Menjelang aksi Merseyside Derby Ahad ini, Everton besar kemungkinan adalah pasukan Liga Perdana (EPL) yang paling dihambat rasa kecewa, pada waktu ini.
Ia susulan kekalahan 0-4 skuad kendalian David Moyes itu kepada Brentford apabila mereka bergelut dengan hanya 10 orang pemain; sekali gus menyaksikan Brentford melonjak ke kelompok enam teratas Liga Perdana.
Jelas, Everton tidak boleh menuding jari ke arah sesiapa kecuali diri mereka sendiri (although we are looking directly at you Mr Captain, James Tarkowski).
Tekanan yang dirasai ini amat dirasai Everton memandangkan mereka gagal memanfaatkan peluang untuk memperbaiki kedudukan ke tangga kelima liga.
New week, new chapter? Mungkin sekali.
Begitupun, Everton mempunyai tugas sukar apabila mereka akan berhadapan aksi derbi ikonik Merseyside menentang seteru tetangga, Liverpool, Ahad ini.
James Tarkowski.
Tanpa kelibat kapten mereka, Tarkowski yang dilayangkan kad merah, situasi Everton jujurnya agak tempang buat masa ini.
Sekiranya para pemain terus membenarkan kekalahan pada malam Isnin terus membelungu minda, tidak mustahil mereka sekali lagi akan berdepan kekalahan; kali ini di tangan Liverpool.
Tambahan pula, Liverpool baru sahaja meraikan kejayaan cemerlang membenam Manchester United pada hujung minggu lalu dengan keputusan 4-0.
Ads
Namun, jika Everton mampu untuk bangkit semula dan menjadikan situasi semasa sebagai satu motivasi, mungkin sekali Everton akan mencipta magis di laman sendiri Ahad ini.
Lagipun, Merseyside Derby bukanlah sekadar perlawanan untuk merebut tiga mata. Soal maruah dan hak untuk berbangga sebagai penyokong pasukan masing-masing juga menjadikan pertembungan ini cukup istimewa.
Merseyside Derby: Prestasi Semasa Menyebelahi Liverpool
Berdasarkan kepada prestasi semasa yang ditunjukkan oleh Liverpool, they certainly have the upper hand pada kedudukan keempat terbaik dalam Liga Perdana. Cuma, tahap stamina pemain Liverpool menjadi persoalan memandangkan mereka bakal menentang Club Brugge FC untuk saingan Liga Juara-Juara UEFA pada malam Rabu (waktu tempatan).
Harus diingat juga, Everton mempunyai kelebihan sokongan peminat di dalam stadium untuk terus menjadikan perlawanan kompetitif sehingga ke saat penamat. Oleh itu, jika ditanyakan kepada kami, mungkin sekali keputusan seri bakal berlaku pada perlawanan Merseyside kali ini.
Ads
Itulah antara tarikan Merseyside Derby. Biarpun prestasi semasa memihak kepada salah satu pasukan, keputusan di atas padang belum tentu mengikut jangkaan ramai. Satu gol sahaja sudah cukup untuk mengubah keseluruhan rentak perlawanan.
Jom Lepak Mamak Bersama Ubermen Astro BizOne Watch Party
Bertempat di Restoran Ali Maju, Ukay Perdana dekat Ampang, Astro BizOne bersama-sama Ubermen sekali lagi ingin mengajak korang semua untuk turut serta dlam kehangatan perlawanan antara Everton dan Liverpool.
Bayangkan satu meja penuh dengan penyokong Liverpool manakala meja sebelah pula gamat dengan sorakan Penyokong Everton. Tunggu sajalah detik di mana salah satu pasukan menjaringkan gol, memang riuhlah satu kedai jawapannya!
Ads
Bermula dari jam 8 malam (jadual sepak mula), suasana restoran yang santai menjadikan Restoran Ali Maju di Ukay Perdana sebagai ‘port’ ideal bagi meraikan peminat bola sepak yang datang beramai-ramai. Nak makan sambil tengok bola boleh, nak berdebat pasal keputusan pengadil pun boleh. Just let your emotions run wild!
Dengan pilihan makanan pada harga yang mesra poket, korang juga boleh datang mulai 7 malam bersama rakan-rakan lain sambil menunggu sepak mula. Pastikan korang menjadi 200 pelanggan terawal yang hadir dan korang berpeluang mendapat makanan percuma serta hadiah menarik daripada penganjur.
Raikan 30 Tahun Astro Bersama-Sama
Astro BizOne Watch Party kali ini turut menjadi sebahagian daripada kemeriahan sambutan ulang tahun ke-30 Astro, meraikan perjalanan tiga dekad Astro bersama rakyat Malaysia menerusi hiburan dan sukan.
Menerusi Astro BizOne Watch Party ini, peminat bola sepak berpeluang untuk berkumpul, bersorak dan menikmati debaran perlawanan secara ‘live’ dalam suasana komuniti yang lebih meriah.
Pakai jersi pasukan pilihan, ajak satu geng dan jom lepak mamak bersama Ubermen! Tentunya, malam Ahad ini akan dipenuhi dengan sorakan sedikit friendly banter sesama penyokong dan pesta gol mungkin sekali akan terjadi. Kita jumpa di Astro BizOne Watch Party!
Tak dapat hadir ke Astro BizOne Watch Party kali ini? Jangan risau! Korang masih boleh menyaksikan perlawanan ini secara LIVE di outlet berdekatan. Semak lokasi pilihan korang di https://watchlive.astro.com.my. Untuk makluman lanjut mengenai Astro BizOne Rewards, jom layari ke biz.astro.com.my/bizone-rewards.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Adakah sejarah teknologi perfileman akan berkembang dengan penghasilan karya Tom Cruise ini?
Baru-baru ini, Ketua Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) memberitahu mereka akan bekerjasama dengan Tom Cruise bagi penghasilan filem mengenai Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Malah jurucakap NASA mengesahkan bahawa Tom Cruise akan dihantar ke angkasa lepas dan berada di stesen makmal yang bernilai ratusan bilion dolar yang akan mengelilingi orbit sekitar 250 batu di atas bumi.
NASA is excited to work with @TomCruise on a film aboard the @Space_Station! We need popular media to inspire a new generation of engineers and scientists to make @NASA’s ambitious plans a reality. pic.twitter.com/CaPwfXtfUv
Filem ini dikatakan adalah filem aksi pengembaraan dan bukannya filem Mission Impossible baharu. Lebih menarik, wakil NASA turut telah mengesahkan penglibatan Tom Cruise ini yang mungkin sekali akan melakukan penggambaran di Space Station. Bukannya dengan CGI atau animasi okay!
Bagaimana filem ini akan dihasilkan juga tidak diketahui. Menurut laporan The Verge, NASA akan membuat kenyataan pada masa yang sesuai akan datang. SpaceX turut pernah mengumumkan yang empat individu akan menaiki kapal angkasa Crew Dragon untuk mengelilingi bumi pada sekitar hujung tahun 2021 atau awal tahun 2022. Mungkin Tom Cruise adalah salah seorang daripadanya?
Apa-apa pun sama-sama kita nantika. Tak sabar pula rasanya nak tengok filem ni nanti, betul-betul idea think out of box ni.
SUMBER RUJUKAN: THE VERGE
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengambilan vaksin dilihat sebagai salah satu langkah untuk mengekang penularan virus tersebut sekaligus mampu menurunkan tahap jangkitan dalam kalangan masyarakat.
Dan menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, setakat semalam jumlah pemberian vaksin COVID-19 kini melebihi 15K dos suntikan di seluruh negara
Dan semalam juga pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin terhadap remaja dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera.
Foto: Public Health
Perkara itu disahkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF).Namun, perlu diingatkan ada peringkat permulaan, hanya pelajar yang lahir pada 2003 dan akan menyambung pelajaran ke luar negara diberikan keutamaan.
INI CARA DAFTAR VAKSIN 12 TAHUN KE ATAS DI MYSEJAHTERA
Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran vaksin bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas di aplikasi MySejahtera.
1.Buka aplikasi MySejahtera.
2.Tekan butang COVID19 Vaccination.
3.Tekan menu Add Vaccine Dependent.
4.Tekan pada nama anak / tanggungan yang ingin didaftarkan vaksin COVID19.
5.Tekan butang Proceed.
6.Sahkan maklumat nama dan nombor IC yang dipaparkan dengan menandakan tick pada pengesahan.
7.Selesai. Kini telah didaftarkan.
Sumber: Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, media tempatan dikejutkan dengan berita pencalonan Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia. Pencalonan ini mencetuskan pelbagai reaksi yang kebanyakannya negatif termasuk daripada tokoh politik muda, pemimpin parti dan juga bekas menteri.
Persoalannya, siapa sebenarnya Nick Adams, dan kenapa ramai pihak di Malaysia membantah kehadirannya?
Kenapa Isu Ini Penting Untuk Kita Faham
Walaupun topik diplomasi antarabangsa nampak “jauh” daripada kehidupan seharian remaja, hakikatnya ia tetap memberi kesan kepada imej negara kita di mata dunia. Seorang duta bukan sekadar pelawat rasmi, tetapi menjadi wajah kepada dasar dan nilai negara yang diwakilinya.
Jika seseorang duta dilihat ekstrem, rasis atau tidak menghormati nilai sejagat kesannya bukan hanya kepada hubungan politik, tetapi juga kepada persepsi global terhadap rakyat Malaysia secara umum.
Siapa Nick Adams?
Nick Adams ialah seorang penulis dan tokoh konservatif berprofil tinggi di Amerika Syarikat. Dilahirkan di Australia, beliau berhijrah ke AS dan memperoleh kerakyatan melalui visa “Einstein” khas untuk individu luar biasa dalam bidang masing-masing.
Adams juga merupakan pengasas organisasi Foundation for Liberty and American Greatness (FLAG) yang memberi tumpuan kepada pendidikan sivik dan patriotisme ala-Amerika. Namun, ramai yang mengenalinya kerana sikap vokal menyokong bekas Presiden Donald Trump, serta pandangan ekstrem berhaluan kanan di media sosial.
Beliau juga menyifatkan dirinya sebagai seorang ‘Alpha Male’ simbol kepada maskuliniti dominan dan konservatisme keras.
Kenapa Ramai Tolak Pencalonan Nick Adams?
Pendirian Politik Ekstrem & Rasis Adams sering melontarkan kenyataan yang dianggap rasis, Islamofobik dan menyokong penindasan terhadap rakyat Palestin. Beliau juga mengaku menekan sebuah restoran untuk memecat pelayan wanita hanya kerana memakai pin ‘Free Palestine’.
Bukan Diplomat Profesional Menurut Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda AMANAH, Mus’ab Muzahar, Adams hanyalah “propagandis ekstrem kanan” yang menyebar politik kebencian — bukan seorang negarawan yang sesuai menjadi jambatan hubungan diplomatik.
Melanggar Prinsip Malaysia Sebagai Negara Berdaulat & Majmuk Pemilihan Adams bertentangan dengan nilai perpaduan, solidariti dan kesederhanaan yang menjadi teras hubungan dua hala Malaysia-AS selama ini.
Artikel 4 Konvensyen Vienna: Malaysia Berhak Tolak
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai hak untuk menolak mana-mana calon duta yang dikemukakan oleh negara asing, selaras dengan Artikel 4 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik.
Mr. President, thank you for the honor of a lifetime. In your America, all dreams come true. It will be my honor to represent the United States of America in Malaysia.
To the esteemed Members of the Senate Foreign Relations Committee, I look forward to a confirmation process… pic.twitter.com/SRyTEnCpwS
Menurut beliau, pelantikan Adams kini berada di bawah pertimbangan Wisma Putra, dan kerajaan boleh menolak pencalonan itu tanpa perlu memberikan sebarang alasan rasmi.
Apa Kata Sayap-Sayap Politik Muda?
Pemuda PAS Selangor melalui Mohamed Sukri Omar menggesa kerajaan menolak pencalonan ini kerana ia membawa “agenda toksik”.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula akan menghantar memorandum rasmi kepada Kedutaan AS, mendesak calon lain yang lebih bersesuaian dan berwibawa.
Semua pihak menyatakan bahawa penolakan ini bukan bersifat anti-AS, tetapi satu mesej bahawa Malaysia menghormati prinsip diplomasi yang adil dan beretika.
Nick Adams mungkin calon pilihan Donald Trump. Tapi rakyat Malaysia berhak menentukan siapa yang boleh dan tak boleh masuk ke rumah kita sebagai wakil negara luar. Jika nilai yang dibawa tidak sejajar dengan perpaduan dan keamanan, maka bantahan adalah wajar bukan kerana benci, tetapi kerana prinsip.
Kesibukan menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar dalam bidang teknikal bukan penghalang untuk seseorang mendalami ilmu agama. Malah, dengan disiplin dan pengurusan masa yang baik,...