Kehebatan anak muda ini dalam menyunting video memang sudah tidak dapat disangkal lagi. Banyak video kreatif yang telah dihasilkan, malah remaja ini juga diberi jolokan sebagai ‘Zach King Malaysia’.
Terbaharu, Sofyank sekali lagi menunjukkan bakatnya dalam menghasilkan sebuah video promo bagi filem Fast and Furious 9 bersama pelakon antarabangsa, John Cena.
Apa yang menarik, menerusi video itu John Cena dilihat ada bercakap dalam bahasa Melayu dan ia sekali gus menarik perhatian orang ramai, selain teknik suntingan hebat yang dihasilkannya.
Baru-baru ini, Donghae dan Eunhyuk daripada Super Junior mencuri perhatian ramai apabila mereka secara terbuka berkongsi alasan sebenar mengapa kumpulan legenda K-Pop itu hampir sentiasa tampil lengkap dalam setiap aktiviti berkumpulan.
Menerusi satu sesi rancangan podcast episod terbaru di Youtube ‘IAMDONGBAEK’, Donghae menjelaskan bahawa Super Junior sebenarnya tidak pernah meletakkan sebarang paksaan terhadap ahli-ahlinya untuk menyertai aktiviti kumpulan. Sebaliknya, setiap ahli diberi kebebasan penuh untuk membuat keputusan sendiri serta merancang masa depan masing-masing mengikut keselesaan.
Menurut Donghae, sikap saling menghormati itu menjadi salah satu faktor utama yang membuatkan hubungan antara ahli Super Junior kekal erat walaupun masing-masing mempunyai jadual dan fokus kerjaya yang berbeza. Pendekatan ini juga membuktikan kematangan kumpulan tersebut setelah hampir dua dekad berada dalam industri hiburan.
Namun, suasana serius itu bertukar menjadi lebih santai apabila Eunhyuk tidak dapat menahan ketawa sebelum mendedahkan satu ‘rahsia’ yang jarang diketahui peminat. Dengan nada berseloroh, Eunhyuk berkongsi bahawa sebenarnya ada satu sebab lucu di sebalik kehadiran hampir semua ahli dalam setiap pertemuan kumpulan.
Menurut Eunhyuk, jika ada ahli yang tidak hadir dalam sebarang perjumpaan atau aktiviti Super Junior, ahli tersebut berisiko menjadi bahan bualan rakan-rakan sendiri. Selain itu, rasa tidak mahu tersisih daripada kumpulan turut menjadi faktor penting.
“Kami takut dengan perkara macam itu,” katanya sambil ketawa, merujuk kepada budaya saling mengusik dan bergosip sesama mereka.
“Kami tak mahu rasa tersisih daripada ahli-ahli lain,” jelasnya, menggambarkan betapa kuatnya ikatan persahabatan yang terjalin antara mereka sejak sekian lama.
Pada masa yang sama, Donghae turut bersetuju dengan kenyataan tersebut dan mengakui bahawa kehadiran dalam aktiviti kumpulan sering menjadi pilihan bersama.
“Akhirnya kami akan buat bersama-sama juga, sebab mereka pasti akan bercakap tentang saya di belakang,” katanya secara berseloroh.
Perkongsian jujur dan penuh humor daripada Donghae dan Eunhyuk ini bukan sahaja menghiburkan peminat dan juga tetamu jemputan pada waktu itu iaitu Hyoyeon daripada Girls Generation, malah memperlihatkan dinamika persahabatan Super Junior yang masih kukuh hingga ke hari ini, sekaligus membuktikan bahawa keserasian dan keakraban menjadi rahsia sebenar kelangsungan kumpulan ikonik tersebut.
Sumber: Youtube IAMDONGBAEK
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat filem aksi yang mendebarkan, kami ingin mencadangkan sebuah lagi filem yang korang boleh tonton iaitu Ambulance arahan pengarah tersohor Michael Bay.
Mengisahkan tentang dua bersaudara yang merompak bank akhirnya berlaku kacau bilau apabila rancangan mereka untuk melarikan diri telah menyebabkan mereka merampas sebuah ambulan.
Sumber: United International Pictures
Will dan Danny harus melarikan diri daripada penguatkuasaan undang-undang yang melakukan pencarian besar-besaran di seluruh bandar. Mereka perlu memastikan untuk tidak membunuh antara satu sama lain.
Dalam filem yang berdurasi selama 2 jam 16 minit ini, penonton bakal disajikan dengan adengan penuh aksi lakonan Jake Gyllenhaal, Yahya Abdul-Mateen II, Eiza Gonzalez, Garret Dillahunt dan A Martinez. Bermula dengan agak perlahan, namun sedikit demi sedikit penceritaan jalan cerita berkembang dan membuatkan penonton ‘tidak senang duduk’.
Sumber: United International Pictures
Filem ini juga penuh dengan aksi kejar mengejar antara penjenayah dan polis, tetapi apa yang lebih mendebarkan apabila orang tebusan mereka adalah seorang pegawai polis yang cedera di tembak dan seorang jururawat yang bertungkus lumus memastikan agar anggota polis itu terus hidup.
Jadi, Ambulance bukan sahaja hanya sekadar menyaksikan babak-babak berlawan tetapi turut memaparkan adengan paramedik yang berusaha keras membantu menyelamatkan nyawa.
Sumber: United International PicturesSumber: United International Pictures
Nah, kami tak mahu nak cerita panjang lagi kerana lebih baik korang tonton sendiri di pawagam kerana ia menjanjikan sebuah filem aksi terbaik tahun ini. Ambulance bakal menemui penonton bermula 24 Mac 2022 di seluruh pawagam tanah air.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tengah seronok layan drama “My Name is Loh Kiwan” ?
Filem yang diadaptasi daripada novel berjudul I Met Loh Kiwan ini mula ditayangkan pada 1 Mac lalu Di Netflix dan menerima pelbagai reaksi daripada penonton.
Memainkan watak utama wanita dalam siri Netflix tersebut, pasti ada sesetengah penonton yang tertanya-tanya soal pelakon wanita yang memegang watak sebagai Marie dalam “My Name is Loh Kiwan” ini.
Mari kita kenali dengan dekat pelakon muda berbakat yang mempunyai potensi besar ini.
Mulakan Kerjaya Pada 2018
Dilahirkan pada tahun 1996, pelakon Choi Sung-eun telah memulakan kerjaya lakonannya pada 2018 di bawah agensi Ace Factory. Sebelum ini, dia bersekolah di Sekolah Tinggi Seni Kaywon di bawah Jabatan Teater dan Filem, sebelum diterima masuk di Jabatan Pemangkuan Universiti Seni Kebangsaan Korea pada 2015.
Berbakat dalam Berbagai Genre
Pelakon yang hobinya melukis dan bermain gitar ini telah menunjukkan kebolehannya dalam pelbagai genre, daripada drama, thriller, hingga fantasi. Kebolehannya menyesuaikan diri dengan pelbagai watak menjadikan dia seorang pelakon yang dinanti-nantikan untuk memegang watak pada masa hadapan.
Lulusan Universiti Kebangsaan Seoul
Choi Sung-eun bukan sahaja seorang pelakon yang berbakat tetapi juga bijak. Beliau merupakan graduan Universiti Kebangsaan Seoul, salah satu universiti paling berprestij di Korea Selatan, dalam jurusan Teater dan Filem.
Muncul Dalam Naskhah Hebat
Untuk pengetahuan, Choi Sung-eun juga pernah muncul dalam beberapa naskhah lain seperti “Start Up” iaitu filem debutnya, “Beyond Evil”, “Ten Months” dan “The Dog Days”. Namun, dia kali pertama memegang watak utama dalam “The Sound of Magic”, yang turut dibintangi Ji Chang-wook dan Hwang In-yeop.
Anugerah Pelakon Baharu Terbaik
Selain itu, dia juga berjaya memperoleh anugerah Pelakon Baharu Terbaik di Festival Filem Chunsa 2020 melalui penampilannya dalam filem “Start Up”. Wataknya dalam siri terkenal seperti “Beyond Evil” dan “SF8”, telah berjaya membuatkannya tercalon untuk Pelakon Baharu Terbaik di Anugerah Seni Baeksang yang berprestij pada 2021 dan 2022.
Selepas penampilannya dalam pelbagai naskhah, Choi Sung-eun telah berjaya meraih perhatian netizen dek bakat lakonannya yang cemerlang, serta visualnya yang mirip artis Korea lain seperti Han Hyo-joo, Lee Yeon-hee dan Sulli.
Choi Sung-eun Bergandingan Bersama Song Joong-ki
Dalam naskhah ini, Choi Sung-eun memegang watak sebagai Marie, seorang wanita Korea warganegara Belgium. Tidak seperti Loh Ki-wan yang datang ke Belgium untuk hidup, Marie, yang hilang keinginan untuk hidup, secara tidak sengaja jatuh cinta dengan lelaki itu selepas pertemuan pertama dengannya.
Filem My Name is Loh Kiwan ini adalah sebuah naskah menyentuh hati tentang cinta, persahabatan dan perjuangan untuk mencari kebahagiaan di tengah-tengah ketidakpastian. Filem ini juga membangkitkan isu penting seperti perkauman, xenofobia dan trauma masa lalu.
Filem arahan Kim Hee-jin ini mengisahkan mengenai perjuangan pelarian dari Korea Utara, Loh Kiwan yang lari ke Belgium untuk mendapatkan perlindungan dan memulakan kehidupan baharu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.