Peraduan #WayangRemaja kini kembali lagi dan kali ini, kami nak berikan korang dua pass masuk percuma menonton tayangan perdana filem YESTERDAY pada 25 Jun nanti.
Mengisahkan tentang seorang penyanyi dan penulis lagu bernama Jack Malik menyimpan impian untuk menjadi terkenal. Namun, walaupun rakan baiknya sejak kecil, Ellie, terus menyokongnya, impiannya sering gagal.
Suatu hari, dunia berdepan satu insiden misteri kerana satu kemalangan bas. Apabila Jack sedar, dia mendapati tiada seorang pun mengenali The Beatles kecuali dirinya. Dengan bantuan Debra, ejen Amerikanya, dia mula menyanyikan lagu-lagu kumpulan itu ibarat lagunya sendiri. Ini membuatkannya mula terkenal tetapi kini dia berdepan risiko kehilangan Ellie.
Ads
Filem yang dibintangi oleh Himesh Patel, Lily James, Kate McKinnon, Ed Sheeran, Ana de Armas, Lamorne Morris bakal ditayangkan diseluruh pawagam tanah air bermula 27 Jun 2019.
Lebih menarik lagi, penampilan Ed Sheeran dalam filem ini mampu memberikan impak dengan kemunculan artis popular tersebut.
Ads
Kalau korang nak jadi yang pertama menonton bersama Remaja, jawab saja soalan mudah yang kami sediakan dibawah.
Aktor popular, Fattah Amin memfailkan saman berjumlah RM5 juta terhadap seorang pempengaruh media sosial dan suaminya selepas mendakwa pasangan itu menyebarkan fitnah kononnya dia berlaku curang ketika masih bergelar suami kepada selebriti terkenal, Nur Fazura.
Menurut pernyataan tuntutan yang difailkan pada 26 Ogos lalu, pasangan bernama Nuraien Adilla Hasha Akhbar dan suami, Mohd Hafizzuddin Hamri didakwa memuat naik kenyataan berbaur fitnah di platform Threads pada 29 Julai dan 22 Ogos.
Kenyataan itu kemudiannya tular dan dikongsi meluas, termasuk oleh beberapa portal hiburan. Ia membawa maksud seolah-olah Fattah berlaku curang dengan bekas isterinya yang juga usahawan tudung, sehingga rumah tangga mereka berakhir dengan perceraian.
“Akibat tindakan mereka, saya mengalami gangguan emosi, penghinaan serta pengaiban secara umum selain ia telah mencemarkan nama baik saya,” kata Fattah dalam tuntutan berkenaan.
Beliau turut menuntut kedua-dua defendan membuat permohonan maaf secara bertulis di akaun media sosial masing-masing.
Sementara itu, Mahkamah Tinggi pada Khamis memerintahkan kedua-dua defendan menurunkan semua hantaran yang menuduh pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu curang.
Peguam yang mewakili Fattah, Mohd Faiz Iskandar Hamzah berkata, Hakim Datuk Anand Ponnuduraimembenarkan permohonan secara ex-parte dan memberikan perintah injinuksi ad-interim terhadap pasangan tersebut.
Dalam prosiding berkenaan, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguam.
Untuk rekod, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, Fattah melafazkan cerai terhadap Fazura dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 7 Oktober 2024.
Pasangan ini berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lima tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas ramai mengharapkan agar PKPB akhirnya akan berakhir pada 9 November ini, kerajaan berfikiran sebaliknya dan memutuskan untuk menyambung tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 6 Disember kelak.
Ini adalah setelah penelitian Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap risiko peningkatan bilangan kes Covid-19 untuk tempoh sebulan ini.
Menariknya, arahan PKPB tersebut tidak hanya tertakluk kepada negeri seperti Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja. Akan tetapi, kerajaan memutuskan agar PKPB dilaksanakan ke semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali di negeri Perlis, Pahang dan Kelantan.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, KKM mendapati terdapat peningkatan di negeri-negeri selain 3 buah negeri tersebut dan mempunyai kadar kebolehjangkitan yang ingin dielakkan. Tambah beliau, prosedur SOP PKPB kekal sama seperti yang pernah dilaksanakan sebelum ini.
Sementara itu, bagi negeri Sarawak, pergerakan rentas negeri dari Semenanjung, Sabah dan Labuan maish tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bagaimanapun, pergerakan rentas daerah dalam negeri Sarawak dibenarkan kecuali ke daerah Kuching.
*
Pada pertengahan minggu ini, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengingatkan rakyat mengenai SOP menyambut perayaan Deepavali, minggu hadapan.
Akhirnya, ‘hazab’ menjawab kertas soalan SPM tamat juga semalam!
Bagi kebanyakan pelajar yang pernah berhadapan dengan situasi ini, mood hari terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sebenarnya sukar nak digambarkan.
Sedih ada kerana korang tak lagi meluangkan setiap pagi menapak ke sekolah selepas ini. Cikgu pun korang akan tinggalkan, sekadar panggilan telefon dan WhatsApp je lah yang akan menghubungkan kalian.
Tetapi, REMAJA yakin rasa seronok itu jauh lebih terasa. Teruja nak lakukan sesuatu yang korang idam-idamkan selepas SPM.
Ini dia 8 perancangan yang selalu pelajar lakukan sementara masih ada masa terluang ini.
01
Cari Kerja Part Time
Okay klise!
Tapi inilah plan paling popular di kalangan SPM leavers.
Semasa bersekolah, korang tak ada peluang nak bahagikan masa antara pelajaran dan kerja walaupun poket memang kering pada waktu itu. Tapi sekarang, dah boleh start usha kerja kosong yang ada di sekitar neighbourhood korang.
Bagi yang bertuah tu, dapatlah dia bekerja di kafe fancy, kedai pakaian dan di kaunter tiket pawagam. Dapatlah rasa level atasan sikit. Bagi yang dapat kerja di kaunter bayaran Hypermarket atau di kedai mamak, okay juga.
Dapat duit lebih nak beli barang idaman.
02
Marathon Drama
Bila ada orang kacau kau tengah marathon drama be like –
Drama korea, sinetron (ada lagi ea yang layan sinetron?), drama Melayu, variety show dan sebagainya, you name it!
Dulu selalu tak sempat nak recap atau tengok di TV. Sekarang, kerja korang kurung diri je dalam bilik sambil layan, kan? We get you..
03
Qada’ Tidur
Seminggu pertama selepas SPM, inilah aktiviti wajib semua orang. Bangun sudahlah pukul 10 pagi, kemudian sambung tidur balik selepas Zuhur.
Waktu malam je tiba-tiba korang aktif semacam, kelawar eh?
Been there done that.
04
Start Jadi Aktif
Hiking, jom!
Fuh, setengah tahun ‘puasa’ daripada bermain futsal, skateboard, badminton, practice koreografi tarian, pergi hiking, ride basikal dan menyertai fun run. Sekarang masa untuk balas dendam!
Tak pasal-pasal, semua akan terkejut tengok badan fit korang semasa mengambil result SPM nanti. Mulalah ada yang cuba nak ‘mengayat’.
05
Diet Teruk
No to carbs!
Tak, bukan diet tu teruk. Tetapi SPM leavers akan pasangkan niat untuk diet secara konsisten. Semasa belajar dulu, stres je makan. Tapi sekarang korang dah boleh betul-betul komited dengan diet.
Makin cantiklah lepas ni!
06
Jadi Babysitter
Ini perkara biasa yang akan terjadi kepada anak bongsu. Apabila kakak dan abang tahu korang dah mula duduk rumah tanpa membuat apa-apa, mereka mulalah meminta korang menjadi babysitter anak kecil mereka.
Okay je kalau seminggu dua. Tapi kalau dah sampai sebulan, amboi! Mentang-mentanglah penjaga sebenar nak bercuti akhir tahun.
07
Pergi Cuti
Jom roadtrip!
Dah nama pun cuti, so kita rancanglah untuk bercuti!
Tak perlu pergi jauh-jauh pun. Better rancang percutian jenis road trip mengelilingi Malaysia bersama kawan yang lain. Sambil tu, haa, enjoy-lah makanan popular di tempat itu.
08
Ambil Lesen
Yes finally! Bersiap sedialah kena berhadapan dengan instructor garang. Sekali kereta Driving Centre tu terlanggar tiang parkir, mahu diorang membebel sampai ke sesi minggu depan.
So, apa yang korang plan nak lakukan. Komen sedikit.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!