Baru-baru ini, pelakon terkenal, Nora Danish meluahkan rasa syukur apabila berjaya khatam Al-Quran dalam tempoh 10 hari dan menyifatkan hal tersebut sebagai hadiah istimewa buat ulang tahun kelahirannya buat kali ke-43 yang disambut pada 7 Mac lalu.
Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, Nora Danish atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif merasa bersyukur ke hadrat ilahi dengan rezeki itu selepas menyertai tadarus Al-Quran secara berkumpulan bersama 30 sahabatnya yang lain.
“Ini adalah kali pertama saya menyertai tadarus, yang mana kami berjaya khatam dalam tempoh 10 hari”
Kredit: Instagram Nora Danish
“Setiap hari, kami membaca lebih daripada 50 muka surat Al-Quran. Saya kira ini adalah pencapaian yang sangat berharga dalam hidup saya sekaligus menjadi hadiah ulang tahun kelahiran saya tahun ini,” katanya.
“Kami memulakan bacaan pada hari pertama Ramadan bersama seorang ustaz hafiz dan kira-kira 30 orang sahabat lain. Ia benar-benar satu pengalaman yang luar biasa buat saya,” jelasnya.
Ads
Menurut pelakon Polis Evo 3 itu, walaupun kini sudah memasuki 40-an, usia bukanlah penghalang dan masih belum terlambat buat dirinya untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.
“Walaupun usia sudah menjengah 40-an, namun belum terlambat untuk kita memaksa diri melakukan kebaikan, termasuk membaca Al-Quran”
Ads
Kredit: Instagram Nora Danish
“Dalam kes saya, saya bersyukur kerana Allah membuka pintu hati saya sebelum saya meninggalkan dunia ini. Betul, memang belum terlambat untuk kita berusaha menjadi insan yang lebih baik,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau juga mengaku bahawa sebelum ini mungkin agak jahil tetapi kini Nora berusaha untuk menjadi lebih baik kerana percaya Allah Maha Mendengar dan Maha Baik.
Ads
“Jangan sesekali rasa sudah terlambat atau berputus asa. Seeloknya kita segera bertaubat kerana pengakhiran kita itu yang lebih penting,” katanya.
Sekadar info, sebelum ini Nora Danish juga dilaporkan telah mendermakan semua baju-baju seksi miliknya kepada rakan-rakan bukan Islam selepas memilih untuk berhijrah dan tampil berhijab.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang sudahpun menonton filem Disney paling dinanti-nantikan tahun ini iaitu Mulan?
Best-kan!
Terlalu banyak perkara menarik yang boleh kami sentuh mengenai Mulan.
Tapi baru-baru ini, tular di media sosial mengenai pelakon lagak ngeri filem Mulan, Liu Yaxi yang mana dia menjadi perhatian kerana memiliki rupa paras yang cukup jelita sampai ada yang mangatakan beliau lebih layak menjadi Hua Mulan/Hua Jun dalam filem tersebut.
Bukan saja cantik, tetapi lakonan dan skil bertarungnya juga mantap.
Siapa sebenarnya Liu Yifei ini?
Yaxi merupakan ‘double stunt’ bagi Liu Yifei yang memegang watak sebagai Mulan. Yaxi mula mendapat perhatian ramai apabila dia berkongsi foto-foto memakai kostum Mulan ketika berada di set penggambaran.
Selain Mulan, sebenarnya Yaxi turut melakonkan aksi pelbagai watak yang lain. Berikut kami tampilkan beberapa info menarik mengenai figura ini.
A post shared by 刘亚西 YAXI.LIU (@_liuyaxi) on Sep 16, 2020 at 8:01pm PDT
Meskipun Yifei melakukan hampir 90% aksi lagak ngeri dalam Mulan,namun media antarabangsa melaporkan Yaxi melakonkan lebihan 10% aksi yang lebih merbahaya.
2. Turut ‘Menjadi’ Xianniang
Selain Mulan, siapa sangka Yaxi turut melakonkan aksi bagi watak antagonis dalam filem Mulan iaitu Xianniang. Yaxi turut berkongsi gambarnya dalam solekan penuh di laman Instagram.
A post shared by 刘亚西 YAXI.LIU (@_liuyaxi) on Jul 31, 2020 at 1:16pm PDT
Ramai yang tertanya mengenai umur pelakon lagak ngeri ini. Percaya atau tidak, Yaxi baru sahaja berumur 22 tahun dan akan menyambut ulangtahun kelahirannya pada Oktober depan.
So korang boleh la bagi hadiah dekat gadis jelita ni nanti….hiks
4. Kagumi Liu Yifei
Ketika terdapat segelintir peminat yang bertanyakan pada Yaxi mengapa tidak hanya dia yang memegang watak Mulan, pelakon lagak ngeri ini tampil dengan penjelasannya tersendiri.
Menurut Yaxi, dia begitu mengagumi Yifei dan meminta pengikutnya untuk menghormati bakat mereka di dalam bidang masing-masing.
Tapi menang cantik betul pelakon lagak ngeri ni, macam tak caya je dia yang buat aksi ni kan…huhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabar angin yang mengatakan pelakon muda, Jenna Ortega, sedang bercinta dengan bintang terkenal Hollywood, Johnny Depp, semakin hangat diperkatakan.
Ramai peminat terkejut apabila mengetahui tentang hubungan mereka, terutamanya apabila memikirkan jarak usia yang begitu besar antara kedua-duanya.
Jenna Ortega & Johny Depp
Terbaru, akhirnya pelakon Jenna Ortega bersuara dan menjawab khabar angin dirinya sedang hangat bercinta dengan aktor kontroversi, Johny Depp.
ktres jelita yang berusia 21 tahun itu menepis khabar angin tersebut dan percaya bahawa dakwaan itu mungkin tercetus selepas dia dan Johny, 61 dikhabarkan terbabit dalam filem Beetlejuice.
”Ia mengarut sehingga saya sendiri tak boleh nak ketawa. Saya tak pernah bekerjasama dengan Johny. Tolong jangan sebarkan fitnah dan jangan ganggu kami.”
Sementara itu, jurucakap Depp turut tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Jenna. Malah mereka berdua juga tidak pernah bertemu.
” Dia tidak pernah jumpa atau bercakap dengannya. Dia tidak terbabit sebarang projek dengannya atau ada niat itu.
Dia terkejut dengan tuduhan tidak berasas dan khabar angin memfitnah itu yang bertujuan mencalar reputasi serta karier pelakon terbabit.” ujar beliau.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengumuman ‘rahsia’ pernikahan di antara pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose semalam telah menggegarkan dunia hiburan. Ribuan ucapan tahniah telah mereka berdua terima menerusi akaun media sosial masing-masing.
Tentunya selain pasangan bahagia itu, antara insan paling gembira apabila mendapat tahu berita ijab kabul tersebut ialah ahli keluarga mereka sendiri yang turut terlibat dalam acara yang terpaksa dirahsiakan demi kontrak penggambaran secara eksklusif oleh penyiar rasmi.
Bercakap kepada adik Uqasha Senrose iaitu Raysha Rizrose, pelakon drama Terlerai Noktah itu berkata dia tidaklah terlalu terkejut apabila Uqasha dan Kamal memutuskan untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini juga.
Ini kerana persediaan daripada momen lamaran di pentas Anugerah MeleTOP Era sehingga ke majlis akad nikah sebenarnya telah memakan masa yang lama.
Sebagai adik; besar harapan Raysha agar segala persediaan majlis akad nikah itu tidak akan terganggu dengan perubahan prosedur operasi standard (SOP) yang kerap berubah pada tahun ini.
“Kami sekeluarga okay saja apabila perlu ‘merahsiakan’ ijab kabul Kamal dan Uqasha. Cuma susah untuk kami tahan keterujaan dan berkongsi berita gembira ini dengan semua orang,” katanya sewaktu dihubungi oleh REMAJA.
Di majlis sidang media pengumuman tergempar semalam, Uqasha ada menyebut nama Nelydia, Raysha, Aprena dan Oktovia yang ada bersama-sama dengannya pada malam sebelum majlis akad nikah. Kata Qasha, mereka berada di biliknya untuk memastikan dia kekal tenang dan mudah tidur pada malam tersebut.
Penulis mendapatkan penjelasan daripada Raysha mengenai momen itu. Katanya, adik-beradik mereka seboleh mungkin enggan membuatkan Uqasha terlalu memikirkan hari akad nikah yang mendatang agar pelakon jelita itu tidak ‘overthinking’ dan mendapatkan waktu rehat secukupnya.
“The fact that she was getting married, kami tidak mahu pun sebut tentangnya. Kami enggan bersedih dan terlalu melayan perasaan. Malam itu sewaktu dia merasa cemas sedikit, kami menenteramkannya. Just relax and enjoy tomorrow. Kami beritahu dia bakal menjadi pengantin tercantik pada keesokan harinya,” kongsi Raysha.
“Tak Pernah Saya Menangis Macam Itu..”
Beberapa keping foto daripada majlis akad nikah Kamal Adli dan Uqasha Senrose pada 5 November lalu mula dikongsikan oleh ahli keluarga Senrose dan Rizrose di media sosial sejak semalam.
Tinjauan REMAJA terhadap foto (dan video) yang menampilkan Raysha memperlihatkan dirinya sering mengelap air mata sewaktu majlis dilangsungkan.
“Sejak Uqasha berjalan ke arah pelamin lagi, saya tidak tahulah mengapa saya terlalu beremosi. Mungkin kerana Uqasha amat ambil berat mengenai keluarganya mengalahkan ayah dan ibu kami. She is the anchor of our family.
“Uqashalah yang memastikan semua orang okay dan dialah insan yang paling tidak mementingkan diri yang pernah saya kenali dalam hidup. Dia akan sentiasa meletakkan ahli keluarga ke hadapan mendahului dirinya sendiri.”
“Apabila mengenangkan memori kami bersama, kesusahannya dan jasanya; saya pun mudah menjadi sebak lalu menitiskan air mata. Tidak pernah lagi saya menangis sebegitu rupa selama ini.”
“Bukan mudah untuk Uqasha mencari insan yang tepat bagi dirinya. Saya tahu dia selalu berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa tersebut,” jelas Raysha yang cantik mengenakan gaun merah rekaan Ezuwan Ismail sewaktu majlis tersebut.
Kalau korang masih ingat, Kamal Adli merupakan hos yang bertanggungjawab mengumumkan nama Raysha selaku juara Dewi Remaja 2014/2015. Siapa sangka, tujuh tahun kemudian takdir Allah tertulis rapi dan menyaksikan Kamal bergelar abang iparnya. “Begitulah hebatnya perancangan Allah, kan.”
Buat masa ini, masih terdapat dua buah majlis yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi. Kedua-dua majlis itu akan menjadi sebahagian daripada siri tiga episod perkahwinan Kamal Adli dan Uqasha Senrose sepanjang bulan Disember ini.
Bagi pihak keluarga Uqasha, mereka kini sedang rancak melakukan persediaan bagi malam berinai dan resepsi perkahwinan. Malah, Raysha pun terlibat menjalani latihan menari untuk malam berinai tau! Tak sabarnya nak tonton.
Satu-persatu adik-beradik Senrose dan Rizrose nampaknya telah menamatkan zaman bujang. Tentulah ramai yang ingin melihat Dewi Remaja ini pula menjadi gadis seterusnya yang menemui kebahagian bersama jejaka pilihan.
(Dari kiri) : Majlis akad nikah Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose
Tergelak sebentar apabila diajukan pertanyaan sekiranya Raysha sudah bersedia menamatkan zaman bujang, Raysha ringkas menjawab, “Buat masa ini, (berkahwin) belum lagi menjadi keutamaan saya. Saya pun tidaklah tergesa-gesa (untuk berkahwin). Kalau ada, adalah,” simpulnya.
Raysha bersama pasangannya yang juga merupakan pelumba profesional, Nabil Jefri. Sumber Foto : Instagram @nabiljefriofficial
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!