Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menghadiri dua upacara diraja Britain semalam bagi mewakili Malaysia dalam memberikan penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II dalam istiadat pemakanan diraja Britain.
Kira-kira pada jam 6 petang waktu Malaysia, pasangan diraja itu bersama sekitar 2000 jemputan lain telahpun tiba di Westminster Abbey di mana Raja Charles III mengetuai istiadat. Tampil dalam persalinan busana serba hitam, busana Permaisuri Agong telahpun direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Dato’ Rizalman Ibrahim.
Menerusi hantaran berseloroh di Instagram miliknya, Rizalman berkongsi bahawa kesemua lima pasang busana baharu serba hitam yang disarungkan oleh Permaisuri Agong sewaktu di London pada minggu ini telahpun disiapkan oleh pasukannya dalam tempoh tiga hari sahaja.
Sebaik tiba di Westminster Abbey bersama jemputan diraja, pemimpin dunia, ahli-ahli politik dan individu-individu kenamaan lain, baginda Tuanku berdua telahpun ditempatkan bersebelahan Maharaja Naruhito dan Maharani Masako dari Jepun. Di barisan hadapan mereka pula ialah pasangan diraja Jordan, Sultan Abdullah II ibn Al-Hussein dan Permaisuri Rania Al-Abdullah.
Ads
Naiki Koc Khas Ke Resepsi Istana Buckingham
Terdahulu pada malam sebelumnya, baginda berdua telahpun menghadiri acara resepsi diraja yang dianjurkan oleh Raja Charles III dan isteri, Queen Consort Camilla bersama 500 tetamu lain yang terdiri daripada pemimpin dunia di Istana Buckingham.
Menjunjung tradisi Melayu di bumi Inggeris, Al-Sultan Abdullah mengenakan persalinan baju Melayu serba hitam dengan kain sampin songket benang emas dan songkok. Manakala Tunku Hajah Azizah pula menyarungkan sepasang baju kurung hitam dengan aksesori rantai, keronsang dan bertudung hitam.
Pemilihan busana Melayu ini telah menerima respon positif daripada warga maya di Malaysia dengan ramai menyatakan betapa bangganya dapat melihat budaya tempatan kekal diperagakan secara gah di mata dunia.
Ads
Biarpun acara tersebut mendapat kawalan ketat, kebanyakan pemimpin dunia termasuklah Al-Sultan Abdulah dan Tunku Hajah Azizah terpaksa berkumpul lebih awal di Royal Hospital Chelsea yang terletak berdekatan untuk menaiki bas khas yang disediakan oleh pihak Istana Buckingham.
Yang di-Pertuan Agong bergambar bersama Menteri Luar Negeri Uganda, Gen Jeje Odongo.
Warga maya tercuit dengan foto memperlihatkan baginda Agong bersama-sama pemimpin dunia lain terpaksa ‘berhimpit’ dalam koc khas tersebut. Namun ia secara tidak langsung memperlihatkan keramahan baginda berdua.
Turut hadir dalam acara resepsi berkenaan ialah Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan isteri, Jill; Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan isteri, Brigette serta pemimpin Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum Ketiga-tiga pemimpin dunia itu tiba di Istana Buckingham dalam konvoi kenderaan rasmi.
Ads
Agong and Permaisuri ke majlis makan malam Raja Charles III menaiki bas bersama beberapa lagi ketua negara lain. Hanya Biden, Macron, King Al Makhtoum, are allowed to use private limo to Buckingham Palace. Same arrangement for today’s funeral. Source. https://t.co/q2HoFmGN0ypic.twitter.com/NU2oRJzSkz
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah berada di London dalam lawatan enam hari menerusi jemputan rasmi kerajaan Britain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yang pastinya bagi setiap wanita di dunia ini mahu menjadi perhatian dan kelihatan paling cantik di majlis perkahwinan.
Malangnya impian ini tidak menjadi kenyataan pada pengantin perempuan dari India ini. Bukan setakat tidak mendapat pujian, malah terpaksa dikejarkan ke hospital.
Memetik laporan India Times, kejadian ini berlaku pada 27 Februari 2023 lepas dimana MUA tersebut telah memperkenalkan satu teknik baru kepada si pengantin yang dipanggil steam makeup. Atas dasar percaya, pengantin tersebut terus bersetuju dengan cadangan dan teknik baru yang disarankan oleh MUA itu.
Bagaimanapun, saat MUA daripada sebuah spa tempatan mula melakukan solekan kepada si pengantin, wajah pengantin itu tiba-tiba menjadi bengkak dan lebam malah selepas beberapa minit, muka wanita tersebut berubah menjadi gelap.
Foto Via India Times
Dikejarkan Ke Hospital
Terkejut dan panik melihat wajah pengantin wanita itu, dia dikejarkan ke hospital serta merta oleh ahli keluarganya dan disebabkan itu, pernikahan terpaksa dibatalkan, ianya selepas keluarga pengantin lelaki ternampak wajah pengantin wanita tersebut.
Dalam pada itu, keluarga pengantin wanita pula cuba meyakinkan keluarga belah lelaki untuk menukarkan hari majlis pernikahan pada tarikh lain setelah wajah pengantin wanita sembuh. MUA yang bertanggungjawab terhadap perkara ini telah pun ditahan oleh pihak polis untuk siasatan.
Adui, siannya pengantin ni…betul-betul jadi bahan eksperimen mua ni..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi tempat tumpuan orang awam, pusat rekreasi Sunway Lost World of Tambun melaporkan operasi taman tema tersebut ditutup selama 14 hari bermula 13 Oktober 2020 ekoran salah seorang pengunjung mereka disyaki positif COVID-19.
Pihak Sunwat Lost World of Tambun telah pun membuat kenyataan rasmi mereka di media sosial dan khabarnya, informasi berkenaan dengan pengunjung yang disyaki positif itu diterima daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
KKM juga sudah sedang menjejaki kontak rapat kepada kes COVID-19 berkenaan.
Haih, memang waktu-waktu begini sebaiknya kita duduk rumah dan tidak melakukan sebarang aktiviti diluar. Mana yang nak pergi bercuti tu pun kalau boleh tukar jadual buat sementara waktu ini. Walaupun korang tidak tinggal di kawasan PKPB Kuala Lumpur dan Selangor namun dengan kes yang mendadak tinggi ini tidak menjamin kawasan tempat tinggal korang juga bebas daripada virus COVID-19.
Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengadakan Ujian Khas untuk kemasukan MRSM untuk tingkatan satu dan empat tahun 2022 pada Disember ini.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Ujian Kencenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM), Ujian Khas Ulul Albab dan Ujian Teknikal bagi tingkatan satu dan empat bermula 3 Disember bagi calon yang berada di Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu.
Manakala, bagi calon dari negeri yang lain akan bermula pada 4 Disember 2021.
Calon akan dipanggil menduduki ujian itu secara berperingkat sehingga Januari 2022 dengan semakan tarikh, masa dan tempat ujian yang boleh disemak secara dalam talian menerusi Portal Rasmi Mara serta akan menerima notifikasi melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang didaftarkan semasa permohonan.
Calon juga tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran tarikh, masa dan tempat ujian yang telah ditetapkan nanti.
Kesemua calon yang terbabit akan menduduki Ujian Khas ini di 61 pusat ujian terpilih yang membabitkan 53 MRSM di seluruh negaran dan lapan Institusi Pendidikan Mara (IPMA) yang lain di Selangor dan Negeri Sembilan.
Calon UKKKM akan dinilai berdasarkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Keperibadian dan semua calon diminta bersedia serta membuat persiapan yang lengkap menjelang hari peperiksaan.
Untuk rekod, Mara menerima sebanyak 57,122 permohonan untuk ke tingkatan satu, manakala untuk tingkatan empat pula sebanyak 17,350 permohonan bagi sesi persekolahan tahun depan.
Kami di Remaja terlebih dahulu ingin mengucapkan selamat maju jaya buat kesemua calon MRSM yang bakal menduduki peperiksaan akan datang.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.