Sabah seringkali menjadi destinasi pilihan bagi pelancong dalam dan luar negara yang inginkan percutian bersaksikan keindahan alam semula jadi. Biasanya, pelancong akan melawat pulau-pulau di negeri itu, selain menikmati kehijauan alam sekitar.
Antara lokasi pulau percutian yang sering mendapat perhatian ramai adalah di sekitar kawasan Sipadan, Sibuan, Mataking dan Semporna. Tidak dinafikan, tempat-tempat ini sememangnya menarik namun terdapat sebuah lagi bandar di tepi pantai yang kurang dikenali, iaitu Kudat.
Bagi mereka yang ingin berada di tanah besar, pantai Simpang Mengayau adalah tempat yang sesuai untuk pengunjung pantai yang ingin menikmati pantai pasir putih, kejernihan air biru dan pemandangan yang tenang.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Rider Chris telah pun berkongsi tempat menarik tersembunyi di Sabah. Paling penting, disini juga banyak port yang menarik untuk korang ber’OOTD’. Sudah tentu gambar korang akan menjadi lebih cantik dengan pemandangan semula jadi di persisiran pantai.
Hanya kira-kira 2 kilometer dari pantai ini, korang boleh menjejaki nothernmost point di Pulau Borneo dan berada di sempadan terdekat antara Filipina dan Malaysia sambil melihat pemandangan panorama Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Terdapat banyak chalet, kafe, restoran, tandas awam dan tempat ini juga menjadi antara lokasi melihat matahari terbenam yang sangat indah. Penting untuk korang tahu juga, di kawasan ini juga hanya transaksi tunai diterima kerana liputan internet yang terhad. Jadi, bawa wang tunai siap-siap ya. Hiks!
Cantikkan tempat tersembunyi ini? Sementara lokasi ini masih tidak dikunjungi ramai lagi, eloklah sekiranya korang bertandang ke sini dulu. Selamat bercuti. Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dugaan warga kota yang tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut Aidil Adha tahun ini berikutan larangan rentas negeri masih dikekalkan. Lebih kurang tiga hari kita akan menyambung Raya korban ini.
Lagi sayu hati bila merindui air tangan ibu di kampung, lagi-lagi rendang hasil daging korban yang masih segar.
Korang jangan risau kalau tak tahu nak masak rendang, REMAJA kongsikan 5 jenis rendang dari pelosok negeri di Malaysia.
Rendang Tok – Perak
Rendang Tok merupakan rendang warisan turun temurun dan tak akan lekang ditelan zaman. Ia dikatakan berasal dari Kampung Pisang, Batu Gajah, Perak
Rendang Tok asalnya ialah dengan menggunakan daging kerbau yang lebih berurat dan manis. Tapi ia juga boleh divariasikan dengan menggunakan daging lembu malahan daging lembu juga lebih senang dicari. Rendang Tok adalah menu wajib bagi orang Perak. Setiap perayaan, rendang toklah yang akan menjadi menu utama hidangan.
Resepi
2. Rendang Hati – Johor
Rendang Johor ni lain sikit dari negeri lain kerana ia biasanya menggunakan hati lembu. Rendang hati adalah resipi turun temurun bagi masyarakat Johor. Setiap kali perayaan, rumah terbuka atau majlis keramaian, rendang hati kerap menjadi hidangan utama. Rendang hati sesuai dimakan dengan nasi, ketupat, lemang dan juga nasi impit.
Resepi
3. Rendang Minang – Negeri Sembilan
Rendang ini yang berasal dari Negeri Sembilan yang diperkenalkan oleh masyarakat Minangkabau. Rendang minang berbeza dari rendang biasa ialah dari bau dan rasanya dan rendang ini juga banyak menggunakan cili api. Rendang minang sesuai disajikan untuk pelbagai upacara dan perayaan.
Resepi
4. Rendang Daging Hitam – Sarawak
Rendang daging hitam adalah antara menu wajib setiap kali sambutan perayaan, kenduri dan majlis keraian di Serawak. Rendang ini sesuai dimakan bersama nasi kuning, nasi putih, lemang dan kelupis.
5. Rendang Ayam Lengkuas – Sabah
Menu ini adalah warisan turun temurun dan salah satu hidangan tradisi masyarakat Bugis dan dari nenek moyang bagi penduduk di Sabah. Rendang ini sentiasa menajdi hidangan yang popular dan enak dimakan bersama nasi, pulut, lemang, ketupat nasi, buras malah roti.
Resepi
Selamat mencuba…walaupun mungkin tidak sama dengan air tangan mak kita tapi sekurang-kurangnya terubat rindu pada kampung halaman…huhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun kita masih beraya tahun ini dalam norma yang berbeza seperti biasa disababkan pandemik. Namun, raya tetap raya, dan tak lengkaplah hari raya kita semua tanpa pelbagai hidangan kuih raya di atas meja.
Sebab tulah selalunya masuk minggu pertama Ramadan je dah ada yang mula sibuk nak order macam-macam kuih raya kan?
Apa kata tahun ini, kita cuba pula buat kuih raya sendiri dengan resipi mudah menggunakan coklat! Resepi biskut raya dua bahan ini dikirim oleh Mashitah Amin di laman Facebook Masak Apa Hari Ni.., dan mendapat 9.3 ribu perkongsian.
‘Coklat Badam Crunchy’
Sangai badam sampai perang dan sejukkan.
Cairkan coklat.
Masukkan badam dalam coklat yang dah cair, gaul dan masukkan dalam acuan kemudian sejukkan.
2. Coklat Fruit And Nut
Sangai kekacang sampai perang dan sejukkan.
Cairkan coklat (coklat beryl’s milk compound).
Masukkan kekacang dan buah-buahan ke dalam coklat yang dah cair, gaul
Masukkan dalam acuan kemudian sejukkan dan potong.
Jangan risau dengan resepi biskut raya yang mudah ini, korang boleh buat sendiri biskut raya tanpa perlu risau tiada ketuhar. So guys, apa tunggu lagi.
Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila selebriti, Bella Astillah mengenakan uniform pramugari Malaysia Airlines dalam satu majlis bertemakan kerjaya sempena hari jadi salah seorang ahli keluarganya. Seperti yang kita tahu, uniform tersebut bukanlah boleh dipakai sesiapa sahaja sewenang-wenangnya dan menjadi kesalahan juga bagi pramugari membenarkan orang lain memakai uniform milik mereka itu.
Sumber gambar: Instagram Bella Astillah
Alhamdulillah, kes itu telah selesai dengan Bella pun sudah meminta maaf kerana mengenakan busana itu tanpa menyelidik selebih dahulu etika yang betul bersama pihak pengurusan syarikat penerbangan negara itu. Ada hikmahnya juga, uniform ini menjadi bualan ramai dan kita sendiri rindu akan suasana di lapangan terbang melihat pramugari sibuk mengejar jadual mereka dan juga layanan yang molek di atas awan. A true Malaysia Hospitality.
SEJARAH UNIFORM Untuk pengetahuan semua kebaya ikonik ini memiliki sejarah yang panjang seiring dengan perkembangan Malaysia Airlines sejak awal penubuhannya. Sejarah syarikat penerbangan ini bermula dengan nama Malaysan Airways Limited pada 1946 dan bertukar menjadi Malaysia-Singapore Airlines (MSA) pada tahun 1966 ketika keluarnya Singapura dari Malaysia untuk menjadi negara yang bebas.
Kemudian syarikat yang bermula sebagai satu entiti tersebut menjadi dua entiti berbeza yang dikenali sekarang Singapore Airlines dan Malaysia Airline System pada tahun 1972. Masing-masing membawa haluan sendiri sebagai satu entity baharu.
Pramugari Malaysia-Singapore Airlines. Sumber gambar: via scmp.com
Mesti anda tertanya-tanya siapakah yang mewarisi uniform asli MSA selepas perpecahan berlakukan?
Singapore Airlines mewarisi uniform asal berkenaan manakala Malaysia Airlines pula perlu bermula semula dengan rekaan kebaya yang lain. Rekaan kebaya asal pramugari MSA bukanlah hasil rekaan orang tempatan kita sebaliknya direka oleh pereka terkemuka dunia, Balmain. Rekaan tersebut masih lagi digunakan oleh pramugari Singapore Airlines atau lebih popular dengan gelaran Singapore Girls sehingga hari ini.
EVOLUSI KEBAYA Malaysia Airlines hadir dengan rekaan kebaya sendiri dengan busana kebaya dengan serlahan corak berona biru gelap, coklat dengan serlahan rona merah terang dan getika itu ia dikenali sebagai era ‘Golden Girls’ hasil rekaan pereka tempatan, Andy Chiew yang memenangi pertandingan mereka busana untuk syarikat penerbangan negara ketika itu.
Evolusi rekaan kebaya Malaysia Airlines. Sumber gambar: via twitter @MAS
Evolusi demi evolusi berlaku dan sehingga kini empat rekaan sudah dilalui, rekaan busana kebaya Malaysia Airlines yang terkini merupakan hasil rekaan Jabatan Seni Reka Fesyen, Institut Teknologi MARA (Kini dikenali sebagai UiTM) pada tahun 1986. Warna rona hijau gelap dan bunga rona merah jambu berteraskan motif daun kelarai, bunga cempaka, bunga melur dan daun bunga raya menjadi corak unik yang melambangkan negara kita yang berbilang kaum dan mewah dengan flora yang cantik.
Uniform terkini pramugari Malaysia Airlines, warna mewakili pangkat yang berbeza di antara pramugari. Sumber gambar: via twitter @MAS
Pada tahun 2016, pengurusan syarikat penerbagan negara ini pernah mengumumkan bahawa mereka akan menukar kebaya ini dan rekaan baharu oleh pereka fesyen terkemuka negara, Dato’ Seri Farah Khan. Namun idea tersebut mendapat tentangan dan kritikan hebat rakyat Malaysia dengan menyifatkan bahawa uniform yang sedia ada sudah cukup ikonik dan melambangkan Malaysia. Sehingga kini uniform yang direka kira-kira 34 tahun lalu ini masih lagi kekal dan semoga selepas pandemik Covid-19 ini berakhir, kita akan melihat kebaya ini terbang tinggi menjadi duta kecil negara tersayang ini.
***P/S- Rindu suasana dalam pesawat Malaysia Airlines apabila mahu kembali ke negara ini usai mengembara, dengan pramugari yang sangat ramah dan ucapan ‘and to Malaysians welcome home’ oleh kapten. Nothing can beat Malaysian Hospitality!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.