“Kata orang, jika muka sudah mirip maknanya jodoh kuat!”

Begitulah antara komen warganet pada hantaran foto-foto terbaru pelakon popular Indonesia, Cinta Laura Kiehl pada 31 Januari 2023 yang sekali lagi memaparkan teman pelakon, Arya Vasco.

Makin Mesra! Siapakah Jejaka Kacak, Arya Vasco Yang Digosipkan Dengan Cinta Laura Kiehl? Makin Mesra! Siapakah Jejaka Kacak, Arya Vasco Yang Digosipkan Dengan Cinta Laura Kiehl? Makin Mesra! Siapakah Jejaka Kacak, Arya Vasco Yang Digosipkan Dengan Cinta Laura Kiehl?

Laura dan Arya dilihat sama-sama mengunjungi The Getty Museum yang terletak di Los Angeles di mana Arya dipercayai baru sahaja mendarat di sana. Hantaran ini sekaligus menimbulkan semula persoalan sama ada mereka berdua benar-benar sedang bercinta atau sekadar teman rapat tapi mesra.

Kehadiran Arya yang memulakan kerjaya sebagai seorang pelakon Indonesia sejak tahun 2017 dalam hidup Cinta Laura sudah dapat dihidu sejak awal Januari 2023 lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Cantik, Berpendidikan & Dermawan, Cinta Laura Kiehl Bina Sekolah Untuk Golongan Kurang Berkemampuan – REMAJA

IKLAN

Makin Mesra! Siapakah Jejaka Kacak, Arya Vasco Yang Digosipkan Dengan Cinta Laura Kiehl?Makin Mesra! Siapakah Jejaka Kacak, Arya Vasco Yang Digosipkan Dengan Cinta Laura Kiehl?

Aktor filem My Generation ini merupakan anak watan Bali, Indonesia dan dilahirkan pada 18 Disember 2003. Ini bermakna dia 6 tahun lebih muda dari Cinta Laura yang sudah menginjak ke usia 26 tahun pada 2023.

Arya difahamkan memiliki darah campuran Jawa Indonesia di sebelah ibunya, manakala ayahnya pula merupakan seorang yang berdarah Belanda. Tidak hairanlah wajah Pan Asiannya seringkali disebut-sebut cocok dengan wajah Cinta Laura yang juga berdarah kacukan (Indonesia-Jerman).

IKLAN

Makin Mesra! Siapakah Jejaka Kacak, Arya Vasco Yang Digosipkan Dengan Cinta Laura Kiehl?  Makin Mesra! Siapakah Jejaka Kacak, Arya Vasco Yang Digosipkan Dengan Cinta Laura Kiehl?

Selain berlakon filem, Arya juga masih aktif bergelar model di mana dia pernah menghiasi klip video penyanyi Maudy Ayunda berjudul Kutunggu Kabarmu pada tahun 2017 dan klip video Maizura berjudul Aku Tanpamu pada tahun 2019.

Detik pertemuan Arya dan Cinta Laura dipercayai bermula semasa mereka berkongsi set penggambaran drama bersiri Daniel & Nicolette.

IKLAN

Haa, apa pendapat korang? Sepadan ke tidak?

BACA LAGI: “Kalau Dia Benar- Benar Cinta, Dia Takkan Menyakiti Kamu,”- Cinta Laura Kiehl – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI