Pentas Big Stage Rocketfuel minggu kelima menyaksikan lapan peserta berjaya meneruskan saingan selepas tiada penyingkiran diumumkan, sekaligus memberi peluang kepada semua bintang yang beraksi untuk kembali memperlihatkan kemampuan masing-masing dalam pertandingan tersebut. Keputusan itu menyaksikan Danny, Aliff Kimiey dan Yad-Z terselamat walaupun berada dalam kelompok tiga peserta dengan markah terendah daripada juri.
Dalam pada itu, Adam Nazmie mencuri perhatian apabila berjaya menduduki kedudukan pertama pada minggu ini menerusi persembahan lagu ‘Da Bomb’ duet bersama Sarah Suhairi yang menerima pujian daripada barisan juri. Duo berkenaan mencatatkan markah sebanyak 79.50 peratus, serta mengukuhkan kedudukan mereka sebagai antara peserta yang semakin menyerlah dalam saingan Big Stage Rocketfuel.
Tempat kedua pula menjadi milik Ranisha yang memperoleh markah 78.50 peratus hasil persembahan bertenaga bersama Danial Chuer menerusi lagu ‘Kamu’, membuktikan peningkatan konsisten penyanyi berkenaan sepanjang pertandingan, selain berjaya mengekalkan saingan sengit bersama peserta lain.
Yad-z, Danny & Aliff Kimiey merupakan peserta dengan markah terendah pada minggu 5
Sementara itu, Hussain melengkapkan kedudukan tiga teratas apabila meraih 73.75 peratus daripada juri. Pencapaian tersebut menunjukkan kemampuan Hussain untuk terus memberikan saingan meskipun berdepan persaingan yang semakin mencabar apabila peserta kini menghampiri fasa akhir pertandingan.
Ads
Bagi minggu kelima, Danny, Aliff Kimiey dan Yad-Z pada awalnya berada dalam zon penyingkiran selepas menerima markah terendah daripada juri. Namun, pengumuman tiada penyingkiran memberikan kelegaan buat ketiga-tiga peserta berkenaan untuk meneruskan perjuangan dalam pentas Big Stage Rocketfuel.
Memasuki minggu keenam atau pentas suku akhir, seramai lapan peserta masih meneruskan saingan iaitu Hussain, Qilo, Danny, Aliff Kimiey, Yad-Z, Ranisha, Danial Kifli serta satu-satunya peserta berkumpulan, Adam & Nazmie. Kesemua peserta kini perlu memberikan persembahan terbaik bagi merebut peluang mara ke peringkat seterusnya.
Ads
Juri tetap Hael Husaini, Aisha Retno & Akim Ahmad bersama juri jemputan Ajai.
Big Stage Rocketfuel menampilkan 11 peserta yang bersaing sepanjang lapan minggu pertandingan dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.
Difahamkan, kontrak tersebut merangkumi pelbagai aspek pembangunan artis termasuk penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.
Program Big Stage Rocketfuel yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria. Persaingan dijangka semakin sengit apabila setiap peserta bakal berdepan cabaran baharu dalam usaha membuktikan kemampuan masing-masing untuk melangkah ke pentas akhir pertandingan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keempat-empat ahli terakhir dari kumpulan K-Pop terkenal, BTS yang masih belum menjalani perkhidmatan tentera wajib mereka dikhabarkan telah memulakan proses pendaftaran.
Buat makluman, semua lelaki yang sempurna tubuh badan di Korea Selatan diwajibkan berkhidmat sekurang-kurangnya 18 bulan dalam tentera.
Meskipun sering kali isu berkaitan sama ada BTS layak mendapat pengecualian dibangkitkan dalam kalangan peminat, Jin, ahli tertua dalam kumpulan itu sudahpun mendaftar khidmatnya tahun lalu, diikuti oleh rakan sepasukannya J-Hope pada bulan April.
Manakala, ahli ketiga mereka iaitu Suga bakal memulakan perkhidmatannya pada bulan September.
Kini, keempat-empat ahli kumpulan tersebut yang masih tinggal iaitu RM, Jimin, V, dan Jung Kook turut dilaporkan akan segera memulakan perkhidmatan mereka, menurut kenyataan label mereka, BIGHIT MUSIC.
“Kami ingin memberitahu peminat bahawa RM, Jimin, V, dan Jung Kook telah memulakan proses pendaftaran tentera,” jelas label syarikat tersebut.
“Kami meminta agar anda teruskan memberi sokongan kepada RM, Jimin, V, dan Jung Kook sehingga mereka berjaya menamatkan perkhidmatan tentera mereka dan kembali dengan selamat,” sambung kenyataan itu.
Hmmmmm…kwenchana ARMY! Pejam celik, pejam celik BTS pasti akan kembali menghiburkan kalian semua sebagai satu kumpulan lengkap okay!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi seorang backpackers, mereka sangat mementingkan percutian atau istirahat yang tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.
Jika pergi bercuti, mereka tidak mementingkan penginapan mewah, sebaliknya hanya memilih untuk bermalam di hotel atau pun homestay murah.
Jadi disebabkan itu, hotel kapsul menjadi pilihan kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding tempat penginapan lain.
Seperti yang dikongsi oleh seorang warga twitter, ramai yang bertanyakan kepada Adam Mickail tentang hotel kapsul yang memang cantik dan berbaloi dengan hanya berharga RM28 semalam.
Wah, biar betul? Murahnya.
Jom kita ikuti thread lelaki ini tentang macam mana dia boleh mendapatkan harga kapsul dengan semurah itu.
Btw, hotel yang disebutkan adalah Capsule Hotel Town KL, jadi perkara pertama yang korang perlu buat adalah tempah di booking.com
Search “Capsule Town Hotel Kl” di booking. Com dan kalau boleh book awal sebab takut tak dapat pula harga RM28 tu. Mungkin akan naik sikit dalam RM34 macam tu disebabkan high demand ramai foreigners dan traveller dah book awal-awal.
Korang boleh menaiki LRT atau MRT terdekat di Pasar Seni dan berjalan sekitar 10 minit sebelum sampai ke hotel tersebut. Ada je bilik biasa dan bilik kapsul. Kapsul untuk seorang dan bilik biasa ada katil queen size. Ikut kesesuaian dan bajet korang.
Sediakan deposit
Kalau book last minute kena bayar dekat sana, tapi kalau korang booking awal boleh je bayar guna online banking.
Sediakan RM50 sebagai deposit. Deposit ini akan dipulangkan sebaik saja korang check out. Asalkan bilik berada dalam keadaan yang baik.
Jangan risau, security memang terbaik. Ada locker, ada access card untuk keluar masuk kapsul. Tapi pastikan korang tak tercicir barangan peribadi.
Dalam kapsul tersebut juga ada tempat usb, untuk charge devices, aircond dan air ventilation pun ada. Jadi tak perlu risau, korang tak akan rasa sesak nafas dalam kapsul tu.
Dalam tu akan ada tempat usb , charge apa semua . Aircond ada
Air ventilation pun ada takkan rasa sesak nafas jangan risau pic.twitter.com/uNdjcoYNio
— Tom Holland beraya ☪️ (@AdamMickail) June 17, 2019
Bukan hanya untuk percutian, korang juga boleh merasai pengalaman bermalam di hotel kapsul ini sebagai weekend getaway.
Seharian penat bekerja atau belajar, why not ambil masa untuk berehat menenangkan fikiran daripada hiruk pikuk kota.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umum mengetahui betapa komited dan profesionalnya pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Hannah Delisha.
Sejak membawa diri sebagai artis solo pada tahun 2015 dengan single berjudul Anugerah, Hannah dilihat sentiasa bebas daripada sebarang gosip yang mampu meranapkan kerjaya seninya.
Ramai berpendapat ia adalah hasil tunjuk ajar ibunya sendiri, Noor Ashikin Ahmad yang juga pernah bergelar seorang penyanyi sekitar era 1980-an.
*
Kini setelah Hannah bergelar isteri kepada pelakon Singapura, Imam Shah, timbul pula beberapa cerita yang sedikit mengejutkan peminat Hannah berkenaan selebriti kegemaran mereka itu dan ia berkenaan perihal peribadinya.
Jujurnya, REMAJA berpendapat ia adalah hak Hannah, Imam dan kenalan rapat mereka termasuk ahli keluarga untuk menyembunyikan sebarang hal peribadi mereka daripada pengetahuan dan tatapan umum.
Tak semua perkara perlu dicanang kepada satu dunia.
Bagaimanapun, apabila empunya badan bergelar selebriti terkenal, keinginan orang ramai untuk mengetahui serba-serbi mengenai dirinya itu sudah menjadi asam garam kehidupan.
Setelah satu demi satu pendedahan berkenaan hubungan Hannah dengan ibunya serta berkenaan tarikh perkahwinan sebenar Hannah dan Imam tersebar semalam, pelakon Tercipta Satu Ikatan ini mengambil keputusan memuat naik satu hantaran Instagram Story bagi meredakan keadaan.
“Assalamualaikum, saya memohon maaf di atas perhatian yang tidak dikehendaki terhadap saya pada waktu ini. Ya, seperti kamu semua, saya juga mempunyai masalah peribadi saya. Saya terkilan apabila (masalah ini) kini tersebar kepada pengetahuan umum.
“Ketika saya mula-mula menyertai industri, niat saya hanyalah untuk menghiburkan kamu menerusi kerja dan bukannya menerusi kehidupan peribadi saya.
“Saya sebaik mungkin cuba menghindarkan diri daripada gosip dan saya hanya ingin mengharumkan negara saya.”
“Sekali lagi, saya memohon maaf di atas berita yang tidak menyenangkan berkenaan saya dan keluarga. Apa yang saya pinta adalah doa kalian dan sedikit privasi pada saat yang mencabar ini,” catat Hannah.