Kelantan kehilangan seorang lagi anak kelahiran Kota Bharu yang banyak menabur bakti kepada masyarakat apabila Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamarudin dilaporkan meninggal dunia ketika menjalankan tugas sebagai doktor udara (FDS) di pedalaman Sarawak.
Pemergian Allahyarham yang sedang melaksanakan amanah membawa khidmat perubatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman itu ternyata meninggalkan kesan mendalam, khususnya buat keluarga serta negeri kelahirannya.
Dedikasi Demi Masyarakat Pedalaman
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat negeri tersebut.
Menurut beliau, Allahyarham telah memilih untuk mencurahkan ilmu dan kepakaran perubatannya jauh dari tanah kelahiran demi membantu mereka yang memerlukan.
“Allahyarham telah mengabdikan ilmu dan khidmatnya jauh di pedalaman demi kemanusiaan. Pemergiannya meninggalkan kehilangan buat Kelantan, yang kehilangan seorang anak yang telah menabur bakti jauh dari tanah kelahirannya.
Ads
“Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa terlibat. Semoga Allah SWT merahmati Allahyarham, menerima segala khidmat baktinya sebagai amal soleh dan menempatkannya bersama para solihin. Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran di laman Facebook malam tadi.
Helikopter Terhempas Ketika Operasi FDS
Dalam kejadian yang berlaku semalam, sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak.
Lokasi kejadian tersebut berada kira-kira 929 kilometer dari Kuching.
Ads
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataannya memaklumkan bahawa helikopter terbabit sedang menjalankan operasi FDS ketika kejadian berlaku.
Operasi doktor udara berkenaan merupakan antara perkhidmatan penting dalam menyampaikan rawatan kepada masyarakat yang tinggal jauh di kawasan pedalaman.
Lima Individu Disahkan Meninggal Dunia
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dilaporkan berkata helikopter berkenaan berlepas dari Miri dan dikendalikan oleh seorang juruterbang.
Selain juruterbang, penerbangan tersebut turut membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) serta dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi.
Dalam pada itu, Residen Bahagian Miri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Galong Luang, ketika dihubungi mengesahkan kesemua lima individu yang berada di dalam helikopter berkenaan meninggal dunia.
Nahas tersebut dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.40 petang semalam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Ice Bucket Challenge yang pernah menjadi fenomena pada tahun 2014 kembali hangat semula di Korea Selatan, bahkan turut disertai meriah oleh ramai selebriti popular.
Cabaran Ice Bucket tersebut berfungsi sebagai kempen derma sambungan yang bertujuan untuk membantu dan membina hospital buat pesakit sklerosis lateral amiotrofik (ALS), juga dikenali sebagai penyakit Lou Gehrig.
Cabaran ini mula diterajui oleh anggota Jinusean, Sean yang dikenali dengan sifat dermawan dan bergiat aktif melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawan.
Selain itu, Sean telah menyiarkan video#IceBucketChallenge2023 di platform media sosialnya pada 10 Julai lalu.
“Sila bekerjasama dengan pembinaan Hospital Kesihatan Lou Gehrig yang pertama di Korea,” katanya.
Justeru, Sean telah mencalonkan Park Bo Gum, IU dan Jo Won Hee sebagai pencabar seterusnya.
Kemudian, diteruskan dengan mencalonkan tiga individu lain untuk menerima cabaran tersebut . Berikut adalah antara selebriti Korea yang menyertai cabaran ini:
Park Bo Gum
Kwak Dong Yeon
Lee Joo-young
Im Siwan
The Boyz Sunwoo & Q
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sungguh menginspirasikan apabila seorang remaja berusia 14 tahun, Muhammad Asri Rosli baru-baru ini menerima pingat Hang Tuah sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2024 atas keberaniannya menyelamatkan rakan yang terkena renjatan elektrik pada 2 Oktober lalu.
Menurut Asri, dia mengakui teruja, gembira dan terharu yang bercampur-baur disaat menerima anugerah tersebut serta sempat berkongsi kisah ketika kejadian tersebut berlaku.
Katanya, pada ketika kejadian itu berlaku, dia sedang bermain sepak takraw bersama rakan di sekolah mereka di Bukit Beruntung, Selangor.
“Masa saya dan rakan nak ambil bola, saya nampak dia memegang besi dalam keadaan bergetar. Saya tarik dia beberapa kali sebelum tangannya terlepas dari besi. Saya terus peluk dia dan rasa ada aliran elektrik pada badannya”
“Kemudian, saya terus bawa dia ke bilik guru pendidikan jasmani,” katanya.
Dalam pada itu, ibunya yang bekerja sebagai tukang cuci, Zuraini Harun (49) turut meluahkan rasa bangga dengan tindakan anak keenam daripada lapan beradik itu. Jelasnya, Asri dilahirkan kembar tiga dan antara ketiga-tiga mereka, anaknya itu paling banyak mengalah dan bijak.
“Apa yang dia buat (menyelamatkan rakan) amat membanggakan kami sekeluarga,” ujar Zuraini.
Bercakap mengenai penerimaan pingat anugerah berkenaan, Muhammad Asri membawa pulang wang tunai RM5,000, sijil penghargaan dan trofi.
Sementara itu, pada majlis yang sama, tujuh anugerah diumumkan merangkumi Anugerah Pingat Hang Tuah, Anugerah Khas Kanak-Kanak, Anugerah Gemilang Akademik, Anugerah Gemilang Kebudayaan dan Keseniaan, Anugerah Gemilang OKU, Anugerah Gemilang Sukan dan Anugerah Khas NGO Kanak-Kanak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biasanya, bila korang mengalami batuk, tak terus pergi klinik dan hanya dapatkan ubat di farmasi atau kedai serbaneka sebab kalau jumpa doktor pun mesti mereka beri ubat batuk yang kitab oleh dapatkan diluar.
Baru-baru ini, KKM melalui pihak Twitter @health_malaysia telah mendedahkan 14 produk mengandungi pholcodine di Malaysia di mana produk-produk ini telah dibatalkan pendaftaran.
Pihak berkuasa kawalan dadah kebangsaan telah membatalkan pendaftaran 14 produk mengandungi pholcodine di Malaysia.
Pholcodine ialah ubat batuk opioid yang bertindak terutamanya dengan menekan refleks batuk dalam sistem saraf pusat.
— Public Health Malaysia (@health_malaysia) March 23, 2023
Ubat pilihan ramai daripada jenama Difflam juaga tersenarai. Didakwa berkesan menghilangkan sakit tekak dan batuk antara yang membuatkan jenama ini menjadi pilihan.
Antara yang mengejutkan ramai adalah Difflam: Anti-Inflammatory Lozenges With Cough Suppressant juga antara yang turut tersedia. Turut disertakan bersama beberapa produk lain yang dikeluarkan oleh pihak Pharmaniaga, Sunward Pharmaceutical dan sebagainya.
Perkongsian yang dibuat pihak Public Health ini telah mengejutkan ramai sekaligus menerima pelbagai respon di kalangan netizen. Berikut merupakan respon netizen mengenai penyenaraian ubat-ubat popular di pasaran ini.
Alamak, jadi korang hati-hati bila membeli ubat batuk okay? Atau korang guna je bahan semulajadi yang selamat di rumah. Mana tahu berkesan!