Selebriti tanah seberang, Marshanda sering kali berkongsi momen bersama anak perempuannya, Sienna. Bagaimana mereka berdua yang kelihatan seperti bestie?
Menginjak ke usia 11 tahun, gadis bernama Sienna Kasyafani ini merupakan anak hasil perkahwinan Marshanda dan pelakon lelaki, Ben Kasyafani. Jelas, Sienna mewarisi kelebihan paras rupa kedua ibu bapanya.
Anak Perempuan Marshanda
Tanpa secalit solekan dan berhijab ringkas, tidak mengejutkan apabila ramai peminat Marshanda yang menyamakan wajahnya semasa masih kecil dengan Sienna.
Sebagai seorang anak seni yang memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak di Indonesia, wajah manis Marshanda mula dikenali sejak di bangku sekolah disebabkan kelibatnya menerusi beberapa sinetron popular seperti Bidadari.
Ads
Anak Perempuan MarshandaAnak Perempuan MarshandaAnak Perempuan MarshandaAnak Perempuan Marshanda
Biarpun bakat ibunya itu diwarisi oleh Sienna, kanak-kanak itu buat masa ini belum mengikut jejak langkah ibunya itu dan lebih selesa bergelar kanak-kanak normal yang menikmati usia mudanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Disney+ Hot Star telah mengumumkan tayangan perdana ekslusif bagi terbitan aksi langsung, atau ‘live action’, Club Mickey Mouse musim keempat yang bakal ditayangkan di platformnya mulai 28 Julai ini. Ianya juga bakal ditayangkan di SEA buat pertama kalinya.
Club Mickey Mouse musim ini menyajikan 13 episod kesemuanya sekali, dan mereka menyajikan tema dan muzik yang asli lagi unik, dengan lebih keseronokan, tarian, lagu, permainan dan aksi akrobatik berbanding musim sebelumnya! Episod-episod baharu akan disiarkan sekali seminggu pada setiap Rabu bermula 28 Julai 2021, dengan episod terakhir pada 20 Oktober 2021.
Pada musim baru ini, Club Mickey Mouse memperkenalkan dua ahli baru dalam Mouseketeers, Eric Lau Hofstedt dan juga Melynna Rose.
Eric Lau Hofstedt, Ketua Mouseketeer
Sedikit tentang Eric Lau Hofstedt, 22, beliau sebelum ini merupakan personaliti media sosial dan pemenang empat kali Pingat Emas Wushu Antarabangsa KL dan Eric juga merupakan Ketua Mouseketeer untuk musim baharu kali ini
Melynna Rose
Sedikit tentang Melynna Rose, 14, dari Disney Wizards of Warna Walk buat julung kali sebagai Mouseketeer paling muda. Gadis kecil molek ini merupakan seorang yang sangat periang dan optimis dalam apa jua yang dikerjakannya.
Ahli baru Mouseketeers, Melynna & Eric
Didalam sebuah sidang media secara maya yang diadakan pada hari ini bersama barisan pelakon dan pengarah Club Mickey Mouse, Remaja telah bertanyakan kepada Eric dan juga Melynna tentang harapan mereka terhadap Club Mickey Mouse kini apabila mereka berdua mula menyertai Mouseketeers, Melynna menjawab “sejujurnya saya masih tidak percaya lagi yang saya telah dipilih untuk menjadi salah seorang ahli Mouseketeers dan apa yang saya harapkan untuk musim ini adalah, agar ramai penonton menikmatinya dan menyukai musim ini”.
Eric pula berkata “saya berharapkan yang kegembiraan dan keceriaan yang kami bawakan ini ‘sampai’ kepada penonton dan diharapkan penonton juga enjoy musim baharu ini”.
Bukan itu sahaja, musim ke-4 kali ini turut dibarisi oleh barisan kru-kru yang berbakat, diketuai Penerbit Eksekutif, Lina Tan, yang menerajui penerbitan berkenaan menerusi gandingan dengan pengarah pemenang anugerah, Shamyl Othman, serta Pengarah Muzik yang kembali beraksi, Audi Mok, yang dinobatkan sebagai pemenang anugerah ‘Anugerah Industri Muzik’ (AIM).
Apa yang lebih menarik ialah, tetamu selebriti undangan pada musim ini juga tidak kurang hebatnya, antaranya ialah Alif Satar, Sean Lee, Nabil Mahir, Elaine Daly dan Alyssa Dezek, Angkasawan Malaysia Dr Faiz Khaleed, Genius matematik Yaashwin Sarawanan, penyanyi Sarah Suhairi dan De Fam, penyelam Olimpik Cheong Jun Hoong; serta influencer Cupcake Aisyah.
Info tambahan, sebuah siri Internet pendek bertajuk It’s Game Time akan dilancarkan seiring musim baharu ini. Sembilan ‘webisode’ pendek bakal disiarkan menerusi laman Instagram dan YouTubeClub Mickey Mouse, yang akan menyaksikan ahli-ahli Mouseketeers berentap dalam pelbagai cabaran mengujakan! Dengan berdasarkan episod-episod yang disiarkan, semua cabaran ini bertujuan menghiburkan hati para peminat sepanjang musim ini.
Kamu juga boleh menyaksikan Club Mickey Mouse musim 1 hingga 3 yang kini telah tersedia di platform penstriman di Disney+ Hotstar, manakala episod-episod baharu Musim 4 akan disiarkan setiap minggu, bermula 28 Julai 2021.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap individu melalui fasa perubahan kehidupan, sama ada daripada segi fizikal mahu pun gaya hidup berbeza. Semakin melonjak usia, ramai yang menganggap seseorang individu itu akan berubah penampilannya dan kelihatan lebih tua.
Namun begitu, terdapat segelintir individu yang kelihatan lebih menarik dan bergaya sewaktu umur mereka meningkat usia, terutamanya dikalangan selebriti.
Jom kita lihat antara individu popular dunia yang berubah gaya menjadi lebih menawan ketika berusia.
Bekas pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham sudah memang dikenali dengan rupa parasnya yang kacak sewaktu di usia muda lagi. Namun, apabila menginjak di usia ‘emas’, David Beckham masih kekal tampan dengan gaya personaliti yang menarik.
Penyanyi dan pelakon popular Korea Selatan, Kim Se-jeong (30) baru-baru ini memberi kejutan kepada peminat apabila mengumumkan siri jelajah fan-concert terbarunya “Tenth Letter” pada 24 November lalu. Pengumuman tersebut dibuat menerusi hantaran rasmi di media sosial miliknya sekaligus mengesahkan beberapa destinasi serta tarikh konsert yang bakal berlangsung sepanjang tahun 2026.
Difahamkan, jelajah ini akan membuka tirai dengan dua malam persembahan di Seoul pada 10 dan 11 Januari 2026 bertempat di YES24 Live Hall. Konsert seterusnya turut dijadualkan berlangsung di beberapa lokasi antarabangsa termasuk di Kuala Lumpur, Taipei, Melbourne, Sydney, Manila, Hong Kong, dan Yokohama.
Sejeong yang pernah menghangatkan peminat di Malaysia pada tahun lalu
Ini juga menandakan kembalinya Kim Se-jeong ke Malaysia selepas penampilan terakhirnya pada tahun 2024, jelajah Tenth Letter ini turut membawa signifikan istimewa buat peminat apabila tahun 2026 menandakan ulang tahun ke-10 debutnya dalam industri hiburan Korea selepas kemunculannya sebagai ahli kumpulan I.O.I pada tahun 2016.
Dalam satu lagi pengumuman berasingan, Kim Se-jeong turut berkongsi bahawa jelajah ini akan merangkumi sebanyak 14 negara setakat ini. Walaupun maklumat penuh bagi setiap hentian masih belum didedahkan, poster rasmi jelajah tersebut menunjukkan penyanyi itu bakal mengadakan siri persembahan berskala besar bagi meraikan perjalanan kariernya selama sedekad.
Dalam perkembangan terkini, Kim Se-jeong kini sedang membintangi drama terbaru berjudul ‘Moon River’ bersama pelakon terkenal, Kang Tae Oh. Drama tersebut menerima perhatian peminat sejak tayangan episod pertama, sekaligus menambah keterujaan menjelang siri jelajah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Untuk makluman, konsert Tenth Letter bakal menghangatkan Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 7 Mac 2026 dan maklumat lanjut mengenai penganjur, harga tiket dan sebagainya bakal diumumkan dari masa ke semasa. Setakat ini, peminat masih perlu menantikan pengumuman lanjut bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang mendapatkan tempat terbaik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!