Jejaka berusia 25 tahun ini telah dinobatkan sebagai lelaki paling kacak untuk tahun 2021 mengikut carta yang dikeluarkan TC Chandler. Laman web pengkritik bebas terkenal itu yang telah mengeluarkan senarai Top 100 tahunan sejak 1990 mengumumkan senarai bagi tahun 2021 pada Selasa lalu.
Paing Takhon memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan apabila terlibat sebagai model ketika berusia 18 tahun. Kemudiannya pada tahun 2017 dia berjinak-jinak sebagai seorang pelakon dengan membintangi filem Midnight Traveller.
Selain Paing, melengkapkan carta Top 10 ialah Chris Hemsworth yang berada di kedudukan kedua, V BTS ditangga ketiga, Timothee Chalamet keempat, Jungkook BTS kelima, Henry Cavill keenam, pelakon Emily in Paris, Lucien Laviscount di tempat ketujuh, pengasas tempat perlindungan haiwan Switzerland, Dean Schneider di kedudukan kelapan, YouTuber PewDiePie kesembilan dan Jason Momoa di tangga kesepuluh.
Merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model terkenal di Myanmar. Dia menjadi terkenal seantero dunia sebelum apabila tular gambarnya memakai baju sami dan kemudiannya dia dikenali atas tindakannya yang cukup lantang mengkritik junta tentera Myanmar yang melakukan rampasan kuasa pada Februari 2021.
Dia pertama kali ditahan oleh junta tentera pada April 2021, dan didakwa tidak sihat ketika penahannya dilakukan. Seorang kenalan rapatnya telah berkongsi bahawa jejaka itu telah mengalami kemurungan dan masalah fizikal ketika dia ditangkap, malah tidak dapat berdiri dengan betul.
Seramai 50 orang tentera junta yang menggunakan lapan trak muncul untuk menangkap selebriti terkenal itu menurut penulisan kakaknya di laman Facebook. Paing telah disaman oleh junta di bawah artikel 505a Kanun Keseksaan.
Setelah lebih lapan bulan berada dalam tahanan, Isnin lalu mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dengan kerja keras ke atasnya. Ini bermakna dia bukan sahaja dipenjarakan bahkan akan melakukan kerja-kerja fizikal yang berat.
Ads
Akaun instagramnya yang sebelum ini memiliki lebih sejuta pengikut telah dinyakaktifkan bersama akaun Facebooknya sejurus dia ditahan. Walaubagaimanapun terdapat beberapa akaun di Instagram yang menggunakan gambarnya sebagai akaun peminat yang ingin mengingatinya.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Semua yang hidup pasti akan kembali semula kepadaNya.
Setelah beberapa bulan bertarung dengan penyakit kanser otak tahap empat dan kanser buah pinggang, bayi empat bulan bernama Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham telah menghembuskan nafas terakhir pada petang tadi.
Salah seorang selebriti yang mengikuti perkembangan kes ini secara dekat iaitu Mawar Karim menjadi antara yang pertama mengucapkan takziah di Instagram.
Instagram: @mawar_karim
“Al-Fatihah. Baby Nishka berehatlah di syurga, (syurga) menanti awak di sana. Setelah berjuang bertarung nyawa, Allah lebih sayangkan baby Nishka.
“(Saya) terima panggilan daripada ibu bapa Nishka mengatakan dia sudah meninggal dunia. Sejujurnya saya memang tak mampu untuk melihat anak syurga ini yang tabah bertarung nyawa,” kata Mawar di ruangan caption.
Sementara itu, followers Mawar turut menguntumkan ucapan takziah kepada ibu bapa Nishka yang pastinya sedang bersedih dengan pemergian ini.
Mawar Karim sanggup ke Kelantan untuk bertemu dengan Kyfa Nishka.
Sejak pagi tadi, ibunya Khairiah Kamarudin, 35, berkata dia reda jika Nishka dijemput Ilahi.
Bercakap kepada rakan media di Harian Metro, dia mengulas, “Mommy reda jika adik mahu pula kepada pencipta kerana tidak sanggup melihat adik derita.
“Saya bersedia jika apa-apa berlaku ke atas bayi kerana sedih melihatnya tenat dan memakai alat bantuan pernafasan.
“Kepalanya juga semakin membesar dari 34sm semasa lahir hingga ke 44sm, sekarang,” katanya.
Di sini, REMAJA berharap agar Puan Khairiah dan suaminya, Mohd Farham Che Ahmad bertabah dengan pemergian ini. Syurga pastinya menanti anak kecil ini.
Al-Fatihah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sifat cemburu ada baik dan buruknya. Ada yang berpendapat bahawa cemburu itu tanda sayang dan sihat. Namun, cemburu yang melampau hakikatnya tergolong dalam penyakit emosi yang boleh membawa kepada kemurungan.
Sumber Gambar Hiasan: Nick Bondarev from Pexels
Menurut pakar psikologi, cemburu merupakan perasaan yang terbuku dalam hati dan menyebabkan hati seseorang gelisah.
Namun berita yang kita dengar di Mesir ini mungkin boleh dijadikan pengajaran bahawa cemburu juga mampu memberi padah pada diri. Baru-baru ini menurut laporan Gulf News, tiga orang pelajar perempuan di sekolah di Iskandariah, Mesir telah ditangkap kerana meracuni rakan sekelas mereka yang mendapat markah lebih tinggi dalam peperiksaan.
Sumber Gambar Hiasan : Dids from Pexels
Ketiga-tiga pelajar itu dipercayai telah memasukkan racun ke dalam sepotong kek kerana mangsa terkenal dengan kecemerlangan akademiknya di Abu Bakr Al Siddique Preparatory School. Mangsa juga sering mendapat markah yang lebih tinggi berbanding suspek yang merancang meracuni pelajar itu. Kerana hasad dengki tersebut, mereka telah dipenjarakan selama empat hari sementara menunggu siasatan atas tuduhan membunuh.
Pihak pendakwaan memerintahkan agar bedah siasat dilakukan ke atas mayat mangsa dan laporan forensik menunjukkan bahawa kematian gadis itu disebabkan oleh racun.
Media tempatan melaporkan bahawa enam pelajar sekolah telah memakan kek dalam perjalanan pulang ke rumah. Tiga daripada mereka segera dibawa ke Hospital Universiti Amiri untuk mendapatkan rawatan setelah mereka mengalami muntah dan keletihan yang teruk. Malangnya , mangsa dilaporkan meninggal dunia di hospital manakala pelajar kedua mengalami kegagalan buah pinggang dan pelajar yang ketiga selamat.
Diharapkan kes seperti ini dijadikan pengajaran buat kamu semua. Kalau rasa diri kurang cemerlang cuba baiki dan bersaing dengan cara sihat. Hasad dengki dan perasaan cemburu ini memberi keburukan kepada kamu pada masa sekarang dan lebih teruk lagi di masa akan datang.
Pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul telah membuat pengumuman bagi membenarkan pengeluaran wang KWSP yang dinamakan sebagai program i-Sinar.
Tengku Zafrul menyatakan pengeluaran Akaun 1 KWSP yang dibenarkan hanya berjumlah RM500 sebulan dan kemudahan ini akan diberikan kepada kira-kira 600,000 orang ahli sahaja.
Namun begitu, berdasarkan maklumat terkini, program i-Sinar telah diperluaskan kepada semua ahli yang menghadapi masalah kewangan tidak kira bagi mereka yang hilang pekerjaan atau pendapatan yang dikurangkan.
Foto: Facebook Tengku Zafrul
Seramai 8 juta pencarum KWSP layak untuk mengeluarkan wang mereka yang dinaikkan dari had maksima sebelum ini iaitu bermula dari RM6,000 dinaikkan sehingga RM9,000 dan paling terbaru sehingga RM10,000.
Siapa yang layak memohon i-Sinar?
Untuk pengetahuan korang, terdapat empat golongan yang layak untuk pengeluaran i-Sinar dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Ahli KWSP yang telah kehilangan pekerjaan
2. Ahli KWSP yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan
3. Ahli KWSP yang tiada sumber pendapatan
4. Pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2 bulan berturut-turut
Pencarum perlu menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum inisiatif i-Lestari daripada Akaun 2 terlebih dahulu sebelum membuat pengeluaran daripada Akaun 1 menerusi program i-Sinar ini.
Foto: Minister Finance of Malaysia
Bagi ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon bermula pertengahan Disember ini. Pembayaran pertama akan bermula sebulan selepas permohonan diluluskan.
Diharap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu individu yang terjejas akibat COVID-19 dan sama-sama kita doakan agar penularan wabak ini berhenti dengan segera.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...