Penyanyi terkenal, Minho daripada kumpulan popular SHINee sekali lagi mencuri perhatian peminat baru-baru ini apabila menyertai pertandingan kecergasan Hyrox yang berlangsung di Osaka pada 1 Februari lalu sekaligus membuktikan komitmennya terhadap gaya hidup aktif, meskipun jadual seninya padat dengan aktiviti persembahan berskala besar.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Minho atau nama sebenarnya Choi Minho berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1 jam 5 minit 6 saat, termasuk jumlah masa larian selama 31 minit 44 saat. Keputusan itu juga meletakkannya di kedudukan kesembilan bagi kategori umur 30 hingga 34 tahun, selain berada di tempat ke-26 untuk ranking keseluruhan dalam campuran lelaki dan wanita.
Walaupun berjaya mencatatkan keputusan memberangsangkan, Minho secara jujur mengakui bahawa prestasinya kali ini masih belum mencapai tahap yang diharapkannya.
“Ah… Hyrox. Saya membuat persiapan seorang diri, namun di penghujung perlumbaan saya gagal. Saya benar-benar kecewa,” katanya.
“Saya tiba-tiba hilang fokus ketika memulakan Lunges, dan ia benar-benar mengecewakan. Namun, begitulah proses seseorang untuk terus berkembang. Berkat sokongan korang, saya berjaya mengharungi semua. Terima kasih. Di masa akan datang, saya akan tampil dengan lebih baik,” tambahnya.
Susulan itu, keikhlasan Minho dalam berkongsi perasaannya nyata mengundang pelbagai reaksi positif daripada peminat di media sosial, di mana ramai yang tetap berbangga dengan pencapaian ‘K-Pop idol’ tersebut dan menyifatkan usaha beliau menyertai pertandingan berintensiti tinggi sebagai satu pencapaian luar biasa.
Ads
Tidak terhenti di situ, Minho juga difahamkan tidak berehat lama selepas menamatkan pertandingan tersebut. Pada malam yang sama, beliau terus berlepas ke Fukuoka untuk tampil dalam konsert SMTOWN hari kedua, sekaligus membuktikan tahap ketahanan fizikal yang mengagumkan.
Ads
Hal tersebut secara tidak langsung menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat apabila sebuah rakaman ‘fancam’ menunjukkan nombor penyertaan Hyrox masih jelas terlekat di lengannya ketika berada di atas pentas.
Untuk rekod, Minho sememangnya dikenali sebagai antara ahli SHINee yang paling aktif dalam bidang sukan. Selain larian dan latihan gim, beliau juga sering terlibat dalam pelbagai aktiviti fizikal seperti bola sepak, golf dan latihan stamina. Gaya hidup aktif ini bukan sahaja membantu mengekalkan prestasi pentasnya, malah menjadi inspirasi kepada peminat untuk mengamalkan kehidupan yang lebih sihat.
Sumber: Instagram Choi Min Ho SHINee
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah menjadi tradisi pada setiap tahun untuk para peminat dunia hiburan di seluruh dunia mengetahui siapakah individu yang dicalonkan sebagai personaliti paling kacak dan paling cantik untuk tahun tersebut.
Khas sempena pencalonan ‘Most Handsome dan Beautiful in the World 2022’ yang dibuka secara atas talian oleh platform Special Awards sepanjang dua bulan lalu, peminat telahpun mengundi siapakah personaliti pilihan masing-masing yang menepati ciri-ciri wajah ideal mereka.
Menariknya, senarai ini tidak dibahagikan mengikut jantina seperti yang selalu dipraktikkan bagi senarai-senarai lain.
Seperti dijangka, idola industri hiburan K-Pop sekali lagi mengungguli senarai tersebut memandangkan hebatnya penerimaan peminat terhadap artis K-Pop tidak boleh disangkal lagi.
V BTS
Ahli BTS, V aka Kim Tae-hyung menguasai kedudukan tertinggi tahun ini. Dia jelas memiliki ciri-ciri individu yang kacak dan pada masa yang sama, ada ‘sisi cantik’ pada raut wajahnya.
Di kedudukan kedua ialah ahli sekumpulannya iaitu Jungkook yang mempunyai persona ‘baby face’ yang diminati ramai. Tidak ketinggalan, dua ahli kumpulan sensasi, Blackpink iaitu Kim Jisoo dan Kim Jennie juga tersenarai dalam kedudukan Top 5. Melengkapkan Top 5 ialah aktres jelita dari India, Tejasswi Prakash di kedudukan ketiga.
Jisoo BlackpinkJennie BlackpinkTejasswi Prakash
Berikut merupakan senarai 30 personaliti paling kacak dan cantik menurut Special Awards untuk tahun 2022.
Kim Taehyung (Korea)
Jeon Jungkook (Korea)
Tejasswi Prakash (India)
Kim Jisoo (Korea)
Kim Jennie (Korea)
Ozge Yagiz (Turkey)
Bright Vachirawit (Thailand)
Lalisa Manoban (Thailand)
Park Jimin (Korea)
Win Metawin (Thailand)
Jung Hoseok (Korea)
Kim Seokjin (Korea)
Kim Namjoon (Korea)
Choi San (Korea)
Lee Minho (Korea)
Hueningkai (Amerika Syarikat)
Park Seonghwa (Korea)
Nattawin W (Thailand)
Hwang Hyunjin (Korea)
Ton Tawan (Thailand)
Dew Jirawat (Thailand)
Jackson Wang (Taiwan)
Selena Gomez (Amerika Syarikat)
Kerem Bursin (Turki)
Mile Phakpum (Thailand)
Park Solomon (Korea)
Hande Ercel (Turki)
Haruto (Jepun)
Shehnaaz Gill (India)
Cha Eun Woo (Korea)
Kalaulah ada personaliti Malaysia yang layak masuk dalam senarai Top 30 ini, siapakah insan itu? Cer komen sikit.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peraduan #WayangRemaja kini kembali lagi dan kali ini, kami nak berikan korang dua pass masuk percuma menonton tayangan perdana filem YESTERDAY pada 25 Jun nanti.
Mengisahkan tentang seorang penyanyi dan penulis lagu bernama Jack Malik menyimpan impian untuk menjadi terkenal. Namun, walaupun rakan baiknya sejak kecil, Ellie, terus menyokongnya, impiannya sering gagal.
Suatu hari, dunia berdepan satu insiden misteri kerana satu kemalangan bas. Apabila Jack sedar, dia mendapati tiada seorang pun mengenali The Beatles kecuali dirinya. Dengan bantuan Debra, ejen Amerikanya, dia mula menyanyikan lagu-lagu kumpulan itu ibarat lagunya sendiri. Ini membuatkannya mula terkenal tetapi kini dia berdepan risiko kehilangan Ellie.
Filem yang dibintangi oleh Himesh Patel, Lily James, Kate McKinnon, Ed Sheeran, Ana de Armas, Lamorne Morris bakal ditayangkan diseluruh pawagam tanah air bermula 27 Jun 2019.
Lebih menarik lagi, penampilan Ed Sheeran dalam filem ini mampu memberikan impak dengan kemunculan artis popular tersebut.
Kalau korang nak jadi yang pertama menonton bersama Remaja, jawab saja soalan mudah yang kami sediakan dibawah.
Tayangan perdana Remaja x YESTERDAY
Tarikh: 25 Jun 2019
Masa: 9 malam
Lokasi: TGV Cinemas 1 Utama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berakhirnya acara Anugerah Juara Lagu 34 semalam dengan kemenangan lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel telah menerima respon positif oleh ramai penonton.
Walaupun masing-masing mempunyai lagu kegemaran, namun sukar untuk kita menafikan kekuatan Sumpah yang dikategorikan sebagai ‘lagu berhantu’ pada tahun 2019.
Menariknya, bulan komposisi lagu itu saja yang diperkatakan tetapi juga solekan pada wajah, rambut, leher dan tapak tangan Naim Daniel.
Konsep utama yang ingin dipertaruhkan adalah untuk mengadaptasi semula video muzik Sumpah yang mempunyai elemen anime.
Lantas ramai yang tertanya-tanya siapakah jurusolek dan jurudandan yang diberikan tanggungjawab untuk merealisasikan konsep tersebut.
Menurut perkongsian oleh @DanielSyazwan di akaun Twitter-nya, beliau pada asalnya melakukan eksperimen terhadap muka sendiri sambil dinilai oleh rakannya yang juga merupakan guru pendidikan seni.
Dari situlah, Daniel memperbaiki lagi skil solekan ala anime ini ke atas rakannya sendiri sehingga dia berjaya menjadikan se-realistik mungkin.
Dari tempoh sejam 20 minit, mereka berjaya merealisasikan solekan pada Naim Daniel semalam agar siap dalam tempoh sejam 10 minit.
*
Untuk menjadikan keseluruhan look Naim Daniel semalam sempurna, pakaian yang disarungkan oleh penyanyi itu direka oleh Hatta Dolmat.
Menurut Hatta, “Macam selalu, saya akan melayan lagu penyanyi dulu. Saya terkejut juga dengan konsepnya kerana saya tak pernah buat hand painting di atas pakaian.
“Ini benda baru pada Hatta. Tahniah pada Naim kerana beri cabaran minda buat abang berkarya dan mahirkan tangan abang yang memang dah lama tak pegang berus,” tulisnya dalam perkongsian seperti di bawah semalam.