Perkhabaran menggembirakan buat pelakon baharu yang semakin meningkat naik, Mierul Aiman apabila baru-baru ini diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik (Gangsa) Dalam Program TV/Bersiri Dihasilkan Di Asia oleh penganjur acara ContentAsia Awards 2025.
Kejayaan juara pencarian Hero Remaja 2021 itu adalah untuk lakonan mantapnya dalam drama bersiri Astro Originals Project: EXIT menerusi watak Hadi. Turut ditampilkan dalam naskah tersebut ialah Shasha Abedul, Kimberly Chuah dan Naim Daniel.
Mierul Aiman dalam drama bersiri, Projek: EXIT.
Menerusi hantaran di Instagram Stories usai pengumuman tersebut, Mierul menyatakan rasa syukurnya di atas pengiktirafan tersebut.
Pujian turut diterima olehnya daripada para peminat yang tumpang berbangga dengan kejayaan tersebut dan rata-rata mengagumi kelebihan bakat lakonan yang dimiliki Mierul.
“Digali dari bakat Hero Remaja ramai yang berkualiti… tahniah.”
“Wowwww congratsss!”
Ads
“Best my idola.”
Sebagai info, Projek: EXIT menceritakan tentang seorang remaja perempuan (Jannah lakonan Shasha Abedul) dengan masalah depresi yang dihantarkan ke sebuah asrama pemulihan akhlak selepas gagal dalam percubaan bunuh diri.
Ads
Di sana, dia menemui seorang remaja lelaki (Hadi lakonan Mierul Aiman) yang mempunyai penyakit cystic fibrosis dan masing-masing berkomplot untuk melarikan diri dari pusat berkenaan.
Selain Mierul, antara bintang-bintang dari Malaysia yang juga tercalon bagi ContentAsai Awards 2025 termasuklah Arabella Ellen (Pelakon Wanita Terbaik – Dari Mata Turun Ke Hati) dan Evertts Gomes (Pelakon Lelaki Terbaik – Curang Tanpa Niat).
Dalam pada itu, Mierul kini tampil dalam drama bersiri terbaru Seadanya Kita bersama rakan gandingan, Emma Maembong dan drama tersebut juga kian mendapat tempat di hati peminat platform penstriman VIU Malaysia dan VIU Indonesia.
Pelakon berusia 27 tahun itu juga melebarkan sayap pada awal tahun ini dalam produksi Singapura apabila menjayakan sebuah drama 13 episod terbitan Papahan Films berjudul Pasar Malam. Naskah tersebut boleh ditonton semula menerusi aplikasi mewatch atau di laman YouTube Mediacorp Drama.
“Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat finalis Top 5 Hero Remaja 2020 iaitu Nadhir Nasar, pastinya korang dah tahu akan kelebihannya dalam bidang lakonan dan pengacaraan berdasarkan episod yang pernah ditayangkan dahulu.
Namun, tak ramai yang tahu akan bakatnya sebagai seorang pengarah! Haa, Nadhir dah bergelar pengarah, Lucky Fighters.
Menerusi arahan debut-nya ini, dia perlahan-lahan mengorak langkah untuk mencapai salah satu impiannya ini.
“Team produksi yang saya sertai ini dianggotai oleh member saya sendiri daripada zaman belajar di UiTM Shah Alam dahulu. Kami masih rapat dan keep in touch, masing-masing telah mempunyai pengalaman berbeza daripada tempat kerja serta program internship.
“Jadi kami gunakan pengalaman tersebut untuk melakukan projek shooting secara kecil-kecilan untuk klien kami,” kata Nadhir yang teruja apabila menerima panggilan daripada Suria Records (SRC) yang pernah menaikkan nama-nama besar penyanyi di Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Projek terbaru bersama SRC ini melibatkan penyanyi BBNU, Amad Fadlin menerusi single Tetap Setia. Menerusi lagu tersebut, Nadhir berdepan sedikit cabaran apabila konsep video ini tidak mahu menggunakan pelakon ataupun elemen drama seperti yang biasa kita tonton pada muzik video yang lain.
“Sebagai pengarah, saya hanya boleh bermain pada mood di lokasi penggambaran, props, dan emosi penyanyi. Oleh sebab itulah, saya kaitkan props seperti kereta usang dengan lirik lagu.
Saat kau melukakan
Namun ku tetap setiap
Mencintaimu tanpa kata
Begitu berat ku fahami
Kamu
“Berpandukan lirik Tetap Setia, ia menceritakan lelaki yang setia menunggu pasangannya walaupun mungkin perempuan itu berdepan dengan kepayahan ataupun tidak mahu pun untuk bersama dengan lelaki itu. Nak kata fake hope dalam percintaan tu (ketawa) tak adalah. Lebih kepada konsep strong couple dan saya ingin capture emosi pada lirik dan penyanyi.
“Dah lama sebenarnya saya terjumpa lokasi dengan prop kereta usang ini. Proses shooting, editing dan muat naik juga berjalan pantas. Video muzik ini telahpun dimuat naik 6 hari lalu di YouTube SRC,” tambahnya.
Jom tonton sikit video arahan Nadhir ini.
Persediaan Finale & Tekanan Untuk Menang?
Melihatkan kepada barisan Top 5 Hero Remaja 2020, sukar sebenarnya untuk kami mengagak siapakah yang akan membawa pulang gelaran juara itu.
Lain orang, lain pandangannya mengenai siapa yang paling layak. Sebagai peserta akhir, adakah Nadhir Nasar merasakan tekanan daripada peminat terutamanya untuk menang?
“Pada awalnya apabila menyertai ujibakat Hero Remaja 2020, tipulah kalau saya katakan saya tidak mahu menang. Namun setelah bersama dengan pihak produksi melakukan cabaran, terlibat dalam pelbagai jenis aktiviti & penggambaran, duduk sebumbung pula dengan 11 lagi orang finalis lain, pandangan saya terhadap pencarian itu telah berubah.
“It is no longer just a search or a competition, ia lebih daripada itu. Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya setelah sampai ke peringkat finale ini. Cuma apa yang saya pasti adalah it is no longer just about winning.
“Sesiapa saja di antara kami berlima boleh memenangi gelaran Hero Remaja 2020. Dan jika salah seorang daripada rakan saya ini berjaya, tentunya saya akan gembira bagi pihaknya.
“Buat masa ini, kami berlima sedang cuba untuk bersiap sedia dengan cermat sebelum malam finale, 16 Julai ini,” kata Nadhir yang mengakui jadual persediaan finale Hero Remaja pada kali ini cukup padat namun gembira dengan peluang yang diberikan.
5 orang finalis akhir Hero Remaja 2020 terdiri daripada Jabir Meftah, Nadhir Nasar, Meerqeen, Haziq Nazimuddin dan Umar Hisham.
Bercakap mengenai misi Nadhir selepas ini, tentunya ramai yang mengharapkan dirinya bakal bergelar seorang pelakon seperti yang pernah dikecapi oleh barisan alumni pencarian Hero Remaja. Dia tidak menidakkan inginkan peluang tersebut.
Namun bagi Nadhir, misi utamanya lebih daripada itu sementelah dia berjaya mengarahkan video muzik pertamanya. Malah, Nadhir sempat berkongsi mengenai satu projek video yang sedang dirancang olehnya.
“Saya tidak boleh lagi memberitahu segala details mengenai projek ini kerana ia belum finalized lagi. Cuma, saya sedang merancang satu bentuk video epik yang menggabungkan kami 12 orang. Saya seboleh mungkin ingin menonjolkan sisi karakter setiap finalis kerana ada di antara kami yang tak berpeluang untuk all out dan menyerlah menerusi program 8 episod disebabkan kekangan waktu airtime di televisyen. Jadi saya berharap agar projek ini akan berjaya dilaksanakan tak lama lagi,” kongsinya lagi.
TAK SABAR untuk kami nantikan buah tangan terbaru Nadhir tersebut! Adakah ia akan menyamai mood video muzik Tetap Setia ini?
Korang masih boleh mengundi Nadhir sebagai Hero Confident NIVEA Men sehingga malam finale pada 16 Julai 2020.
Pertama kali bertemu empat mata sewaktu menyertai pencarian Dewi Remaja kira-kira sembilan tahun lalu, mereka merupakan di antara dua orang finalis yang menempah populariti awal dalam senarai ramalan siapa bakal menjadi juara setelah masing-masing menonjolkan potensi yang ada pada diri mereka.
Siapa sangka, persahabatan di antara dua jelitawan tersebut kekal hingga ke hari ini.
Bercakap kepada REMAJA sewaktu dihubungi, Syamim Farid mengimbas semula momen di mana Raysha yang mesra disapa sebagai Dada dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan rapatnya bergelar bridesmaid beliau satu masa dahulu.
Syamim merupakan di antara bekas finalis Dewi Remaja 2014/15 yang terawal menamatkan zaman bujang sebaik sahaja pencarian melabuhkan tirai pada tahun 2015; dan semalam, tiba giliran Raysha pula yang melangkah ke jenjang pelamin.
“Tak sangka pula, semalam saya jadi sebak apabila menyaksikan dia melangkah masuk ke dalam dewan menuju ke pelamin. Saya tahu Raysha dan Nabil sudahpun bersama lebih dari 10 tahun. Sejak saling mengenali di Dewi Remaja, dia sudahpun saya anggap sebagai adik saya; apatah lagi dialah finalis paling muda pada waktu itu. Lepas tamatkan persekolahan, Raysha terus masuk dan menang!
“7 tahun lalu lepas Dewi Remaja, Raysha pernah menjadi bridesmaid saya. Siapa sangka sekarang, saya pula yang membalas budi sebagai bridesmaid-nya.
“(Kami) sama-sama membesar dalam industri ini, sama-sama belajar, sama-sama lihat perkembangan masing-masing dari permulaan hingga sekarang. Untuk mengimbas semula sekarang pun akan buatkan saya jadi sebak.
“Semalam, saya memang tidak dapat menahan rasa sebak. Mengalir jugalah air mata melihat dia berjalan masuk sambil diiringi ayahnya,” kongsi Syamim sewaktu dihubungi REMAJA.
Raysha RizroseSyamim Farid
From Dewi Sisters to Sisters For Life
Biarpun saling bersaing secara sihat bagi merebut gelaran Dewi Remaja, bagi Syamim perkara tersebut tidak terjadi apabila dirinya berdiri di kedudukan Top 2 bersama Raysha.
Sebaliknya, beliau masih ingat merasa gembira apabila nama Raysha Rizrose diumumkan sebagai Dewi Remaja 2014/15 kerana tahu betapa besarnya potensi yang ada pada sahabatnya itu.
Kini setelah masing-masing sudahpun berumah tangga, Syamim berharap agar perkahwinan yang dibina oleh Raysha dan Nabil akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Alhamdulillah, kalian berdua sudah bergelar suami-isteri. Saya amat gembira untuk kalian, jodoh memang tidak akan ke mana. Saya doakan kasih sayang yang tercipta ini akan berterusan hingga ke syurga nanti.
“Nikmati kehidupan berumah tangga. Walaupun akan ada pasang surutnya, usahlah mengambil perhubungan kalian dengan terlalu serius.
“Tiada salahnya untuk berseronok, untuk kadangkala bersifat kebudak-budakkan dengan pasangan. Sekali lagi, selamat pengantin baharu,” ucap yang tampak jelita semalam dalam persalinan berona kuning cair.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lebih kurang empat tahun pencarian Hero Remaja 2017 berakhir, barisan finalis masing-masing memilih hala tuju mereka sendiri, ada yang bergelar pelakon, ada yang berniaga, malah ada yang meneruskan kerjaya mereka sebelum ini.
Bagi Aziq Mukhriz yang tersingkir di episod ketiga, perjalanan karier lakonannya boleh dikatakan agak perlahan kerana sebelum ini dia lebih banyak meluangkan masa untuk fokus menghabiskan pelajaran terlebih dahulu.
Nasib tidak begitu menyebelahinya apabila remaja berusia 22 tahun ini menamatkan pelajarannya di waktu pandemik dan selama setahun juga dia tidak dapat melakukan pekerjaan tetap ekoran situasi COVID-19.
“Saya habis praktikal pada musim PKP dan waktu itu tidak banyak yang saya boleh lakukan, lebih-lebih lagi untuk masuk dalam industri lakonan. Jadi, saya banyak luangkan masa untuk menjadi sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV) dan sebelum itu sempatlah juga saya muncul sebagai pelakon extra dalam drama Project Anchor SPM,” luah Aziq.
Namun, sudah menjadi rezeki kerana kini Aziq bakal beraksi di kaca televisyen dengan membawa watak besar dalam drama Gila-Gila Cinta.
“Alhamdulillah, ini merupakan drama pertama yang Aziq dapat membawakan watak besar dalam sebuah drama. Aziq melakonkan watak sebagai Ben, seorang playboy kaya yang mempunyai perniagaannya sendiri dan ingin dijodohkan dengan pilihan ibunya. Konflik berlaku selepas Ben mula bertemu semula dengan bekas kekasihnya dan wanita pilihan ibunya juga berjumpa kembali dengan lelaki yang pernah dicintainya sebelum ini,”
“Cabaran untuk berlakon drama ini sememangnya ada kerana watak Ben mempunyai beberapa karakter berbeza bergantung dengan individu disekelilingnya. Kalau ikutkan, saya seperti membawa empat watak berlainan dalam drama ini. Namun, semuanya berjalan lancar kerana saya telah mendapat bimbingan daripada pengarah, Abang Pian yang banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang berada di set lokasi penggambaran,” jelasnya lagi.
So guys, jangan lupa untuk menonton drama Gila-Gila Cinta yang akan mula ditayangkan pada malam ini pukul 9 malam di slot Lestary TV3 setiap hari Rabu hingga Sabtu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!