Dominasi penyanyi K-pop di carta lagu hit antarabangsa diperkukuhkan dengan kejayaan single solo terbaru nyanyian ahli kumpulan BTS, Jungkook.
Menurut carta lagu Teratas Global Spotify, Jungkook yang baru sahaja menemui peminat menerusi lagu berjudul Seven dengan kolaborasi bersama Latto pada 14 Julai 2023 telah meraih sebanyak 15,995,378 juta penstriman di platform tersebut dalam masa sehari!
Jungkook sekaligus menjadi artis lelaki pertama dari mana-mana negara yang meraih jumlah penstriman sebanyak itu dalam tempoh 24 jam. Dia juga secara tidak langsung mengenepikan rekod yang pernah dicatatkan oleh Taylor Swift menerusi lagu Lavender Haze, tidak lama dahulu.
Spotify juga mengesahkan Jungkook sebagai penyanyi solo K-pop pertama yang berjaya menduduki tempat pertama pada hari pertama lagu diluncurkan dalam carta Lagu Teratas Global Spotify. Sebelum ini, rakan kumpulan BTS-nya, Jimin sekadar menduduki tempat kedua menerusi lagu solonya, Like Crazy sebelum ia naik ke tempat pertama sehari kemudian.
Ads
Hebat juga penangan lagu Seven ya!
Selain Seven, dua lagi lagu solo Jungkook yang telah diluncurkan tidak lama dahulu masih berada dalam carta Lagu Teratas Global Spotify. Still With You berada di kedudukan ke-54 manakala My You pula di tangga ke-113.
Ads
Dalam pada itu, di platform YouTube pula, video muzik bagi Seven telah meraih jumlah tonton tertinggi dalam masa 24 jam. Kegilaan para peminat BTS yang menggelar diri mereka sebagai ARMY membantu kejayaan luar biasa tersebut; disamping tarikan jelitawan, Han So Hee yang menjadi model dalam video muzik tersebut.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tren-tren yang korang masih obses dari tahun 2022 masih relevan, jangan risau. Cuma tak salah untuk kita update sedikit ruang gerobok dengan beberapa tren baharu daripada pentas fesyen musim bunga/musim panas yang bakal membuatkan korang lebih fashion forward.
Selari dengan jualan besar-besaran Lazada 12.12 All-Out Year-End Sale pada minggu hadapan, korang sudah boleh bersiap sedia untuk mendapatkan item penting bagi setiap tren fesyen yang REMAJA senarai di bawah.
Denim
Sama ada korang menyukainya atau merasa ia jelek, gaya ‘Canadian Tuxedo’ atau persalinan denim dari head-to-toe akan terus popular pada tahun 2023. Denim merupakan salah satu fabrik paling mudah untuk korang gayakan dan ia tidak pernah dimakan zaman.
Era 90-an sememangnya merupakan era paling popular dengan gaya eksperimental. Saban tahun, ada sahaja gaya 90-an yang akan dijadikan trendy semula dan kali ini, tiba masa untuk pakaian kulit. Korang tentu masih ingat gaya rock dan edgy yang diperkenalkan oleh ikon 90-an dan siri televisyennya. Apa yang perlu korang lakukan adalah menggayakan pakaian fringe, seluar kulit dan sepasang sepatu – that shows – you meant business.
Jika tahun 2022 menampakkan gaya oversized menjadi kegemaran semua orang, kini tidak lagi ya. Trend yang bakal menggantikan gaya oversized adalah kot labuh mencecah buku lali mahupun lantai. Persis sang detektif, korang bagaimanapun boleh saja menjadi kreatif dalam pemilihan warna, corak dan tidak semestinya perlu kekal dengan kot berwarna hitam sahaja.
Bersesuaian dengan musim bunga/musim panas mendatang, 2023 menampakkan trend warna-warna terang bak highlighter bagi persalinan si fesyenista. Jingga, kuning dan hijau neon cukup hangat digayakan di pentas peragaan dan korang juga boleh melakukannya.
Bukan saja kehadiran korang bakal menjadi bualan orang di sekeliling, malah ia menampakkan personaliti si pemakai yang riang, mesra dan penuh keyakinan. Lihat sahajalah kepada pempengaruh seperti Kylie Jenner yang menggemari tren ini sepenuh hati.
Menariknya, keempat-empat tren tersebut boleh direplikasi semula oleh korang pada bajet harga yang berpatutan.
Apa yang harus korang lakukan adalah merebut pakaian yang bersesuaian di Lazada 12.12 All-Out-Year-End-Sale.
Acara jualan besar-besaran dengan diskaun tidak masuk akal ini akan bermula jam 12 tengah malam pada 12 Disember 2022 hingga jam 12 tengah hari pada 14 Disember 2022.
Bukan hanya Lazada bakal menurunkan harganya, malah korang juga boleh merebut beberapa promosi menarik yang ditawarkan sepanjang tiga hari itu.
Antaranya termasuklah Lazada Bonus di mana RM8 akan dipotong bagi setiap pembelian bernilai RM80. Lagi banyak korang beli, lagi banyaklah pemotongan yang korang akan nikmati.
Selain itu, Lazada juga akan memberi penghantaran percuma tanpa mengira nilai pembelian minimum.
Haa! Jangan lupa juga menantikan beberapa slot menarik di Lazada 12.12 All-Out-Year-End-Sale bagi merebut lebih banyak promosi. Ia akan berlangsung dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi dan dari 12 tengah hari hingga 2 petang di mana pelbagai item yang dilabel sebagai LazFlash akan dijual dengan diskaun sehingga 90 peratus!
Bagi mengguna e-dompet Touch ‘n Go pula, korang akan menerima diskaun RM1 setiap kali korang membeli-belah di Lazada dalam tempoh tersebut.
So guys, lihat tren fesyen manakah yang ingin dicuba dan siap-siap penuhkan cart dengan item yang ingin korang beli pada acara di Lazada 12.12 All-Out-Year-End-Sale minggu hadapan. Tiba sahaja hari kejadian, terus ‘check out’ ya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini kita perlu turun di Stesen Kl Sentral untuk pertukaran penggunaan pengangkutan awam melibatkan sistem transit aliran ringan, Komuter, MRT dan sebagainya, sejak tiga hari lalu, pengguna tidak perlu turun di stesen tersebut sebaliknya boleh berbuat demikian di Stesen Pasar Seni.
Ini kerana sebuah jejantas pejalan kaki yang menghubungkan Stesen LRT Pasar Seni dengan Stesen KTM Kuala Lumpur telah dibuka sekaligus menyediakan kesalinghubungan langsung dan mudah untuk pengguna pengangkutan awam bertukar dari perkhidmatan tren MRT dan LRT ke KTM.
Jejantas sepanjang 102-meter telah dibina oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) selaras dengan skop kerja MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK). MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd merupakan rakan pelaksana projek dan Trans Resourced Corporation Sdn Bhd ialah kontraktor kerja tersebut.
Selain pembinaan jejantas melintasi Sungai Klang, kerja-kerja juga termasuk pengubahsuaian dan penambahbaikan kawasan ruang legar dan platform Stesen LRT Pasar Seni, dan juga kawasan pintu masuk Dayabumi di Stesen Kuala Lumpur.
Kerja pembinaan telah bermula pada April 2016 dan telah dijadualkan untuk disiapkan pada Disember 2019. Kos kerja ialah RM103.8 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Encik Abdul Yazid Kassim berkata bahawa beliau berharap jejantas baharu ini akan menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam kerana ia akan membolehkan pertukaran di antara perkhidmatan tren MRT, LRT dan KTM dengan lebih mudah dan selesa.
“Kesalinghubungan yang sempurna merupakan salah satu daripada elemen paling penting dalam pengangkutan awam kerana ia menjadikan pertukaran di antara perkhidmatan dan mod lebih mudah dan cekap. Tanpa kemudahan sedemikian, orang ramai akan hilang minat untuk menggunakan pengangkutan awam,” katanya.
Beliau berkata bahawa melihat kepada Stesen MRT Pasar Seni turut dihubungkan dengan lancar dengan Stesen LRT Pasar Seni, ketiga-tiga stesen kini akan menjadi tempat pertukaran utama untuk perkhidmatan tren MRT, LRT dan KTM.
“Jejantas juga direka bentuk untuk menyediakan integrasi tambang pada masa hadapan di antara sistem kutipan tambang LRT-MRT dan juga KTM. Kami berharap suatu hari nanti, pengguna hanya perlu berjalan kaki dari Stesen LRT ke Stesen KTM dan sebaliknya secara terus tanpa perlu melalui sebarang pintu tiket atau membeli tiket baharu,” kata beliau.
Yazid mengucapkan tahniah kepada PDP dan kontraktor yang telah berjaya menyiapkan jejantas lebih awal dari waktu yang ditetapkan dan juga pembinaan yang berkualiti. Beliau berkata bahawa pemilikan, operasi dan penyelenggaraan jejantas kini adalah di bawah Prasarana.
“Jejantas yang akan dibuka kepada penumpang seawal 6 pagi pada Jumaat, 8 November 2019,” kata Abdul Hadi Amran, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd.
Beliau berkata: “Pengguna yang keluar dari Stesen KTM Kuala Lumpur yang ingin bertukar ke LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang digalakkan untuk menggunakan jejantas pejalan kaki baru kerana ia akan memendekkan masa pertukaran mereka”.
“Selain itu, kemudahan walkalator telah dipasang di jejantas pejalan kaki untuk meningkatkan lagi pengalaman perjalanan kepada para penumpang”.
Jejantas baharu ini menghubungkan secara langsung aras ruang legar Stesen KTM Kuala Lumpur di pintu masuk Dayabumi dengan kawasan berbayar Stesen LRT Pasar Seni. Dari sini, pengguna yang ingin ke Stesen MRT Pasar Seni hanya perlu berjalan ke eskalator menghala ke bawah terus ke Stesen MRT yang bertentangan dengan jejantas baharu.
Jejantas baharu ini dilengkapi kipas dan pencahayaan yang cukup dan juga sepasang walkalator menjadikan perjalanan di antara stesen lebih mudah dan selesa. Satu set pintu tiket turut dipasang untuk memberikan akses yang lebih mudah untuk ke Stesen LRT.
Papan tanda baharu juga telah dipasang di Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen KTM Kuala Lumpur untuk membantu pengguna menuju ke destinasi mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah baru-baru ini memilih pendekatan berdiam diri apabila diasak dengan persoalan mengenai dakwaan dirinya telah bertunang selepas spekulasi bahawa beliau bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
Walau bagaimanapun, Dayang atau pemilik nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty (44) enggan mengiyakan atau menafikan khabar angin tentang terdapat sebarang tarikh istimewa ditetapkan untuk sebarang majlis perkahwinan seperti yang didakwa.
Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Sarawak turut menegaskan bahawa satu-satunya tarikh penting buat dirinya kini adalah tarikh dua persembahan eksklusif yang bakal berlangsung di Pulau Pinang pada 23 Ogos dan Menara Kuala Lumpur pada 27 September ini.
“Tarikh istimewa yang saya tahu ialah persembahan istimewa kerana saya sudah lama tidak tampil dengan album penuh,” katanya.
“Kali terakhir adalah pada tahun 2017, jadi ini sangat eksklusif,” jelasnya lagi.
Apabila ditanya sama ada beliau kini benar-benar bersedia untuk melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan peribadi, penyanyi yang terkenal menerusi lagu ‘Seandainya Masih Ada Cinta’ itu hanya memberikan respon ringkas namun penuh makna.
“Doakan yang terbaik untuk saya,” ujar Dayang.
Terdahulu, nama Dayang pernah dikaitkan dengan penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini apabila timbul spekulasi bahawa mereka telah mengikat tali pertunangan secara senyap. Namun, Hael sebelum ini sudah pun tampil menafikan dakwaan tersebut.
Sementara itu, mengulas lanjut mengenai konsert ‘Janji With Dayang’, Dayang menjelaskan bahawa beliau memilih konsep persembahan berskala sederhana yang lebih intim agar dapat berinteraksi dengan peminat secara lebih dekat dan mesra.
Pada masa yang sama, Dayang turut meluahkan rasa terharu apabila tiket untuk kedua-dua persembahan tersebut habis terjual dalam masa yang singkat, menandakan sokongan padu yang masih diterima daripada para peminat yang setia sejak awal pembabitan beliau dalam industri muzik.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.