Gara-gara obses dengan perbuatan menghendap seorang pelajar perempuan beragama Islam dan menghantar daging babi seberat 1 kilogram ke hostelnya di dalam kampus universiti, seorang pelajar berketurunan Cina di United Kingdom telah dikenakan tindakan penjara.
Menurut laporan The Telegraph, pelajar lelaki kaukasian bernama Kaichen Ma itu bertukar obses terhadap gadis itu setelah sekali bertemu janji bersama. Pada malam 30 September tahun lalu, mereka telahpun meluangkan masa bersama di sebuah kelab malam lantas bertukar butiran peribadi.
Tidak lama selepas itu, mereka ke sebuah restoran makanan Turki dan ke sebuah pawagam pula. Di akhir temu janji kedua ini, Kaichen cuba untuk mengucup gadis tersebut di samping memegang lengannya sewaktu menemani pulang ke rumah.
Kaichen Ma.
Gadis tersebut kemudian tidak teragak-agak memperbetulkan pandangan lelaki itu dan berkata dirinya tidak berminat dengan tindakannya yang terlalu terburu-buru. Amaran tersebut nampaknya langsung tidak diendahkan oleh Kaichen apabila dia terus-menerus cuba menghubunginya menggunakan 44 nombor telefon berbeza!
Alamak.
Ads
Gadis yang juga merupakan seorang mahasiswi di Durham University itu mengambil keputusan untuk menghalang kesemua nombor asing yang cuba menghubunginya. Disebabkan tindakan tersebut Kaichen munculkan diri di dewan kuliahnya biarpun mereka tidak mengambil jurusan yang sama.
Takutnya!
Durham University.
Paling ketara obsesinya apabila dia bertindak menghantarkan daging babi yang sah-sah diketahui haram untuk penganut agama Islam. Selain ‘hadiah’ tersebut, gadis berketurunan Turki itu juga dihadiahkan dengan cincin Pandora, kad dan tiket penerbangan untuk melawat keluarga lelaki tersebut di negara kelahirannya, China.
Ads
Disebabkan oleh kesemua gangguan ke atas kehidupan peribadinya ini, mangsa tersebut dilaporkan mengalami tekanan mental dan meninggalkan kelasnya selama dua minggu disebabkan perasaan takut.
Biarpun Kaichen ditahan pada 1 Disember lalu setelah dia mengakui melakukan perbuatan menghendap gadis tersebut, namun dalam bulan yang sama dia meneruskan perbuatan menghantar mesej dan mengarahkan gadis itu untuk menarik semula aduan polis yang dilakukannya.
Nasib baik, mangsa bertindak realistik dan menyerahkan kes ini sekali lagi ke tangan pihak berkuasa. Pada 30 Januari lepas, Kaichen sekali lagi ditahan apabila dia cuba menghampirinya di kawasan awam. Akibatnya, lapor Daily Mail, Kaichen dikenakan hukuman penjara 28 bulan dan diperintahkan untuk menjauhi mangsa serta tidak cuba menghubunginya selama 15 tahun.
Ads
Macam-macam ya! Ini bukan sekadar kes yang berlaku di United Kingdom tetapi juga terjadi dalam kalangan masyarakat
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah REMAJA melaporkan mengenai kemalangan jalan raya yang menimpa salah seorang peserta program realiti Big Stage 2020 iaitu Sandra Dianne semalam, hari ini pihak produksi mengesahkan tidak akan menampilkan Sandra pada konsert minggu ini.
Untuk pengetahuan, Sandra terbabit dalam sebuah kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) kira-kira petang semalam. Setelah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Putrajaya, Sandra masih belum sedarkan diri.
Bercakap kepada pihak media, pengurus saluran Astro Ria, Emarina Kamal berkata mereka masih menantikan mahlumat terbaru daripada doktor. Namun setelah melihat keadaan diri Sandra yang masih koma hingga sekarang, pihak produksi bersepakat untuk mengecualikan penyertaan Sandra pada minggu ini.
“Tiada penyingkiran terhadap Sandra akan dibuat walaupun dia tidak membuat persembahan malam ini. Pihak kami bersimpati dengan insiden yang menimpa Sandra dan berharap dia segera sembuh,” katanya.
Berdasarkan pengumuman yang dilakukan pada konsert ketiga minggu lalu, Sandra sepatutnya menyanyikan lagu Nuri nyanyian asal Ella pada malam ini. Pilihan lagu tersebut dilakukan berdasarkan lagu keluaran tahun kelahiran peserta Big Stage 2020
REMAJA mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan Sandra Dianne dan semoga kembali sihat seperti sedia kala.
Bagi korang yang merupakan pelanggan setia di pasaraya AEON, pastinya korang perasan kempen jualan besar-besaran yang sedang diadakan mereka.
Kempen yang dinamakan sebagai Raikan 101 Hari Bersama AEON – Sama Sama Lagi Best ini merupakan promosi khas AEON untuk ahli mereka. Seharusnya, ia dijadualkan berlangsung dari 20 Mac ini hingga 28 Jun kelak.
Antara kelainan yang dibawakan oleh AEON adalah promosi ‘All Night Sale’ dari 20 Mac hingga 21 Mac ini di mana pasaraya tersebut sedang berkira-kira untuk menarik pelanggan dari jam 6 petang hingga 6 pagi.
Bagaimanapun, setelah arahan Kawalan Pergerakan dikeluarkan oleh pihak kerajaan secara rasmi (dan setelah menerima respon yang kurang memberansangkan oleh netizen di media sosial yang meminta agar pasaraya lebih sensitif terhadap situasi pandemik semasa), pihak AEON telah meneliti semula program tersebut.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh AEON Retail (Malaysia) hari ini, promosi ‘All Night Sale’ tersebut telah dibatalkan agar ia selari dengan arahan kerajaan yang menolak sebarang perhimpunan beramai-ramai.
NAMUN, promosi Raikan 101 Hari masih diteruskan dengan harga menarik hingga 28 Jun nanti; sepanjang waktu pembukaan normal. Khas untuk pelanggan berusia 60 ke atas, OKU dan wanita mengandung pula, mereka diberikan keutamaan di bahagian pembayaran.
Bahagian pasaraya AEON, MaxValu dan Wellness masih beroperasi seperti biasa. Cuma stor Daiso yang dioperasikan oleh AEON Co. (M) Bhd akan ditutup, besar kemungkinan hingga 31 Mac ini.
*
Diharap lebih banyak stor yang sensitif dan prihatin terhadap keperluan pelanggan seperti ini. Ini merupakan antara stor yang masih beroperasi seperti biasa.
Sebut saja tentang Highland Towers, apa perkara pertama yang bermain di fikiran korang? Macam-macam cerita yang kita dengar sebelum ini. Paling popular mestilah tentang bagaimana ‘keras’nya tempat tersebut.
Tragedi Highland Towers merupakan satu runtuhan blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang kira-kira 27 tahun yang lalu. Seramai 48 mangsa terkorban dan ada juga khabar angin yang mengatakan masih ramai mangsa yang tidak dijumpai. Maka, macam-macamlah kisah misteri yang diceritakan berlaku di tempat kejadian.
Malah, sebuah filem yang berjudul Highland Towers juga turut diterbitkan satu ketika dahulu sempena dengan tragedi yang berlaku.
Baru-baru ini, Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida berkata tapak kondominium Highland Towers bakal diindahkan semula untuk dijadikan sebagai tapak bersejarah, bukannya tugu peringatan seperti yang digemburkan media.
Tapak berkenaan adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa tragis yang berlaku pada tahun 1993 – genap 25 tahun lalu pada hari semalam.
Kawasan tapak yang didakwa menjadi lubuk masalah sosial itu akan diceriakan menerusi pembangunan tempat bersejarah dan dalam pada masa sama menjamin kesejahteraan penduduk di sana.
Untuk info, tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3 di pangkalan barat bukit curam yang kemudiannya ditereskan secara meluas pada awal 1980-an, keruntuhan adalah disebabkan oleh kejadian tanah runtuh selepas hujan lebat berterusan.
Pelbagai reaksi positif dan negatif daripada netizen turut dikongsi di media sosial.
Walau bagaimanapun, sama-samalah kita nantikan apakah kesudahan bagi perancangan ini. Sudah pasti pihak yang bertanggungjawab memikirkan baik buruk sebelum membuat apa-apa projek.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.