Terbaru, gandingan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merampas kedudukan selaku beregu lelaki nombor satu Malaysia yang sebelum ini dimiliki juara dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Berdasarkan ranking dunia terkini Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Sze Fei-Nur Izzuddin melonjak empat anak tangga ke tempat ketiga selepas mengumpul 85,916 mata yang juga merupakan pencapaian tertinggi dalam karier mereka.
Dalam pada itu, pencapaian ini telah diperoleh susulan prestasi cemerlang apabila muncul naib juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China pada Ahad lalu.
Sze Fei-Nur Izzuddin membuat penampilan sulung pada kejohanan itu, tewas 17-21, 21-17, 11-21 kepada pasangan Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam pertarungan tiga set yang mendebarkan.
Selain muncul naib juara Jelajah Dunia Akhir 2024, Sze Fei-Nur Izzuddin turut merangkul tiga gelaran Jelajah Dunia musim ini iaitu Terbuka Jepun (Super 750), Terbuka China (Super 1000), dan Terbuka Artik (Super 500).
Ads
Sementara itu, Astrup-Rasmussen melangkah ke tangga utama ranking dunia dengan 95,003 mata, menggantikan tempat pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024, manakala Liang Wei Keng-Wang Chang dari China yang turun ke tempat kedua dengan 93,018 mata.
Bagi beregu negara, Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang gangsa Olimpik Paris 2024 turun satu anak tangga di tempat keenam dengan 82,615 mata.
Dalam kategori beregu campuran, pasangan nombor satu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut mencatat ranking tertinggi dalam karier mereka apabila melangkah ke kedudukan keenam dengan 73,940 mata berbanding sebelum ini di tempat kelapan, selepas pencapaian gelaran naib juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024.
Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pula mendaki ke tempat ketujuh daripada tangga ke-10 selepas mengumpul 71,470 mata manakala pasangan dari China Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping kekal di kedudukan teratas dengan 98,700 mata.
Seterusnya, pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia turut naik memperbaiki kedudukannya apabila menghuni tangga keenam dengan 79,016 mata berbanding tempat kelapan sebelum ini.
Dalam pada itu, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah mengekalkan kedudukan mereka di tempat keenam untuk minggu kelima berturut-turut selepas mengumpul 79,016 mata, di belakang Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China yang mendahului carta dengan 102,746 mata.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Individu yang menghidap penyakit gastrik antara yang terkesan di bulan puasa ini kerana dengan menahan lapar, mereka mungkin terkena serangan gastrik.
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
Biasanya apabila ada individu berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama, iaitu gastritis. Jika ada yang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut.
Namun, jangan jadikan alasan untuk tidak berpuasa disebabkan gastrik kerana ada cara yang korang boleh lakukan untuk mengelakkan serangan ketika berpuasa.
Menurut Public Health Malaysia, dalam Islam memang Rasulullah SAW sudah mengajar cara untuk mengelakkannya dan Sains telah membuktikan beberapa teknik ini boleh membantu korang menghadapi gastrik sewaktu Ramadan.
Berikut antara tip yang boleh diikuti:
• Jangan terlebih makan ketika berbuka
• Jangan makan 3-4 jam sebelum tidur. Kurangkan moreh
• Jangan terus tidur selepas bersahur
• Lewatkan sahur, segerakan berbuka
• Minum air putih, air buah yang kurang berasid antara berbuka dan sahur
• Minum susu satu gelas sewaktu sahur
• Buang tabiat merokok
• Makan sedikit + kurma waktu berbuka
Elak makan makanan berikut:
• Berminyak: Gorengan
• Berasid: Limau dan lain-lain
• Makanan terlalu pedas
• Makan proses/tin
• Tinggi gula
• Kafein – kopi/teh
Gambar hiasan
Makan makanan berikut:
• Kurma
• Kacang badam
• Pisang
• Makanan yang dipanggang
Gambar hiasan
Ingat tu, jangan jadikan gastrik sebagai alasan tak mahu puasa tau. Hiks! Apa yang penting, korang cuba amalkan tip yang dikongsikan ini dan jaga pemakanan sewaktu berpuasa okay?
Kalau sudah minat namanya, apa-apa pun kita sanggup lakukan.
Tak sah kalau netizen Malaysia terutamanya K-poppers tidak menyebut nama kumpulan K-pop ataupun ahli K-pop di Twitter setiap hari. Tak sah juga sekiranya dunia K-pop tidak menjadi salah satu daripada 10 topik paling trending di Malaysia pada setiap hari!
Foto Via Soopmi
Itulah kekuatan yang dimiliki oleh idol kegemaran korang di Malaysia, peminat mereka di sini tidak sesekali jemu untuk melayan perkembangan terbaru idol masing-masing di Twitter. Sekaligus melonjakkan lagi populariti yang mereka ada.
Menerusi satu perkongsian analisis dari akaun rasmi Twitter Korea semalam, Malaysia telah tersenarai dalam 20 negara teratas yang banyak membuat hantaran twitter berkaitan K-Pop.
Senarai yang dikongsikan juga menunjukkan Malaysia berada di tangga ketujuh. Negara Indonesia pula masih kekal di tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut.
Pergh, hebat tu!
Antara negara lain yang berada di lima tangga teratas adalah Filipina, Korea Selatan, Thailand dan Amerika Syarikat.
Pada kali ini, terdapat peningkatan rekod baharu sebanyak 7.8 bilion tweet telah dimuat naik berkaitan K-pop telahpun dikongsikan oleh pengguna secara global sepanjang tahun 2021. Hal ini sekaligus menunjukkan peningkatan sekitar 16 peratus jumlah ciapan di seluruh dunia berbanding daripada tahun sebelumnya.
Sementara itu, ini adalah 10 lagu K-pop paling kerap disebut di Twitter.
Antara kumpulan K-pop yang dimaksudkan termasuklah ENHYPEN, TXT, TREASURE, aespa dan ITZY. Perkara ini juga terbukti selepas sejumlah video muzik mereka sering menjadi trending di Youtube.
Fuh, dasyat juga penangan peminat Kpop di Malaysia ni eh…
Sumber : Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin ramai penyewa rumah yang berkira-kira untuk membuat pengubahsuaian atau makeover kediaman kerana beranggapan ia bukannya rumah kita sendiri.
Namun sebaliknya bagi Siti Mariam Kamsan yang sudah tiga kali berpindah rumah sewa tetapi tidak pernah berkira untuk melakukan makeover dengan menampung kosnya sendiri. Daripada rumah flat, kini Siti Mariam akhirnya mendapat rezeki untuk menyewa landed house di kawasan sekitar Selangor.
Dengan ruang yang cukup simple, dia mengambil keputusan untuk mengubah suai dengan sentuhan seni yang dimilikinya.
“Saya memang minat mendeko daripada zaman anak dara lagi. Rezeki pula bila suami banyak membantu dan layan idea-idea saya ini. Alhamdulillah, saya dapat tuan rumah yang baik hati dan kami diberi duduk sebulan percuma kerana kerja pengubahsuaian yang saya telah lakukan ini,”
“Daripada segi kos pula, sebenarnya banyak yang boleh diguna pakai semula. Saya hanya menggunakan perabot yang sedia ada di rumah sewa dulu. Jadi, untuk rumah sewa yang baru ini, saya hanya tambah sikit-sikit dan cat serta guna kertas dinding sahaja,” jelasnya kepada Remaja.
Jom kita lihat ruangan kediaman Siti Mariam Kamsan sebelum dan selepas makeover.
Sebelum
Nampak kusam sebelum diubahsuaiRuang dapur
Selepas
Tema ruang tamu Grey Pink dengan konsep ‘bulu-bulu’Pampas grass korang boleh beli di Shopee, tapi tak digalakkan sebab takut patah. Boleh cari seller yang boleh COD dan hantar ke rumah
Ruang menontonRuang makan dengan hiasan kertas dindingRuang dapur
Memang berbeza kan. Biarpun rumah sewa tapi Siti Mariam merasakan ini adalah untuk kepuasan dirinya sendiri. Jadi, tidak salah kita melabur asalkan kita selesa kan?
Lagi pun kita juga yang nak duduk hari-hari di rumah. Hiks!