Percintaan jangka masa panjang yang terjalin di antara Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose dan pelumba Formula 2 negara, Nabil Jeffri akhirnya membawa ke jenjang pelamin pada malam ini.
Bertempat di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, Raysha selamat bergelar isteri kepada Nabil dengan sekali lafaz di hadapan jurunikah yang juga bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad sambil disaksikan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi.
Pada majlis akad nikah yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang tetamu itu, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM2,222 bersama tujuh dulang hantaran & ia dibalas dengan jumlah dulang hantaran sama oleh pihak pengantin perempuan.
Ads
Begitupun, nilai wang hantaran tidak didedahkan atas permintaan keluarga.
Raysha cantik mengenakan busana rekaan Teh Firdaus, wajahnya dirias oleh Syed Faizal Syed Noh manakala rambut hasil dandanan CKay Liow.
Ads
Terdahulu, REMAJA telah melaporkan mengenai majlis pertunangan yang diadakan pada 22 Disember, tahun lalu secara tertutup. Namun ia hanya didedahkan menerusi hantaran di media sosial bersempena tarikh Hari Kekasih, 14 Februari 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mengakhiri zaman bujang merupakan satu detik yang dinanti buat semua pasangan yang ingin berkahwin. Namun, kita hanya merancang, sebaliknya Tuhan yang menentukan segalanya.
Tidak semua perancangan yang diatur berakhir dengan keindahan. Seorang bakal pengatin dari Singapura, yang dikenali sebagai Shasha telah mendapat perhatian netizen apabila momen yang ditunggu untuk meraikan perkahwinan bersama pasangan bertukar menjadi ‘mimpi buruk’ kerana tiga minggu sebelum majlis, tunangnya membatalkan perkahwinan.
Segala persiapan majlis seperti urusan katering, bunga dan pakaian telah pun siap dan hal ini menambah lagi tekanan buat bakal pengantin perempuan.
Seiring berjalan waktu pengantin lelaki dan keluarga tidak langsung menghubunginya untuk membincangkan situasi yang terjadi kepada mereka, gadis itu memutuskan untuk meneruskan sesi photoshoot secara berseorangan kerana tempahan fotografi dan gaun pengantin semuanya telah dibuat.
sg menjadi viral dan mendapat lebih daripada 1.7 ribu perkongsian di laman Facebook. Shasha dilihat sebagai seorang yang positif dan kuat kerana ingin meneruskan penggambaran walaupun tanpa pengantin lelaki.
Ramai yang turut memberikan kata-kata semangat buat gadis Singapura ini.
Kami turut mendoakan agar Shasha terus kuat dan bertemu dengan pasangan yang lebih baik nanti.
Penyertaan wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik Miss Universe semakin diperkatakan saban tahun. Bukan hanya kredibiliti wakil negara yang menjadi simbol kepada kekuatan dan kegigihan wanita menjadi tumpuan.
Malahan, ramai juga akan tertarik dengan kreativiti yang disuntik oleh pasukan pereka kostum nasional setiap kali negara menghantar wakil ke pertandingan tersebut.
Jika dilihat kembali kepada tahun-tahun sudah, Malaysia dengan bangganya pernah mempamerkan kostum lain daripada yang lain seperti Menara Berkembar Petronas, Nasi Lemak, Perahu Kolek dan sajian makanan Peranakan pada tahun 2019.
Penyertaan Malaysia untuk edisi 2020 kali ini tidak kurang hebatnya apabila wakil negara, Francisca Luhong James dan pereka fesyen, Carven Ong membawakan idea rumah kampung untuk ‘diangkut’ ke lokasi pertandingan di Hollywood Florida, Amerika Syarikat pada 16 Mei ini.
Kostum yang mempunyai struktur rumah kampung untuk dibawa oleh Francisca ke atas pentas itu hadir dengan dua versi berbeza di bahagian hadapan dan belakang.
Dalam majlis pratonton yang dianjurkan oleh pihak Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) semalam, Francisca dilihat ‘keluar’ dari pintu rumah kampung serba hitam dan putih dalam persalinan gaun kaftan batik.
Kaftan monokrom dengan corak Pua Kumbu bagi memberi signifikan kepada identiti Fran sendiri dari Sarawak lengkap dengan perhiasan kepala (head gear) dalam bentuk basikal tua.
Francisca kemudiannya kembali masuk ke dalam prop rumah tersebut, memusingkannya dan mempamerkan sisi berbeza rumah kampung yang kini ceria berwarna.
Persalinan Francisca turut berubah wajah menjadi busana yang lebih moden dengan perincian manik serta headgear baru yang mempamerkan Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan serta ‘anak patung’ Francisca oleh Wesley Hilton dari Borneo Doll.
Wow, meriah ya kostum nasional kali ini ya!
Bercakap mengenai konsep di sebalik kostum ini, REMAJA bertemu dengan Carven untuk mendapatkan maksud di sebalik setiap elemennya.
Kata beliau, warna hitam putih dalam versi pertama memberikan makna nostalgia mengenai kisah kita semasa zaman kanak-kanak di kampung halaman. Ia mendatangkan memori indah buat mana-mana rakyat Malaysia yang kini sudah menetap di bandar.
“Bagi versi kedua kostum ini pula, ia lengkap dengan beberapa perkara yang akan ada di mana kampung halaman seperti replika ayam, pokok kelapa, rumah kampung yang mempunyai langsung, kerawang keemasan dan tikar mengkuang yang disiapkan khas dari Kelantan.
“Pada bahagian tikar itu juga ada rambu emas yang merupakan metafora kepada bendang sawah kita yang menjadi punca rezeki serta makanan ruji rakyat Malaysia.
Bendang Sawah
Tikar Mengkuang
Bunga Raya
“Warna jingga keemasan pada kostum ini pula diinspirasikan daripada waktu senja di mana ia merupakan waktu yang nyaman dan hening – sesuatu yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata,” katanya. Jelas Carven lagi, kostum seberat 45 kilogram ini mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk disiapkan.
Penulis turut tertanya-tanya, bagaimanakah Francisca akan membawa rumah kampung ini ke Florida?!
Haa, untuk pengetahuan, Carven sudah berpengalaman menyiapkan kostum bersaiz besar bernama Peranakan Indulgence yang dipakai oleh wakil negara, Shweta Sekhon pada tahun 2019.
“Jika diteliti secara dekat, rumah kampung ini dibahagikan kepada beberapa bahagian yang boleh dilipat mengikut sistem nombor. Jadi mudah untuk Francisca memasangnya nanti di sana dengan hanya mengikut langkah-langkah yang kami telah sediakan.”
*
Apa pendapat korang?
Adakah kostum nasional ini sekali lagi akan menjadi topik perbualan sedunia di pentas Miss Universe seperti yang berlaku dua tahun lalu? Sama-samalah kita nantikan.
Sementara itu, korang boleh menunjukkan sokongan terhadap Francisca Luhong James yang mewakili negara kita ke Miss Universe 2020 dengan mengundinya bagi menempah slot ke pusingan Top 21.
Undian boleh dilakukan di aplikasi rasmi Miss Universe bermula sekarang hingga hari pertandingan kelak.
Dalam pada itu, majlis pratonton semalam turut mengumumkan Rizman Ruzaini selaku pereka gaun rasmi untuk disarungkan Francisca. Tonton pautan video di bawah untuk melihat ‘walk’ Francisca dalam busana berkonsepkan Puteri Sejinjang ini.
Siapa sangka Tun Dr Mahathir Mohamad,97, menerima kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang berlangsung semalam. Bertanding di parlimen Langkawi, Mahathir telah dikalahkan oleh Mohd Suhaimi Abdullah dari Bersatu yang meraih sebanyak 25,463 undi.
Namun tahukah anda kekalahan bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh ini bukanlah yang pertama. Beliau pernah dikalahkan pada PRU tahun 1969 di parlimen Kota Setar.
Ketika itu kerusi tersebut telah dimenangi oleh ahli politik popular Yusof Rawa atau nama sebenarnya Yusof bin Abdullah yang mewakili Pan-Malaysian Islamic Party atau kini dikenali sebagai Pasti Islam Se-Malaysia (PAS). Dalam persaingan sengit kira-kira 53 tahun lalu itu, Yusof Rawa menang dengan majoriti 989 undi.
Allahyarham Yusof Rawa
Kekalahan yang dihadapi oleh Mahathir sedikit mengejutkan kerana beliau sekadar berada di kedudukan keempat dari keseluruhan lima calong bertanding. Lebih malang, beliau juga hilang wang deposit.
Pelbagai faktor yang menyumbang kekalahan mantan Perdana Menteri yang digelar Bapa Pemodenan Malaysia ini. Salah satunya adalah tsunami penyokong Perikatan Nasional selain satu faktor lagi mungkin terletak pada usia beliau yang sudah dilihat terlalu tua untuk menjalankan tugas sebagai ahli parlimen.
Walaupun begitu, jasa dan keringat yang dicurahkan sepanjang bergelar ahli politik dan Perdana Menteri harus dihargai dan diingati. Terbinanya Malaysia yang moden hari ini adalah antara usaha pintarnya suatu ketika dahulu memacu negara ke arah yang lebih baik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon veteran, Jalil Hamid yang dilaporkan meninggal dunia ketika sedang tidur.
Menurut makluman ahli keluarga terdekat, Allahyarham...