Dari kod Neopets ke bilion dolar: bagaimana seorang gadis tech dari California menewaskan Taylor Swift dalam senarai Forbes?
Pada usia 30 tahun, Lucy Guo telah mencipta sejarah sebagai wanita termuda yang menjadi billionaire hasil usaha sendiri, mengatasi ikon pop Taylor Swift dalam senarai Forbes 2025.Dengan nilai kekayaan bersih dianggarkan sekitar $1.3 bilion, Guo kini menduduki tempat ke-26 dalam senarai Wanita Terkaya Amerika hasil usaha sendiri.
Siapa Lucy Guo?
Dilahirkan pada 14 Oktober 1994 di Fremont, California, Guo dibesarkan oleh ibu bapa imigran Cina yang bekerja sebagai jurutera elektrik.Sejak kecil, beliau menunjukkan minat mendalam dalam bidang teknologi, mula belajar kod seawal darjah dua dan menjana pendapatan dengan mencipta bot untuk permainan dalam talian Neopets.
Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Komputer di Carnegie Mellon University tetapi memilih untuk berhenti selepas menerima Thiel Fellowship, sebuah geran bernilai $100,000 yang menggalakkan belia untuk meneroka projek keusahawanan.
Perjalanan Keusahawanan
Guo memulakan kerjayanya dengan menyertai syarikat-syarikat teknologi terkemuka seperti Facebook dan Snapchat, di mana beliau menjadi pereka wanita pertama syarikat tersebut.Kemudian, beliau menyertai Quora dan bertemu dengan Alexandr Wang.
Ads
Pada tahun 2016, mereka bersama-sama mengasaskan Scale AI, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelabelan data untuk kecerdasan buatan.Walaupun Guo meninggalkan syarikat tersebut pada 2018, beliau mengekalkan pegangan saham sebanyak 5%, yang kini bernilai lebih $1.2 bilion.
Selepas itu, Guo menubuhkan Backend Capital, sebuah firma modal teroka yang menyokong syarikat permulaan dalam bidang teknologi.Pada 2022, beliau melancarkan Passes, sebuah platform kandungan yang membolehkan pencipta kandungan berinteraksi dengan peminat melalui siaran langsung, mesej, dan podcast.Platform ini berjaya mengumpul dana sebanyak $40 juta dalam pusingan pembiayaan Siri A pada 2024.
Ads
Gaya Hidup dan Kontroversi
Guo dikenali dengan gaya hidup mewahnya, memiliki hartanah bernilai lebih $10 juta di Los Angeles dan Miami.Namun, beliau juga menghadapi kontroversi apabila Passes terlibat dalam tuntutan mahkamah berkaitan kandungan tidak sesuai.Guo menafikan semua dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai cubaan memfitnah.
Pengaruh dan Inspirasi
Walaupun telah mengatasi Taylor Swift dalam senarai Forbes, Guo tetap mengagumi penyanyi tersebut dan menganggap dirinya sebagai “Swiftie” sejati.Beliau menyatakan bahawa beliau tidak terlalu mementingkan gelaran tersebut dan berharap lebih ramai wanita akan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan.
Ads
Kisah Lucy Guo adalah bukti bahawa dengan minat, ketekunan, dan keberanian untuk mengambil risiko, seseorang boleh mencapai kejayaan luar biasa.Dari seorang gadis yang bermain dengan kod semasa kecil, kini beliau berdiri sebagai salah satu wanita paling berpengaruh dalam dunia teknologi dan perniagaan.
Baru-baru ini, industri hiburan Korea Selatan tanpa henti menunjukkan kreativiti dan inovasi bagi menarik perhatian penggemar dan peminat muzik K-Pop utamanya.
Salah satu syarikat hiburan terkenal, SM Entertainment sekali lagi kembali dengan mencipta hal baru inovatif dan bakal memikat hati para peminat melalui kerjasama bersama syarikat Jinaem mengumumkan akan membina Hotel K-Pop yang dibangunkan khas untuk peminat K-Pop di seluruh dunia.
Kolaborasi ini rasmi diumumkan pada 29 Julai lalu ketika Jinaem dan Kreation Music Rights (KMR) yang merupakan anak syarikat kepada SM Entertainment menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk membangunkan hotel residensi bagi peminat K-Pop, penulis lagu/lirik, penerbit lagu yang datang dari seluruh negara.
“Kolaborasi ini adalah contoh dari kesan hubungan baik antara investor dan syarikat yang menerima investasi. Selain itu, kami juga dapat mencipta ‘angin baru’ dari pembinaan Hotel K-Pop ini”
KMR juga akan turut menyediakan pelbagai bahan sokongan muzik dan penciptaan kandungan. Sementara itu, Jinaem yang merupakan syarikat baru dalam bidang gaya hidup dan kesihatan akan mengelola projek ini termasuk dari segi perancangan, operasi dan perkembangan dari masa ke semasa.
Mengikut perancangan awal, Hotel K-Pop ini akan dibina di bandar Seoul dengan kapasiti 20-30 buah bilik. Hotel ini juga dijangka akan menjadi pusat budaya bagi penggemar agar mereka dapat menikmati muzik dari pelbagai komposer KMR selain mendapat keistimewaan tambahan yang lain.
Dalam pada itu, menurut laporan Global Hallyu Status bagi tahun 2023. Jumlah penggemar budaya Hallyu secara global telah mencapai sehingga 225 juta pada Disember lalu dan ia menunjukkan peningkatan 24 kali ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya sejak Korean Wave pertama mendapat sambutan pada tahun 2012.
Melalui pembinaan hotel ini juga, mereka berharap akan memberi suasana baru dalam industri K-Pop. Malah, para peminat juga dapat menikmati pengalaman muzik dan budaya K-Pop dengan lebih dekat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menghampiri penghujung tahun 2022, pastinya ramai yang sedang berkira-kira untuk menghabiskan baki cuti yang masih ada. Bagi yang menantikan cuti semester to finally kick in, korang tentu sudah mempunyai perancangan destinasi yang ingin dituju bersama rakan-rakan mahupun keluarga.
Salah satu destinasi pilihan ramai tidak lain tidak bukan ialah negara jiran, Singapura. Majoriti tempoh dua tahun lalu yang diluangkan dalam keadaan pandemik memaksa sempadan Malaysia-Singapura ditutup. Kini tiba sudah masa sempurna untuk kita mengubat rindu terhadap pelbagai jenis tarikan yang ada di Singapura.
Nilai Ringgit kini dilaporkan berada pada paras terendahnya berbanding Dolar Singapura dalam sejarah iaitu sekitar RM3.32 hingga RM3.35 bagi setiap satu Dolar. Ia jauh lebih rendah berbanding ketika krisis kewangan Asia pada tahun 1997 di mana nilai terendah Ringgit dicatatkan sekitar RM2.737 bagi setiap satu Dolar.
Aduh, mahu kena fikir sepuluh kali sebelum hendak merancang percutian di Singapura.
Jelas Dr Yeah Kim Leng yang merupakan seorang Profesor Ekonomi di Universiti Sunway, sebahagian besar faktor kelemahan Ringgit kini adalah disebabkan oleh Dolar Amerika Syarikat (AS) yang bertambah kukuh setelah Rizab Persekutuan negara itu (FED) menaikkan kadar faedah untuk menangani inflasi yang memuncak sehingga menjejaskan ekonomi di AS.
Seperti yang dilaporkan BHarian, yang berhubung dengan Profesor Ekonomi itu, pergerakan Dolar Singapura pula akan sejajar dengan Dolar AS memandangkan AS adalah rakan dagang terbesar Singapura. Jika Dolar AS kukuh, maka begitu jugalah kedudukan Dolar Singapura. Dan dengan kenaikan nilai secara agresif kini, Dolar AS kemungkinan besar akan berada pada kedudukan paling stabil sejak awal 2000-an berbanding beberapa nilai mata wang utama lain.
Nilai Ringgit dijangka akan bertambah lemah berbanding Dolar Singapura berdasarkan situasi ekonomi sekarang. Ada juga yang meramalkan Ringgit boleh menjunam sehingga RM4.90 bagi setiap satu Dolar AS pada akhir 2022 dan RM5.00 bagi satu Dolar AS pada suku pertama 2023.
Ini secara tidak langsung membuatkan nilai Dolar Singapura akan terus menjadi faktor utama pelancong Malaysia akan berfikir banyak kali sebelum ke sana.
Mungkin sekali sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk korang melancong ke luar negara. Apa kata nikmati sahaja keindahan yang kita ada di dalam negara pada akhir tahun ini. #SapotLokal
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, jaguh beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani berjaya meraih perhatian apabila muncul sebagai juara dan membawa pulang ganjaran wang tunai lumayan selepas mempamerkan aksi memberangsangkan di Kejohanan Terbuka Indonesia yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.
Memetik laporan Stadium Astro, Sze Fei-Izzuddin berjaya menampilkan persembahan berkualiti sepanjang kejohanan bertaraf Super 1000 itu, sekaligus membolehkan mereka mengaut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah kira-kira RM432,000 hasil pencapaian cemerlang yang dilakar.
Dalam pada itu, beregu yang menghuni ranking kelapan dunia itu memulakan kemaraan mereka dengan menewaskan wakil tuan rumah, Raymond Indra dan Nikolaus Joaquin, sebelum bangkit dengan penuh bergaya dalam dua set berikutnya untuk mencatat kemenangan 13-21, 21-18, 21-10.
Kejayaan tersebut menjadi bukti bahawa pasangan yang lebih dikenali dengan gelaran “FeiDin” semakin menunjukkan kematangan dalam permainan selain mampu memberikan cabaran sengit kepada kelompok beregu terbaik dunia ketika ini.
Sepanjang saingan di Jakarta, pasangan profesional negara itu turut memperagakan aksi konsisten apabila berjaya mengatasi beberapa lawan berprofil tinggi, sekaligus mengukuhkan reputasi mereka sebagai antara pasangan yang perlu diberi perhatian di pentas antarabangsa.
Di samping itu, prestasi memberangsangkan yang dipamerkan pastinya menjadi suntikan keyakinan terbaik buat mereka menjelang beberapa kejohanan utama selepas ini, termasuk Kejohanan Dunia dan siri Jelajah Dunia BWF yang bakal berlangsung.
Pada masa yang sama, perkembangan positif tersebut turut menggembirakan peminat badminton tanah air yang melihat peningkatan ketara dalam aspek komunikasi, corak permainan serta kekuatan mental pasangan berkenaan ketika beraksi dalam situasi bertekanan tinggi.
Sementara itu, dengan momentum yang semakin kukuh serta prestasi yang lebih stabil sepanjang musim ini, Sze Fei dan Izzuddin dilihat berada pada landasan terbaik untuk terus melakar kejayaan lebih besar sambil memperkukuhkan status mereka sebagai antara sandaran utama Malaysia dalam acara beregu lelaki.
Sumber: Stadium Astro
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...