Keindahan muzik dan senikata lagu ini dendangan penyanyi Nuha Bahrin dan Naufal Azrin bukan sahaja menjadi siulan peminat hiburan tanah air malah mendapat sambutan dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan juga Brunai.
Malah, lagu Casablanca ini juga berjaya menduduki tangga teratas carta Spotufy Viral Global dan Spotify Viral 50 Indonesia.
Namun, baru-baru ini seorang guru yang dikenali sebagai Zack Kirana bagaimanapun terpanggil untuk menegur kesilapan perkataan yang digunakan oleh penulis lirik dalam lagu tersebut. Ia juga berjaya mencuri perhatian orang ramai dan netizen.
Ads
Menerusi hantaran dalam laman Instagram, beliau menjelaskan perkataan yang seharusnya digunakan untuk jantung adalah degup dan bukannya denyut seperti yang digunakan dalam lirik lagu siulan ramai itu.
Walaupun beliau mengaku bahawa penulisan kreatif memberikan penulis sedikit kebebasan untuk melanggar hukum tatabahasa, orang ramai perlu tahu bahawa kebebasan melakukan ralat dalam tatabahasa adalah untuk perkara yang biasanya tidak boleh dibayangkan seperti kata sendi nama dan imbuhan.
“Contohnya kata sendi nama. Kata sendi nama di. Terdapat lirik lagu yang tulis di hari raya sedangkan ia sepatutnya pada hari raya. Kita tidak boleh bayangkan di jadi ia tidak ada masalah. Contoh lain adalah berkaitan imbuhan. Ia sepatutnya mencintai tetapi ada yang buat jadi menyintai.
Ads
Jika ia melibatkan perkara yang kita boleh bayangkan seperti kata nama atau kata kerja, kesilapan memilih perkataan yang tepat akan memberikan bayangan berbeza kepda jalan cerita lagu tersebut. Denyut dan degup adalah berbeza. Saya tidak boleh bayangkan macam mana jantung dia berdenyut,” ujarnya.
Menerusi tinjauan kami di laman Instagram, rata-rata warganet terhibur mendengar penjelasan Cikgu Zack. Beliau turut berkata Casablanca meruapakan lagu kegemarannya ketika ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau korang perasan, sekarang ni bila mandi, air mandian pun jadi panas mungkin disebabkan cuaca panas terik yang melanda negara kita.
Kadang-kadang rasa bestnya kalau dapat mandi ais. Mesti badan jadi lebih segar kan?
Selain menyegarkan badan, sebenarnya ada banyak manfaat yang korang peroleh sekiranya mengamalkan mandi ais ini. Amalan ini dikatakan boleh menghilangkan rasa bisa dalam badan, sakit kepala, susah tidur dan menghindarkan diri daripada gangguan makhluk halus.
Jom lihat perkongsian menarik daripada Juna Ameral ini tentang cara-cara untuk mandi ais. Apa-apa pun ini hanyalah sekadar ikhtiar yang boleh dilakukan, selebihnya kita tawakal pada yang Maha Kuasa.
Cara-cara:
Beli sepaket ais dan masukkan ke dalam baldi, kemudian campurkan sedikit dengan air dalam baldi tersebut.
2. Perah limau nipis atau limau purut dalam empat atau lima biji.
Sebelum mandi, bacalah:
1. Al-Fatihah 3x
2. Al-Ikhlas 3x
3. Selawat 3x
Sebaiknya, baca ayat suci ini sebelum baldi dibawa masuk ke dalam bilik air. Setelah itu barulah anda mandi dengan air mandian tersebut.
Lebih baik jika air mandian ini digunakan pada bilasan terakhir. Mandi dulu dengan air biasa, kemudian baru mandi dengan air limau ini. Mula mandi daripada kepala, lebih kan siram di belakang tengkuk dan bahu.
Sekiranya ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk. Badan dan kepala akan menjadi lebih ringan.
Jika anda sendawa atau muntah selepas mandi, dinasihatkan agar anda dapatkan rawatan Islam.Mandian ini hanya alternatif dalam merawat pesakit seperti buang angin bisa dalam badan. Disarankan mandi pada waktu selepas Subuh dan selepas Maghrib. Anda akan rasa kesegarannya.
InsyaAllah!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minggu lalu, kecoh sebentar apabila ada seorang pengguna Facebook yang meluahkan rasa kecewa dengan kenaikan harga set hidangan di restoran makanan segera, KFC.
Isunya timbul apabila harga Set Jimat Box D (Zinger Burger) meningkat daripada RM13.45 kepada RM15.50 pada bulan ini. Dengan kenaikan set makanan yang seharusnya menjadi pilihan termurah pelanggan KFC (memandangkan ia adalah set JIMAT), ramai yang takut jika akan ada banyak lagi kenaikan harga membabitkan menu KFC yang lain.
Kenyataan telah dikeluarkan oleh pihak QSR Brands (M) Holdings Berhad melalui media MalaysiaKini.
Menurut mereka, terdapat penyelarasan harga bermula Disember 2018 disebabkan perubahan GST kepada Cukan Jualan & Perkhidmatan (SST).
REMAJA memahami perubahan harga yang perlu dilakukan oleh banyak jenama popular seperti KFC. Namun sebagai konsumer, kita tak boleh lagi senang-senang pergi ke restoran tersebut lagi selepas ini jika ingin mengawal belanja.
So why not masak je sendiri ayam goreng crispy di rumah kalau ada masa? Jimat sikit..
Ini adalah resepi yang dikongsikan oleh Majalah Rasa menggunakan tepung goreng rangup sebaguna Kentucky Aroma.
Pelakon Korea yang semakin meningkat naik, Kim Young Dae telah pun menarik diri dalam pembabitan drama terbaru School 2021 kerana terdapat percanggahan watak.
Menurut laporan daripada JTBC, Kim Young Dae menarik diri kerana wataknya dalam drama tersebut yang pada awalnya dipersetujui telah berubah. Dengan perubahan yang berlaku, Kim Young Dae tidak lagi memegang peranan sebagai watak utama, calon watak itu diberikan pada pelakon lain.
Pelakon berusia 25 tahun ini menerima peranan itu pada bulan Mei lalu dengan pengesahan sebagai watak utama yang akan diumumkan pada bulan Jun.
Namun, agensinya Outer Korea telah mengesahkan bahawa pelakon itu tidak lagi terbabit dalam drama School 2021 akan datang.
Walau bagaimanapun, Kim Young Dae dilaporkan telah pun menerima tawaran dalam k-drama lain sebagai watak utama. Menurut Sports Chosun, Kim Young Dae akan memainkan peranan utaman dalam drama Shooting Star yang akan ditayangkan di tvN.
Dah namanya rezeki kan. Satu hilang, datang pula lagi satu tawaran baru. Tak sabar nak tonton drama terbaru lakonan ‘Joo Seok Hoon’ nanti. Hiks!
Penyanyi, Fairuz Selamat baru-baru ini menekankan bahawa gembira adalah kunci utama untuk menjalani hidup yang sihat dan penuh semangat di samping mampu mengekalkan penampilan...