Baru-baru ini, Ice Bucket Challenge yang pernah menjadi fenomena pada tahun 2014 kembali hangat semula di Korea Selatan, bahkan turut disertai meriah oleh ramai selebriti popular.
Cabaran Ice Bucket tersebut berfungsi sebagai kempen derma sambungan yang bertujuan untuk membantu dan membina hospital buat pesakit sklerosis lateral amiotrofik (ALS), juga dikenali sebagai penyakit Lou Gehrig.
Cabaran ini mula diterajui oleh anggota Jinusean, Sean yang dikenali dengan sifat dermawan dan bergiat aktif melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawan.
Selain itu, Sean telah menyiarkan video#IceBucketChallenge2023 di platform media sosialnya pada 10 Julai lalu.
“Sila bekerjasama dengan pembinaan Hospital Kesihatan Lou Gehrig yang pertama di Korea,” katanya.
Justeru, Sean telah mencalonkan Park Bo Gum, IU dan Jo Won Hee sebagai pencabar seterusnya.
Kemudian, diteruskan dengan mencalonkan tiga individu lain untuk menerima cabaran tersebut . Berikut adalah antara selebriti Korea yang menyertai cabaran ini:
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tidak semua orang memiliki zaman kehidupan yang mewah dan membahagiakan. Bagi sesetengah anak kecil yang dilahirkan di negara bergolak, tersepit di celah-celah perang merupakan perkara malang.
Inilah yang terjadi kepada wanita kental bernama Maya Ghazal, empunya diri terpaksa melalui kehidupan yang penuh ranjau dan berliku. Maya dikatakan terpaksa meninggalkan Damascus, Syria pada tahun 2015 akibat pergolakan peperangan.
Malah, gadis bertuah ini turut meraih perhatian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).
Dunia Penerbangan
Pada usianya 16 tahun, wanita muda tersebut telah memulakan kehidupan baharu di UK di bawah skim penyatuan semula keluarga. Situasi sebagai pelarian tidak melemahkan semangatnya, bahkan hasil kerja keras dan ketabahan, Maya berjaya memperoleh ijazah dalam bidang Kejuruteraan Penerbangan dan Pengajian Juruterbang di University Of London.
Foto Via EBACE
Lebih membanggakan, pada umurnya mencecah 21 tahun, gadis yang cukup manis dengan senyuman itu berjaya melakar sejarah menjadi wanita pelarian Syria pertama berjaya bergelar juruterbang.
Bahkan, beliau menggunakan kelebihan yang pada dirinya itu untuk membela nasib pelarian lain sepertinya sehinggalah sekarang.
Duta UNHCR Good Will Ambassador
Beliau muncul antara barisan gadis muda yang dilantik sebagai duta kepada UNHCR Good Will Ambassador bermula tahun 2021 bagi meraih dan menyebar kesedaran mengenai hak asasi manusia serta mewujudkan kesedaran kemanusian terhadap isu pelarian.
Memetik kenyataan UNHCR, Maya yang juga pernah dijemput menyampaikan ucapan yang berinspirasi kepada semua pihak di seantero dunia termasuklah kanak-kanak sekolah dan sektor swasta pada Forum Pemerkasaan Belia WE Day, Forum Sosial Global mengenai pendidikan.
Tip Kejayaan
Tip kejayaan Maya tidak lain tidak bukan adalah sangat mementingkan soal pendidikan.
Perkara tersebut diakuinya menerusi laman Instagram miliknya.
Maya jujur mengakui tidak pandai bertutur dalam bahasa Inggeris. Justeru, beliau nekad mencari inisiatif untuk belajar sendiri. Malah, dirinya juga terpaksa melalui pelbagai halangan sebelum berjaya menyambung kembali pengajiannya yang tergendala.
“Saya mula menyedari akan keupayaan yang ada pada diri dan mendapatkan kembali keyakinan untuk menggapai segala yang saya impikan selama ini.
“Pendidikan merupakan satu alat yang saya percaya boleh mengubah dunia. Tanpa pendidikan saya tidak mungkin dapat menjadi juruterbang atau jurutera seperti sekarang,” ungkap Maya lagi.
Moga Maya terus maju dimasa akan datang dan menjadi sumber inspirasi kepada remaja di luar sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak sedia bukan alasan! Amin Idris tegas wajib bertudung sama seperti solat apabila ramai remaja Muslimah masih menggunakan alasan “belum ready” untuk menangguhkan kewajipan menutup aurat. Pendakwah dan motivator terkenal ini menekankan bahawa hijab bukan pilihan, tetapi perintah Allah SWT yang mesti dilaksanakan.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Amin menjawab persoalan tentang hukum segelintir umat Islam yang memberi alasan tidak bersedia untuk menutup aurat. Beliau menyamakan situasi ini dengan solat yang juga wajib, tidak kira seseorang itu ‘ready’ ataupun tidak.
“Kita kena faham, hukum pakai tudung adalah wajib sebagaimana kita wajib sembahyang. Boleh ke kita kata nak solat bila dah bersedia? Tak boleh sebab ia memang wajib. Kalau alasan itu tak boleh digunakan untuk solat, maka begitu juga untuk aurat,” jelasnya.
Selain menegur salah faham tersebut, Amin turut berkongsi alternatif jawapan yang lebih baik sekiranya ditanya mengenai penutupan aurat. Katanya, daripada memberi alasan ‘belum sedia’, lebih baik meminta orang lain mendoakan supaya diberi kekuatan.
“Kalau orang tanya bila nak bertudung, minta saja didoakan. Pertama, orang akan doakan kita. Kedua, kita beritahu yang kita sedang berusaha untuk bertudung. Sebab hidayah tak boleh ditunggu, kita kena cari,” katanya lagi.
Menurutnya, setiap manusia perlu berusaha mencari hidayah dengan langkah kecil dan ikhtiar yang berterusan, bukannya menunggu sehingga diri dianggap sempurna. Bertudung bukan tanda seseorang sudah baik sepenuhnya, tetapi ia adalah proses menuju kebaikan.
Nasihat Amin Idris ini mendapat perhatian ramai netizen, khususnya golongan muda yang sering berdepan dilema dalam soal aurat. Ramai yang bersetuju bahawa jawapan beliau bukan sahaja menyentuh soal hukum, malah turut mendidik adab apabila ditanya tentang isu sensitif ini.
Buat remaja Muslimah, mesejnya jelas: bertudung adalah tanggungjawab, bukan pilihan. Jangan tunggu sempurna, mulakan langkah pertama dengan niat ikhlas. Setiap usaha menuju kebaikan pasti akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Meski kini menghampiri usia 50 tahun, pelakon Marissa Yasmin tetap tampil awet muda dan sering menerima pujian ramai. Namun bagi pelakon berusia 48 tahun ini, semua itu adalah rezeki daripada Allah dan bukan hasil pembedahan estetik.
“Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Saya tetap beruban dan ada kedut pada wajah tetapi pegangan saya mudah nak ‘age gracefully’ (menua dengan anggun),” kongsi Marissa semasa ditemui di pelancaran drama Viu Pabila Dia Tersenyum.
Pelakon drama hit Bidaah itu juga menjelaskan bahawa dia tidak percaya untuk ‘melawan masa’ hanya kerana ingin kelihatan muda.
“Tidak ada di mana-mana kitab kalau tua akan jadi muda. Sudah semestinya boleh buat pembedahan tetapi bagi saya kenapa nak ‘against the clock’.
“Kadang-kadang saya was-was orang kata saya muda sebab saya tahu saya tua. Seperti yang semua lihat, cara saya berpakaian dan bergerak, memang mengikut gaya Marissa Yasmin,” tambahnya lagi.
Selain itu, Marissa juga berkongsi rutin penjagaan kesihatannya yang bermula dari cara pemakanan seimbang.
“Benda saya nak kongsi kepada umum, makan semua makanan tetapi dalam kuantiti yang sikit. Kalau sukakan gula, ambillah tetapi selepas itu jangan makan nasi banyak.
“Kena seimbangkan, banyakkan makan sayur dan buah. Tidak mahu kata tak boleh makan itu ini sebab sistem badan kita Allah dah buat cantik.
“Kita kena makan semua benda sikit-sikit. Kadang orang kata tidak boleh makan telur sebab ada kolestrol tetapi telur banyak nutrisi,” jelasnya panjang.
Tambahnya, waktu tidur juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan berat badan dan kesihatan dalaman.
“Badan kita ada hormon, 10 malam sehingga 4 pagi adalah waktu cantik untuk tidur kerana hormon nak ubah suai badan.
“Kalau tidak tidur dalam masa tersebut, badan kita akan simpan lemak dan menyebabkan berat badan kita bertambah. Allah dah cipta badan kita cantik, kita sahaja yang gatal tidak tidur ikut masa,” katanya berseloroh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!