Sekarang ini majoriti rakyat terkena “demam” pilihanraya. Tinggal 7 hari lagi sebelum rakyat keluar mengundi memilih calon yang disukai mereka. Sama ada Barisan Nasional, Pakatan Harapan atau PAS, undi adalah rahsia.
Rata-rata kawasan perumahan, bandar, ceruk kampung dipasang dengan poster parti masing-masing. Terasa meriah sangatkan. Pemandangan begini hanya wujud ketika musim pilihanraya sahaja. Bahkan kalau orang nak bercakap soal politik, inilah masanya kerana selepas itu, kehangatannya sudah tidak terasa.
Paling berdebar menanti sekarang ialah calon-calon yang bertanding sama ada baik di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen, debarnya mengalahkan orang nak jabat tangan tok kadi masa nikah!
Di sebalik tak sabar menanti hari mengundi, tentu korang perasankan yang sudah banyak khemah-khemah di dirikan di tepi-tepi jalan. Paling banyak adalah di tepi sekolah! Betul tak?
Kalau tak dekat dengan sekolah pun, lokasi khemahnya agak strategik iaitu yang boleh dilihat oleh orang ramai.
Inilah pondok panas Pakatan HarapanPondok panas Barisan NasionalPondok panas PAS, khemas begini hanya wujud ketika pilihanraya sahaja
Kalau korang nak tahu khemah ini dipanggil “Pondok Panas”?. Kenapa agaknya ya dipanggil Pondok Panas? Apa fungsinya? Kenapa khemah ini wujud ketika pilihanraya sahaja?
Ads
Menurut Encik Nordin yang terlibat dalam pemasangan pondok panas dan poster di Parlimen Lembah Pantai yang menampilkan calon Fahmi Fadzil mewakili Pakatan Harapan, Fauzi Abu Bakar mewakili PAS dan Dato Raja Nong Chik Raja Zainol Abidin Fadzil mewakili Barisan Nasional katanya pondok panas adalah tempat berkumpulnya ahli-ahli parti pilihan masing-masing.
“Biasanya boleh dikatakan setiap malam, ahli-ahli parti duduk di sini. Sama ada makan-makan, minum, berbual dan sebagainya, pondok panas ini merupakan “gelanggang” awal untuk penyokong parti mengetahui berita terkini mengenai calon mereka, calon lawan dan sebagainya.
“Masa yang sama juga biasanya kita akan adakan ceramah berkelompok dan juga ceramah awam. Kalau ceramah kelompok, ia kecil-kecilan tetapi kalau awam, kedatangan orang lebih ramai,” katanya memaklumkan, antara fungsi lain pondok panas ialah membantu pengundi yang masih terkeliru untuk mengundi di sekolah mana yang mana semakan boleh di buat di sini dengan hanya bawa kad pengenalan masing-masing di setiap pondok panas ini,” katanya ketika dihubungi.
Fahmi Fadzil calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Lembah Pantai bagi menggantikan tempat Nurul Izzah Anwar yang bertanding di Permatang Pauh, Pulau Pinang
Ads
Pondok panas biasanya dipasang di lokasi strategik bagi mudah dilawati oleh para pengundi
Perang poster begini akan hanya dilihat ketika musim pilihanraya sahaja
Ads
Tambahnya lagi, bagi orang muda yang ingin penjelasan lebih lanjut tentang pilihan parti masing-masing, boleh menuju ke pondok panas ini kerana ia terbuka kepada semua.
Terakhir dan paling utama, kenapa pondok panas ini disebut sebegitu adalah kerana di pondok inilah penyokong-penyokong parti masing-masing akan cuba merayu kepada orang ramai untuk memilih calon mereka di hari mengundi kelak. Sebab itulah ia dinamakan pondok panas kerana peraih-peraih undi ini akan sedaya upaya “memujuk” pengundi dengan pelbagai gelagat tersendiri.
“Biasanya pada hari mengundi peraih undi dilarang berada dekat dengan kawasan mengundi. Jadi di pondok panas inilah mereka akan cuba meraih undi sebanyak mungkin agar calon pilihan mereka memenangi pilihanraya tersebut. Adakala wujud provokasi-provokasi dari parti lawan kerana masing-masing ada pandangan tersendiri mengenai politik. Sebab itulah khemah ini disebut sebagai pondok panas,” katanya lagi.
Apa yang pasti, pondok panas ini hanya wujud ketika pilihanraya sahaja tau!.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menghadiri Bicara Minda anjuran Sinar Harian. Mulai semalam juga, agak kecoh di kalangan netizen tentang penggunaan kasut hitam bagi menggantikan kasut putih yang sekian lama menjadi trade mark pelajar sekolah.
Penggantian ini bagi meringankan beban pelajar atau ibu bapa menyental kasut yang agak kepam di hujung minggu. Tak kisahlahkan kasut hitam atau putih tetapi apa yang penting ialah pelajar mahu ke sekolah atau tak ponteng sekolah.
Tapi ada lagi 8 isu masyarakat perlu tahu yang mana ia akan mengubah sistem tranformasi pendidikan yang mungkin sedikit ketinggalan berbanding negara lain yang dijanjikan Dr Maszlee dalam tempoh lima tahun akan datang.
Bicara minda bersama Dr Maszlee Malik
Tahun depan kalau kasut comot, tak perlu lagi rasa runsing. Gambar hiasan.
Murid-Murid TIDAK PERLU LAGI BERKASUT PUTIH mulai tahun hadapan.
Memberi KUASA AUTONOMI kepada Institusi Pengajian Tinggi.
KEBEBASAN BERSUARA kepada pelajar dengan mewujudkan semula SUDUT PIDATO.
Guru hanya mengajar, beban pengkeranian akan dikurangkan. Gambar hiasan
KURANGKAN BEBAN GURU daripada tugas perkeranian.
MEMPERKASA sekolah kebangsaan dan pendidikan khas.
Memastikan murid TAK LAGI GALAS BEG BERAT.
Kisah beg berat di kalangan pelajar bakal berakhir dengan janji baru ini
Meningkatkan PENGUASAAN BAHASA MELAYU dengan memperkasakan Dewan Bahasa & Pustaka.
Pelajar boleh MENGUASAI lebih dari TIGA BAHASA.
UEC DISELESAIKAN dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.
Kesemua ini diperkatakan semalam dan diharap beban yang ditanggung oleh guru, murid dan ibu bapa mengenai sistem pendidikan sekolah diharapkan melegakan semua pihak. Ada lagi hal-hal kecil termasuk kerusi patah, kisah cikgu duka lara dan lain-lain yang perlu diselesaikan olehnya.
Kredit : FB Akhi Fairuz Al- Jengkawi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecoh seketika keadaan di butik Victoria’s Secret yang terletak di kompleks membeli-belah IMAGO, Kota Kinabalu Sabah lewat petang tadi.
Semuanya gara-gara tawaran diskaun yang diadakan di kesemua cawangan jenama tersebut seluruh negara. Penulis memerhatikan kepada keadaan di cawangan lain seperti di Sunway Pyramid, Pavilion dan The Curve. Hhm, semua nampak stabil dan terkawal. Pengunjung masih berkelakuan hemah dan menghormati pelanggan lain.
Jadi, apa yang membuatkan situasi butik di IMAGO tersebut menjadi kecoh?
Kata pelanggan, Victoria Secret telah menawarkan harga produk haruman body mist dan losyen pada harga RM29 saja berbanding harga asal RM79. Ada juga produk lain yang dijual pada harga lebih murah, namun tidak sehangat sambutan terhadap dua produk tersebut.
Gila tak nak, diskaun lebih 60 peratus tu! Tapi, seharusnya pelanggan tak perlulah nak ‘menggila’ juga sehinggakan promoter melaporkan salah satu pintu kaca di butik tersebut tercabut akibat tolakan dan asakan kuat dari luar kedai.
Hhm, Malaysians, Malaysians. Malulah kalau orang tengok, macam kemaruk diskaun sangat kita ni.
Situasi kecoh seperti ini bukanlah kejadian pertama seumpamanya di Malaysia. Jom lihat semula 4 lagi momen apabila situasi seakan sama berlaku di stor berlainan.
* * * * *
Switch, MyTown Cheras
Stor Switch tidak menyangka sambutan terhadap jualan murah mereka mendapat sambutan yang teramat memberansangkan, sehingga pelanggan sanggup beratur seawal tengah malam lagi di luar bangunan untuk mendapatkan model iPhone, MacBook dan aksesori iPhone murah.
* * * * *
adidas Originals KLCC
Keadaan butik adidas di KLCC juga berdepan keadaan yang sama apabila netizen sanggup beratur dan berkhemah hanya untuk mendapatkan koleksi sneakers edisi terhad berharga RM1150. Keadaan bertambah tegang apabila seorang lelaki bertumbuk dengan pelanggan lain kerana kes potong barisan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu pemandu memandu di bawah pengaruh alkohol bagai tiada kesudahannya. Sudah terlalu banyak kes dilaporkan di media massa dan ia mendatangkan kemarahan orang ramai yang melihat isu ini bagai tiada kesudahannya.
Insiden melibatkan pemandu mabuk alkohol ini tidak hanya terjadi di negara kita tetapi juga di luar negara.
Terkini, seorang pelajar sekolah menengah meninggal dunia apabila menjadi mangsa kemalangan melibatkan pemandu disyaki memandu dalam keadaan mabuk di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Dzulkifly Yahya berkata, kejadian berlaku awal pagi semalam sekitar jam 3 pagi di Jalan Raja Laut.
Kejadian itu melibatkan dua kenderaan iaitu penunggang motosikal Yamaha Y15 dan pemandu kenderaan Myvi berwarna silver.
“Dalam kejadian berdekatan Public Bank menghala ke Jalan Ipoh itu, pemandu kereta Myvi dari susur jalan Sri Amar (Chow Kit) tiba-tiba mengubah haluan secara melintang untuk memasuki lorong Tiong Nam.
“Pada masa yang masa penunggang motosikal dikenalpasti sebagai remaja berusia 17 tahun yang bergerak lurus di Jalan Raja Laut terkejut kehadiran Myvi secara tiba-tiba sebelum telah melanggar pintu sisi depan kiri.
“Akibat perlanggaran itu, mangsa seorang pelajar yang masih bersekolah jatuh atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Siasatan polis mendapati mangsa, Muhammad Hazeq Hakimi Romli merupakan pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Keramat.
Tambah beliau, pemandu Myvi itu berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pelatih anjing ditahan polis untuk siasatan lanjut.
Katanya, sapek telah dilibatkan dalam ujian EBA iaitu mengukur tahap kandungan alkohol dalam badan dan bacaan menunjukkan 165miligram /100mililiter melebih had yang ditetapkan pihak berkuasa di atas jalan.
Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan geram dengan silap pemandu itu.
Suspek direman untuk siasatan lanjut selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jelas dahkan, bahawa memandu dalam keadaan pengaruh alkohol ini sangat merbahaya. REMAJA ingin bertanya, bilakah penguatkuasaan memandu dalam keadaan pengaruh alkohol ini akan dikuatkuasakan di negara kita kerana sudah banyak kes dipaparkan di media massa.
Adakah sehingga lebih banyak nyawa terkorban atau kita ambil sikap, tunggu dan lihat?
Sumber : Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!