naim 2

 

Berakhirnya acara Anugerah Juara Lagu 34 semalam dengan kemenangan lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel telah menerima respon positif oleh ramai penonton.

 

Walaupun masing-masing mempunyai lagu kegemaran, namun sukar untuk kita menafikan kekuatan Sumpah yang dikategorikan sebagai ‘lagu berhantu’ pada tahun 2019.

Menariknya, bulan komposisi lagu itu saja yang diperkatakan tetapi juga solekan pada wajah, rambut, leher dan tapak tangan Naim Daniel.

Macam Guna Filter! Solekan Naim Daniel Hasil Kreativiti Sejam 10 Minit

Konsep utama yang ingin dipertaruhkan adalah untuk mengadaptasi semula video muzik Sumpah yang mempunyai elemen anime.

IKLAN

Lantas ramai yang tertanya-tanya siapakah jurusolek dan jurudandan yang diberikan tanggungjawab untuk merealisasikan konsep tersebut.

Ia adalah hasil kreativiti dua jejaka bernama Daniel Syazwan dan Eva Shahrul.

Menurut perkongsian oleh @DanielSyazwan di akaun Twitter-nya, beliau pada asalnya melakukan eksperimen terhadap muka sendiri sambil dinilai oleh rakannya yang juga merupakan guru pendidikan seni.

Macam Guna Filter! Solekan Naim Daniel Hasil Kreativiti Sejam 10 Minit
Dari situlah, Daniel memperbaiki lagi skil solekan ala anime ini ke atas rakannya sendiri sehingga dia berjaya menjadikan se-realistik mungkin.

IKLAN

Dari tempoh sejam 20 minit, mereka berjaya merealisasikan solekan pada Naim Daniel semalam agar siap dalam tempoh sejam 10 minit.

*

Untuk menjadikan keseluruhan look Naim Daniel semalam sempurna, pakaian yang disarungkan oleh penyanyi itu direka oleh Hatta Dolmat.

IKLAN

Menurut Hatta, “Macam selalu, saya akan melayan lagu penyanyi dulu. Saya terkejut juga dengan konsepnya kerana saya tak pernah buat hand painting di atas pakaian.

“Ini benda baru pada Hatta. Tahniah pada Naim kerana beri cabaran minda buat abang berkarya dan mahirkan tangan abang yang memang dah lama tak pegang berus,” tulisnya dalam perkongsian seperti di bawah semalam.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah rezeki Naim menang Jura Lagu 34 and Yes., macam i selalu cakap, bila i buat baju artist tu, i akan layan lagu dia. First time Naim datang butik dengan Alia, masa tu Hatta tak terjangka langsung idea untuk Baju nak konsep dan overall look yang Naim dan team management bayangkan. I was like ( “ haaaa? Mati aku. Aku tak pernah buat hand painting on outfit cakap dalam hati 😅) but bila Naim terangkan concept i suka sbb illustration, something yang menghargai seni, lagi lagi nak merialisasikan music video animasi ke realiti. Ini benda baru pada Hatta, pemilihan material untuk warna grey Naim ni Hatta stanby 3 different material, yang shine, yang pastel sikit n bila kita experiment on fabric and share balik pada Naim, Naim prefer yang dark mate grey. Which i think rasa lagi naik all the outline bila di warnakan. Cuba juga atas kain shine, effect nya tidak baik. this is the some bts yang sempat hatta record. Will post more! For sure dari illustrations sampai jadi baju, sampai fitting the whole process. ❤️ congratulations @naimdanielx thank beri cabaran minda buat abang untuk berkarya dan mahirkan tangan abang yang memAng dah lama tak penggang brush ❤️ #ajl34 . . Siapa nak hatta share more bts proses baju sumpah komen kat bawah @naimians #sumpahnaim #naimians

A post shared by HATTA DOLMAT (@hattadolmat_) on

Congrats Naim Daniel dan keseluruhan glam squad-nya!

Memang superb.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI