Ramai yang tidak selesa bila badan mulai panas. Ditambah batuk dan selsema yang hadir dalam pakej yang sama.
Bagi yang bekerja, kita akan bertemu doktor untuk dapatkan ubat selain surat sijil sakit. Masalah batuk, selesema dan demam ini adakalanya melarat ke dua tiga hari. Paling kasihan jika melibatkan kanak-kanak.
Ternyata perkongsian dari Public Health Malaysia mengenai khasiat GARAM yang mana ia merupakan penawar bagi demam, batuk dan selsema buatkan terfikir-fikir tentang khasiatnya.
Garam kasar selalu digunakan dalam masakan gulai. Apa kata lepas ini beralih kegunaan sebagai agen antibiotik. Boleh juga guna garam halus
Baca perkongsian ini.
Sekiranya anda mengalami demam selsema ( demam/ batuk/ sakit tekak/ selsema), air garam merupakan antara rawatan yang berkesan dan mudah.
Ads
Bagaimana ia bertindak?
Sel tubuh akan menggunakan klorida dari garam untuk menghasilkan hypoclorus acid , iaitu cecair peluntur yang berfungsi sebagai pemusnah virus.
Untuk masalah selsema, titiskan air garam di hidung. Selain membunuh virus, ia juga berfungsi sebagai agen mencairkan mukus pekat yang menyumbat saluran pernafasan.
Ads
Bagi gejala sakit tekak dan batuk, kumur air garam 3 kali sehari untuk melegakan gejala dan merawat jangkitan.
Hasil kajian ringkas penyelidik mendapati, dengan menggunakan kaedah ini,
– jangkitan dapat sembuh lebih pantas dalam tempoh kurang 2 hari.
– risiko menyebarkan kuman kepada orang lain di kurangkan
– dapat mengelakkan dari perlu mendapatkan rawatan di klinik dan menjimatkan kos
– dapat mengelakkan penyalahgunaan antibiotik
Ads
Secara purata, seorang individu akan mengidap demam selsema 3 kali setiap tahun. Selain menyebabkan rasa tidak selesa, komplikasi serius seperti pnemonia juga boleh berlaku.
Dapatkan pemeriksaan lanjut jika masih tidak sembuh atau keadaan semakin teruk.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jelajah ‘pre-season’ Liga Perdana Inggeris kembali menghangatkan rantau Asia Tenggara dan negara-negara lain di seluruh dunia. setelah sekian lama ia tidak dapat dilangsungkan dek pandemik COVID-19.
Dilabel sebagai ‘The Match” Bangkok Century Cup’, dua kelab popular Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool dan Manchester United sedang berada dalam sebuah pertarungan epik pada malam ini di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok Thailand.
Bukan setakat aksi bola sepak yang dinanti-nantikan rakyat Thai, perlawanan tersebut turut dimeriahkan oleh bintang K-pop dari China, Jackson Wang.
Melihat kepada betapa besarnya skala acara pada malam ini, tentunya korang boleh bayangkan perasaan sang pengacara yang bertugas. Insan itu tidak lain tidak bukan ialah wakil Miss Universe Thailand 2019, ‘Fahsai’ Paweensuda Drouin.
Hujung minggu lalu, Paween ditugaskan sebagai pengacara dan jurubahasa sewaktu sidang media bersama Jackson. Jelas, jelitawan ini langsung tidak merasa kekok dengan tugasan tersebut.
Bagi yang pernah mengikuti perjalanan Paween sewaktu pertandingan Miss Universe 2019, tentunya korang tahu betapa tingginya keyakinan yang dimiliki oleh Paween.
Gadis berdarah kacukan Thai-Kanada ini mempunyai skil percakapan yang menjadi ‘igauan’ peserta lain. Apa saja yang terbit dari bibirnya mudah difahami oleh orang ramai. Personalitinya pula ibarat tarikan magnet kepada mereka yang berinteraksi dengannya. Kecantikannya.. memang tidak boleh disangkal.
Tugas yang digalas oleh Paween ini secara tidak langsung membuktikan bahawa peserta pertandingan ratu cantik sememangnya mempunyai kredibiliti dan bukan sekadar wajah ‘patung mannequin’ yang mencantikkan suasana.
Tidak mustahil selepas ini, lebih ramai bekas ratu cantik yang akan mendapat peluang sebesar ini. Harapnya, di Malaysia juga sebegitu satu hari nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baju kurung sudah menjadi warisan turun temurun negara. Tidak kira warna kulit, bangsa dan agama, segenap lapisan masyarakat telah diperkenalkan dengan baju kurung sebagai baju kebangsaan bagi kaum hawa. Rekaannya yang dibuat penuh makna memberi keselesaan kepada yang memakai sekaligus melambangkan jati diri sebagai rakyat Malaysia.
Baru-baru ini, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah tampil anggun dengan mengenakan pakaian tradisional Baju Kurung Johor ketika mengiringi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena lawatan rasmi ke Singapura.
Menariknya Baju Kurung Johor yang digayakan oleh Baginda memiliki maksud istimewa dan penuh makna tersirat. Pada hari pertama lawatan, Baginda berkenan untuk memakai Baju Kurung Johor berwarna merah putih yang menjadi tema warna bendera Singapura. Fabrik busana tersebut telah ditenun kainnya oleh Yayasan Warisan Johor.
Melengkapkan lagi penampilan, Tuanku Raja Zarith Sofiah turut mengenakan loket khas berbentuk bunga orkid Vanda Miss Joaquim yang merupakan bunga kebangsaan Singapura bersama dengan kerongsang yang dihadiahkan kepada Baginda oleh DYMM Sultan Johor.
Kerongsang tersebut berupa sebuah rekaan berasaskan Diadem DiRaja, bulan sabit, dan tujuh bintang sebagai lambang kepercayaan Islam serta kedudukan baginda selaku Permaisuri.
Bagi sesi lawatan kedua pula, Baginda berkenan mengenakan baju kurung batik rona bendera Johor. Corak baju kurung tersebut menampilkan motif rekaan bunga gambir dan lada hitam Johor bersama bunga orkid Vanda Miss Joaquim Singapura, sebagai lambang hubungan rapat antara Johor dan Singapura.
Penampilan Tuanku Zarith Sofiah yang anggun patut dicontohi kaum hawa di Malaysia dalam mengangkat tinggi busana tradisi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Masyarakat hanya membaca berita tanpa tahu tugas sebenar bagaimana wartawan mendapatkannya.
Jika dibandingkan dengan kerjaya lain, harus diketahui bukan mudah untuk wartawan mendapatkan bahan berita. Perlu lakukan penyiasatan, penyamaran dan dalam sesetengah berita perlu berada di lokasi negara terlibat biar diri terdedah kepada ancaman bahaya. Ini semua dilakukan demi memastikan berita disiarkan benar-benar menepati selera masyarakat.
Minggu ini, dunia baru meraikan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Ia satu peluang untuk meraikan kebebasan akhbar selain untuk memberi penghormatan kepada wartawan yang telah kehilangan nyawa mereka di tempat kerja. Untuk makluman, Malaysia antara negara yang mengamalkan kebebasan media.
Era dunia digital tanpa sempadan, perkembangan berita palsu semakin berleluasa. Semuanya mahu menjadi wartawan tanpa tahu etikannya. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan “kewartawanan bebas dan profesional tidak pernah menjadi lebih penting kerana akauntabiliti dan kredibiliti media yang ada dalam soalan”.
Menurut Pollup World Poll pula, persepsi masyarakat tentang kebebasan media paling tinggi terjadi di Eropah Barat dan Denmark, Norway, Finlandia, Switzerland, Belanda, Ireland dan Sweden khususnya.
Tapi di sebalik kebebasan media yang dicanangkan, kes pembunuhan wartawan yang membongkar berita khususnya kegiatan jenayah tidak terlepas menjadi mangsa ancaman kongsi gelap yang menaruh dendam.
Baru-baru ini, 10 orang telah ditangkap berhubung kes pembunuhan wartawan, Daphne Caruana Galizia yang dibunuh dalam satu serangan bom kereta pada 16 Oktober lalu.
Kematiannya benar-benar mengejutkan negara tetapi pada skala global, pembunuhan terhadap wartawan benar-benar terjadi. UNESCO mencatatkan dari 2012-2016, seramai 530 orang wartawan terbunuh di seluruh dunia, malah wartawan Malaysia antara yang mati ditembak semasa membuat liputan di Mogadishu, Somalia oleh penembak curi.
Negara perang, Syria menjadi tempat paling tidak selamat buat wartawan yang membuat liputan berita di negara ini kerana 86 orang wartawan telah mati dibunuh sejak perang bergolak.
Senarai 12 negara paling tidak selamat untuk wartawan
Selain Syria, Iraq juga mencatat kematian kedua tertinggi seramai 46 orang. Ini diikuti Mexico, Somalia, Pakistan serta beberapa buah negara seluruh dunia yang turut tersenarai banyak melibatkan pembunuhan terhadap wartawan.
Untuk budak journalism dan boardcast, ini mungkin cabaran kerja dan sedikit ilmu pengetahuan untuk sama-sama kita hadapi. Memang ajal di tangan Allah SWT tetapi seperti kata seorang ustaz, tiada siapa yang mahu keluar bekerja untuk mati. Betul tak?
Berikut adalah kes-kes pembunuhan wartawan yang berlaku di seluruh dunia.
Pada 2009, lelaki bersenjata telah membunuh 32 wartawan di wilayah Maguindanao yang sebahagian penduduknya beragama Islam selain turut mengorbankan 25 orang awam.
Peristiwa ini dikenali sebagai “pembunuhan beramai-ramai Maguindanao” dan masih dikenang sehingga ke hari ini kerana ia peristiwa paling dahsyat untuk wartawan di dunia ini.
Media tempatan melaporkan, pembunuhan itu bermotifkan politik kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan calon gabenor yang akan bertanding dalam pilihan raya dengan penyandangnya, Andal Ampatuan.
Noramfaizul menjadi wartawan pertama negara yang terkorban semasa membuat liputan di luar negara. Alfatihah untuk allahyarham.
Jurukamera BERNAMA, Noramfaizul Mohd Nor merupakan wartawan pertama dari Malaysia yang mati ketika membuat liputan kerja. Allahyarham maut akibat terkena tembakan peluru sesat (tembakan curi) semasa mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 2 September 2011. Beliau adalah wartawan Malaysia pertama terbunuh ketika membuat liputan di luar negara.
Seorang wartawan tempatan yang melaporkan tentang keganasan kumpulan dadah di negara Mexico telah mati ditembak. Javier Valdez, 50, yang juga penulis sambilan bagi agensi berita AFP khabarnya telah mati dibunuh.
Javier mati ditembak kerana keberaniannya membongkar jenayah dadah
Valdez yang juga pemenang Anugerah Kebebasan Media Antarabangsa anjuran Jawatankuasa Perlindungan Wartawan (CPJ) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) merupakan wartawan kelima yang ditembak mati di Mexico pada tahun ini. Ternyata kerjaya ini benar-benar mencabar.
Wartawan ini cukup terkenal dengan keberaniannya
Dalam pada itu, Stesen berita Al-Jazeera melaporkan salah seorang wartawan bebas terbunuh di utara Syria hari ini dalam satu serangan udara oleh tentera Rusia menyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Ibrahim juga mati ditembak
Ibrahim al-Omar, yang membuat liputan untuk siaran langsung Al-Jazeera Mubasher terbunuh dalam serangan udara tersebut di bandar Termanin. Sejak 2011, sebanyak enam orang pekerja Al-Jazeera terbunuh ketika membuat liputan mengenai konflik Syria dan yang terakhir merupakan seorang jurugambar, Zakaria Ibrahim ditembak mati oleh penembak tepat.
Dalam senarai tahun lepas, wartawan yang paling muda terbunuh ialah Luis Emanuel Ruiz Carrilo dari La Prensa, berusia 21 tahun, yang diculik dan dibunuh dipercayai oleh anggota kartel dadah di Mexico. Wartawan paling tua terkorban ialah Paul Lockyer dari Australia, Rafik Tagi dari Azerbaijan dan Phamon Phonphanit dari Thailand, kesemuanya berusia 61 tahun.
Keduanya mati ditembak kerana sedang membuat siaran secara langsung
Seorang wartawan dan seorang jurukamera, Alison Parker, 24, dan jurukamera Adam Ward, 27, yang sedang bersiaran secara langsung terbunuh apabila mereka diserang dalam satu insiden tembakan di Roanoke, Virginia, Amerika Syarikat. Berita ini nyata mengejutkan rakan mereka mereka berada di studio.
Biar apa pun yang terjadi, namun semangat rakan-rakan wartawan ini memang patut disanjung. Semoga keberanian mereka menjadi inspirasi buat kita dan korang yang baru nak memulakan kerjaya ini dimasa depan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.