Sejak Isnin minggu lepas, berita mengenai kehilangan remaja berusia 20 tahun telah menarik perhatian ramai dek kerana tiada petunjuk yang ditemui.
Norazwa Rashid, pelajar di UiTM Alor Gajah telah dilaporkan hilang setelah kelibatnya tidak kelihatan oleh rakan sebilik selepas dia pulang ke kampus dari rumah. Malah, panggilan telefon oleh keluarga juga tidak dibalas.
Demikian hal ini, keluarga Norazwa yang diwakili oleh kakaknya, Alin Ikmal telah meminta bantuan kepada pengguna media sosial melalui Twitter dan Facebook untuk menghubunginya jika mengetahui keberadaan Norazwa.
Ads
Akhirnya malam kelmarin, Norazwa telah dijumpai dan kembali ke pangkuan ahli keluarga.
Netizen turut mendoakan Norazwa sejak minggu lepas.
Ads
Menurut Alin, adiknya itu telah dijumpai oleh seseorang di Gombak selepas dia melihat berita mengenai Norazwa di akhbar. Justeru itu, dia terus menelefon ahli keluarganya untuk dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Wangsa Maju.
“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur dipertemukan kembali. Terima kasih kepada netizen yang prihatin dengan kes viral kehilangan Norazwa selama ini.
“Walaupun dia telah selamat pulang ke pangkuan kami, pihak polis masih akan menjalankan siasatan terhadap kes ini dan kami terbuka untuk beri kerjasama,” katanya kepada rakan media di portal Kampus Uols
Ads
Tweet terbaru dari Alin.
Tinjauan REMAJA juga mendapati Alin Ikmal telah memadam status meminta bantuan dari minggu lepas di Facebook. Mungkin untuk tidak memanjangkan lagi isu ini? Menurut thread di Twitter, Alin memaklumkan bahawa keadaan Norazwa masih belum stabil dan memerlukan masa untuk bertenang sebelum dia boleh menceritakan apa yang berlaku sebenarnya.
Eloklah berehat dulu jika berada dalam keadaan depressed atau trauma sebegini. Lagipun nak Hari Raya sudah, kan. Kita doakan yang baik-baik saja tanpa spekulasi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
MyKad adalah dokumen penting dan WAJIB dibawa ke mana sahaja anda pergi. Ia adalah bukti yang menunjukkan diri anda sebagai warganegara Malaysia.
Fungsi utama MyKad ialah sebagai kad pengenalan diri. Ia mengandungi nama, alamat, gambar, nombor kad pengenalan serta jantina yang terpapar di kad.
Tapi tak ramai yang mengambil berat hal kad pengenalan diri ini terutama bagi remaja belasan tahun yang mana kad pengenalannya masih disimpan mak ayah yang takut kad tersebut hilang.
Menurut facebook rasmi Polis DiRaja Malaysia, MyKad adalah wajib untuk semua warganegara Malaysia berumur 12 tahun dan ke atas.
Pihak polis ada ketikanya menjalankan pemeriksaan sekatan jalan raya. Gambar hiasan
Kalau korang tertinggal kad pengenalan dan ketika itu ada pemeriksaan rawak oleh pihak berkuasa polis, ketahui, inilah risiko yang harus korang tanggung iaitu denda dan boleh di penjara.
Di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 (Pindaan 2001), sesiapa yang gagal menunjukkan kad pengenalan diri apabila diminta pihak berkuasa, boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Simpan MyKad anda dengan baik dan sentiasa bawa bersama ke mana sahaja anda pergi.
Jadi selepas ini, silalah simpan kad pengenalan dengan baik dan bawalah ke mana saja korang pergi tanpa perlu meninggalkan di rumah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Telefon pintar hari ini merupakan satu simbol gaya hidup. Kiranya, tak ada phone tak ada life lah! Percaya atau tidak, pemilihan telefon pintar sedikit sebanyak berkait rapat dengan personaliti anda. Ambil kuiz ini dan lihat, betul atau pun tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sukan silat bukan hanya didominasi oleh para atlet ‘jantan’. Ramai juga puteri silat yang berjaya di peringkat antarabangsa seperti pesilat negara; Siti Rahmah.
Dalam banyak-banyak pingat acara antarabangsa yang sudah ‘dicekup’ kemas dalam genggaman Siti, pengalaman memperoleh pingat semasa Sukan SEA di Indonesia adalah antara yang tak boleh dilupakan olehnya. Kenapa?
Jom ikuti temubual eksklusif REMAJA bersama Siti sebelum dia melangkah ke gelanggang #KL2017.
Bagaimana Siti boleh terlibat dalam Pencak Silat?
Siti Rahmah: Sebelum silat, saya pernah sertai sukan Taekwando kerana minat dalam sukan mempertahankan diri. Tetapi malangnya, ada sedikit masalah yang berlaku antara saya dan persatuan lalu membuatkan saya berhenti daripada menyertai sebarang pertandingan.
Selepas perkara itu berlaku, ada kawan yang mengajak saya untuk menyertai silat tetapi saya menolaknya ada peringkat awal. Bayangkan, saya tak tahu menahu tentang steps dan teknik permainan silat, bagaimana saya nak berdepan dengan lawan kalau begitu?
Setelah dipaksa, saya turutkan sajalah kehendak kawan tadi dan saya sertai silat pada tahun 2008. Selepas hanya tiga bulan saya sertai latihan, nama saya tiba-tiba naik untuk menyertai SUKMA pada waktu itu.
Syukur Alhamdulillah, saya berjaya memenangi kategori yang dipertandingkan dan bermula dari situlah, saya mula lebih bersemangat untuk teruskan kemenangan.
Siapa pendorong Siti yang paling setia?
Siti Rahmah: Tentulah ibu saya. Pernah sekali saya kalah dalam satu pertandingan dan saya terus menelefon ibu untuk memberitahu dia. Dia menangis dalam ganggang telefon dan bertanya seorang-seorang, mengapa doanya pada kali ini tak dimakbulkan.
Ibu memang nakkan saya menang sentiasa. Bermula dari hari itu, saya tekad untuk tak mahu mengaku kalah dan berusaha lebih lagi.
Pesilat negara, Siti Rahmah. Foto: Izari Rosli
Apakah pengalaman bertanding yang tak dapat Siti lupakan?
Siti Rahmah: Kalau nak bercakap mengenai kenangan indah, tentulah apabila saya berjaya meraih kejayaan dan naik ke atas podium.
Tapi kalah bercakap mengenai pengalaman buruk, yang paling saya tak boleh lupakan adalah sewaktu saya kalah pada Sukan SEA Indonesia.
Pada waktu itu, saya sudah berada di peringkat akhir. Sebaik saja saya melangkah masuk ke dalam gelanggang, penyokong Indonesia melemparkan botol dan menjerit ‘boo’ kepada saya.
Bukan saja saya, ketika nama pemenang (dari negara lain) diumumkan di akhir pertandingan, mereka juga menjerit ‘boo’. Saya rakan pada masa itu, walau apa pun keputusannya, mereka akan ‘boo’ tak habis-habis kerana atlet dari negara mereka tidak berjaya ke peringkat final.
Saya rasakan itu ibarat satu igauan ngeri dalam hidup, Saya pasti tak merasa seronok untuk bertemu dengan lawan dari Indonesia kerana attitude yang ditunjukkan oleh penyokong ekstrem mereka.
Wow, that must be really hard for you.
Siti Rahmah: Ya.
Bagaimana Siti mengekalkan stamina pula?
Siti Rahmah: Selain berdisplin ketika latihan, saya juga mengikuti jadual diet ketant yang diberikan oleh Institut Sukan Negara (ISN). Saya tak mengambil langsung makanan luar.
Bila pertandingan dah dekat, saya semakin menjaga pemakanan saya. Saya akan elakkan pengambilan makanan bergoreng dan makanan ringan. Zilch!
Selain itu, saya juga mengambil suplemen yang diberikan oleh ISN seperti Vitamin C, A dan lain-lain.
Sedikit nasihat daripada Siti untuk remaja yang ingin menyertai sukan Silat.
Siti Rahmah: Saya amat menggalakkan mereka untuk menyertai silat kerana silat ini ibarat budaya kita. Ia lebih menjaga adab dan ada batasnya.
Bagi perempuan pula, sukan ini baik untuk kamu melindungi diri.
Pesilat negara bersama pengurus sukan MASOC. (Dari kiri : Fauzi Khalid, Siti Rahmah, Mohd Rafee Majid, Faizul Nasir dan Al-Jufferi Jamari. Foto: Izari Rosli
Candid With Siti Rahmah
Ciri-ciri seorang atlet Pencak Silat yang berjaya adalah…
Training hard, no cheat day. Dan kamu perlu hormat jurulatih kamu. Sentiasa ingat keluarga kamu terutamanya ibu kamu.
Dalam masa 10 tahun akan datang…
Saya ingin menjadi jurulatih dan merurunkan segala ilmu serta pengalaman yang saya ada kepada generasi baru pula.
Hobi kamu tetapi kekangan masa menyebabkan kamu perlu melupakannya…
Menonton wayang haha. Sedih tau!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!