Tragedi menimpa lima remaja yang mencari wang saku ketika musim cuti sekolah seharusnya menjadi iktibar buat para majikan.
Biarpun mereka hanyalah remaja yang mahu mencari duit tambahan tapi apabila dimaklumkan bahawa premis perniagaan di Taman Perindustrian Maju, Jelapang, Ipoh ini tiada lesen menyimpan bahan letupan, ia seharusnya menjadi iktibar bagi semua pihak.
Benar, ajal maut di tangan Allah taala tetapi apa yang terjadi juga harus diberi perhatian serius kerana keluarga yang kehilangan anak pastinya akan merasai trauma dan kesedihan berpanjangan.
Sesuatu yang mengejutkan, dalam satu sidang akhbar semalam, polis mengesahkan kebakaran sebuah premis di kawasan perindustrian Jelapang Maju adalah berpunca daripada bahan letupan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata siasatan polis kini menjurus kepada kaitan unsur jenayah iaitu bunuh tanpa niat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, ia berdasarkan serpihan bahan letupan iaitu mercun yang ditemui bertaburan di hadapan premis sebaik letupan berlaku.
Menurutnya, letupan berkenaan menyebabkan enam mangsa yang terperangkap itu ditemui dengan kesan terbakar dan lecur yang teruk.
“Ada enam lelaki ditemui meninggal dunia di tingkat satu bangunan ini, namun identiti masing-masing belum dapat dikenal pasti sama ada pemilik atau pekerja kerana semuanya rentung menunjukkan kesan letupan yang agak kuat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Ads
Letupan kuat ini boleh kedengaran sejauh 150 meter diikuti percikan seperti umpama pertunjukan bunga api
Beliau berkata, siasatan polis kini menjurus kepada kaitan unsur jenayah iaitu bunuh tanpa niat.
“Berdasarkan semakan rekod, premis yang beroperasi lebih 10 tahun ini tidak mempunyai lesen untuk menyimpan bahan letupan.
“Yang dilesenkan hanyalah premis bersebelahan, namun kita tidak pasti sama ada kedua-dua premis ini ada kaitan atau dimiliki pemilik yang sama,” katanya.
Mohammad Nor Ikram (dua, kiri) dan Mohd Ekmal (dua, kanan) terkorban dalam kejadian kebakaran semalam
Yahya berkata, pihaknya akan mengambil keterangan seorang saksi dipercayai pekerja syarikat itu yang ketika kejadian berada di luar premis.
Ads
“Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu cuai hingga menyebabkan kematian,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Sayani Saidon berkata, kesemua mangsa ditemui di tingkat satu bangunan itu dalam keadaan bergelimpangan di tiga lokasi berasingan.
“Dua ditemui berhampiran tangga dipercayai cuba menyelamatkan diri, dua di dalam bilik air dan dua lagi mangsa di ruang bilik kerja,” katanya.
Menurutnya, letupan-letupan kecil masih berlaku ketika operasi menyelamat dijalankan sebaik menerima panggilan pada jam 1.55 petang.
“Sebaik tiba, kebakaran telah merebak hingga 70 peratus, pemadaman mengambil masa apabila ada ‘fire load’ yang tinggi.
“Operasi dijalankan 20 pegawai bersama 18 anggota dari Balai Bomba Meru Raya dibantu Balai Ipoh dan Pasukan Bomba Sukarela Pekan Bharu berjaya mengawal kebakaran daripada merebak,” katanya.
Sayani berkata, hasil pemeriksaan di bahagian atas bangunan itu mendapati, terdapat banyak sisa bahan letupan.
Sumber :- SINAR HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes buli dalam kalangan pelajar merupakan isu serius yang patut diambil perhatian. Kelakuan membuli ini sebenarnya meninggalkan kesan kepada mangsa buli seperti trauma dan paling sadis ia mampu meragut nyawa.
Terbaharu, seorang pelajar lelaki di sebuah maahad tahfiz di Lanchang, Temerloh meninggal dunia dipercayai dipukul rakan.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 tengah hari, semalam. Mangsa, Muhammad Aimin Nurul Amin berusia tujuh tahun ditemui dalam keadaan lemah oleh warden wanita sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk terima rawatan.
Ditemukan dalam keadaan lemah
Menurut Astro Awani, maklumat awal menyatakan mangsa ditemui dalam keadaan lemah oleh warden wanita pusat tahfiz itu, yang kemudiannya membawa mangsa ke klinik kesihatan tersebut.
“Mangsa difahamkan baru belajar di situ sejak pertengahan Oktober lepas, bersama-sama dengan abang tirinya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Pelajar Tahfiz Maut Dipercayai Dibelasah RakanSeorang pelajar pusat tahfiz di Kampung Kuala Kuang, Lanchang, Temerloh, Pahang berusia tujuh tahun maut dipercayai dibelasah rakan.Mangsa Muhammad Aimin Nurul Amin, ditemui dalam keadaan lemah kira-kira jam dua petang semalam di asrama dan dikejarkan ke Klinik Lanchang untuk rawatan. Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik pada jam 2.54 petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, tiga pelajar pusat tahfiz terbabit berusia 13 tahun ditahan untuk membantu siasatan. Siasatan awal polis juga mendapati, pusat tahfiz terbabit dibuka awal tahun ini dan dikatakan tidak berdaftar.Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh untuk dibedah siasat pagi ini.#BuletinTV3
Posted by Buletin TV3 on Thursday, 7 November 2019
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan berkata mangsa disahkan meninggal dunia pada 1 tengah hari, semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lanchang.
Katanya, polis kini menahan tiga remaja berusia 13 tahun yang juga pelajar di pusat tahfiz itu bagi membantu siasatan kematian mangsa.
Othman berkata siasatan awal mendapati pusat tahfiz yang beroperasi di sebuah rumah batu mula mengambil pelajar sejak awal tahun ini, dan buat masa ini mempunyai empat pelajar termasuk mangsa.
Pusat tahfiz itu dikendalikan oleh pasangan suami isteri, dengan tenaga pengajarnya ialah suami kepada warden tersebut.
Othman berkata bedah siasat ke atas mangsa akan dilakukan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh hari ini, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Netizen Turut Turut Luah Perasaan
Rata-rasa netizen merasa kesal dan geram dengan apa yang berlaku pada kanak-kanak malang ini.
So apa pendapat korang cara terbaik menangani isu buli dikalangan pelajar ni?
Sumber : Astro Awani, Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah jadi macam tradisi bila tiba bulan Ramadan, ramai di antara kita yang tidak melepaskan peluang untuk bermain mercun dan bunga api. Namun begitu, segelintir masyarakat mengundang bahaya apabila ada yang berani bermain meriam.
Tiga remaja yang berusia antara 19 dan 22 tahun telah diberkas ketika sedang bermain meriam karbaid ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Gajah.
Kredit foto: PDRM
Menurut Astro Awani, hasil maklumat pasukan Task Force COVID-19 yang membuat rondaan, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak telah pergi ke lokasi tepi padang astaka Desa KPMP kira-kira jam 10.30 malam semalam dan mendapati tiga orang lelaki sedang bermain meriam karbaid di kawasan padang awam.
Difahamkan, suspek juga tidak dapat memberikan alasan yang kukuh dan munasabah apabila ditanya sebab serta tujuan mereka berada di padang tersebut.
Hasil siasatan awal mendapati mereka telah bermain meriam karbaid dari jam 9 malam dan telah melepaskan empat das tembakan sebelum ditahan.
Antara barangan yang dirampas ialah paip PVC yang telah diubah suai, paip simen yang telah diubah suai, kayu pencucuh, kayu yang telah diubah suai bersambung mangkuk keluli di hujungnya dan bekas plastik mengandungi serbuk warna putih disyaki karbaid.
Kredit foto: PDRM
Turut dirampas, bekas plastik berisi cecair berwarna kuning disyaki diesel dan guni plastik yang digunakan untuk menutup lubang meriam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.
Pihak polis memberi amaran keras dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang menjual atau pun bermain mercun dan meriam karbaid.
Korang juga boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya ada maklumat mengenai penjual mercun atau mereka yang bermain meriam.
Mendapat pointer 4.0 dalam ujian semester khususnya dalam kos undang-undang dan perniagaan bukanlah mudah. Tapi kejayaan gadis ini berjaya capai PNG 4.00 sepanjang 7 semester memang patut menjadi inspirasi buat semua remaja di luar sana.
Sejak semalam viral video seorang gadis menerima Anugerah Pelajaran Diraja kerana memperolehi PMK 3.99 (4flat) dalam keputusan akhir pengajiannya. Jika merasa sekali pun sudah cukup membahagiakan apatah lagi jika ianya berjaya dicapai beberapa kali sepanjang tahun pengajian.
Pointer 4.00. Wow!
Video yang asalnya tular di Twitter itu telah mengejutkan ramai pihak berikutan kebijaksanannya sehingga bergelar pelajar terbaik. Mendapat PNG (Purata Nilaian Gred) 4.00 adalah impian semua yang bergelar pelajar terutamanya dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi kerana ianya adalah pencapaian yang paling tinggi,
Seorang graduan jurusan Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan di Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya mencipta rekod apabila mencapai keputusan PNG 4.00 selama tujuh semester sehingga menyebabkan beliau menerima Anugerah Pelajaran Diraja – Pingat Jaya Cemerlang di Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia yang ke-32.
Neelofa Turut Ucap Tahniah & Bangga
Menariknya Dewi Remaja 2009/2010 Neelofa, turut mengucapkan tahniah dan berharap dapat memberikan hadiah kepada graduan tersebut kerana benar-benar memberi inspirasi kepada semua.
Menamatkan pengajian dengan PNGK 3.99, Nur Athirah Rushami Zien merupakan anak kelahiran Alor Star, Kedah dan bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum sebagai Setiausaha Kehormat Persatuan Falsafah, Undang-Undang dan Pengajian (THINKERS).
Aktif Ko-k Bukan Alasan Tidak Boleh Berjaya
Dengan keputusan yang cemerlang, graduan berusia 23 tahun ini telah terpilih sebagai Penerima Biasiswa Majlis Raja-Raja semasa di tahun kedua dan aktif menyertai pelbagai aktiviti di peringkat universiti, nasional dan antarabangsa seperti wacana ilmiah, delegasi ke universiti-universiti tempatan dan antarabangsa serta pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
Jika ditanya apa rahsianya, Nur Athirah memberitahu beliau tidak mempunyai resipi rahsia tetapi hanya sentiasa memberikan fokus semasa berada di dalam kelas.
Ikon Belia Dan Anak Muda
Dah la cantik, bijak pula tu. Semoga kejayaannya mampu memberikan inspirasi kepada semua mahasiswa/i serta pelajar-pelajar untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.
Sumber : Twitter / Facebook
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!