Make It Fashionable! Pelitup Muka Uniqlo Ini Katanya Lebih Selesa & Selamat

Share

 

Sepanjang musim rakyat Malaysia berhati-hati dengan perebakan wabak pandemik Covid-19, tidak dinafikan pelbagai jenis pelitup muka ataupun face mask yang telah diperkenalkan di pasaran.

Ada yang dijual pada harga mampu milik, ada juga yang mendapat sentuhan pereka fesyen tempatan. Haa, yang penting bukannya cantik warnanya ataupun tidak tau, tetapi keselesaan dan keberkesanan face mask

tersebut.

Tak lama lagi, jenama minimal popular daripada Jepun, Uniqlo akan mengeluarkan rangkaian face mask mereka sendiri!

Menurut pengumuman mereka pada minggu ini, face mask di bawah koleksi AIRism itu akan menemui pasaran di Malaysia pada 14 September ini dan boleh didapati di stor serta secara dalam talian.

Uniqlo telah menerima permintaan ramai untuk menyediakan face mask yang mampu menjamin rasa selesa dan selamat oleh pelanggan setia mereka. Apatah lagi, ramai yang inginkan rekaan serba minimal tetapi kekal fashionable.

Ia mempunyai lapisan triple-layer

yang mengekalkan keberkesanan 99%. Di bahagian tengah mask itu mempunyai filter untuk menapis sebarang punca bakteria dan kandungan asing daripada memasuki rongga hidung dan mulut. Di antaranya pula adalah fabrik mesh AIRism serba selesa.

Bukan itu saja, ia juga mempunyai kadar UPF 50 tau! Jadi, sebahagian daripada wajah korang akan terlindung daripada sinaran ultraviolet sehingga 90%.

Bagi yang risau sekiranya ia akan lembik selepas basuhan yang terlalu kerap, jangan risau lagi kerana face mask AIRism ini mampu bertahan sehingga 20 kali basuhan pada suhu 40 darjah.

*

Berminat? Jangan lupa untuk menantikan face mask ini okay. Ia boleh didapati dalam saiz dewasa dan kanak-kanak.

Namun menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, tak semua orang boleh memakai face mask ya.

 

IKLAN