Majoriti remaja perempuan di Malaysia pasti mengenali jenama stor barangan aksesori popular, Lovisa. Sekali masuk, mana-mana pengunjung tentunya akan rambang mata dengan tawaran pelbagai jenis aksesori cantik untuk mereka tambah ke dalam koleksi sedia ada.
Cuma, apa yang tidak berapa nak cantik adalah aduan seorang warganet yang terkejut dengan layanan pengurus stor Lovisa yang terletak di pusat membeli-belah, Suria KLCC terhadap pekerjanya.
Difahamkan, pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai @Nicholas_Gomez itu telah menemani isterinya ke stor tersebut. Alangkah terkejutnya apabila mereka mendapati seorang pekerja stor sedang merangkak untuk membersihkan lantai stor dari satu sudut ke sudut lain dengan menggunakan tisu basah.
Pada waktu yang sama, apabila ada pelanggan yang datang kepadanya untuk bertanyakan sesuatu, dia terpaksa menjawab daripada posisi tersebut.
Persoalan utama bukanlah mengenai cara pekerja tersebut membersihkan stor tetapi lebih kepada cara pengurus stor mengendalikan staf. Di mana-mana stor lain, prosedur membersihkan stor selalunya ditetapkan sebelum stor dibuka ataupun selepas ia ditutup kepada pengunjung. Ini demi memastikan imej profesional ketika menerima kunjungan pembeli dan agar lantai stor tidak merbahayakan pembeli sekiranya basah.
Isteri Nicholas terus bertanya kepada pengurus stor sekiranya ini adalah prosedur normal mereka. Namun tiada jawapan munasabah yang telah mereka terima.
Bagi pasangan itu, layanan ini boleh dianggap sebagai isu membuli di tempat kerja. Bukan saja mereka dipaksa membersihkan stor pada waktu tidak bersesuaian, pekerja juga tidak diberikan peralatan yang betul dan dipaksa menggunakan tisu basah sahaja.
Ads
Jika kebanyakan syarikat menormalisasikan arahan seperti ini tidak kiralah di stor ataupun di pejabat biasa, ia secara tidak langsung akan menjurus ke arah persekitaran bekerja yang toksik yang menganggu kesihatan mental pekerja itu sendiri.
Tinjauan di bahagian komen mendapati beberapa bekas pekerja stor tersebut juga pernah berdepan isu layanan pengurusan. Biarpun mereka faham stor seperti Lovisa ingin kelihatan bersih dan teratur sepanjang masa demi keselesaan pengunjung, but there is a right time and space to do such jobs.
Mereka turut berharap agar pengurusan Lovisa melatih para pengurus cawangan mereka akan tatacara sebagai ketua dan mengenai delegasi tugasan mengikut waktu yang tepat.
Ads
Salah seorang pengguna juga menerima respon balas menerusi bahagian DM di Instagram daripada Lovisa. Memo tersebut secara ringkasnya menerima aduan yang dihantar dan akan melaporkannya kepada pihak pengurusan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi kebiasaan pemandu di negara kita apabila dengan suka hati menukar ‘lane’ ketika memandu di jalanraya.
Lebih sadis apabila tindakan yang tidak bertanggungjawap pemandu kereta berkenaan yang yang menukar laluan secara mengejut menyebabkan individu lain terbabit kemalangan.
Tapi korang tahu tak ada undang-undang mengubah haluan secara mengejut dan menyebabkan kecederaan parah boleh mengakibatkan korang didenda sehingga RM 10,000?
Baru-baru ini, menerusi kemaskini yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia dalam Facebook rasminya, mereka yang mengubah haluan secara mengejut boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Menurut perkongsian itu, pemandu yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM 10,000 jika disabit kesalahan.
Foto Via FB PDRM
Perbuatan pemandu yang mengubah haluan secara mengejut tanpa memberikan isyarat amaran (signal) adalah sebuah kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Perbuatan itu bukan sahaja boleh menyebabkan kemalangan malah ianya juga mampu mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya yang lain. Lebih teruk ia mungkin akan mendatangkan kecederaan parah kepada pengguna yang lain.
“Apabila kemalangan berlaku sehingga menyebabkan kecederaan parah, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu memandu dengan tidak cermat dan bertimbang rasa,” tulis kemaskini tersebut.
Selain itu, jika disabitkan kesalahan, pemandu juga boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM10,000 serta boleh juga dipenjara tidak melebihi 12 bulan.
Jadi, kesimpulannya jangan lupa berikan isyarat lampu (signal) untuk menukar lane korang. Jangan membahayakan diri sendiri dan orang lain ketika memandu okay!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada orang di dunia ini yang sukakan gurauan kasar. Terutamanya gurauan yang melibatkan bentuk badan. Begitulah realiti yang menimpa seorang lelaki di Indonesia apabila gurauan telah bertukar menjadi tragedi.
Memetik laporan Detik Jateng, suspek yang dikenali sebagai Eko Prasetyo menyembunyikan mayat mangsa di sebuah hotel Jalan Mpu Tantular, Semarang, dalam wilayah Jawa Tengah.
Menerut ketua polis Semarang, Komisioner Besar Polis, Irwan Anwar, mayat ditingalkan dengan kesan cekik di leher.
Suspek bakal berdepan 15 tahun penjara kerana kesalahan membunuh
Motif pembunuhan dipercayai suspek yang sakit hati diejek gemuk.
Dalam pada itu, suspek mengakui mencekik mangsa selama lebih lima minit.
Saya tidak boleh tidur selepas membunuh mangsa kerana mayatnya berada di bilik sama.
Walau bagaimanapun, suspek sempat melarikan diri tetapi berjaya diberkas sekitar pukul 1 tengah hari ketika sedang minum kopi di Terminal Boyolali.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dek kerana sekatan pergerakan baharu yang dikenakan di New Zealand demi memperlahankan penyebaran varian Omicron COVID-19, Perdana Menteri negara tersebut Jacinda Ardern sanggup untuk membatalkan majlis perkahwinannya.
Katanya kepada seorang pemberita tempatan, “Perkahwinan saya tidak akan diteruskan,” sambil menyifatkan faktor waktu di mana varian tersebut merebak sehingga meningkatkan jumlah kes di sana sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Apabila ditanya mengenai perasaannya, Jacinda yang menjawab ringkas, “Begitulah kehidupan (that is life).” Bagaimanapun, Jacinda tidak mendedahkan tarikh baru majlisnya setelah ditangguhkan.
Jacinda bersama teman lelakinya, Clarke Gayford dengan anak mereka yang kini berusia 2 tahun. Sumber Foto : The Times UK
Untuk pengetahuan, New Zealand telah beralih ke kategori merah dan kembali mengenakan prosedur operasi standard (SOP) memakai pelitup muka dan mengehadkan perhimpuan terbuka mulai tengah malam Ahad lalu.
Malah, kerajaannya juga kini mengehadkan kapasiti 100 orang saja dalam mana-mana acara seperti perkahwinan serta kawasan kunjungan orang ramai seperti di restoran dan di bar.
Ini susulan laporan sembilan kes varian Omicron Covid-19 yang merebak dari Auckland di pulau utara ke Nelson pulau selatan New Zealand gara-gara satu majlis perkahwinan.
Hasilnya, sebuah keluarga dan seorang pramugari dalam penerbangan tersebut telah disahkan positif.
Kata Ardern, kerajaan New Zealand kini sedang cuba untuk memperlahankan penyebaran varian Omicron kerana mengikut ramalan, New Zealand mampu diserang dengan 1000 kes sehari dalam tempoh beberapa minggu yang mendatang.
Jelaslah, Perdana Menteri New Zealand ini sensitif dengan situasi negaranya yang sedang dilanda wabak dan mengetepikan kepentingan diri seperti majlis perkahwinannya sendiri demi menangani isu yang lebih serius sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayangkan berjalan masuk ke bilik temu duga, dan sebelum sempat ucap “selamat pagi”, panel penemuduga sudah tersenyum lebar. Kenapa? Mungkin sebab kamu kelihatan “presentable”...