipi: Qhamcyahh Hidayat via Resipi Masakan Ayam
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, persaingan antara beberapa jenama perbankan di Korea Selatan mula meraih perhatian apabila mereka dilaporkan sanggup berbelanja besar demi mendapatkan selebriti popular sebagai wajah utama dalam mempromosi kempen masing-masing.
Bagaimanapun, antara nama yang paling menjadi tumpuan sudah tentunya ikon K-Pop terkenal iaitu G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong (38), yang dikatakan masih dipilih sebagai model iklan dengan bayaran tertinggi di negara itu.
Memetik laporan yang diterbitkan oleh Financial News, jumlah keseluruhan perbelanjaan pengiklanan lima bank komersial terbesar di Korea Selatan dilaporkan buat pertama kali melebihi 800 bilion Korea Won (sekitar RM2.7 bilion) tahun lalu. Peningkatan mendadak itu dilihat berpunca daripada persaingan sengit dalam menarik perhatian pelanggan menerusi kempen pemasaran berskala besar.
Dalam kalangan bank terbabit, Hana Bank muncul sebagai institusi yang paling banyak membelanjakan kos pengiklanan apabila mereka dilaporkan memperuntukkan sekitar 177.6 bilion Korea Won (sekitar RM598 juta) sepanjang tahun lalu. Menariknya, G-Dragon turut menjadi antara figura utama yang dipilih untuk mengetuai kempen promosi bank tersebut.
Selain G-Dragon, Hana Bank juga bekerjasama dengan beberapa nama besar lain termasuk pemain bola sepak terkenal Son Heung-min, ahli kumpulan IVE iaitu An Yujin, penyanyi trot Lim Young Woong serta penghibur popular Kang Ho Dong. Kehadiran barisan selebriti ternama itu dilihat sebagai strategi untuk memperkukuhkan lagi jenama mereka dalam pasaran kewangan Korea Selatan.
Di samping itu, pakar industri menganggarkan bayaran ‘endorsement’ tahunan G-Dragon sahaja mencecah sekitar 3 bilion Korea Won (lebih kurang RM10 juta). Jumlah tersebut sekaligus meletakkan pelantun lagu ‘Power’ itu sebagai antara selebriti dengan nilai komersial paling tinggi di Korea ketika ini.
Sementara itu, populariti G-Dragon yang terus kekal relevan meskipun sudah bertahun-tahun berada dalam industri hiburan dilihat menjadi faktor utama mengapa banyak syarikat besar masih mahu mendapatkan khidmatnya. Malah, pengaruh besar dimiliki anggota BIGBANG itu bukan sahaja kuat dalam industri muzik, tetapi turut memberi impak dalam dunia fesyen, gaya hidup dan pemasaran global.
Fenomena ini secara tidak langsung membuktikan bahawa kuasa selebriti masih memainkan peranan penting dalam dunia pengiklanan moden di Korea Selatan. Dengan pengaruh media sosial dan fandom yang semakin besar, jenama-jenama utama kini lebih berani melabur jutaan Korea Won demi memastikan kempen mereka mendapat perhatian meluas.
Setakat ini, G-Dragon masih kekal sebagai antara figura paling eksklusif dalam industri hiburan Korea dan nilainya sebagai duta jenama dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa. Tidak mustahil untuk melihat lebih banyak syarikat antarabangsa cuba mendapatkan khidmatnya selepas ini, terutama dengan kemunculan semula aktifnya dalam dunia hiburan kebelakangan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Prihatin nasib golongan memerlukan, usahawan sensasi, Aliff Syukri tampil menghulurkan bantuan kepada pelakon, Azar Azmi dalam satu siaran langsung, malam tadi.
Menerusi sesi live tersebut, Aliff dilihat memberikan bantuan wang tunai berjumlah lebih RM35,000 hasil jualan produknya di platform TikTok.
Menurut Aliff, bantuan tersebut diberikan atas dasar empati terhadap keadaan Azar yang kini dikatakan berdepan kesempitan hidup.
“Saya bantu seorang wanita yang kesempitan hidup hari ini.
“Dia datang pada saya, minta kerja sebagai tukang ‘packing’ barang dengan gaji RM1,700.
“Tapi hari ini saya bantu dia, rakyat Malaysia sayang dia. Ini bukan duit saya tetapi milik rakyat Malaysia,” katanya.
Dalam masa sama, Aliff turut memaklumkan bahawa dia tidak keberatan untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada pelakon tersebut di syarikat miliknya.
“Hari ini, saya ajak seorang wanita yang dahulunya terkenal bertemu, dia tak pernah dan tiada niat minta duit daripada saya.
“Mungkin selepas ini saya akan ambil dia bekerja sebagai kerani atau pembungkus barang di syarikat saya dengan gaji berjumlah RM2,000,” katanya lagi.
Melihat sambutan positif daripada orang ramai, Aliff turut menzahirkan penghargaan kepada semua yang menyokong dengan membeli produk jualannya.
Sementara itu, Azar dilihat tergamam dengan jumlah wang tunai yang diterimanya hasil jualan tersebut.
“Duit ini saya nak beli barangan keperluan anak-anak. Saya segan dan tak tahu nak cakap apa dan tidak tahu sudah berapa lama tiada duit.
“Saya terima apa sahaja tawaran kerja yang datuk berikan. Jumlah duit hari ini sebenarnya terlalu banyak.
“Sejujurnya saya terhutang budi dan semua yang datuk lakukan melebihi dari yang sepatutnya,” katanya.
Menurut Azar lagi, dia kini tidak mempunyai akaun bank mahupun akaun media sosial susulan kes dakwaan penipuan sebelum ini.
Terdahulu, nama pelakon drama Nur 2 itu menjadi perhatian selepas dia bersama suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri, direman dan didakwa di mahkamah atas kes sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!